Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

19.5.09

Song : Knock, Knock, Knock On UmNO's Head... ~ malaysiakini

This is a song sung to the tune of  "Knocking on Heavens door" by Bob Dylan.
For those who are not aware of the tune, please click on the youtube link below:-




Knock, knock, knock on UMNO's head,
Please change before its too late.

We don't buy the ISA,
Don't sell us the Devil's Way.
ISA is an evil deed,
It's a law we just don't need.

Knock, knock, knock on UMNO's head,
Please change before its too late.

Rakyat is the kingmaker,
Don't forget to remember.
You don't listen when rakyat shout,
Very soon we kick you out.

Knock, knock, knock on UMNO's head,
Please change before its too late.

Malaysia is a Democratic State,
Don't make it a Police State.
Malaysia you say is Islam Hadari,
But to me you are Hipocracy.

Knock, knock, knock on UMNO's head,
Please change before its too late.

You once promised anti Corruption,
Clean up,down,in and out.
If you break your own promise,
We will surely vote you out.

Knock, knock, knock on UMNO's head,
Please change before its too late.

Lets start talking Development,
Tall buildings and grand residence.
Kronis and Ministers are the ones who gain,
Rakyat is left in poverty and pain.

Knock, knock, knock on UMNO's head,
Please change before its too late.

Let's talk about Inflasion,
Don't blame Sorros for your stupidity.,
You spent his money many times over,
He took your money,left the Banks empty.

Knock, knock, knock on UMNO's head,
Please change before ite too late.

Petrol price went up and up,
Government robbed all the riches.
Yet you denied our profits due,
You charged us like we are foreigners.

Knock, knock, knock on UMNO's head,
Please change before its too late.

Please don't rob us any more.
Please don't abuse us with ISA.
Please treat us with due respect,
Please don't go the devil's way.


- imported from Warong Pak Yeh blog's..

18.5.09

Tips : Washing grapes with Colgate...~ malaysiakini

Hehehehehe...mi no spik engrish...


This is one great tip esp. for fruit lovers.

I love eating grapes with the skin on BUT had to peal it many times
because of the white looking chemical on it.

Now there is a way to get these white stuff off the skin!
I am sure this works too for other fruits sprayed with the same chemical.

 

~LyN~


* p/s - usefull tips received from my friend via email...


--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

17.5.09

Calon Penanti Dalam Bahaya...!!! ~ malaysiakini

Berita sohih. Tak dak pusing2.

Sila ambil perhatian!!!  PKR dalam bahaya.

Beberapa kampung dalam Dun Penanti akan memboikot calon daripada PKR. Kepada pemimpin2 PKR, ini adalah berita sohih, jadi sila ambil perhatian.

Masalah bukan berlaku disebabkan oleh calon, tapi pembantu calon yang lebih sudu dari kuah. Bersihkan segera pembantu ini. Siapa?.... kepada AMK dan UKP Pmtg Pauh, anda pasti arif tentang pembantu yang saya sebutkan. sekiranya dia masih dibiarkan berkhidmat utk calon, kemungkinan besar undi akan mengecut. Karatnya pembantu ini masih menebal. Busuk mulutnya banyak mengecilkan hati para pengundi. Calon dipilih untuk berkhidmat kepada rakyat bukan rakyat yang akan berkhidmat untuk calon.

Ingat...

'Satu undi amat bermakna'

akira8047
dari blog kedaikopitepimasjid  


* p/s - info pertama dari geng2 bloggers tempatan spt akira a.k.a kedaikopitepimasjid ni, kepada puak pimpinan parti mahupun akar umbi di Penanti yang mengenali serta tahu akan cerita dan perangai sang pembantu calon, pi la tolong nasihatkannn...satgi kena boikot dengan geng2 parti sendiri, masalahhh.... jangan la pulak masa hari ngundi, pakai dok heran pasaipa org tak mao keluaq ngundiii... sendiri mau ingat laaa....

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

14.5.09

Gambar Yang MemBawa 1000 Makna... ~ malaysiakini


Beliau dituduh dengan pelbagai tuduhan. Antaranya :-

1) Penderhaka kepada Raja
2) Penderhaka Melayu
3) Boneka DAP
4) Badut Cina

....dan lain-lain. Namun gambar yang diambil semalam (12hb Mei 2009) menjelaskan segala-galanya. Lu Orang Pikirlah sendiri ...........




12.5.09

Kenyataan Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin ~ malaysiakini

Syukur alhamdulilah kepada semua warga dan rakyat Perak khususnya dan Malaysia amnya yang telah sabar dan mendoakan untuk kemenangan dan keselamatan seluruh Rakyat Perak. Selama 3 bulan kita dalam suasana krisis perlembagaan oleh kerana perbuatan rakus merampas hak rakyat negeri Perak pada 5 Februari 2009 yang lalu.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah berkerjasama dan mendoakan kejayaan ini. Marilah kita bertenang, terus memuji kebesaran Allah SWT serta memohon keampunan dari Allah SWT.

Semua rakyat harus bertenang dan Pakatan Rakyat akan meneruskan khidmat kami membantu rakyat serta membela rakyat yang memerlukan banyak perhatian dan pertolongan dari kerajaan. Sesungguhnya kami akan meneruskan dasar serta janji demi kebaikan rakyat dan melaksanakan diatas prinsip keadilan dan kesaksamaan.

Semua rakyat Perak beragama Islam mesti menunaikan solat sebagai tiang agama dan kembali kepada ajaran nabi Mohammad SAW. InsyaAllah kita akan banyakan lagi program kebaikan dan membenteras kemungkaran demi berhasrat menyelamatkan bangsa , negara dan agama oleh kerana gejala sosial seperti dadah, rokok, ragut, rempit, zina, mabuk, tak sembahyang, jahil dan lain-lain.

Maka marilah semua kaum dan rakyat Perak kita ikut dan patuh kepada perlembagaan dan undang-undang tubuh serta mengikut Rukun Islam, Rukun Iman dan Rukun Negara supaya dapat kita bangunkan balik tamaddun Islam yang telah lama tidak di beri perhatian wajar.

Sebagai Ahli Parlimen P059 Bukit Gantang pula, saya ajak seluruh warga parlimen tersebut mengemukakan segala masalah mereka melalui Pusat Khidmat Masyarakat yang telah saya dirikan di DUN Cgkt Jering, Kuala Sepetang dan dua pejabat di Trong.

Kapada semua kakitangan Kerajaan disemua peringkat, marilah kita laksanakan khidmat kepada rakyat dengan menganggap semua titik peluh kita sebagai amalan membantu rakyat agar mereka tidak menuntut hak mereka di hadapan Allah SWT diakhirat kelak. Marilah kita ambil kesempatan memberi sumbangan kepada rakyat yang cukup terhimpit akibat krisis ekonomi global kini.

Kepada semua media, marilah kita bebaskan diri kita dari belenggu fitnah dan sindrom enggan melapurkan yang benar. Kepada semua bloggers dan media kerajaan, saya pohon keampunan atas kesilapan dan ketelanjuran saya. Saya turut memaafkan serta mengampunkan kesilapan kalian.

Kepada semua pegawai dan penjawat awam, jangan lagi menyebelahi mana-mana pihak, sebaliknya buat kerja dengan penuh tanggungjawab dan amanah. Kepada RTM FM Perak, berlaku adilah kepada saya dan Pakatan Rakyat untuk suara saya didengari oleh rakyat Perak kerana saya cuma mahu mengajak kaum saya bersolat dan berilmu. Saya bertemu dengan Menteri Penerangan ketika itu, Dato' Shabery Chik dan merayu berilah saya setengah jam seminggu untuk mengajak orang Melayu supaya patuh pada Allah dan jangan lalai. Hendaklah serius beragama. Maka berilah ini kepada saya. Namun tiada layanan darinya dan warga Perak FM di Ipoh. Tolonglah kami kerana kami difitnah dan dianiayia. Belalah Islam!.

Kepada semua warga tani, peladang, penternak dan nelayan, saya sayang kepada kalian semua dan akan membantu melegakan kehidupan yang terik sekarang.

Kepada semua ketua JKKK yang telah diberi surat watikah oleh saya sebagai MB tempoh hari, teruskan usaha baik tuan tuan kerana saudara dipilih oleh rakyat. Ini telah diperkenan oleh kebawah duli yang teramat mulia Raja Muda semasa saya mengesyorkan usaha memilih ketua JKKK. Raja Muda cukup gemar dan berkenan dengan tindakan ini.

Saya kembali dengan hasrat memberikan hak kepada rakyat Perak pilih kerajaan yang kuat dan wibawa. Saya akan cuba sedaya upaya memohon perkenan Kebawah DYMM untuk bubarkan DUN Perak dan adakan pilihan raya seluruh negeri kita.

HIDUP RAKYAT.
ALLAHU AKBAR

YAB DATO' SERI IR HJ MOHAMMAD NIZAR JAMALUDDIN
MENTERI BESAR PERAK DARUL RIDZUAN

11.5.09

Aminah Abdullah calon Bebas di N.12 Dun Penanti... ~ malaysiakini

PULAU PINANG, 11 Mei (Hrkh) - Puan Aminah Abdullah 56 tahun merupakan orang pertama mengambil borang pencalonan sebagai calon bebas untuk bertanding di N12 Dewan Undangan Negeri (Dun) Penanti pada 31 Mei ini.

Beliau yang pernah menjawat jawatan Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Bukit Bendera dari tahun 1999 sehingga 2007, Exco Wanita KeADILan Pusat 2000-2007, Timbalan Ketua Wanita KeADILan Negeri pada tahun 2000-2004 dan seterusnya sebagai Ketua Wanita KeADILan Negeri Pulau Pinang dari 2004-2007 sebelum meletakan jawatan pada 13 Julai 2007 ekoran krisis dalam parti berkenaan.

Aminah yang mempunyai empat orang anak kesemuanya perempuan di temani suaminya, Mohd Rofi Osman yang juga bekas Ketua KeADILan Bahagian Bukit Bendera mengambil borang di Pejabat Suruhanjaya Pilihan raya Malaysia (SPR) Pulau Pinang di Komplek Tun Abdul Razak (Komtar) pukul 10.30 pagi tadi.

Semasa ditanya apakah tujuan kemasukan beliau sebagai calon bebas pada pilhan raya kecil itu nanti beliau menegaskan, semata-mata mahu menegakan kebenaran dan keadilan yang sudah mulai hilang daripada parti tersebut.

Menurutnya, tindakan beberapa individu dalam KeADILan sendiri menyebabkan beliau meletakan jawatan dan bergerak atas Badan Bukan Kerajaan (NGO) Gerak yang dipolopori oleh bekas Angkatan Muda KeADILan, Ezzam Mohd Noor.

Walaupun Ezzam tidak lagi mengetuai Gerak namun beliau tetap bersama NGO berkenaan sebagai Penyelaras Gerak Pulau Pinang sehingga hari ini.

"Saya tidak pernah sertai Umno dari dulu sampai sekarang. Perjuangan saya tetap untuk mengembalikan keadilan yang sejati demi memansuhkan perjuangan yang tidak ikhlas," ujarnya.

Menyentuh adakah kemasukan beliau merupakan tajaan Umno atau di dalangi oleh Ezzam beliau berkata, ia tiada kaitan sama sekali semuanya menggunakan wang sendiri. - mns

- dari HarakahDaily 

* p/s - keratan akhbar tempohari dalam Harian Metro yang dikononya beliau telah di tawarkan dengan jawatan Ketua Wanita PKR jika tarik diri dari bertanding BEBAS di N.12 DUN Penanti....spekulasi aja tuuu....mau kasi gempakk ajaaa..... Lawan Tetap Lawan Kak Minah! Din Binjai kata, Kawan Tetap Kawan! pasai gara-gara pukulan sempoinya resipi gulai kepala ikan made in jelutong...keh keh keh..!!! sunggohhhh din binjai kataa....!!!! tak percaya tanya idriss bayan baru....

_-- 

TERKINI..!!! Dari Bangunan SUK Ipoh, Perak... ~ malaysiakini

8 trak & 1 land-rover FRU telah diarahkan mengepung SUK. Pihak media telah memenuhi SUK untuk .mengetahui tindakan selanjutnya!

Difahamkan juga Ss (dato' suk) telah keluar dari SUK dan melarikan diri dari wartawan yang ada.

FRU telah menutup keseluruhan jalan di sekitar SUK!!! 

--
Dicatat Oleh sya ke sya~reformis di 5/11/2009 06:42:00 PM

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

5 Manusia Paling Nestapa & Perlu Di Perambatkan SEGERA...!!!

5 Manusia Paling Nestapa ....

Berdasarkan satu kajian rambang, 5 manusia dikesan paling nestapa waktu ini ...

1.  Zambry Abdol Kadeer
2.  Najebb Ton Razack
3.  SUK Perak ... apa nama ntah? Rahman Toya?
4.  Abdullah Antong ... aku bengang betui dengan dia ni
5.  Ziee Lipan
 
... Kajian sedang dilakukan untuk mengesan 5 orang lagi palig nestapa huk, huksss ...

* p/s - wanted, wanted la depa ni weiii....pencopek, perampok, peragut, penceroboh, peliwat, perogol demokrasi dan perlembagaan betoi la depa-depa ni....termasuk la 6 jahanam exco-exco haram....binawe betoii....hambek korangg...!!!!

hahahahahahahaha...!!!! - muka Najib sempoi dalam wiki-pedia [DISINI ]

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar MB Perak Yang SAH... ~ malaysiakini

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak setelah digugurkan jawatan tersebut awal bulan lalu.

Mahkamah juga memutuskan menteri besar BN Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan enam exconya mengosongkan dengan kadar segera pejabat mereka - di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh.

Dalam penghakimannya, hakim Abdul Aziz Abd Rahim berkata seseorang menteri besar hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya di DUN, seperti kes Stephen Kalong Ningkan.

Hakim menambah, dalam kes pelucutan Mohamad Nizar, tiada persidangan dewan diadakan untuk meluluskan usul sedemikian.

Dalam penghakimannya, Abdul Aziz berkata jika Sultan Perak mahu meletakkan Mohamad Nizar meletakkan jawatan, maka baginda sepatutnya mengambil sidang DUN untuk mengemukakan usul tersebut.

Permohonan peguam Zambry, Cecil Abraham untuk menangguhkan penghakiman tersebut ditolak oleh mahkamah. 

Mengulas kemenangannya, menteri besar Pakatan Rakyat itu berkata beliau akan menghadap Sultan Perak berhubung penghakiman mahkamah tersebut.

* p/s - Alhamdulillah, Allahuakbar...kemenangan di pihak yang benar jua...mana hang nak letak muka Zambry oii..??? Hang pi jaga pulau pangkor hang tu dulu elok2... Teruuih tak mai Mahkamah hang nooo...tau dah kalah, atau la ni dok sibok kemas-kemaskan barang-barang nak kena pindah keluaq...baru padan muka hang...hang ingat hang terarr kaa..??? Piiii Raaaaahhhhh..!!!!!


Kisah Sebenar Sidang DUN Perak 7 Mei... ~ malaysiakini

Pada 8hb saya berada di Batu Lapan Changkat Jering.Lebih kurang 9.00 malam. Saya menghadiri ceramah oleh DS IR Nizar. Kehadiran lebih kurang. 3-4 ribu orang.Saya sendiri tak tau pasal program tu. Bila kawan bagi tau baru lah saya perasan.Nampak gaya program ni agak low profile.

To cut the story short. (untuk dipendekkan cerita..) DS Nizar telah berucap dan menceritakan detik detik peristiwa hitam di DUN Perak. Beliau berkata bahawa ADUN ADUN BN bersidang sesama sendiri untuk melantik Speaker baru tanpa melalui peraturan peraturan DUN apabila usul mereka utk memacat Speaker ditolak oleh Speaker dgn menggunkan kuasa mutlaknya sebagai Speaker.Jadi mereka telah melanggar semua peraturan peraturan sediaada.Mereka telah melantik S Ganesan yg bukan ADUN sebagai Speaker

Speaker Siva kumar telah mengarahkan Bentara untuk menyuruh 10 ADUN BN yg digantung agar keluar dewan.Tetapi Bentara enggan melaksanakan arahan beliau.Nampak sangat rampasan kuasa ini telah dirancang lebih awal lagi.

DS Nizar juga memaklumkan sebanyak 400 polis telah diarahkan berada didalam kawasan DUN siap sedia untuk bertindak.Berlaku beberapa kekasaran apabila mereka cuba memaksa Speaker turun dari kerusi.Mikrofon Speaker telah dimatikan.Speaker Siva berada dikerusi selama enam jam sebelum beliau ditarik secara paksa dan dikurung didalam bilik stor DUN.Begitu hina perlakuan UMNO dan BN.Sebanyak 40 orang yg berbadan tegap yang dipercayai anggota polis telah mengheret Speaker pergi.Part ini saya tak sanggup nak tgk video video yg ada sebab terlalu sedih melihat YB Siva diperlakukan sebegitu hina.

Selepas itu mereka telah mengepung tempat duduk Speaker .Kerusi Speaker yg baru telah diberi dan Speaker Haram Ganesan telah menangguhkan permulaan sidang dari sejam kesejam.Sebabnya ialah mereka merancang untuk menghalau DS Nizar dari dewan apabila mahkamah dijangkakan memutuskan siapa Menteri Besar sebenar pada 7 hb Mei.Tetapi taqdir Allah telah melanjutkan keputusan tersebut pada Hari Isnin 11 hb Mei.Nampak gagal sikit perancangan UMNO disini.

Apabila keadaan agak tenang DS Nizar telah meminta Mufti memaklumkan pd DYMM Raja Muda bahawa keadaan agak kelam kabut dan kemungkinan perasmian tidak dapat dibuat.Walaubagaimanapun keadaan kembali tenang apabila diumumkan Raja Muda berangkat masuk.Raja Muda telah memanggil DS Nizar dan Datuk Ngeh mengucapkan terima kasih kerana menenangkan keadaan.Bukan nya murka spt dakwaan media pro UMNO.Selepas itu DS Nizar komplen tentang perlakuan biadap UMNO.Tidak pernah didalam sejarah dunia Speaker diperlakukan sebegitu.

Seterusnya DS Nizar memohon sembah agar semua individu yg bukan ADUN agar keluar dari Dewan. Bila Raja Muda mengarahkan anggota anggota polis(betul ke mereka ni polis ataupun samseng samseng UMNO?) keluar baru lah mereka beredar dari mengelilingi kerusi Speaker.

Selepas perasmian spt mana kebiasaan MB lah org yang pertama bersalam dgn Tuanku.Guess what? DS Nizar lah org yg pertama bersalam dgn diikuti oelh semua ADUN PR .Paling last bersalam adalah Mat Gelap Zambry 786.part ini teman nak ketawa..kahkahkahkahkahkah.

Selepas itu DS NIzar juga mengiringi Tuanku meninggalkan DUN.Mat gelap Zambry 786 ikut dari belakang..kah kahkahkah .Mcm ofis boy aje...Nampak sgt bagaimana Allah SWT Maha Besar menghina beliau sebegitu rupa.Setibanya di lif,tetiba SUK dgn biadapnya menjerit "DS Nizar tak boleh masuk sama dalam lif".DYMM Raja Nazrin bertitah" Datuk Seri ,sila masuk".Tinggalah SUK hampeh tu sorang sorang kat luar.Padan muka dia.Yg masuk dalam lif berempat iaitu Raja Muda dan Puan Besar Zara,DS Nizar serta Mat Gelap Zamry 786.DS Nizar mengiringi Raja Muda sehingga ke Kereta saperti mana sepatutnya seorang Menteri Besar..DS Zambry hanya jadi pengiring MB shj..kahkahkah kahkah..Beliau masih lagi menanti recognition sebagai MB .kesian..hajat tak kesampaian.

Bila balik kedewan Speaker Haram Ganesan menangguhkan sidang.Persoalannya ialah perlantikan beliau tidak sah.Ini bermakna tiada persidangan DUN.Segala undang undang dan peraturan Dewan telah dilacurkan oleh UMNO.Akan timbul satu lagi konflik perundangan angkara UMNO..

ADUN ADUN BN semuanya balik selepas itu.DS Nizar mengadakan sidang akhbar.Semua peristiwa yang berlaku didalam dewan dirakam dan tersebar diseluruh dunia..Malahan segala peristiwa disaksikan oleh Pegawai Pegawai Tinggi Kerajaan dan wartawan wartawan seluruh dunia.Insyaallah rakyat Malaysia menjadi hakim terhadap peristiwa ini.Segala kekejaman dan kesombongan UMNO terbongkar luas dan terang dimata masyarakat.Terbukti sudah akhlak dan peribadi mereka.Mereka hanya mengikut undang undang apabila ianya berpihak pada mereka.Jika tidak,tuan/puan saksikan lah sendiri bagaimana kurang ajarnya mereka.

Yang paling jelas polis sekali lagi telah melakukan sesuatu diluar bidang kuasa mereka.UMNO tak akan berjaya tanpa pertolongan agensi agensi kerajaan yang lain.Pihaa polis amat efisien untuk membantu UMNO tetapi merekalah yg paling tidak efisien membenteras jenayah.Jelas sudah hidup dan mati mereka hanyalah untuk UMNO.Demi UMNO mereka sanggup mati.Buktinya Azilah dan Sirul yg membunuh demi menyelamatkan seorang pemimpin tertinggi UMNO..

Begitu juga SUK .Beliau sanggup bersikap biadap didepan Raja Muda demi untuk UMNO.Malahan ramai beranggapan bahawa beliau adalah salah seorang perancang utama rampasan kuasa tersebut.

Tuan /puan semua suka atau tidak kita semakin hampir kepada Negara Polis bila kemuliaan DUN dicemari oleh UMNO

Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana telah membuka segala pekung didada UMNO bukan sahaja pada rakyat Perak tetapi juga dimata dunia.Insyallah UMNO akan jatuh didalam sedikit masa lagi .PR tidak kalah .PR telah berjaya menyampaikan mesejnya keseluruh dunia..

di cilok dari : blog Tinta Hitam 

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

SUK Perak Sila Letak Jawatan...!!! ~ malaysiakini


Saya menggesa Setiausaha Kerajaan Perak (SUK), Dr Abdul Rahman Hashim supaya meletakkan jawatan dan menyertai Umno secepat mungkin. Ini kerana terbukti beliau tidak layak untuk menjadi SUK kepada sebuah negeri kerana jelas lebih Umno dari Umno. 

Lebih baik beliau menyertai politik dan berlawan di gelanggang politik jika benar-benar beliau anak jantan.

Beliau inilah yang menjerkah dan menghalau Menteri Besar, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaludin dari pejabatnya ketika BN mula merampas kuasa Februari lalu. Beliau juga didakwa menjadi dalang nombor satu bagi menjayakan perancangan BN merampas jawatan Speaker sehingga mencetuskan peristiwa amat memalukan Malaysia 7 Mei lalu.

..dan akhir sekali peristiwa yang berlaku juga pada 7 Mei lalu, beliau menjerkah MB Nizar supaya jangan turun bersama-sama Raja Nazrin Shah dalam lif yang sama dengan baginda. Namun Raja Nazrin memperkenankan MB Nizar untuk masuk ke dalam lif dan bersama-sama turun dengan baginda.

Biadap dan celupar betul SUK Perak ini sehingga di hadapan baginda Raja Muda Perak pun beliau biadap.

Perkara ini diceritakan sendiri oleh MB Nizar pada ceramah umum beliau di Batu 8 Bukit Gantang 8 Mei lalu.

Sumber : blog Idham Lim. 

* p/s - bukan setakat mintak mamat ni letak jawatan dan masuk umno, mau buang daerah saja dia ni kat pulau kazambo dekat2 somalia nuu...baru kena rompak,rogol dengan lanun2 kat perairan sanaa....kuang jaq sangat...dia la bagi 'green light' serta kelulusan pihak polis masuk dan ceroboh DUN pagi tu...lagi, siapa nak bagi arahan kalau bukan SetiaUsaha Kerajaan negeri..??? Tak gitu..??? Memang celaka besaq la hang...!!! Kalau jumpa ulaq besaq dengan hang, aku nanti haria, demah, sepak,terajang, flying kick, silambam,karate-do hang dulu laaa....tak kasi cann....bangsat betoiii...~!!!! Gerammmmnyaaaa akuuuuu.....

7.5.09

Hantar Kek & Sambut Hari Jadi Pun Di Tangkap... ~ malaysiakini

cakealtantuya-important

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membawa kek sempena hari ulangtahun kelahiran Altantuya Shaariibuu yang ke 31.

rampasan-kek-21

rampasan-kek-1

Kek yang sedap dan enak ini dirampas oleh polis oleh kerana disyaki mengandungi Bom C4

penahanan-sani

penahanan-sani-3

Sani Md Shah salah seorang aktivis SAMM ditahan kerana "mempertahankan" kek hari jadi Altantuya

penahanan-yasir

Yasir Sheikh Abdul Rahman turut menjadi mangsa ketika membuka banner "Selamat Hari Jadi Altantuya!" Yang lebih mengharukan lagi, Yasir berkongsi tarikh lahir dengan Altantuya. Apo nak dikato, Yasir menyambut hari lahirnya dalam lokap Putrajaya!!!

penerimaan-jpm

Pegawai dari JPM turun untuk menerima surat dari bapa Altantuya dan Koordinator Yayasan Altantuya daripada Badrul Hisham a.k.a Che'gu Bard.

surat-cake

Cop pengesahan JPM sebagai tanda penerimaan surat dari bapa Altantuya


* p/s - Syabas kepada SAMM yang terus tanpa takut dengan tekanan menghantar mesej yang JELAS kepada pimpinan Perdana Menteri yang BARU Mesia dan Syabas juga tak terhingga kepada Pasukan Polisi Raja DiMesia yang sudi diperkudakan oleh puak pemerintah kuku besi ala pemerintahan zaman MahaZalim yang kembali mempengaruhi PM Najisb Tun Razak... Pasukan PANTAS & CEKAP Anda Telah DI Iktiraf Sebagai 'Ahli Komponen Bersekutu' BN, Barisan Nasional... Tahniah & Syabas...!!!


- sumber dari blog Amin Iskandar...

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

6.5.09

7 Mei : Hari 1 Malaysia Gelita... ~ malaysiakini

KUALA LUMPUR, 5 Mei: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk berkabung pada 7 Mei 2009 ( Khamis) dengan berpakaian hitam sepanjang hari yang dinamakan 1MalaysiaGelita.

Ini bertujuan untuk menunjukkan protes kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terhadap apa yang berlaku di Perak.

Selain daripada itu, warna hitam itu juga melambangkan protes terhadap pengambilan kuasa oleh pihak Barisan Nasional di negeri Perak.

Pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina sebentar tadi, penyelaras program, Wong Chin Huat berkata bahawa slogan Najib sebagai "1Mmalaysia: Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" sebagai bahan lawak bagi rakyat Malaysia kini.

Ini kerana Najib sendiri tidak mempraktikkan slogan tersebut.

Bagi Bersih, kata Wong, Najib langsung tidak memperjuangkan rakyat dan tidak mementingkan hak rakyat terutama hak para pengundi di negeri Perak.

Beliau juga menyeru rakyat Malaysia supaya turut sama di dalam protes itu dengan memakai pakaian hitam dan menunjukkkan bahawa rakyat Malaysia menentang sebarang pencerobohan demokrasi dan sekatan ke atas media.

Selain daripada itu, wakil gabungan Bersih juga mencadangkan pembubaran DUN Perak dan adakan semula pilihan raya.

Turut menyokong 1MalaysiaGelita ialah Centre for Orang Asli Concerns, Centre for Policy Initiatives (CPI) dan juga Anwar Ibrahim Club (AIC).

Sidang media itu juga disertai oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Phua, Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkifly Ahmad, Ahli Parlimen Subang, S.Sivarasa, Li Yoon dari Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor dan Dr Lim Teck Ghee, pengarah CPI.

Dalam sidang media itu juga kesemua wakil Bersih mengecam tindakan sekatan media terhadap liputan Dun Perak serta mendesak Najib supaya menyelesaikan segera kemelut yang melanda negeri Perak.



sumber dari : Siasah Daily


--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/
Related Posts with Thumbnails