Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

10.6.09

Che'gu Bard : Sokong Guan Eng - i Awards... ~ malaysiakini

Memberikan ganjaran kepada pemberi maklumat bukan satu benda yang baru. Kastam DiRaja Malaysia telah pun lama mengamalkan 'ganjaran' kepada pemberi maklumat, ini berasaskan jumlah nilai rampasan hasil dari maklumat tersebut.

Terbaru ialah Ketua Menteri Pulau Pinang telah mengumumkan i Awards atau Anugerah Integriti. (sila klik sini berita lanjut mengenainya).

Banyak wang rakyat telah diselewengkan di bawah Regim Bn di Pulau Pinang dahulu dan banyak juga yang kalau diusahakan betul - betul dapat dikembalikan semula kepada kerajaan negeri. Contohnya dalam isu premium tanah, royalti pasir dan batuan serta banyak lagi cukai yang telah disengaja silap kirakan. Ia membawa jumlah berbilion sebenarnya.
Maka apa salahnya jika pemberi maklumat yang merisikokan diri dengan perbagai cara diberi sikit habuan.

che'GuBard cadangkan penerima pertamanya ialah Amizuddin Ahmat, bekas Ahli Majlis MPSP yang telah mendedahkan mengenai kepincangan pengiraan royalti kuari di Pulau Pinang. Hasil dari serangan dan pendedahanya maka telah mengembalikan sekurang kurangnya RM6.1 juta wang yang hilang kepada kerajaan Pulau Pinang.

Risiko yang dihadapinya tidak lah sampai nak kena tembak mati dengan 'tonto' tetapi ketegasan beliau menyerang penyelindung rasuah telah disalah ertikan beliau menyerang parti dan Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang, sehingga beliau telah hilang kerusi Ahli Majlis dan dipandang serong. Namun bagi beliau yang sememangnya dari asal bersama menggerakkan keADILan di Pulau Pinang, pernah menjadi Ketua Angkatan Muda KeADILan Negeri Pulau Pinang dan kemudian menjadi Exco Angkatan Muda Pusat semua itu hanya recam perjuangan.

Merujuk tulisan dalam kolum che'GuBard di perakekspress.com (sila klik sini untuk baca) yang juga menyinggung mengenai isu di Pulau Pinang, telah mengundang banyak email komentar hari ini. Menang tajuknya agak bersifat 'provokasi' (Kerajaan Pulau pinang Goyah?) tetapi kepada semua sila terus membaca penuh tulisan santai tersebut. Isunya ialah 'segerakan usaha memperkasakan kuasa rakyat', kemelut ahli majlis berlaku kerana kita meneruskan sistem yang diwariskan oleh regim Bn dahulu.

Pilihan Raya kerajaan tempatan yang memberi ruang rakyat mengundi siapa yang mereka mahu untuk layak duduk di kerusi ahli majlis kerajaan tempatan telah diharamkan oleh Regim UBn kerana pihaknya kalah terlalu banyak kerusi. Maka kuasa rakyat untuk memilih kerajaan tempatan telah diragut.


- di cilok dengan jayanya dari blog Che'gu Bard... 

* p/s - aku pun SOKONG sesangat...bukan pasai che'gu bard, bukan pasai aku kenai Din Al-Binjai, tapi pasai TELUS...kan slogan kerajaan PR Pulau Pinang " CAT - Cekap, Akauntabiliti & Telus " Caya Lah Lu Ketua Menteri Guan Eng.... Pertubuhan Melayu Bersatu kompom terkancing Mulut, Terpaksa SEAL Lidahh... Keh Keh Keh...


6 ulasan:

diamjoedahmai berkata...

berapa din binjai bayar dekat hampa semua....hampa ingat din binjai tu baguih sangat ka....mentang2 member hangpa dan mantan ketua hangpa...hangpa sokong la dia...dan hangpa ingat johari tu baguih sangat ka...apa dia buat di mpsp....oppss....diamjoedahmai....

Hijat Panjang... berkata...

ooiii diamjoedahmai...hang taroh aku pasaipa..??? pi la tanya sendiri joe keldai tuu...

geramnya akuuu.... JOE KASSIM...LETAK JAWATAN LA HANGGGGG....!!!!!!

Toya betoii...menyusahkan orang laa... Bagi orang lain la jadi ahli Majlis Dan Ketua WHIP tuu...apa special sangat hang tuu...???

...cu berkata...

Salam Hijat,...

Sabar!!!!!!!!!!
aaaaaaarr.

diamjoedahmai berkata...

rilek la hijatblogger....jgn marah brader....nanti kena jual....hang tu kenai sangat ka dgn johari kassim...dulu org kuat raja sesumpah...dia sumpah hang jadi kaldai....baru hang nak menyesai...opps...diamjoedahmai...siri 5 dah...jen..jen..jeeen...

Hijat Panjang... berkata...

salam cu...tok red,

bukan marah..tapi lepaskan geram di lubuk komen ni sajaa...jgn risau, tak gila babi lagii..kekekeke..

salam diamjoedahmai..berapa banyak siri lagi hang nak londehkan si joe kaldai ni..??? kalau hang nak tau,din binjai bayaq kat aku ngan kawan-kawan bloggers 2 ringgit lima kupang sebulan... duit bodek dia..cukop la tu...

sesungguhnya, seorang pejuang parti politik yang tulen saja layak menjadi ketua whip mahupun pemimpin agung...dengan nama saja melambangkan orangnya...

pada sesapa pun, ada hotak..korang p k lah sendiri nabilllll....!!!!

Tanpa Nama berkata...

http://connections.blackboard.com/people/1755b9ba7d Buy amoxil online
http://connections.blackboard.com/people/d3f4f89d59 Buy Cheap Bactrim
http://connections.blackboard.com/people/76b8b13755 Buy Celebrex Online

Related Posts with Thumbnails