Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

19.12.09

Oit..!!! Sapa Pi Juai Enjin Jet Hah..???

oleh Angkasanuri

Saya seringkali melahirkan kebimbangan tentang keselamatan negara dari ancaman luar terutama pintu keluar masuk sempadan negara. Masih ingat lagi kehilangan dua kontena cip komputer dari terminal kargo di Bayan Lepas tidak lama dulu?

Begitu juga dengan rampasan dadah yang beratnya hampir 1 tan di Rompin Pahang. Ini belum termasuk dengan betapa mudahnya pendatang haram membolosi sempadan negara dan begitu bergaya ' mengeksport' motorsikal milik rakyat negara ini untuk digunakan di negara jiran.

Berita terkini enjin jet pejuang F5E milik TUDM bernilai kira-kira RM50 juta daripada Gudang Material Udara I (Matra I), Pangkalan Udara Kuala Lumpur hilang dari sistem kawalan dan keselamatan yang ketat. Kehilangan ini berlaku pada hujung tahun lalu dan dikatakan telah dijual di sebuah negara di Eropah.

Dalam kes ini siasatan menunjukkan ia melibatkan penglibatan orang dalam iaitu pegawai atasan TUDM sendiri. Saya tidak mahu bangkitkan penyelewengan dan pecah amanah yang berlaku.

Tetapi apa yang saya ingin utarakan bagaimana enjin jet yang sebegitu besar boleh 'dieksport'' ke Eropah? Adakah pihak berkuasa di lapangan terbang, pelabuhan dan pintu sempadan tak dapat mengesan enjin yang begitu besar merentasi sempadan negara?

Sejak bila pula Malaysia jadi pengeksport enjin pesawat pejuang?

Jika enjin pesawat pejuang yang begini besar boleh diseludup keluar tidak mustahil banyak lagi aset keselamatan milik negara ini telah dibawa keluar dan jatuh kepada pihak yang tidak bertanggungjawab.

Justeru itu satu siasatan rapi perlu dilakukan dan rakyat perlu diberitahu tentang kejadian yang berlaku. Ini kerana ia bukan sahaja berkaitan soal keselamatan tetapi juga berkaitan dengan duit rakyat yang menjadi pembayar cukai terhadap segala harta dan aset milik kerajaan.

- dari harakahdaily

Apa punya mangkok la sapa yang terdesak sangat sampai pi juai enjit jet TUDM? India besi buruk ka? Blah lerah rumah aku ni kat Bayan Lepaih, dalam seminggu musti 3-4 kali lori kompeni India besi buruk dok 'round' mai tanya, " aney, ada ka besi burok mau juai..barang2 lama ka?"...naik heran aku kerap sangat depa mai, macam la area umah aku tu area kilang besi...lagi jauh la sungai besi..isk, tensen aku..

Dah la enjin jet TUDM pi 'ghaib' dan dengaq cerita di Bernama,(cerita kat SINI) la ni dok ada di Amerika Selatan dah enjin jet tu...baru nak sedaq kott??? Apa raaaa....

Sampaikan atlit Mesia yang dah susah-payahkan diri kat Sukan SEA Laos dengan pingat Emas pun sangkut tak dapat balik Mesia, kapai terbang TUDM tak bleh sampai sana...isk isk isk...kasiannnn... [nah baca kat bawah ni]

Skuad Bola Sepak Negara Terpaksa Tangguh Perjalanan Pulang

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Skuad bola sepak bawah 23 tahun negara yang dijadualkan pulang ke tanah air Jumaat petang terpaksa menangguh kepulangan mereka apabila pesawat Hercules C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengalami masalah teknikal.

Pegawai Perhubungan Awam TUDM, Mej Kamarulzaman Ali berkata pesawat ganti bagi membawa pulang skuad bola sepak negara telahpun berlepas dari lapangan terbang TUDM, Subang pada pukul lapan malam hari Khamis.

"TUDM telah menghantar pesawat ganti dan skuad bola sepak negara dijangka tiba di Lapangan Terbang TUDM Subang pada pukul 6.30 pagi hari Sabtu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Mengikut jadual asal, skuad itu sepatutnya tiba di tanah air kira-kira pukul 7 petang.

Semalam skuad bimbingan K.Rajagobal mengukir sejarah tersendiri apabila berjaya menyingkirkan pasukan Vietnam 1-0 untuk meraih pingat emas pada saingan akhir bola sepak Sukan SEA ke-25 di stadium Utama Kompleks Sukan, di Vientiane, Laos.

-- BERNAMA


--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

2 ulasan:

geng top up rm 5 berkata...

tak lama lagi a.t.m jadi kedai half cult(kedai potong),apa mau semua ada,kereta kebal ada kapal terbang ada tak lama lagi kapal selam pulak!!!

Hijat Panjang... berkata...

kah kah kah...aritu M-16, machine gun dan bla bla bla.. ada jugak dilarikan dari kem Grik dan pengkalan hulu..tu pun rasonya dah masok katalog kedai half-cut..last2 of story, Al-Maunah jadi kambin itam...

Related Posts with Thumbnails