Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

3.6.09

Utusan Meloya Di Tegur... ~ malaysiakini

Muhyiddin tegur Utusan
Rahmah Ghazali | Jun 2, 09 7:00pm
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegur akhbarUtusan Malaysia kerana menyiarkan artikel yang didakwa mempunyai unsur perkauman.

Beliau mengulas artikel yang disiarkan dalam akhbar tersebut bertajuk 'Melayu dikhianati' yang ditulis oleh Awang Selamat.

muhyiddin yassin utusan melayu dikhianati 020609
Artikel tersebut antara lain menyifatkan kaum bukan Melayu membuat tuntutan yang didakwa oleh Awang Selamat melampaui batas.

Walaupun tidak mengikuti tulisan itu, kata Muhyiddin, beliau mengingatkan akhbar berkenaan supaya menghormati kaum lain di negara ini.

"Mereka yang diberi kewarganegaraan adalah rakyat Malaysia, tak kira mereka Melayu, Cina atau India," katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di Kuala Lumpur.

Muhyiddin, yang juga timbalan presiden Umno, turut mengingatkan akhbar-akhbar lain agar memahami perkara tersebut pada masa akan datang.

Kata Muhyiddin, nasihatnya itu bertepatan dengan konsep 1Malaysia yang disarankan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menekankan soal kesatuan di kalangan rakyat Malaysia. 

"Itu (konsep 1Malaysia) sangat penting sebab kita tidak mahu mewujudkan sebarang ketidakpuasan hati di kalangan kita.

"Kita berada dalam keamanan sejak 52 tahun lalu, dan kita telah membina hubungan baik dan kita seharusnya menyambung dan menghormatinya," katanya.

Semalam, bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim membidas artikel yang disiarkan dalam utusan Malaysia itu dan menyifatkannya mempunyai unsur perkauman.


- dari Malaysiakini 

* p/s - yang tegur tu bukannya parti pembangkang mahupun pemimpin Pakatan Rakyat, Menteri & Timbalan Perdana Menteri tu...hmmmmmm
--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails