Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

3.4.10

PR Akan Kalah Jika DUN Perak Dibubarkan...???

Pakatan Rakyat berkemungkin besar akan tewas di Perak jika dewan undangan negeri itu dibubarkan hari ini.

Kaji selidik bebas yang dijalankan oleh Ilham Centre menunjukkan sokongan rakyat di negeri itu kini kembali kepada Barisan Nasional.

Pada kaji selidik membabitkan 1,031 orang di dewan undangan negeri Kuala Sepetang bulan lalu, mereka menemuramah seramai 59.96 peratus pengundi Melayu, 31.6 peratus Cina, 8.34 peratus India dan 0.03 peratus bangsa lain bagi mengambarkan jumlah komposisi penduduk Perak.

"Lebih 55 peratus daripada mereka yang dibanci berkata BN akan menang jika pilihan raya diadakan sekarang," kata pengarah urusan Ilham Centre, Mohd Azlan Zainal ketika membentangkan kajiannya di sebuah forum di Kuala Lumpur malam semalam.

Kajian itu juga mendapati sebahagian besar rakyat berpendapat kerajaan Perak sekarang ini adalah sah - 39.2 peratus bersetuju berbanding 31 peratus menentang manakala satu pertiga atau 26.8 peratus berkata mereka tidak tahu.

Pad
a masa yang sama, 37 peratus bersetuju dengan keputusan mahkamah yang mengesahkan calon BN, Datuk Seri Zambry Kadir sebagai menteri besar yang sah.

30 peratus tidak bersetuju manakala 28 peratus lagi tidak tahu.

Mohd Azlan berkata sokongan terbesar Pakatan rakyat masih terletak dengan penduduk Cina, dengan 68 peratus berpendapat kerajaan negeri Perak sekarang adalah tidak sah.

"Pakatan juga boleh mengharapkan sokongan daripada pengundi di bandar, golongan muda dan berpelajaran bagi mengundi untuk mereka pada pilihan raya akan datang," katanya.

Bagaiamanapun menteri besar Perak yang disingkirkan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang juga merupakan penceramah pada forum itu mempertikaikan kaji selidik itu.

Katanya, kemenangan beliau pada pilihan raya kecil parlimen Bukit gantang, April lalu membuktikan belum pernah calon Pas mendapat sokongan begitu padu daripada pengundi bukan Melayu. ~ malaysiakini

* p/s - dah buat kaji selidik pun bukannya sampai 80-90% org setuju dengan KERAjaan UBN Perak..cehh, 39 persen saja yang setuju punn...kah kah kah..ngok betoi..enna daa zambry, kalu ada teloq kalu, BUBAR la DUN Perak...kita pakat-pakat tengok la sapa lagi MAJORITI DUN..enna sorey batchaaa...setakat sembang kat kedai kopi bleh laa...

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails