Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

27.8.08

Akhirnya DS Anwar Ibrahim akan berSUMPAH...


kemaskini 2:29 petang Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengumumkan pagi ini bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim, ahli parlimen baru Permatang Pauh, akan mengangkat sumpah esok.





Anwar kembali ke dewan yang mulia itu selepas 10 tahun apabila meraih kemenangan besar malam tadi dengan menewaskan calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah & calon AKIM sebanyak 15,671 undi.


(dah elok sangat susunan dalam gambar, calon yang MENANG, tewas dan tewas juga..1,2 dan 3)


Saat meraikan kemenangan di hadapan ratusan ribu penyokong di IPTB malam semalam bersama teman2 dari Pakatan Rakyat..

Mantan menteri kewangan itu, dipercayai akan terus dilantik sebagai Ketua Pembangkang esok, berdepan dengan rakan kabinet lamanya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam pembentangan Bajet 2009.



Kemunculan bekas timbalan perdana menteri ini paling dinanti-nantikan oleh banyak pihak, khususnya selepas ura-uranya merancang pembentukan kerajaan baru menjelang 16 September ini.

Ketua Whip PKR, Mohd Azmin Ali dilaporkan berkata beliau akan menghantar surat kepada yang dipertua Dewan Rakyat bagi memaklumkan pemilihan Anwar mengetuai ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat.
"Surat itu akan diserahkan petang ini," naib presiden PKR itu dipetik berkata di lobi Parlimen hari ini.

- Malaysiakini.

Berita serta informasi di atas telah menafikan laporan serta ramalan seperti pada 20hb Ogos yang lalu dalam wa punya posting blog ni yang ada petikan sumber,konon-nya Speaker Dewan Rakyat TIDAK akan benarkan angkat SUMPAH sehingga habis sidang Dewan hujung bulan Ogos ini.

Berita yang terkini juga diterima, YB N Gobala Krishnan telah dibebaskan dari tahanan di Balai Polis Seberang Jaya dengan ikat jamin polis sebentar tadi. Beliau telah ditahan semalam kerana menghalang bas-bas pengundi hantu di Permatang Pauh.

- pautan berita dari Malaysiakini boleh di dapati di SINI



Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails