Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

20.8.08

Siri Debat Antara Mantan KM vs KM Lim Guan Eng


Siaran Langsung di TV9 dan NTV7 jam 9 malam ini ...siaran tertunda (cam biasa la di TV3 suku) jam 12.30 malam.





Jangan lupa malam ini program Siri Debat Agendadaily yang mempertemukan dua orang kuat Pulau Pinang, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dengan bekas Ketua Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Khoon.


Debat dibawah tajuk "Kisah Benar Disebalik Kontroversi Tanah di Pulau Pinang" itu akan berlangsung pada jam 9 malam 20 Ogos (malam ini) bertempat di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.


Ia akan disiarkan secara langsung pada jam 9 malam ini menerusi TV9 dan NTV7 manakala siaran tertunda pada jam 12.30 malam di TV3 suku.


Ini adalah debat kedua dianjurkan oleh Agendadaily. Debat pertama antara Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diadakan pada 15 Julai lalu.


Guan Eng dedah surat penyelewengan tanah Pulau Pinang


PP: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini membidas bekas ketua menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang mengaitkan bekas menteri kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes kegagalan kerajaan negeri dahulu menuntut baki bayaran penjualan tanah sebanyak RM9 juta dari sebuah syarikat di Pulau Jerejak.

Katanya, Koh kini cuba mengaitkan pihak lain sedangkan beliau (Lim) mempunyai bukti bahawa bekas ketua menteri itu tidak mengambil sebarang tindakan untuk mendapatkan semula bayaran daripada syarikat itu walaupun selepas Anwar dipecat daripada kerajaan dan dipenjarakan.

Beliau berkata, siasatan mendapati bekas setiausaha sulit menteri kewangan, Anuar Shaari pernah menghantar sepucuk surat bertarikh 22 Mei 1998 kepada Pengurus Besar Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC).

Lim berkata surat itu meminta PDC meneliti dan memaklumkan kepada kementerian mengenai cadangan syarikat berkenaan walaupun tempoh yang diberikan untuk pembayaran adalah selama enam tahun.

Katanya, malangnya Koh tidak mengambil sebarang tindakan terhadap syarikat yang membeli tanah di Pulau Jerejak itu dengan harga RM29 juta dan tidak membayar baki RM9 juta sehingga sekarang.

Lim berkata, beliau terpaksa mendedahkan surat itu kepada media sebagai menyahut cabaran Koh yang mengaitkan kononnya tindakan beliau adalah atas arahan Anwar yang juga menteri kewangan ketika itu.

Esok 20 Ogos (Hari ini) Lim dan Koh akan berdebat di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Kuala Lumpur mengenai isu penyelewengan tanah di Pulau Pinang.





-sumber dari Agendadaily & KLpos

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails