Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

17.4.10

Aiyoyo..Dey Tambi! Ini Orang Ada Cedera Laa...!!!

cit enna daa tambi, potti paelekkk... dey, tengok la itu gambak no.2 juga, sebelah itu worang sakit, itu bekas pesakit pelakon lalu punya pilihan raya kecyil jugaa adaa... ammak, ammakk...kah kah kah kah...

cyett..itu pasai laa..kalo ini bey-end ada tanding jugaa, musti gadoh juga adaa..serupa penanti itu hari, dorang bey-end tada masok tanding, aman sentosa saja summuaa...cehh, enna sorey batchaa...???

sumber gambak dari malaysiakini jugaa...

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

16.4.10

AmNO SuDah KeNa Mainn Daaa...

kah kah kah kah... " inilah barisan depa, yang sanggop berjuang..." ~ nyanyi ikut cam lagu 'Inilah Barisan Kita (lagu patriotik, bukan lagu amNO maupun beer-end)

kah kah kah kah...aku gelak pun dah nak macam tukar tiub... ~ gambar dari ehsan blog CCCHEKMATE

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

12.4.10

Cita LaWak : Mudah SanGat Di Tipu Pelajar 17 Tahun...

Tuan Muda memang hebat dan Tuan Muda cemerlang dengan kerjanya. Semua orang mampu diperdayakan dan diperbodohkan Tuan Muda. Memang Tuan Muda berbakat. Bukannya kecil-kecil orang yang terkena tetapi Exco Pahang, Ketua Pengarah JLKN dan polis mampu dikenakan Tuan Muda.

Iringan polis bak menteri yang Tuan Muda dapat. Banyak kem-kem dapat dilawatinya Tuan Muda. Sebelum ini semua orang seronok dengan Tuan Muda berjiwa rakyat, tetapi sebenarnya Tuan Muda, rakyat berjiwa raja.

Apa nak dikata. Raja berdaulat raja disembah. Apa-apa yang melibatkan raja ditakuti orang. Memang seronok membaca Tuan Muda perkenakan orang. Apapun tujuannya, Tuan Muda seronok dengan helahnya. Layanan hebat yang Tuan Muda dapat. Tahniah Tuan Muda, memang Tuan Muda cemerlang. Besar idea Tuan Muda. Kita juga boleh terkena dengan helah Tuan Muda.

Dia berseronok dengan kerjanya. Tuan Muda hanya tertangkap apabila rakan mengenali Tuan Muda. Hajat Tuan Muda belum tercapai sepenuhnya. Mungkin Tuan Muda juga ingin perkenakan PM tapi hajat Tuan Muda tak kesampaian.
sumber gambar : KosMo OnLine

* p/s - kah kah kah kah, lawak lawak...punyalah taat setia pada kerabat diraja, hampon tungku...kah kah kah kah, sampai tak chek langsung betoi ka diani anak angkat atau terangkat tang mana...kah kah kah kah..dengan budak umur 17 tahun pun kena tipu...kah kah kah kah, enna da batchaa...pengarah PLKn Pahang, semua pakat tak chek dengan protol Istana...tu yang betoi, memang patot pun Tengku Puan Pahang gelak sampai keraih perot-perot baca cerita hangpa nih...kah kah kah kah....

10.4.10

Presiden MTUC Calon PR Hulu Selangor...???

Samsul Iskandar berharap sangat dapat jadi calon, Ustaz Dr. Badrul Amin reformis awal dan bekas tahanan I.S.A pulak dah terkeluar dari senarai nama calon 5 terakhir.. Dr Halili yang katanya ada pertalian dengan Ketua Umum keADILan pun senyap ja tanpa berita, Datuk Zaid Ibrahim mantan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri pulak kata akan berfikir dulu kalau dia dipilih sebagai calon PRK P094 Hulu Selangor... Abes...???

Boleh jadi kot Presiden MTUC jadik calon...??? Tak mustahil kan dalam politik ni..??? Jeng jeng jenggg... Yang pasti, amNGOk Hulu Selangor tak dapat rampas kerusi tradisi Em-Ai-Si walaupun majoriti pengundi kat kawasan parlimen tu 50% lebih MeLaYu...kah kah kah...

Enna Sore BatCha...???

* p/s - sumber berita dan gambar dari Fakulti Siyasah Syariah

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

8.4.10

Gara-gara Raja Sesumpah Di Muka Depan Utusan...

cehh...hampeh betoi, tak semena-mena ada saja muka raja sesumpah, paper Utusan MeLoYa yang dah sedia tak dapat sambutan malahan orang dah meluat dengan berita pembelit dan pembohong depa, arini terus 'menimbun' tatkala karna ada cerita raja sesumpah kononnya pernah menyokong ds anwar ibrahim dalam kes liwat pada 1999...dia rasa menyesai, cit poodahh...

orang yang pro-kerajaan amNO-bn ataupun peminat setia sokabar peracun minda rakyat ni pun meluat pasai dia ada cerita rekaan raja sesumpah terpampang depan sekali...kah kah kah..memang dah tak relevan la hang ezam...sampaikan sokabar lama ni yang selalu tak sampai 10 naskah boleh abeh, arini teruih 'sangkot', menimbun...orang pakat tukaq pi paper lain...Metro, Kosmos dah abeh la pulakk...

1lagi pasai calon beer-end utk p.094 Hulu Selangor, amNO sebelum ni punya la melalak bukan main sakan mintak 'kerusi' calon parlimen kawasan tu, nahhh...kemarin boss hangpa dah kata .. "tadak can juga kita mau itu karusi, calon musti kasi sama em-ai-si jugaa tambiii..." enna daa yelek poccik.." kah kah kah..aritu bukan main sakan asak em-ai-si nakkan kerusi tu...padan muko hangpo, sorru miss la batchaa...kah kah kah...lawak lawak hangpa ni...

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

7.4.10

ADUN Bebas Behrang Buktikan DAP Bukan Parti Anti Melayu...

Buletin Utama sebentar tadi (31hb Mac) telah menyiarkan sidang Dewan Undangan Negeri Perak.

Siaran berita tersebut turut menyiarkan pendedahan ADUN Behrang yang dulunya ahli PKR tetapi telah keluar daripada parti itu dan menjadi ADUN bebas tetapi menyokong Barisan Nasional tanpa usul undi tidak percaya telah menyebabkan ADUN Pangkor menjadi MB Perak. Pendedahan tersebut adalah bagaimana beliau tidak percaya akan Pakatan Rakyat di Perak untuk menubuhkan sebuah kerajaan negeri selepas keputusan PRU ke-12.

Beliau juga telah menyatakan bahawa beliau telah dipujuk untuk menyertai semula DAP,kerana beliau dahulu merupakan ahli DAP dan kononnya akan diangkat sebagai MB Perak daripada DAP.Tetapi beliau telah memenangi kerusi DUN Behrang melalui tiket PKR.

Tetapi persoalannya, sejauh manakah kebenaran pendedahannya itu? Beliau telah menyatakan beliau tidak mempercayai kerajaan Pakatan Rakyat di Perak kononnya ada sesuatu yang tidak kena, tetapi beliau masih kekal di dalam kerajaan itu malah telah menjadi EXCO kerajaan tersebut.Tambahan lagi, beliau masih lagi boleh menjadi MB Perak walaupun beliau daripada PKR kerana PKR mempunyai ADUN yang lebih ramai berbanding PAS, tetapi mengapakah ADUN Pasir Panjang pula yang dipersetujui DAP untuk menjadi MB Perak pada ketika itu?

Apa-apa pun, pembaca berita Buletin Utama sebentar tadi turut menyatakan bahawa ADUN Behrang ini dahulunya seorang ahli DAP. Apa yang saya mahu tekankah adalah, DAP bukanlah parti yang Anti-Melayu, kerana ADUN Behrang ini merupakan bekas ahli DAP. Jadi, dakwaan PM Malaysia baru-baru ini semasa menjawab mengenai perbezaan 1Malaysia dan Middle Malaysia di Dewan Rakyat bahawa tiada kaum pribumi yang tidak bersetuju mengenai Malaysian Malaysia adalah kurang tepat.

Apa-apa pun, saya mengambil kesempatan ini, menyeru semua penyokong Pakatan Rakyat tidak mengira PAS,DAP dan PKR supaya saling percaya-mempercayai dan tidak mudah berbalah kerana perbezaan ideologi yang kecil, tetapi berunding untuk menyelasikannya, kerana bagi saya,Pakatan Rakyat sahaja yang menampakkan harapan untuk mengubah Malaysia buat masa kini, bukannya Barisan Nasional, mahupun MP atau ADUN yang bebas (aku tujukan pada katak2.. ahahah).

Perjuangan ke arah kerajaan yang Islamik, ideologi sosialis dan kebebasan itu tidak lari jauh, kerana apa yang diperjuangkan dalam ideologi politik Islam menyentuh pelbagai perkara (kecuali sekulariti, DAP pun perjuangkan sekular, macam UMNO, berjuang Melayu dan Islam, tapi cara dia sekular, apa2 pun DAP dan PAS kalau bergolok bergadai, memang boleh jadi gabungan pakatan yang hebat).

- keAZAMan Malaysia

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/


6.4.10

Biadap! