Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

7.4.10

ADUN Bebas Behrang Buktikan DAP Bukan Parti Anti Melayu...

Buletin Utama sebentar tadi (31hb Mac) telah menyiarkan sidang Dewan Undangan Negeri Perak.

Siaran berita tersebut turut menyiarkan pendedahan ADUN Behrang yang dulunya ahli PKR tetapi telah keluar daripada parti itu dan menjadi ADUN bebas tetapi menyokong Barisan Nasional tanpa usul undi tidak percaya telah menyebabkan ADUN Pangkor menjadi MB Perak. Pendedahan tersebut adalah bagaimana beliau tidak percaya akan Pakatan Rakyat di Perak untuk menubuhkan sebuah kerajaan negeri selepas keputusan PRU ke-12.

Beliau juga telah menyatakan bahawa beliau telah dipujuk untuk menyertai semula DAP,kerana beliau dahulu merupakan ahli DAP dan kononnya akan diangkat sebagai MB Perak daripada DAP.Tetapi beliau telah memenangi kerusi DUN Behrang melalui tiket PKR.

Tetapi persoalannya, sejauh manakah kebenaran pendedahannya itu? Beliau telah menyatakan beliau tidak mempercayai kerajaan Pakatan Rakyat di Perak kononnya ada sesuatu yang tidak kena, tetapi beliau masih kekal di dalam kerajaan itu malah telah menjadi EXCO kerajaan tersebut.Tambahan lagi, beliau masih lagi boleh menjadi MB Perak walaupun beliau daripada PKR kerana PKR mempunyai ADUN yang lebih ramai berbanding PAS, tetapi mengapakah ADUN Pasir Panjang pula yang dipersetujui DAP untuk menjadi MB Perak pada ketika itu?

Apa-apa pun, pembaca berita Buletin Utama sebentar tadi turut menyatakan bahawa ADUN Behrang ini dahulunya seorang ahli DAP. Apa yang saya mahu tekankah adalah, DAP bukanlah parti yang Anti-Melayu, kerana ADUN Behrang ini merupakan bekas ahli DAP. Jadi, dakwaan PM Malaysia baru-baru ini semasa menjawab mengenai perbezaan 1Malaysia dan Middle Malaysia di Dewan Rakyat bahawa tiada kaum pribumi yang tidak bersetuju mengenai Malaysian Malaysia adalah kurang tepat.

Apa-apa pun, saya mengambil kesempatan ini, menyeru semua penyokong Pakatan Rakyat tidak mengira PAS,DAP dan PKR supaya saling percaya-mempercayai dan tidak mudah berbalah kerana perbezaan ideologi yang kecil, tetapi berunding untuk menyelasikannya, kerana bagi saya,Pakatan Rakyat sahaja yang menampakkan harapan untuk mengubah Malaysia buat masa kini, bukannya Barisan Nasional, mahupun MP atau ADUN yang bebas (aku tujukan pada katak2.. ahahah).

Perjuangan ke arah kerajaan yang Islamik, ideologi sosialis dan kebebasan itu tidak lari jauh, kerana apa yang diperjuangkan dalam ideologi politik Islam menyentuh pelbagai perkara (kecuali sekulariti, DAP pun perjuangkan sekular, macam UMNO, berjuang Melayu dan Islam, tapi cara dia sekular, apa2 pun DAP dan PAS kalau bergolok bergadai, memang boleh jadi gabungan pakatan yang hebat).

- keAZAMan Malaysia

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/


Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails