Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

28.4.09

Belum PASTI Kerusi Siapa...Atau..??? ~ malaysiakini

Malaysiakini : PKR pilih Mansor ganti Fairus

Apr 27, 09 6:15pm
PKR akhirnya menemui calon timbalan satu ketua menteri Pulau Pinang bagi menggantikan Mohammad Fairus Khairuddin yang meletakkan jawatan tersebut awal bulan ini.

Timbalan ketua perhubungan PKR negeri Dr Mansor Othman - seperti diura-urakan sebelumnya - disebut-sebut terpilih mewakili parti itu dalam pilihan raya kecil Penanti bulan depan.

Nama tokoh kanan PKR itu akan diumumkan oleh penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu program di Yayasan Aman di kawasan Permatang Pauh, malam esok.

Pilihan raya kecil kerusi DUN itu dijadual diadakan antara 23 hingga 31 Mei ini susulan kekosongan yang ditinggalkan oleh Mohammad Fairus.

Selain timbalan Lim Guan Eng, beliau juga meletakkan jawatan exco pada 8 April lalu dan kemudian melepaskan jawatan ADUN pada 16 April lepas.

Kekosongan jawatan kedua penting itu pernah menimbulkan salah faham terbuka antara ketua menteri dan Anwar kira-kira dua minggu lepas berhubung kelewatan mencari pengganti Mohammad Fairus.


* p/s - PAS pun mau kerusi tu untuk calon depa...(berminat)..lagilah keADILan, dah banyak kali bertanding dan cam jadi tradisi dah kerusi Penanti tuu dengan keADILan...well well, adakah Pakatan takdak kali ini, banyak penjuru atau macam-macam ada kaa..???? Terkejut jugak cepat-cepat sangat Ketua Umum nak ishtiharkan nama calon selang sehari sahaja selepas dimaklumkan akan ada PRK..??? Hairan kann..???? Teringat akan kata-kata pujangga a.k.a keramat seorang rakan...Kawan Tetap Kawan, Lawan Tetap Lawan...!!! Hehehehehehehehe....Hantam ajerlah labuuuuuuuuu.......

5 ulasan:

Awanama berkata...

Memang kerusi tu kena bagi kat PAS sebab pkr selalu buat kacau dah 3 prk disebabkan oleh wakil pkr letak jawatan. banyak lemak sangat dah

aloha2 berkata...

salam tuan tanpa nama...balik buka sejarah pas terengganu dengan kelantan 60an dulu...tak payah taksub la...sekurang2nya PKR bersihkan kerusi yang bermasalah...BN ada berani buat mcm tuh?

bih lagi 1...klau Permatang Pasir PKR cakap nak tanding...nak ker kasi?xpayah nk timbul kecoh la...buat kerja untuk kuatkan pakatan...jangan nak jadi batu api.biar sorang dua dalam dewan pemuda negeri nak menjerit...jangan awak tu terlolong...nanti terlekat di kerongkong tau...

ada akal pikir sendiri,fokus kepada perkuatkan PR xnak...sibuk nak ronyeh...rakyat malaysia nak perubahan...bukan macam katak bawah tempurung..ada masalah nak tutup,konon takut terjejas parti...hikmah di perak bley tengok sendiri la...Cina India tanpa sangsi sokong PAS terang2...petisyen bantahan pun cina india sign siap bagi no ic...

masa zaman pas yang dok rasa kuat dulu ada ka cina india bagi sokongan macam tuh...jadi kalau nak cakap jangan nak menuding jari...hikmah allah pelbagai cara yang dia bagi...jangan pekakkan telinga n butakan mata nak melihat hikmah dari yang esa...bila cakap pasal agama...berbalik la panduan kepada agama...apa makna jika cakap tak sama dengan perbuatan...

biar tegur guna akal...jangan guna emosi,kelak makan diri...kalau nak menang hanya penggal nih,buat la kecoh...jadi jarum n adu domba...nak tau mcm mana cara,pi jumpa hafiz nordin...dia tau mcm mana cara...taktau rumah dia,bley tanya dpp p.pinang...tidak pun pi cari ydp kawasan permatang pauh.kata ikut walaq,dah mustafa ali cakap PKR..PKR la...dok bising apa lagi...

time to work,not just talk...talk...n talk...nih bukan nak urus kedai basikal...ni nak urus negeri & negara...

ada akal,fikir sendiri...

haby berkata...

