Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

31.5.09

Punya Lembap Sampai Terlena... ~ malaysiakini

Pemantau Pilihan Raya Bebas dan Adil (Mafrel) melaporkan dalam laman webnya, klik [DISINI]  bahawa pegawai tempat mengundi di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan Tanah Liat tertidur kerana kurang pengundi.

Mafrel melaporkan perkara perkara pada jam 3.51 petang dalam lamanwebnya bersama foto pegawai yang tertidur itu.

Menurut Mafrel, keadaan mungkin gambaran terbaik mengenai kelembapan proses pengundian dalam pilihan raya kecil DUN Penanti hari ini.

Jumlah pemilih yang keluar mengundi dalam pilihan raya kecil DUN Penanti sehingga jam 4 petang ialah 44.36 peratus atau 6,824 orang, demikian menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Jumlah pemilih yang keluar mengundi dalam pilihan raya kecil DUN Penanti sehingga jam 3 petang ialah 42.2 peratus atau 6,492 orang; 38.77 peratus atau 5,964 orang (2 petang); 29.86 peratus atau 4,593 orang (12 tengahari); 23.5 peratus atau 3,590 orang (jam 11 pagi) dan 14.6 peratus pada jam 10 pagi tadi.

SPR mensasarkan sebanyak 70 peratus daripada 15,385 pemilih akan keluar mengundi dalam pilihan raya kecil hari ini.

Proses pengundian bagi pilihan raya kecil DUN Penanti bermula jam 8 pagi tadi. Sebanyak 32 saluran mengundi di sembilan pusat pengundian. Lapan daripada pusat tersebut ditempatkan di sekolah dan sebuah lagi di dewan orang ramai.

Pusat-pusat mengundi itu ialah SMK Guar Perahu (empat saluran), SK Guar Perahu (lima), Dewan Orang Ramai Kampung Tun Sardon, Ara Kuda (satu), SK Mengkuang (empat), SJK (C) Perkampungan Sungai Lembu (satu), SMK Mengkuang (tiga).

SMK Penanti (tiga saluran), SK Tanah Liat (lapan) dan SRJK(C) Jit Sin (A) Jalan Berapit mempunyai tiga saluran.
--

- dari Malaysiakini

4 ulasan:

Hijat Panjang... berkata...

INFO TERKINI : Cuma 46.15% yang telah keluar mengundi di DUN N.12 Penanti. Peratusan PALING RENDAH dalam Sejarah Pilihan Raya di Malaysia.

Unknown berkata...

Salam Jat,

Walaupun cuaca panas,namun keadaan sungguh lembab....
sebab yang selalu kasi panas............. UBN.

Tak ada tangkapan ke dihari ngundi?
.......aaaaaaaarrr

Hijat Panjang... berkata...

tangkapan..???? adaaaa...tangkap muat dengan tangkap lentok...cam kat ataih tu laa...hehehehehehe....layannnnn...

...cu tuk Merah berkata...

zzzzzzzzzzzzrrrrrrrr

jaga,kat penanti tu banyak lalat.....aaaaaaaaaaarrr

Related Posts with Thumbnails