Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

8.3.10

Nak Tengok Cerita Lawak Malam Nie..???

Malam nie mantan Timbalan ketua Menteri I Pulau Pinang, Fairus Khairudin akan muncul dalam rancangan "Soal Jawab" di TV3 pada jam 10 malam.

Kalau ada sapa-sapa nak dengar lawak ala-borianya, bolehlah tercegat depan TV malam nie. Tapi kalau ada kerja lain yang lebih mustahak,tak payahlah dengar cerita tukang lawak nie. Panggil Pie atau Maidin berlawak lagi bagus.

Yang tak seronoknya rancangan Soal-Jawab nie, hanya pengacara saja boleh tanya, penonton tak dibuka ruang untuk bertanya. Bukan apa, jika diberi ruang ,saya pun nak bertanya juga beberapa soalan. Antaranya saya nak tanya kesihatan Fairus kerana masa jadi TKM Penang dulu dia selalu dikatakan tak sihat, ponteng kerja. Apa, la nie dah sihat ka?

Saya juga nak tanya tentang ijazah lanjutan yang diambilnya di luar negeri ketika memberi alasan dia letak jawatan ADUN Penanti dulu, sudah selesaikah? Kalau sudah habis pengajian saya sangat teringin hendak tahu dia ambil ijazah lanjutan di Universiti mana, di Kolej mana, sebab baru 10 bulan belajar dah dapat ijazah. University of Temberang ka? Dan kursus apa dia ambil sesingkat itu, kursus korek kuari ka?

- Pendekar Gunung Krianggg...

* p/s - kah kah kah...tak tengok lagi malam ni cita lawak, aku dah geli ulu hati dan pankres...kah kah kah...kekekekekeke...patek mohon sumbang derhaka...kah kah kah...ampon laksa mana...??? panglima kasturi...??? kah kah kah...bleh kalah Tukat Tiub dengan rancangan malam satni...kah kah kah...lawak, lawak...

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

7.3.10

BONGKAR : Mengenali Siapa Sallehuddin Hashim


En. Amin Al Rasyid (Class of 68), En. Abdullah Hamid. (kelas 69) dan En. Zaharuddin Alias (kelas 70) dan bersama-sama dengan Dato Sallehuddin Hashim adalah semua pemegang saham Turnaround Management Incorporated Sdn Bhd (TMI).

Mereka semua telah ditipu, dianiaya, digunakan dan dimanipulasi oleh Sallehuddin yang mereka gambarkannya sebagai 'penjahat jenius' dan seorang yang menggunakan kecerdasannya untuk membuat kerosakan.

Salehuddin tidak hanya berbohong kepada para rakan-rakannya bahawa ia dibayar kurang daripada separuh daripada RM40 juta oleh konglomerat, tapi Salehuddin tidak membayar keuntungan yang sepatutnya kepada para pemegang saham dan membiarkan hutang syarikat tanpa diselesaikan - itu lah yang menjadi kemegahannya!

Salehuddin adalah watak yang berbahaya kerana dia pernah mengatakan dia tidak takut pada sesiapa pun. Salehuddin berkata, "Mengapa saya harus (takut) sedangkan aku tidak takut pada Allah".

Salahuddin adalah seorang penjudi dan dilaporkan telah kehilangan ratusan ribu dolar di Las Vegas dan telah menjadi orang miskin selama bertahun-tahun. Itu sebabnya dia sangat memerlukan pekerjaan di Selangor tetapi ditolak oleh Menteri Besar yang telah lebih mengenalinya .

Dia adalah seorang badut, seorang pelakon dan seorang penglipur lara….. Dia tidak tulus memperjuangkan prinsip-prinsip parti. Bagaimana dia mampu sedangkan dirinya sendiri adalah busuk sebusuk-busuknya?

Teman-teman baik dari MCKK yang kenal rapat dengannya tidak pernah ingin terlibat dalam perniagaan apa pun dengannya. Bahkan mereka tidak mempercayai walau seringgit wang mereka dengannya.

Nama julukannya adalah 'Chandran' kerana daripada seratus kata katanya, mereka hanya percaya kurang daripada sepuluh yang merupakan tragedi bagi seperti orang yang brilian dan punya bakat luar biasa dalam berkata-kata (baca pandai kelentong).

Pekerjaan terbaik untuk orang sepertinya yang cerdas dengan licik bengkok , fikiran dan dengan sifat pendendam patologis adalah pekerjaan kotor..

- IPOH MALI

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

6.3.10

Akhirnya Kau Di Pecat Juaa...

Ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin dipecat daripada PKR hari ini.

Perkara tersebut diumumkan Setiausaha Agungnya, Saifuddin Nasution Ismail pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya petang ini.

Timbalan Presiden PKR Syed Husin Ali, Naib Presiden Mustaffa Kamil Ayub, Ketua Penerangan Latheefa Koya dan Pengarah Strategik Tian Cua turut hadir. Bagaimanapun, ketua umumnya Dato' Seri Anwar Ibrahim dan presiden parti Dato' Seri Dr Wan Azizah Ismail tidak turut serta dalam sidang media tersebut.

Sehubungan itu, Zulklifi juga diminta mengosongkan kerusi parlimen Kulim-Bandar Bharu yang dimenanginya pada pilihan raya umum 2008.

Bagaimanpun Zulklifi dibenarkan membuat rayuan dalam tempoh 14 hari berhubung pemecatan itu.

Dua hari lalu, Zulkifli dihadapkan ke lembaga jawatankuasa dispilin PKR tetapi bertindak keluar selang sejam kemudian.

'Kesalahan berulang-ulang'

Beliau dihadapkan ke jawatankuasa itu bagi memberi penjelasan berhubung bidasannya terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan membuat laporan polis ke atas ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Zulklifi mendakwa panel yang sepatut menentukan masa depannya hari ini sepatutnya dianggotai oleh orang Islam kerana ia membabitkan penggunaan isu kalimah Allah dan agama Islam.

Dakwaannya itu bagaimanapun ditolak dan menurut setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution, kes Zulklifi tidak kena mengena dengan isu kalimah Allah.

Dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR selama kira-kira 3 jam setengah, Saifudin menjelaskan, keputusan terhadap Zulkifli dibuat secara sebulat suara selepas mempertimbangkan pelbagai aspek, termasuk kesan "kesalahan yang berulang-ulang" yang dilakukannya dan kesannya terhadap parti.

Saifuddin berkata, surat bagi memaklumkan keputusan tersebut akan dimaklum kepada Zulkifli pada Isnin ini melalui pelbagai surat, faks dan e-mel.

Menurut Saifuddin, Zulkifli disabitkan bersalah kerana membuat laporan polis terhadap wakil rakyat PAS Khalid Samad dan ekoran kenyataannya yang dibuat dalam sebuah wawancara di TV3 sebelum ini, antarnaya berbentuk serangan terhadap dasar dan pendirian parti serta kemampuan Pakatan Rakyat.

Kulim diselia Gobalakhrisnan

Saifuddin berkata, selepas tempoh rayuan tamat, sekiranya rayuannya ditolak, PKR akan mendesak ahli parlimen kontroversi itu mengosongkan kerusi parlimen kawasan tersebut kerana kemenangannya sebelum ini diperoleh atas tiket PKR.

Ditanya tindakan PKR sekiranya Zulkifli enggan berbuat demikian, Saifuddin hanya berkata, beliau yakin, sebagai ahli parlimen yang bertanggungjawab dan faham nilai integriti dan kewibawaan, beliau akan akur pada desakan tersebut.

Sementara itu, katanya, PKR juga menugaskan pemimpinanya menjaga kebajikan kawasan di mana wakil rakyat mereka berpaling tadah.

Beliau menambah, wakil rakyat Padang Serai N Gobalakhrisnan selepas ini akan ditugaskan menjaga kawasan Kulim-Bandar Baharu. Anwar Ibrahim (Permatang Pauh) di Nibong Tebal, Yusmadi Yusoff (Balik Pulau) ditugaskan di Bayan Baru dan Dr Lee Boon Chye (Gopeng) di Bagan Serai.

Sementara Zulkifli ketika dihubungi Malaysiakini sejurus selepas keputusan tersebut diumumkan enggan mengulas lanjut kerana bercadang mengadakan sidang media khas mengenai perkara itu lewat petang ini.

- Malaysiakini

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

5.3.10

Awasi Cuaca Panas...!!!

CUACA panas dan kering yang melanda negara sejak awal tahun ini dilaporkan bakal menjadi lebih terik apabila kedudukan fenomena matahari berada tegak di garisan Khatulistiwa dengan tempoh siang dan malam di hemisfera selatan serta utara hampir sama berlaku pada 21 Mac ini.

Keadaan panas itu menyebabkan keadaan terik baik di utara tanah air manakala di beberapa kawasan di Johor menyaksikan catuan air akibat paras air sungai yang merosot.

Apapun, anda perlu berhati-hati dengan keadaan cuaca panas melampau ini yang boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan andai tidak membuat persiapan menghadapinya.

Bagi sesetengah orang terutama yang berada dalam kumpulan berisiko seperti warga tua, bayi dan kanak-kanak selain mereka yang berhadapan dengan masalah jantung dan tekanan darah tinggi, cuaca panas melampau boleh membawa kepada komplikasi kesihatan lain.

Antara risiko cuaca panas melampau adalah masalah dehidrasi iaitu kehilangan air daripada tubuh juga mineral lain dalam darah seperti potassium dan sodium yang berperanan dalam fungsi organ iaitu ginjal, otak dan jantung.

Malah ramai yang tidak tahu, masalah kehilangan air atau dehidrasi juga boleh menyebabkan kekeliruan, kelesuan selain menjejaskan pernafasan dan denyut nadi.
Dalam keadaan normal, peluh yang terhasil apabila kita panas membantu menyejukkan tubuh apabila ia tersejat di permukaan kulit. Bagaimanapun, jika hari terlalu panas, terlalu berpeluh akan menyebabkan sistem ini gagal. Suhu tubuh berpotensi meningkat ke tahap yang bahaya.

Ia boleh menjadi punca berlakunya keletihan atau kepanasan melampau. Malah boleh menyebabkan sakit kepala, pening dan kejang otot.

Bagaimana untuk mengelakkan masalah ini?

1) Minum banyak air
Disebabkan anda kehilangan air dalam tubuh, anda juga perlu menggantikannya semula. Dalam keadaan biasa, seseorang yang memiliki berat badan 58 kilogram sepatutnya meminum lapan gelas air sehari. Iaitu berdasarkan peraturan biasa, untuk setiap 0.9 kilogram berat badan, anda memerlukan 28.4ml air.

Bagaimanapun, dalam cuaca yang panas, pengambilan air patut ditingkatkan. Sebaiknya nikmati air suam atau mungkin jus buah-buahan tetapi bukan minuman berkarbonat. Minuman berkarbonat atau alkohol hanya akan membuatkan anda kehilangan lebih banyak cecair dalam badan. Minuman ais juga sepatutnya dielakkan kerana ia boleh menyebabkan kekejangan pada perut.

2) Ubahsuai diet anda

Elakkan makanan pedas atau berat. Makanlah makanan sejuk terutama salad atau buah-buahan yang mengandungi kandungan air yang tinggi.

3) Rasional dalam melakukan senaman

Jangan bersenam atau beriadah pada waktu petang yang panas. Anda mungkin boleh memilih waktu lain yang lebih sesuai.

4) Pilih pakaian yang sesuai

Pastikan anda memakai baju dengan warna-warna terang, longgar dan diperbuat daripada kain kapas. Baju berwarna gelap menyerap haba.

5) Elakkan perangkap haba

Parkir kereta anda di kawasan yang tertutup. Kalau boleh berada dalam kawasan berhawa dingin. Jika perlu keluar dari pejabat atau rumah, pastikan anda sentiasa membawa air.

Fakta :-
Kesan haba panas pada tubuh

20• darjah Celcius - selesa, denyut nadi normal.
25• darjah Celsius - peluh biasa.
30• darjah Celsius - Ketidakselesaan.
40• darjah Celsius - Kepanasan melampau, berpeluh, denyut nadi pantas, letih.
45• darjah Celsius - Kepanasan melampau, peluh terhenti, panas dan kulit kering.

* p/s - oleh yang demikian memang perlu minum ayaq mineral atau ayaq masak sekerap mungkin, kalau dengan geng-geng blogger, ayaq barli panaih maupun barli suam amat elok untuk sejukkan badan...sampaikan kedai makan tu abeh la barli panaih, suam...semua pakat dok mintak yang tuu...kekekekeke...

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

LomPat Punya OLang ~ ' BuaYa Di BaLik BaTu...'

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, tindakan beberapa wakil rakyat PKR yang keluar parti dan menjadi wakil bebas disifatkan sebagai "buaya di sebalik batu".

"Sedihnya, ribut tidak (ada), hujan pun tidak, tiba-tiba bah melanda! Syak saya teramat kuat akan adanya kepentingan politik (mereka) tersendiri. Ini bukannya udang di sebalik batu, bahkan buaya," katanya.

Nik Aziz yang juga mursyidul am PAS mengulas 'fenomena' keluar parti yang menghantui PKR setelah tiga anggota parlimennya berpaling tadah dalam tempoh yang amat dekat.

Mereka ialah Dato' Seri Zahrain (Bayan Lepas)...(yang betoinya Bayan Baru,ehh..ado apa-apa ka ADUN Bayan Lepas? kerap sangat depa dok taip Bayan Lepas ni? Hehehe...nak lompat jugak kaa..???) Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohsin Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai).

Dalam satu kenyatan hari ini, Nik Aziz berkata, jika terdapat perasaan tidak puas hati dengan kepimpinan sedia ada, perkara itu boleh disuarakan dengan dengan pelbagai cara, tetapi bukan dengan melompat parti.

"Usulkan sahaja sidang tergempar, ambil tindakan kepada mana-mana pemimpin yang bersalah. Paling tidak, adakan perbincangan dari hati ke hati.

"Bukankah ini menjadi amalan biasa turun temurun di dalam menyelesaikan urusan rumahtangga parti?" soalnya yang kini sedang mendapatkan rawatan kerana sakit dada di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kota Bharu sejak kelmarin.

Sehubungan itu, Nik Aziz menambah, pemimpin yang meninggalkan parti perlu juga meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen sebagai tanda menghormati mandat yang diberikan rakyat kepadanya.

"Bertanding atas tiket parti lain, tiba-tiba menukar haluan. Bukankah ini satu penipuan? Umpama meminang anak dara orang dengan perwatakan lebai, alih-alih bertukar rupa menjadi pencuri," sindirnya.

Beliau juga menasihatkan PKR - yang disifatkanya sebagai parti yang masih muda - tidak berputus asa kerana perkara yang sama pernah berlaku pada PAS sendiri, termasuk melibatkan pemimpin tertingginya.

"Hari ini, PAS sudah dewasa dan matang, tidak lagi kedengaran pimpinan yang melompat sebagaimana dahulu.

"Bahkan Kelantan pernah diperintah dengan kelebihan satu kerusi dan dua undi! Alhamdulillah, tidak ada yang melompat," katanya.

- m'kini

* p/s - kah kah kah...tok guru kata 3 ekor yang keluaq PKR tu bukannya "ada udang dibalik batu, tapi ada BUAYA dibalik batu.." tu diaaa...memang boya pun depa-depa 4-5 aekor yang dah melingkop ni...tau nak 'NgaP' sajaa... tadak 'lui', tamau dudok...cehhh..politik murahan punya olangg...nang boti nang, kui boti kui...kah kah kah...olang pun bukan olang, hantu pun bukan hantu....siau lai seng la luu olangggg....


--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

3.3.10

Saekor LaGi MaLaoN Dah KeLuaq...

(dalam hati katanya.."lega, turn aku dah selesai..lepaih ni zul nordin dgn wee chee keong la pulakkk...hehehehe...)

Anggota Parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzli Samsuri melambaikan tangan ke arah jurugambar selepas sidang media di sini hari ini. Lama sudah saya tidak jumpa dia, apa lagi pengundinya di Bagan Serai, tiba-tiba sudah jadi penghianat. Seperti kata Ust. Ahmad Awang sebentar tadi kepada saya melalui talifon " saya cabar dia letak jawatan"- foto BERNAMA

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Celaka betol orang tua ni (Mohsin).
Dah tua macam nipun masih tak amanah
Penat lelah pengundi2 yang mengundi beliau itu hari langsung tak dihiraukan.
Kalau aku tahulah masa mengundi dulu perangai orang tua tu macam ni...memang aku ludah muka dia dari awal. Kami berdiri tepi jalan kat Bagan Serai tu dari pagi sampai petang langsung dia tak hargai. Ini dah melampau.


YB yang TAK AMANAH hidup kau tak senang lepas ni. Beribu2 pengundi yang mengundi kau dulu akan menyumpah atas kau siang malam. Rasakan lah....

Tanpa Nama berkata...

Sedih, kan?

Abg Nik

Tanpa Nama berkata...

SIFAT ORANG MUNAFIK DAN HUKUM MEREKA. Hadis:1584 - Diriwayatkan daripada Jabir r.a katanya: Nabi s.a.w pergi ke kubur Abdullah bin Ubai lalu mengeluarkan jenazah Abdullah dari kuburnya. Baginda meletakkan jenazah Abdullah di atas dua lutut baginda lantas meludahnya, kemudian memakaikan baju baginda kepada jenazah terse...but. Allahlah yang mengetahui segala-galanya. (sifat orang Munafik: apabila diberi amanah/undi, dia khianati/lompat)

Tanpa Nama berkata...

kalau takat undi je tak pe lah.. pangkah lepas tu balik relax kat rumah..ni yg buat kerja mengundi ni lagi bengang..dah le...gantung poster..culaan undi..kempen...berarak hari penamaan calon.....jaga peti undi...jaga masa kira undi..... lagi le sakit hati..aku sumpah kamu jadi katak..sume rezeki kamu yg kamu dapt dan yg umno beri tu jadi haram dan mintak-mintak kamu kena serangan stroke hingga kurang upaya..masa tu baru kamu tahu duit boleh sembuhkan kamu ke tak..ya allah berilah yb ni hilang upaya supaya dia tahu nikmat kesihatan dan amanah...

fasa berkata...

Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.

Tanpa Nama berkata...

Buang Kupiah tu...nanti dia juga akan jadi saksi di akhirat selain daripada kulit,rambut dan segala anggota kamu apabila mulut kamu dikunci,tidak takut rupanya kamu dengan azab Allah yang telah dijanjikan kepada golongan munafik...ingat makanan ahli neraka adalah buah Zaqqum yang pahit dan tiada bandingnya dengan apa yg ada di dunia ini.Wang yang kamu ambil itu sebenarnya harga bagi buah zaqqum yang kamu akan makan di sanan nanti...ingat seksa neraka ni tidak tertanggung oleh makluk

fasa berkata...

Ish,ish,ish...ini rupanya hilang nur di muka

Cikgu Din berkata...

satu TANDA KULAAN INI ,SANGAT KEDEKUT.!

fasa berkata...

Susah kalau dah keturunan UMNOH

czackPY berkata...

sedih sakit hati . Masa akan menentukan

* p/s - aku dah agak dah...memang kompom apa yang dikatakan depa2 ni ada jadual waktunya, arini sapa, esok sapa...dah sah la seperti yang diwar-warkan ada nama si MaLaon ni dalam list yang bermasalah...nampak sangat la salehuddin mantan setiausaha agung punya keja...kumpoikan seberapa ahli parlimen yang bermasalah, adala habuannya...dah dasar mata duitan berjuta-juta..ribu2,puloh ribu tak mai laa..kamjat betoiii...cehhh...

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

2.3.10

SePuLoh Ahli ParliMen Yang BakaL LomPat KeLuaq...


Find more videos like this on KOMUNITI BATCH13 SMAKJ


Salam Sejahtera..

Ada pimpinan PKR yang mengatakan MP dan Ahli Parti PKR yang melompat tu umpama sampah, jadi parti memang tak bekehendak lagi ahli sebegini, betui ka... jangan lah jawapan tersebut nak menyedapkan kami penyokong PR.

Sampah yang dibuang di tong-tong samapah tu pun masih ada gunanya, masih boleh di kitar semula, dengan adanya ilmi bioteknologi sampah pun ada nilai lagi..., janganlah kerana mereka keluar tinggal parti kita, kita umpamakan mereka sampah, MP PKR dah 2 yang melompat keluar, adakah itu sampah, ni ada senarai dibawah ni yang dikatakan bakal melompat ..

Zulkifli Noordin - Kulim-Bandar Baharu
Azan Ismail - Indera Mahkota
Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri - Bagan Serai
Amran bin Ab Ghani - Tanah Merah
Ab Aziz Ab Kadir - Ketereh
Ahmad bin Kassim - Kuala Kedah
Rashid bin Din - Merbok
Zainal Abidin Ahmad - Hulu Selangor
Kamarul Bahrin Abbas - Teluk Kemang
Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Seorang saja MP berbangsa Cina, Wee Choo Keong - Wangsa Maju, dia ni memang bermasaalah denga DAP, sebelum ini pun mangkok ni MP DAP, menggantikan Lee Lan Thye kalau aku tak silap, sembilan lagi mangkok-mangkok melayu ni apa cerita, oii malulah sikit kat MP N. Gobalakrishnan - Padang Serai. Kang nanti kamu semua akan digelar sampah juga...

Kalaulah benar 10 orang lagu yang bakal melompat, maka benarlah seperti yang diceritakan oleh DS IR Nizar tempoh hari, Najib memerlukan seramai mungkin MP Pakatan Rakyat untuk mendapatkan kembali 2/3 majoriti Parlimen, senanglah UMNONgok nak merompak dan memeras harta benda rakyat.

Sampahkah mereka itu yang melompat,, oii jangan buat pasai... merana rakyat yang memilih dan mengundi MP MP tersebut.

Aku terbaca satu komen berbentuk nasihat dari Tuan Haji Jamaludin dalam satu blog buat para MP yang nak melompat :

hj jamaludin

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Kepada YB, YB yang akan meninggalkan Parti Keadilan Rakyat dan masuk Parti UMNO atau Bebas bersadar rapat kat BN . Jangan lupa suruh Pm 1 Malaysia buat surat sumpah atau akur janji nanti apabila Pilihan Raya Umum yang ke 13 di lantik kembali untuk bertanding atas tiket BN tanpa gangguan dari ahli UMNOBN . Surat Sumpah PM 1 Malaysia sebagai bukti YB YB yang melompat parti bukan sampah yang tersumbat kat longkang . Buktikan kepada Saudara DSAI PM 1 Malaysia sayang dan mesra kat Yb YB yang melompat ke parti BN.Jangan Lupa tuntut surat sumpah PM.


Aku sokong 101% cadangan tersebut, Next PRU13, diharapkan UMNO dan Najib selaku Pengerusi BN kekalkan MP-MP yang melompat sebagai calon, biarkan pengundi yang mengundi menentukan nasib mereka..., ada berani?!!!!

1.3.10

ManTan Setiausaha Agung PKR Broker Pemimpin KeLuar Parti...???

Bekas setiausaha agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Salehuddin Hashim hari ini secara terbuka mengakui lebih ramai Ahli Parlimen parti itu akan keluar — dipercayai lebih daripada 10 orang.

Menjawab soalan desas-desus akan ada 10 anggota Dewan Rakyat akan keluar dalam waktu terdekat, Salehuddin (gambar) membayangkan jumlah itu "mungkin lebih."

"Ya (akan ada yang akan keluar)... tolak kumpulan sosialis, tolak NGO, tolak kroni... anda kira sendiri, anda akan dapat jawapan," kata beliau kepada wartawan ketika menemani Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng umum keluar PKR dan jadi Ahli Parlimen Bebas di sini.

Justeru itu apabila ditanya sama ada Barisan Nasional (BN) akan memperoleh balik majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat, beliau yang turut telah keluar PKR bulan lalu memberitahu:

"Mereka keluar jadi ahli bebas, Pakatan Rakyat akan hilang satu pertiga (kedudukan kerusi) tetapi tidak bermakna BN akan menang (dapat balik) majoriti dua pertiga," katanya.

Salehuddin juga berkata Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan apa yang patut untuk memujuk supaya tiada lagi wakil rakyat keluar PKR.

"Tetapi jangan sangka yang keluar parti itu tiada semangat reformasi.

Salehuddin juga mengaitkan perkembangan semasa ini berpunca daripada sikap pucuk kepimpinan parti "mengejek mereka yang keluar PKR macam kebudak-budakkan."

"Bila-bila lama-lama ejek orang, maka orang keluar, rumah kita sendiri tak ada orang lagi, kita seorang sahaja," katanya.

Selain itu katanya sikap kepimpinan yang mengamalkan "pelukan asmara" dengan hanya gemar menerima orang baru tetapi pada masa yang sama meminggirkan ahli dan pemimpin lama menjadi punca kepada keadaan sekarang.

Ditanya sama ada beliau yang memainkan peranan mendalangi tindakan wakil rakyat dan pemimpin PKR keluar parti, Salehuddin dengan ketawa besar menjawab: "Adakah anda maksudkan saya pengarah strategi, saya nak kata saya tidak pernah gigit orang, saya bukan pengarah strategi."

"Saya dijemput oleh Tan Tee Beng," katanya dengan diturut diakui Tan sendiri.

Hari ini Tan mengumumkan keluar parti, sekali gus menjadi wakil rakyat Bebas.

Tiga minggu lalu Salehuddin juga hadir pada sidang media Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim yang mengambil pendirian yang sama.

