Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

31.7.10

INFO : Bagaimana Cara Meraikan Anak-Anak Yatim Di Bulan Ramadhan..?


Assalammualaikum w.b.t,


Bulan Ramadhan akan menjelang tidak lama lagi. Seperti biasa banyak syarikat, jabatan serta individu sibuk menyusun jadual berbuka puasa. Sudah menjadi kelaziman setiap majlis yang adakan antara yang dijemput adalah anak-anak yatim. Alhamdulillah dengan adanya jemputan maka dapatlah anak-anak tersebut bergembira menikmati juadah yang istimewa. Saat ketibaan bulan Ramadhan sangat-sangat dinantikan oleh anak-anak tersebut.


Terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur yang saban tahun tidak pernah melupakan anak-anak yatim dalam penganjuran majlis mereka. Disamping dijamu makan anak-anak ini juga diberikan sumbangan yang berupa duit raya dan juga hadiah-hadiah yang lain.


Namun demikian ada beberapa perkara yang harus kita ambil kira. Ianya bukanlah satu peraturan yang harus kita patuhi tetapi hanyalah sebagai panduan.


1. Jangan memilih


Dirumah-rumah jagaan anak-anak yatim bukanlah semuanya dihuni oleh anak-anak yatim atau piatu sahaja. Terdapat juga anak-anak yang miskin dan anak-anak terbiar. Oleh yang demikian janganlah kita sebagai penganjur meletakkan syarat untuk menjemput anak-anak yatim atau piatu sahaja.. Jemputlah semua anak-anak yang ada disitu. Jangan dipinggirkan anak-anak yang lain. Jangan lupa juga untuk menjemput 3 atau 4 orang pengiring yang terdiri dari pengurus atau pekerja dari rumah tersebut.


2. Sediakan kenderaan atau tambang


Rumah-rumah anak yatim tidaklah mempunyai peruntukan yang besar bagi membiayai tambang atau sewa bas. Jika anda ingin menjemput mereka sediakan kenderaan yang sesuai. Atau jika mereka perlu uruskan sendiri pengangkutan, berikan sedikit peruntukan untuk sewa pengangkutan pergi dan balik. Jika syarikat atau jabatan anda memiliki bas sendiri adalah lebih baik.


3. Tempatkan mereka bersama tetamu anda yang lain


Jangan diasingkan anak-anak tersebut diruang yang khas yang berasingan dari tetamu lain. Tempatkan mereka bersama-sama tetamu lain. Mereka ingin sekali berinteraksi dan bermanja dengan orang lain. Adalah lebih afdhal jika mereka diselangselikan dengan tetamu disetiap meja.


4. Anak-anak yatim bukanlah bahan pameran


Seringkali berlaku anak-anak yatim ini akan dapat bertemu dengan tetamu khas seperti VIP atau artis ketika sesi bergambar atau sidang akhbar. Sebelum itu mereka ditempatkan dimeja barisan belakang. Mereka cuma dipanggil kedepan apabila tiba sesi bergambar atau ketika menjadi latarbelakang sesi fotografi artis.


5. Selera kita mungkin sama dengan selera mereka


Adalah tidak manis jika tetamu dihidangkan dengan makanan yang berbeza dengan anak-anak yatim. Mereka juga ingin menikmati juadah yang istimewa seperti orang lain. Oleh yang demikian jangan diasingkan hidangan mereka dengan hidangan tetamu-tetamu lain.


6. Jika memberi hadiah, berilah kepada semua


Jika anda akan memberi sumbangan atau cenderamata berikan kepada semua mereka. Tentukan jumlah mereka yang akan hadir dan sediakan sumbangan atau cenderamata yang secukupnya. Selain dari wang mereka juga memerlukan pakaian dan alat-alat tulis.


7. Beri peluang mereka tunjukkan bakat


Kebanyakan rumah anak-anak yatim mempunyai pasukan kompang atau nasyid mereka sendiri. Selain dari persembahan artis jemputan, berikan peluang kepada anak-anak ini menunjukkan bakat mereka. Mereka merasa dihargai jika diberi peluang memberikan persembahan mereka. Tapi jangan lupa memberi notis awal semasa mengundang mereka. Mereka juga mempunyai aturacara yang ketat sepanjang bulan ramadhan.


8. Jangan tahan mereka hingga larut malam


Anak-anak perlu menjalani tanggungjawab mereka sebagai pelajar. Mereka perlu hadir kesekolah pada awal pagi. Oleh yang demikian jangan menahan mereka didalam majlis anda sehingga larut malam. Lepaskan mereka pulang lebih awal supaya mereka dapat bangun sahur dengan segar dan seterusnya dapat bersekolah esok paginya. Awalkan acara penyampaian sumbangan dan cenderamata.


Semoga apa yang dipaparkan diatas boleh menjadi panduan kepada kita semua dalam mengendalikan majlis-majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim kelak. Jika anda ingin membuat sebarang penambahan atau komen, dipersilakan.


Sekiranya anda ingin mengundang anak-anak yatim untuk majlis anda sila hubungi kami :

Selamat berpuasa.

Terima kasih.

--
HASNUL ZUHAIRI BIN MOHD ZUBIR
Setiausaha Madrasah / Pembantu Ustaz Shahul Hamid
(M) +6 012-403 5348

Maahad Tahfiz Al-Quran (ANAK YATIM) Darul Tahzhib
Belakang 1075, Mukim 9, Kg. Matahari Naik,

Teluk Kumbar, 11920, Pulau Pinang
No. Tel. / Faks.: 604 649 5349


Untuk Sumbangan Ikhlas, Maybank Islamic diatas nama
Maahad Tahfiz Darul Tahzhib
5573 8000 2583


--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

20.7.10

JacK (Hasmuzair) DaLam Kenangan...



"Innalila-wainnalila-hirojiun, Dari Allah kita diciptakan, kepada Allah jualah kita kembali...semoga Allah tempatkan Roh allahyarham ditempat dikalangan para solihin. Amin."

Al-Fatihah.

9.7.10

WorLd CuP Satu Sandiwara FiFa N Bookie..???

"German kalah kepada Sepanyol 0-1 malam tadi. Nampak macam tentangan sangat hebat sampai hendak dapatkan gol pun susah.Sehinggalah tadukkan poyul menyelesaikan semua teka teki Paul sisotong kurita yang dikatakan dapat meramal kemenangan pasukkan dipiala dunia 2010.

Macam tukang tilik pulak sipaul tu sehingga seluruh dunia terpaksa merendahkan fungsi akal yang hebat hanya berpaksikan naluri paul kurita itu.Semua ini kerja gila golongan tertentu yang cuba mengalihkan perhatian kita kepada masalah sebenar diPalestine sana.

Tahukah anda bahawa piala dunia 2010 ini telah dirancang keputusannya oleh pihak dibalik tabir? Bagaimana german yang menundukkan england 4-1 dan argentina 4-0, hanya bermain sambil lewa sahaja diperlawanan menentang sepanyol. Bagaimana Brazil pasukkan terhebat dunia tewas diperlawanan suku akhir kepada pasukkan Belanda yang jarang menyerlah dipersada dunia. Semua ini adalah perancangan oleh pihak tertentu terutamanya bookie judi yang mengaut keuntungan berbillion dollar hasil penipuan yang direka ini.Kita sebagai penonton ditipu mentah-mentah dengan adegan yang dijual diseantero dunia ini.

FIFA yang terkenal dengan sikap berkecuali dalam hal-hal antarabangsa juga boleh dipertikaikan dalam menjalankan program piala dunia ini.Sebenarnya kejohanan piala dunia ini adalah medan bagi golongan kapitalis untuk mengaut keuntungan berlipat ganda dengan pelbagai program sampingan yang amat menguntungkan.Ini seperti hak penyiaran yang perlu dibeli,logo-logo yang dijual,iklan-iklan dipadang dan juga tiket masuk kestadium. Pendapatan tersebut mungkin memberikan pulangan 45% kepada badan dunia tersebut,akan tetapi pendapatan tanpa direct cost yang memberi pulangan lebih lumayan adalah perjudian.Disini sebenarnya pendapatan mereka. Terfikirkah kita dengan kekalahan Brazil haritu menyebabkan bookie menang besar? Paling besar pendapatan sampingan badan dunia bagi WCup 2010 adalah pada perlawanan Brazil vs Belanda. Bookie-bookie tersebut bukan bookie persendirian tetapi bookie yang dilantik oleh badan dunia tersebut. Pihak brazil mungkin dibayar untuk dikalahkan agar semua keuntungan jualan hasil judi itu dapat dikutip dengan senang.

Adalah malang saya yang berjaga malam untuk menonton aksi hebat mereka akhirnya ditipu hidup-hidup dengan lakonan mereka diatas padang. Kita yang menonton bola tetapi mereka yang mengaut keuntungan yang besar.

Walaupun begitu,saya rasa Belanda akan menang perlawanan akhir ini berdasarkan perjalanan sistem jual beli perlawanan di Wcup2010 ini. Kalau Malaysia nak jadi juara Piala Dunia 2014, fikirkan ongkos yang perlu dibayar untuk merealisasikan impian ini.

modayu Hm dari Tranungkite Online...

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

7.7.10

DeMaM BoLa WorLd CuP...Waka Waka

Esok, seawai pagi Khamis, 8hb Julai...game semi-final paling BEST siot aku nak tengok...tapi apa kan daya..jam 2.30pagi game ke-dua Semi Final World Cup 2010... Belanda, team pertama sebagai 'Finalist', bakal berentap di Final kali ini...

Depa akan tunggu samada EspanyoL (Spain) ataupun Jerman pagi nanti. Aku rasa terpanggiL nak keluaq pi tengok game 'second semi' ni..bukan apa...walaupun saban tahun dan cuma macam saja musim pilihan raya iaitu setiap 4 tahun sekali diadakan. Go, Go, Go..Ole Ole Ole...

Dan time ni sesuai bangat aku n de geng nak keluaq pi tengok pasai team-team di Semi FinaL ni kuat-kuat sungguh... Sungggooohhhh..!!! (ayat2 keramat satu ketika dulu Encik Din Binjai..)

Kepada yang pemerihatin, rakan2 blogger, rakan2 taulan pasaipa lama bangat aku tak ke-online hampir2 jugak 1 Purnama lamanya, adalah akibat masalah teknikal yang telah dihadapi...hehehehe..paham2 la hangpa...hari ni baru la dapat melepaskan segala kerinduan...keh keh keh keh..

Jom semua, pakat2 kita tengok game Semi FaineL pagi ni weeiiii.... Waka Waka..Waka Waka..is this for Africa...


--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/
Related Posts with Thumbnails