Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

5.4.09

Jangan Terpengaruh Gula-gula Politik Najib... ~ malaysiakini

BUKIT GANTANG, 5 April: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menyeru para pengundi pilihan raya kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai agar jangan terpengaruh dengan gula-gula politik yang diberikan oleh Perdana Menteri baru, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau meminta agar rakyat jangan tertipu sekali lagi sebagaimana mereka telah silap selama lebih 50 tahun dengan memilih BN.

Nik Aziz berkata demikian ketika mengulas tindakan Najib membebaskan 13 tahanan ISA dan menarik balik penggantungan dua akhbar alternatif, Harakah dan Suara Keadilan.

Beliau berkata demikian ketika memberikan ceramahnya di Trong, Bukit Gantang malam tadi.

Sementara itu, anggota Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa pula berkata, langkah Najib membebaskan 13 tahanan ISA dan membenarkan semula Harakah dan Suara Keadilan beroperasi adalah hasil perjuangan Pakatan Rakyat.

Namun, katanya, Pakatan belum berpuashati mengenainya kerana Najib hanya mahu mengkaji ISA dan dinyatakan menjelang tiga pilihan raya kecil.

"Apa hasil kajiannya nanti, kita belum tentu. Kalau dia ikhlas, bukan kaji lagi tetapi hapus kerana sudah lama isu ini dibangkitkan, bukan hanya sekarang.

"Lagipun, kalau kita lihat semua PM baru akan membebaskan tahanan ISA. Tun Husein buat, Mahathir buat dan Abdullah Badawi pun buat. Cuma mereka buat bukan dekat pilihan raya macam Najib ni," kata beliau.

Menurut beliau, sudah sampai masanya ISA dihapuskan terus dan kem tahanan Kamunting itu ditutup.


"Kita perlukan reform akta keselamatan ini. Zaman sudah berubah, kita sekarang dalam politik baru dan pemikiran baru yang menekankan soal keadilan dan hak untuk membela diri.

"ISA jelas bertentangan dengan semua ini dan perlu dimansuhkan dan digantikan dengan satu undang-undang yang betul-betul untuk keselamatan negara dan bukannya alat politik," kata beliau.

Mujahid juga berkata, jika Najib benar-benar jujur juga, dia akan membebaskan semua tahanan yang berkaitan dengan politik seperti Uthayakumar dan YB M Manoharan.


Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails