Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

13.8.08

PRK Parlimen Permatang Pauh bakal 2-3 Penjuru..??





AKIM yakin sokongan di Permatang Pauh


KOTA BHARU: - Parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) yakin mereka akan mendapat banyak sokongan daripada pengundi pada pilihan raya kecil di Permatang Pauh yang akan diadakan tidak lama lagi.


:Presidennya, Hanafi Mamat berkata, mereka meletakkan keyakinan kerana pengundi terutamanya pengundi di kalangan parti Pas mengetahui perjuangan dan matlamat AKIM dalam memperjuangkan hak orang Melayu dan Islam.


:“Sekarang ini jika dilihat Pas sudah banyak melakukan perubahan jadi kami membuat keputusan untuk mengekalkan matlamat perjuangan kami dan mengelakkan orang Melayu daripada terus diperalatkan oleh mereka yang mempunyai kepentingan diri," katanya kepada :Sinar Harian: ketika ditemui pada majlis ceramah isu semasa yang diadakan di Kampung Gaung, di sini semalam.


:Beliau berkata, AKIM sudah putuskan calon yang akan bertanding pada pilihan raya kecil Permatang Pauh nanti dan calonnya masih lagi dirahsiakan daripada umum.


:Menurut Hanafi, calon tersebut boleh dikatakan anak tempatan dan akan memainkan peranan dalam menyelamatkan akidah dan iman orang ramai dan beliau yakin pengundi akan mula membuka mata mereka pada pilihan raya kali ini.


:Menyentuh mengenai peletakan jawatan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, beliau berkata, keputusan tersebut adalah berlandaskan kepentingan peribadi bukannya atas dasar kepentingan rakyat.


:“AKIM mahu rakyat sedar bahawa mereka sudah dipergunakan dan inilah masanya untuk memilih parti yang betul-betul akan membela nasib mereka, bangsa dan negara,” katanya:.




*p/s- sumber dari Sinar Harian.

2 ulasan:

matcomot berkata...

bnyknya duit hang ijat.bak mai seikat

Hijat Panjang... berkata...

hehehehe..mau ka? Jumpa pak jib atao pak jalil ler bro..aku mane ader duit sampei tahap cipan bnyak-nya camtu...

Related Posts with Thumbnails