Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Memaparkan catatan dengan label 1st calon bebas dun penanti...berapa lagi nak lawan.... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 1st calon bebas dun penanti...berapa lagi nak lawan.... Papar semua catatan

11.5.09

Aminah Abdullah calon Bebas di N.12 Dun Penanti... ~ malaysiakini

PULAU PINANG, 11 Mei (Hrkh) - Puan Aminah Abdullah 56 tahun merupakan orang pertama mengambil borang pencalonan sebagai calon bebas untuk bertanding di N12 Dewan Undangan Negeri (Dun) Penanti pada 31 Mei ini.

Beliau yang pernah menjawat jawatan Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Bukit Bendera dari tahun 1999 sehingga 2007, Exco Wanita KeADILan Pusat 2000-2007, Timbalan Ketua Wanita KeADILan Negeri pada tahun 2000-2004 dan seterusnya sebagai Ketua Wanita KeADILan Negeri Pulau Pinang dari 2004-2007 sebelum meletakan jawatan pada 13 Julai 2007 ekoran krisis dalam parti berkenaan.

Aminah yang mempunyai empat orang anak kesemuanya perempuan di temani suaminya, Mohd Rofi Osman yang juga bekas Ketua KeADILan Bahagian Bukit Bendera mengambil borang di Pejabat Suruhanjaya Pilihan raya Malaysia (SPR) Pulau Pinang di Komplek Tun Abdul Razak (Komtar) pukul 10.30 pagi tadi.

Semasa ditanya apakah tujuan kemasukan beliau sebagai calon bebas pada pilhan raya kecil itu nanti beliau menegaskan, semata-mata mahu menegakan kebenaran dan keadilan yang sudah mulai hilang daripada parti tersebut.

Menurutnya, tindakan beberapa individu dalam KeADILan sendiri menyebabkan beliau meletakan jawatan dan bergerak atas Badan Bukan Kerajaan (NGO) Gerak yang dipolopori oleh bekas Angkatan Muda KeADILan, Ezzam Mohd Noor.

Walaupun Ezzam tidak lagi mengetuai Gerak namun beliau tetap bersama NGO berkenaan sebagai Penyelaras Gerak Pulau Pinang sehingga hari ini.

"Saya tidak pernah sertai Umno dari dulu sampai sekarang. Perjuangan saya tetap untuk mengembalikan keadilan yang sejati demi memansuhkan perjuangan yang tidak ikhlas," ujarnya.

Menyentuh adakah kemasukan beliau merupakan tajaan Umno atau di dalangi oleh Ezzam beliau berkata, ia tiada kaitan sama sekali semuanya menggunakan wang sendiri. - mns

- dari HarakahDaily 

* p/s - keratan akhbar tempohari dalam Harian Metro yang dikononya beliau telah di tawarkan dengan jawatan Ketua Wanita PKR jika tarik diri dari bertanding BEBAS di N.12 DUN Penanti....spekulasi aja tuuu....mau kasi gempakk ajaaa..... Lawan Tetap Lawan Kak Minah! Din Binjai kata, Kawan Tetap Kawan! pasai gara-gara pukulan sempoinya resipi gulai kepala ikan made in jelutong...keh keh keh..!!! sunggohhhh din binjai kataa....!!!! tak percaya tanya idriss bayan baru....

_-- 
Related Posts with Thumbnails