Ketika ditanya sama ada tindakan ahli-ahli Parlimen PKR menjadi wakil rakyat Bebas akan mewujudkan blok baru di Parlimen, Salehuddin berkata, anggota PKR sudah mengambil pendirian mereka dan kemungkinan ada wakil dalam DAP dan PAS juga mahu berbuat demikian.

Kini di Parlimen BN mempunyai 137 kerusi manakala PKR dan DAP masing-masing 28 dan PAS pula 23 serta seorang dari Parti Sosialis Malaysia. Lima yang lain ialah wakil rakyat Bebas termasuk dua bekas anggota PKR.

BN memerlukan 11 kerusi untuk kembali menguasai majoriti dua pertiga di Parlimen. -MI






- Kelab Greenboc

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

Kebakaran Rumah Setinggan Di Sungai Nibong Tengah, Bayan Baru


Gambar sekitar Kebakaran di Sungai Nibong Tengah (Seting Garden) di selekoh Jalan dari Sunshine nak ke Sekolah Kebangsaan Bayan Baru.


Lebih kurang (kurang pasti dengan angka rasmi jumlah yang terlibat) 9-10 buah rumah hangus terbakar di tepi pagar atau tembok Sekolah Kebangsaan Bayan Baru.

ADUN Kawasan Pantai Jerejak, YB Sim Tze Tzin, Ketua AmeNo Bayan Baru, Rahim Saiboo dan mantan calon MCA Pantai Jerejak, Wong Mun Hoe juga kelihatan disekitar kawasan kebakaran di Sungai Nibong Tengah.

Juga terpinga-pinga dan tercari-cari semua penduduk yang terlibat dengan kebakaran malahan semua yang hadir membantu dilokasi kejadian, DI MANA Ahli Parlimen BEBAS Bayan Baru yang pernah war-warkan akan terus berkhidmat pada masyarakat di kawasan beliau..??? Langsung tak nampak kelibat serta batang idong si Yang Ber-hormat Bayan Baru mahupun SetiaUsaha Pusat Khidmat beliau...??? Sebab dengaq perkhabaran YB Bebas ni ada dapat peruntukan berjuta-juta RM setelah isytihar Ahli Parlimen BEBAS baru-baru ini...

(ehsan gambar dan video dari rakan yang mengunjungi kawasan kebakaran sekitar jam 2.30 petang)

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

Lagi Saekor Ahli Parlimen BEBAS...

Gambar diambil 2 hari yang lalu di Perkampungan Jawi


KUALA LUMPUR, 1 Mac — Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan keluar parti itu berkuat kuasa hari ini — seminggu selepas menghadap lembaga disiplin.

Tan akan bertindak sebagai wakil rakyat Bebas tetapi bukan "mesra-BN" dalam erti kata sebenar.

"Saya akan jadi wakil rakyat Bebas di Parlimen tetapi bukan anggota Dewan Rakyat mesra-BN, kalau mesra-BN bermakna tidak bebas," kata beliau tetapi mengharapkan kerajaan pusat memberikan peruntukan kepadanya untuk terus membantu penduduk kawasannya.

Dengan perkembangan ini beliau menjadi Ahli Parlimen PKR kedua keluar parti itu dalam tempoh tiga minggu ini.

Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim berbuat demikian awal bulan lalu.

Semalam bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang Mohd Fairus Khairuddin meninggalkan PKR untuk menyertai Umno.

Mengumumkan keputusannya pada sidang media di sini pagi ini, Tan, 38, beliau memutuskan keluar selepas permohonan maafnya kepada kepimpinan parti tidak diterima selepas menghadap lembaga disiplin Rabu lalu.

Selain itu Tan yang juga Ketua PKR Cabang Jelutong berkata walaupun sudah memohon maaf tetapi ada kepimpinan tertinggi mahu beliau meninggalkan parti.

Tan, bekas pemimpin yang pernah dipecat dari Gerakan pada tahun 2000 dan menyertai PKR Januari 2007 memberitahu, beliau membuat keputusan untuk meninggalkan PKR kerana ketiadaan saluran khusus dalam parti itu untuk mengemukakan masalah.

"Bukan sahaja mereka gagal menyelesaikan masalah, mereka mengenakan tindakan disiplin terhadap saya tanpa menyiasat aduan yang saya kemukakan.

"Malahan saya diberi amaran untuk tidak mengkritik kepimpinan parti dan rakan sekutu secara terbuka.

"Ini adalah sangat tidak adil kerana saya selalu menyangka kepimpinan Pakatan Rakyat boleh menerima kritikan terbuka dengan tujuan untuk

mengatasi sebarang kelemahan dan meraikan perbezaan pendapat," katanya.

Tan berkata, apa yang terjadi membuktikan kepadanya bahawa kepimpinan parti tidak boleh disentuh langsung.

Beliau juga mahu mengambil tindakan undang-undang ke atas Ketua Menteri Lim Guan Eng dan timbalannya Prof Dr. P Ramasamy dan Ahli Parlimen Jeluntong Jeff Ooi yang juga ketua staf Pejabat Ketua Menteri atas dakwaan mencampuri urusan proses tender terbuka.

"Saya sangat kesal dengan sikap kepimpinan PKR yang sanggup mengorbankan maruah dan prinsip hanya kerana mahu memastikan impian ke Putrajaya tercapai.

"Malah mereka sehingga sanggup mengambil sikap menutup mata dengan masalah yang dihadapi oleh PKR Pulau Pinang akibat keangkuhan Lim Guan Eng," katanya yang akan bercuti di luar negara sehingga sidang Dewan Rakyat bersidang 15 Mac ini.

Keputusan itu akan dimaklumkan kepada PKR dan Parlimen hari ini.

Kata Tan, beliau tidak sanggup tunduk kepada sikap kediktatoran dan cara kerja Lim.

"Saya berharap ahli PKR yang tertekan akan terus berjuang untuk mendapatkan keadilan dan rakan wakil rakyat yang baik daripada DAP akan berani untuk berkata benar," katanya.

Tan menambah beliau sedar PKR dan Pakatan Rakyat tidak akan membawa apa-apa perubahan seperti yang dilaungkan.

"Malahan mereka angkuh menyatakan tidak akan menitis walau setitik air mata kalau kehilangan mana-mana wakil rakyatnya.

"Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah atas rasa kasih sayang yang mereka tunjukkan kepada saya selama ini.

"Bagaimanapun adalah sangat malang kerana tiada sebarang tindakan jelas yang telah diambil oleh Anwar sebagai seorang pemimpin untuk menyelesaikan masalah dalaman parti dan Pakatan Rakyat yang begitu ketara," katanya lagi.

Fairus Lagi : AmNo Nak Buat 'Road-tour' Laa...

Memetik sumber, Umno akan mengadakan siri Jelajah(RoadTour) 1Malaysia bagi membawa semua 'rakan-rakan' baru mereka berjumpa rakyat. Jumpa rakyat? Apa kata buat singgahan pertama ke Penanti dulu, lepas tu ke Bayan Baru, Changkat Jering, Jelapang seterusnya ke Behrang. Mesti gempak..! Gempak kena penerajang !! Mangkaqq..

"..sebelum membuat pengumuman pada malam tadi, saya telah melakukan solat sunat istikharah selama tiga bulan bagi mencari kepastian.." Menurutnya, dari proses itu beliau telah berjaya mendapat petunjuk jelas untuk keluar dari PKR.

"Dengan lafaz 'bismillahirrahmanirrahim,' saya dengan ini atas dasar mempertahankan prinsip memperjuangkan agama, bangsa, tanah air serta kepentingan rakyat Malaysia, saya mengumumkan penyertaan dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN).

"Dengan sendirinya (saya) keluar PKR atas dasar hilang kepercayaan terhadap parti tersebut. Insya-Allah saya berdoa agar diberi kekuatan serta bimbingan dalam urusan perjuangan menggunakan wadah baru ini," katanya. Dipetik dari suara Meloya seMalaya.

6 comments:

Anonymous said...

Mungkin ada sebab semakin ramai ahli PKR keluar parti. Sayang sekali kerana PR baru saja dibentuk, ada yang dah tak yakin dengan perjuangan.

DAP la penyebab berlaku benda-benda tak elok dalam PKR. Daripada ramai lagi ahli PKR atau PAS keluar parti, baik buang DAP dulu.

orang tuo Pas said...

Budak ni masa jadi TKM pernah dtg ke Seremban ceramah atas nama Suara Anak Muda anjuran Keadilan. Lepasan UIAM tentu faham agama tapi bila masuk tong najis @ UMNO maka saya rasa parti Keadilan perlu perbetulkan dasar perjuangan kerana proses tarbiah dalam PKR nyata kosong. Sepatutnya bebudak yang faham Islam kalau nak keluar pun masuk ke PAS bukan berperangai biadap spt dia, Zul atau lain-lain. Lepas ini tak mustahil budak-budak lain ikut serta kerana mereka tak spt ahli-ahli Pas di bawah kepimpinan ulama.

primehonda said...

salam,
tangan ni gatal nak menaip bila tengok nama fairus ni, jd saya nak komen sikit. kata org x kenal maka x cinta. kalau dah kenal baru tau siapa fairus. sebab tu masa pkr ambil dia jadi calon saya awal2 lagi dah ckp ini satu kesilapan besar pkr. sebab saya tau siapa dia dlm silat gayong. saya tau perangai dia. dulu, masa dia datang kacau gelanggang kami, dia kata dia dah beristikharah sebelum buat keputusan. tapi akhirnya x kemana pun gelanggang dia sebab illegal. so apa erti istikharahnya tu?? alasan yg dia cakap masuk umno tu betul2 sebijik mcm yg pernah dia ucap kat saya (wallahi)9tahun dulu! masya Allah org mcm ni pun ada..memain2kan solat istikharah semata2 supaya org taksub dgn dia agaknya.
sekian. ada lagi nak taip tapi kat blog lain la haha.

Anonymous said...

terpaksa masuk la ni. kes rasuah dia dok hidup lg. nak selamatkan diri punya pasal

sapien said...

alah kalau setakat fairus ni satu guar perahu tahu perangai dia. Tak dak tanjak nak jadi pemimpin. Berani ka dia tunjuk muka kat guar perahu tu. Kalau Penanti tu mungkin la kawasan dia besar tapi rumah kat Guar Perahu tu nak letak kat mana. Takkan nak robohkan kot. Masuk Umno pun patut la. Masi dok jadi ahli umno lagi walaupun dah jadi PKR. Periksa la I/C dia kalau tak percaya. Sepanjang dia letak jawatan aritu semua dah lupa nama dia.Tup-tup timbul balik. Heran?

Anonymous said...

alhamdullillah.....berambus lagi sekor katak ke dlm tong najis...Tapi katak ni hebat,dia semayang istigharah dulu..

Bagus tu,PR dibersihkan dgn sendirinya,tk yah kalut nanti kut2 ada lagi gunting dlm lipatan...ish ish ish,dunia dunia

Alif Min Nun Wau,bunyi nya apa yer?? SARKIS daaa...

Sireh Pulang ke Gagang : Dari AmNo Dia Datang, Kepada Amno Jua Dia Pergi...

Sireh pulang ke gagang. Siapa lagi selepas ini ! Bayan baru ke Penanti. Penanti pula ke Kulim/Bandar Baharu, bukan jauh sangat, 15 minit jer ! Ahh..! Akhirnya, ke pangkuan Umno jua jalan penyudah mamat ni !
Selepas hampir setahun menyepi daripada arena politik, bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohd Fairus Khairuddin, malam ini mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menyertai Umno.

"Atas dasar mempertahankan pegangan serta perjuangan agama, bangsa dan negara, saya mengumumkan penyertaan dalam Umno dan keluar PKR kerana hilang kepercayaan ke atas pucuk pimpinan parti yang tidak konsisten dalam mempertahankan Islam," katanya.

Beliau mengumumkan demikian pada majlis perjumpaan kepemimpinan tertinggi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia bersama Perdana Menteri di sini.

Sementara itu, Datuk Seri Najib Razak dalam ucapannya pada majlis itu berkata, sebagai Presiden Umno, beliau menerima Fairus dengan senang hati kerana tahu bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang itu mengambil keputusan atas dasar prinsip dan dasar, bukan kerana jawatan atau ganjaran.

Perdana Menteri berkata, beliau percaya Fairus sudah hilang kepercayaan kepada PKR yang gagal mempertahankan prinsip asas, iaitu memperjuangkan dan menaikkan martabat serta kesucian agama Islam.

"Saya percaya Fairus mempunyai keyakinan yang besar kepada perjuangan Umno dalam membela agama, bangsa dan negara. Malah, penyertaan Fairus adalah sesuatu yang bersejarah kerana beliau pemimpin kanan PKR yang pernah menjawat jawatan Timbalan Ketua Menteri," katanya. BH/-

2 comments:

hj jamaludin said...

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Eh! Eh! Eh! Budak ni! Dulu budak ni letak jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang kerana nak sambung belajar ? Top top sambung belajar kat sekolah UMNOBN rupanya.
Betul lah kata kata DSAI tempoh hari dimana ucapan DSAI silap pilih orang untuk terajui kepimpinan PKR . Budak ni pun satu kalau bicara nak menegakkan Islam kenapa tak lompat kat Parti Islam SeMalaysia (PAS) join dengan TG Nik Aziz.Ini Macam ada ada apa je? Bagaikan ada udang sebalik mee penang je! Mangkok hanyun punya budak kami menyesal undi anda sebagai ADUN dan kami haramkan duit gaji kamu kerana kamu mempermainkan undian kami .

chor said...

maka makbul doa penyokong pakatan rakyat semasa Fairus masih dalam PKR dulu! Ambiklah! Kulim bila? lagi cepat lagi bagus!

Fairus Keluar PKR, Tapi Masih Ahli AmeNo...



oleh al-brangi..

Beliau hanya seorang 'welter-weight'. Tidak banyak kontroversi, tidak banyak cakap dan jenis ikut kata, bila disuruh berundur, dia berundur dengan bermaruah, tidak seperti 'senior-senior' yang lain.[sumber.]

Apa untungnya UMNO memilikinya?

Tiada untung apa-apa. Beliau tidak pandai ber'pidato' seperti Raja Kotak atau ber'khutbah' seperti Kulim Bandar Baru jauh sekali. Beliau tidak pandai ber'kelentong' macam si-Katak Bayan Baru.

Takkan tak ada untung langsung?

Adalah sikit-sikit. Mungkin naik dalam satu dua 'hoon' KPI Presidennya. (Kalaulah diukur mengikut jumlah pembangkang masuk UMNO.)

Apa ruginya PKR kehilangannya?

Tiada rugi apa-apa. Beliau telah pun meletak jawatan ADUN Penanti dan PKR berjaya mengambilnya semula.

Takkan tak ada rugi langsung/

Adalah sikit-sikit. Mungkin turunlah satu dua 'hoon' KPI Penasihatnya. (Kalaulah diukur mengikut jumlah ahli meninggalkan PKR)

Ahli masuk dan meninggal parti satu fenomena biasa. Kalau mereka merasakan 'langit'nya lebih cerah di mana-mana, silakan. Jangan menyusahkan parti lamanya. Keluarlah dengan berhemah dan secara terhormat dan kalau dia ada memegang amanah (jawatan ADUN atau Ahli Parlimen) parti lamanya, silalah dengan 'gentleman' lepaskannya.

Kesetiaan seseorang tidak boleh dipaksa-paksa atau dibuat-buat, ia datang sendiri daripada seorang yang memilik maruah dan iman.

al-brangi



--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/
Related Posts with Thumbnails