Salam,

....teringat masa ceramah oleh ust...Pas.diakhirnya ust doakan agar akan banyak lagi PRK...la ni kenapa merungut lak.
...Tak ada lemaknya...sama samalah kita mebantu apa yang patut!!!!

penang pi yaw berkata...

semalam anwar umumkan dr mansur calon penanti, fairus turut hadir dan memberi ucapan...memang hebat ucapannya...hingga beliau dijulang oleh pemuda dan dihadiahkan bunga kpdnya...saya turut hadir semalam di yayasan aman...

semalam tiada seorang pun YB atau pimpinan PAS datang..DAP ramai yg hadir termasuk lim guan eng...
dr mansur pernah mencalarkan pemuda PAS pada 2004 sewaktu hampir dgn pilihan raya umum ke 11, pemuda PAS dihalau dari rumahnya bila mereka datang ke rumahnya untuk berbincang tentang kerusi ADUN di P.pInang, dr mansur bertanding melawan arif shah di dun seberang jaya ketika itu..semua markaz PAS tutup di seberang jaya dan pas tumpukan pd dun permatang pasir..

anwar tahu bukan mudah untuk dr mansur menang di penanti dengan ada sesetengah jentera pemuda, wanita dan bahagian pkr yg sokong dan simpati serta percaya bahawa fairus mangsa konspirasi mangsa fitnah...
tembelang sprm dan spr hampir pecah bila timbalan pengarah spr menyatakan bahawa fairus boleh menarik balik perletakan jawatan sebagai adun penanti...
memang fairus pun merayu untuk tarik semula...
tetapi anwar tolak sebab beliau tahu siapa sebenarnya fairus setelah bergelar tkm 1 p.pinang...

memang ada usaha untuk membeli fairus, sebab itu belum pernah terjadi spr mesyuarat rabu nak umum jumaat kemudian tunda ke isnin...mengapa ini terjadi..
ini adalah kerana najib memang tak mahu umno bertanding di penanti sebab takut kalah dan akan menjejaskan imej umno dan bn...
mereka juga cuba memujuk dan membeli fairus...tapi gagal..

saya ucap syabas dan tahniah sebab fairus masih kekal dengan pkr...semoga beliau insaf...dan saya juga menyokong beliau untuk ambil tindakan undang2 segera kpd mereka yg kononnya dikatakan telah memfitnah dan menjatuhkannya...semoga Allah memberi kemenangan kepada yg benar...
bagi saya fairus adalah seorang yang "opportunist"....
saya tdk mahu dedahkan 9 lagi kotak hitamnya...anwar pun tahu sebab itu anwar terpaksa ambil risiko untuk prk di penanti...

cukuplah saya nak beri ingatan kepada semua...
ingatlah dosa fitnah lebih besar dari membunuh...

Tun Saban berkata...

Fairuz kau dah selamat tak disumbat dlm penjara dah bersyukur,kau bernasib baik kerana umno dlm kekacauan,kalu tak nahas hang.balik dari umrah ni moga tuhan beri petunjuk dan bertaubat,bukan balik nak bersama pemuda yang tak tahu apa
membongkarkan kononya konsiparasi.
jgn nak panjangkan cerita.dah boleh duduk ngan anak bini cukup ok.berterima kasih lah pada org yang selamatkan kau iaitu din binjai,yang juga telah menyelamatkan duit rakyat p.pinang 6.1 million ,itu denda 2 kilang saja.semoga kau fairus diberi musabahdiri dimekah nanti.dan pada org pas kami tengah mencuci segala korupsi dalam pkr.hampa perlu bersabar 50 tahun sudah bersabar.tunggu lah kemenagan besar kita nanti.dengan ikhlas hatinya kami menjemput semua jentera pas membantu diprk penanti.tanpa pakatankita tak akan menang.PKR rela bagi MB perak pada pas sedangkan pas kerusi sikit.sanggup ketepikan adun pkr yang ada.

Related Posts with Thumbnails