Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

27.12.09

Demo Penyokong PAS 'Jadian' Di Selangor...!!!



SHAH ALAM, Dis 27 — Khabar angin berhubung pesanan SMS yang disebarkan sejak kelmarin terjawab pagi tadi apabila sebuah kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Gerakan Penyokong dan Pengundi PAS Selangor mendesak parti itu keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) negeri dengan segera.

Mereka mahu PAS bertindak demikian ekoran rasa tidak puas hati terhadap pimpinan kerajaan campuran Selangor dalam memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu sebenarnya.



Ketua kumpulan itu, Wan Hilman Abdul Rahim berkata pihaknya merasakan rakan sekutu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP cuba membelakangi PAS dalam membuat keputusan walaupun parti itu turut berada dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

Wan Hilman yang juga ahli PAS dari Bahagian Gombak menafikan dakwaan kononnya kumpulannya didalangi Umno Selangor dan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka dalam jumlahnya kira-kira 20 orang tidak sempat menyerahkan memorandum hari ini kerana pejabat ditutup.

Sebaliknya ia akan diserahkan kepada Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali esok pagi di pejabatnya di sini.





















"Kami merasakan PAS dipermainkan dan dibelakangi dalam membuat keputusan... kami tidak puas hati dengan cara kerajaan negeri Selangor menjaga rakyat, khususnya bangsa Melayu dan kepentingan Islam.

"Justeru, kami mahu PAS mengkaji semula kedudukan mereka dalam pakatan rakyat di Selangor," kata beliau kepada pemberita selepas mengadakan perhimpunan aman bersama 21 penyokong PAS bagi mendesak parti itu keluar daripada pakatan pembangkang di perkarangan pejabat perhubungan PAS Selangor dekat sini.

Laporan Harakah Daily semalam yang memetik kiriman SMS berkata perhimpunan itu akan diadakan di pekarangan pejabat Perhubungan PAS Selangor di sini hari ini.

Sempena perhimpunan itu, menurut SMS tersebut, satu memorandum akan diserahkan, yang bakal diterima sendiri oleh Hasan.

"Perhimpunan mendesak PAS Selangor keluar Pakatan Rakyat. Datanglah beramai-ramai demi kepentingan Melayu...," tulis SMS itu dipetik portal tersebut.


Penyokong PAS ka depa ni?? Tak nampak macam penyokong PAS pun... Mana kopiah? tukaq pakai 'Cap'..???

Cuba amati kat sepanduk tu.. ada ayat ni ""SIAPA YANG AKAN MEMBELA NASIB MELAYU DAN ISLAM JIKA BUKAN ORANG MELAYU SENDIRI." ayat siapa ni??

Ha.. Ha.. Ha.. kesian sungguh, nak menipu tapi tak pandai menipu.. Nak berlakon tapi tak real langsung.. UMNO.. oh... UMNO pasal apa DESPERATE sangat ni???

* - memang muka juak2 ni tau dah sekoq2 pemuda ameno koko...dok wayang la kata pemuda pas...piii rahhhh... dah takdak idea kot mat???


Sumber berita dari sini
Gambar-gambar dari sini


--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

5 ulasan:

Aa berkata...

Yang aku heran semua blogger tak percaya dan laman pencacvai AMNO buat dek aje.

Awanama berkata...

bodo apa nak serah memo buat hari ahad..mmg dah sah la opis tu tutup... suda la.. pegi balik.. - Neo

Hijat Panjang... berkata...

salam Aa...kalao pencacai ameno buat 'dek' maksudnya memang puak2 depa la yg buat demo tu..kalu pas sekalipun...fesyen, trend berpakaian tu beb..jauh beza sesangat aiihhh...

Hijat Panjang... berkata...

komen 1 dari email - Salam Ijat….ni semuanya dari kumpulan DKdK… Dajai Keluaq dari KUBOQ!

komen 2 - Begitulah terjelas kekuatan kita,bila walaupun filem pendek yang diperlakonkan oleh rejim BN dan konco konco nya tak dapat sambutan,mungkin wang upah terhad atau disapu lebih oleh penganjur,pelakon utamanya hanya kelihatan muka lain berselindung di belakang baner .kah kah kah.teruskan perjuangan kita,nak tolong melayu tak payah disebut sebut,kita tolong saja.

anti Ameno berkata...

bodo piang betoi la depa2 nii... takdak sekoq pun pakai baju PAS For All ka.. Bendera PAS satu pun takdak..aparaaaaaa....ngok toiii...

kompom dapat sorang limaploh inggit, jadikk..polis bleh tengok saja pulakk..kalo puak2 PR yg buat demo, baru nak pegang 'haller'@ mikropon saja, dah ada yg kena pegang..

cehhh...ameNO kOkO...

Related Posts with Thumbnails