Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

23.4.10

Katak Muda Kelantan Dapat Balak Laa...

Keh keh keh...katak muda di Kelantan, di Pahang ada pulak 'Tuan Muda' yang cemerlang menipu exco Pahang dan Pengarah Kem PLKN...kah kah kah kah kah..gelinya pankreas akuuu...


Hampir setiap malam di Hulu Selangor hujan. Satu perkara kita kena ingat bila musim hujan. Katak dan hujan tidak boleh kita pisahkan. Bila hujan maka katak pun berbunyi.

Tiba-tiba hari ini muncul pula katak muda najis dari Kelantan iaitu Wan Khairul Ketua Amk Kelantan.

Beliau memang kita tahu masih rapat dan sering berhubung dengan r
aja sesumpah ezam.

Yang menariknya Wan Khairul berkata, mereka bertindak demikian kerana sudah hilang kepercayaan kepada kepimpinan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Kenapa tiba-tiba nama Tuan Guru Nik Aziz pula disebut oleh wan khairul? Inilah satu-satunya katak najis yang buat kenyataan agak berbeza dengan
katak najis yang lain.

Adakah ia ada kaitan dengan permohonan 50 ekar balak di Kelantan?

Sharpshooter dimaklumkan bahawa Wan Khairul pernah uruskan permohonan balak tersebut di mana
Fairus mantan tkm 1 p.pinang mempunyai kepentingan dengan menamakan abangnya Dr Mohamad Feardaus Khairuddin sebagai proksinya dalam permohonan balak tersebut.

Adakah permohonan balak ini telah mendapat kelulusan atau sebaliknya? Kenapa marah sangat dengan Tuan Guru Nik Aziz?

Sementara itu harakahdaily melaporkan Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Kelantan, Abdul Aziz Kadir difahamkan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan, Wan Khairul Ihsan Wan Ahmad kecewa selepas hasratnya untuk dilantik sebagai Penyelia Dun Kuala Balah tidak tercapai menyebabkan dia kecewa.

"Saya sebenarnya sudah dengar cerita itu sebelum ini. Wan Khairul mengugut mahu keluar parti kalau tidak mendapat jawatan yang diimpikan.

"Bagi saya setiap pejuang perlu berjiwa besar dan tidak boleh mudah merajuk kalau tidak dapat apa yang diimpikan," katanya.

Abdul Aziz yang juga anggota parlimen Ketereh berkata, beliau difahamkan hasrat Wan Khairul membawa keluar lebih ramai pemuda termasuk AMK Cabang Ketereh gagal.

"Lebih menghairankan juga apabila bekas Setiausaha AMK Kelantan, Muhammad Ezri Zainal Abidin yang telah lama dipecat diumumkan keluar bersama Wan Khairul.

"Sedangkan Ezri tidak lagi memegang jawatan berkenaan, Setiausaha AMK Kelantan sekarang Tarmizi Mohd Yusof dari Kuala Krai," katanya ketika dihubungi di parlimen.

Sebuah portal berita hari ini melaporkan Wan Khairul mengumumkan keluar PKR pada satu sidang akhbar tanpa diberitahu tempatnya.

Beliau dilaporkan berkata, tindakannya itu kerana hilang kepercayaan kepada kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Jika ditoleh ke belakang, beberapa hari menjelang pilihan raya umum ke-12 lalu, dua pemimpin parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan membuat pengumuman keluar dari parti itu di sebuah hotel di tepi sungai.

Bekas pemimpin PKR Gua Musang, Nor Azman Mohd Amin dan Abdul Hamid Ahmad mengumumkan keluar parti terbabit. Hadir sama pada pengumuman tersebut pemimpin Umno Kelantan.

Sekarang mereka tiada lagi dalam arus politik, biar pun mungkin mengharap mendapat imbalan kalau-kalau Umno dapat merampas Kelantan pada pilihan raya tersebut.

Hari ini langkah serupa diambil Wan Khairul Ihsan apabila mengumumkan keluar parti berkenaan.

Namun pengumuman itu bukan dibuat di Kelantan sebaliknya di Selangor.

Difahamkan petang semalam, beliau ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa sebelum berlepas ke Kuala Lumpur.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

- sharpshooter blogger...

* p/s - ezam reja sesumpah akhirnya jadik jugak broker pelingkop imej keadilan dengan mengangkot keluaq orang2 yang bermasalah dengan pimpinan parti, memang buta perot la depa2 ni masok perangkap amNO-beer enD, mampoih la hangpaaa...ngoookkkk...

eehh, aloha senyap pi mana? p bandung tak mo balik2 dah kaa..??? takpun ikot sama wan khairul lompat? dapat balak sorang sebatang sumbat dalam mulut senyap sunyiii...??? kah kah kah kah...

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails