Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

16.2.09

Polis Halang Ceramah Isu Semasa di Bayan Baru, Pulau Pinang ~ malaysiakini

YB Dato' Paduka Haji Husam Musa membacakan doa..

Ustaz Salleh Man, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang (berkopiah putih)

orang ramai tidak berganjak dari perkarangan rumah Pak Leh..

orang ramai menjamu selera selepas ceramah

blogger kerani-opis turut hadir..

blogger zul mamak png melaporkan dari tempat kejadian..

deretan jentera skuad 'ugutan kepada rakyat'

SUNGAI NIBONG BESAR, BAYAN BARU [12.26 am] - Akibat ketakutan melihat gelombang kebangkitan suara rakyat di seluruh pelusuk negara, mana nampaknya kerajaan terus menjalankan agenda untuk menyekat ceramah-ceramah Pakatan Rakyat.

Sebelum ini mereka mengharamkan sebarang ceramah politik di Perak. Kini terbaru malam tadi, Ahad 15hb Feb 2009, ceramah YB Dato' Paduka Haji Husam Musa telah dibatalkan oleh pihak polis. Ini amatlah memalukan, dan ternyata menunjukkan puak-puak UMNO dan BN semakin tertekan melihat kebangkitan rakyat di mana-mana. Insiden "rampasan kuasa" di Perak baru-baru ini jelas sekali memberi gambaran buruk kepada UMNO dan BN di mata rakyat.

Lantaran itu mereka semakin bersemangat untuk menjatuhkan kerajaan UMNO dan BN yang dilihat kini telah melaksanakan strategi politik jahad ala "mosad" di Israel. Tindakan menculik, mengugut serta merasuah pemimpin politik "pembangkang" dilihat sebagai satu langkah terdesak Najib Razak sebelum beliau mengambil alih kuasa tidak lama lagi.

Ceramah YB Husam bersama Ustaz Salleh Man, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang yang menggantikan YB Dr. Ust Mujahid Yusof Rawa anjuran PAS Kawasan Bayan Baru, yang sepatutnya diadakan di perkarangan rumah Pak Leh, Sungai Nibong disini telah dibatalkan oleh pihak polis di saat-saat akhir malam tadi. Ini menyebabkan hampir 2,000 orang ramai yang hadir begitu kecewa dengan tindakan pihak keselamatan itu. Selepas diadakan perbincangan dengan pihak polis, mereka bagaimanapun memberi kebenaran untuk mengadakan ceramah di dalam rumah dan tanpa menggunakan alat pembesar suara. Walau bagaimanapun orang ramai terus membanjiri lokasi terbabit tanpa menghiraukan arahan polis.

Tepat jam 11.00 malam, majlis ceramah penerangan tersebut terpaksa dihentikan atas arahan pihak polis dan YB Husam dengan tidak semena-mena langsung terus membaca doa untuk mengakhiri ceramah beliau. Tindakan dan tekanan sedemikian adalah PERTAMA kali berlaku di lokasi rumah Pak Leh Sungai Nibong kononnya untuk menakutkan orang ramai hadir mendengar isu semasa, walhal sebelum ini tiada masalah untuk mengadakan ceramah isu politik semasa. Ini berikutan isu yang kian PANAS di negeri Perak dan kedatangan PRK di Bukit Gantang dan Bukit Selambau yang dijadualkan 1 hari selepas Perhimpunan tanpa Permit Parti Umno di ibu negara.

[Menurut maklumat sejak awal-awal lagi pihak polis, SB dan juga FRU telah ditempatkan dikawasan sekitar lokasi terbabit dengan kekuatan anggota seramai lebih kurang 2 ratus orang, selain itu, lima buah trak FRU termasuk 1 water canon juga ditempatkan dilokasi. Lain-lain ialah dua buah black maria dan dua buah land rover pihak PDRM. Apa sudah jadi dengan Malaysia hari ini, semakin hari semakin menzalimi rakyat sendiri yang sebenarnya mempunyai hak untuk berhimpun dan mendengar ceramah pemimpin mereka dalam negara demokrasi ini]


- berita asal : http://www.pahangdaily.co.cc/

- sumber gambar : blogger Hijat Panjang & Zul Mamak Png http://zulmamakpng.blogspot.com/

- sumber berita : keADILan Bayan Baru http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/


--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

5 ulasan:

Awanama berkata...

Salam ziarah.
View Profile: Rantong™

Awanama berkata...

salam hijat,
tu memang dah tau kerja depa...tapi kekadang tu ada dikalangan orang sendiri,kerja kuat untuk sabotaj program parti sendiri,macis dalam poket.!

Hijat Panjang... berkata...

salam antigomoi...

setakat la ni tak pernah la aku tau ada pesyen lagu tu nak pelingkop program sendiri...ni gara2 kesan cara tak langsong menyekat kebebasan media,sebaran umum..pasai isu di perak dan negeri2 PR...

polis nanti kata apa.."kami dah bertindak menghalang kejadian tak diingini dari berlaku.."...cehh, akai ada ka kalo ocpd yg kata lagu tu...???

nampak sangat la nak naik pangkat cepat atau nak mampos cepat..gila ka apa pasai nak halang ceramah..sampai 3-4 trak/bas panjang FRU bawak 150-200org anggota dgn 1 water cannon...nak merusuh ka skuad polis ni..???

pasai tu bila orang kata 'Negara Polis' depa marah pulak dahhh...

Hijat Panjang... berkata...

dari ziezullhakim@yahoo.com

Ya, Saya nampak polis hanya berborak di bawah sinaran lampu jalan sambil bercekak pinggang.....
dan polis perempuan yang hanya gelak ketawa.....dan Geng FRU macam lembu di dalam kandang,,,,,


Apakah Dosa kami...Kami hanya mendengar Informasi. Hak Kami....Bukan kami di suruh angkat Parang...lawan dan membunuh...SALAHKah Wahai Saudaraku.......

ELINA JOHNSON berkata...

Halo,
 Saya Puan Elina Johnson, ELINA JOHNSON LOAN FIRM, di sini datang pinjaman asli yang akan mengubah hidup anda menjadi yang lebih baik, sebuah syarikat pinjaman pinjaman, Diberikan dan Berlesen untuk menawarkan pinjaman kepada individu, syarikat swasta dan orang yang memerlukan bantuan kewangan dalam tahap keuntungan yang rendah sebanyak 2%.

Saya Puan Elina Johnson, akan memberikan yang terbaik kepada penghormatan kami kepada semua pemohon yang sah. Anda tidak akan kecewa dengan saya dalam urusan perniagaan ini kerana syarikat itu akan memastikan pinjaman anda sampai kepada anda, ia tidak juga berakhir di sana, kami mempunyai pasukan expatrate yang memahami undang-undang melabur, mereka akan membantu anda, memberi anda petua yang akan menguruskan pelaburan anda yang anda melabur pinjaman anda, jadi anda tidak akan bangkrut lagi dalam hidup anda dan tawaran hebat ini datang dengan pinjaman anda, Hubungi kami hari ini melalui e-mel elinajohnson22@gmail.com

Perkhidmatan kami termasuk yang berikut:

* Pinjaman peribadi
* Pinjaman Bercagar
* Pinjaman tidak berpagar
* Hasil pinjaman
* Latihan Pinjaman
* Pinjaman ikrar pinjaman
* Bayaran pinjaman
* Pinjaman pelajar
* Pinjaman Komersial
* Pinjaman Auto
* Resolusi Pinjaman
* Pinjaman Pembangunan
* Pinjaman pinjaman Jabatan
* Pinjaman Perniagaan
* Pinjaman pendidikan
* Pelantikan patah

Sila isi borang permohonan pinjaman di bawah dan kembalikan kepada kami untuk memberi kami lebih baik melalui e-mel:
elinajohnson22@gmail.com


DATA PEMOHON

1) Nama Penuh:
2) Negara:
3) Alamat:
4) Nyatakan:
5) Jantina:
6) Status Perkahwinan:
7) Pekerjaan:
8) Nombor Telefon:
9) Kedudukan semasa di tempat kerja:
10) Pendapatan bulanan:
11) Jumlah Pinjaman yang Dibutuhkan:
12) Tempoh Pinjaman:
13) Tujuan Pinjaman:
14) Agama:
15) Pernahkah anda memohon sebelum:
16) Tarikh lahir:
terima kasih,
Puan Elina Johnson (elinajohnson22@gmail.com)

Related Posts with Thumbnails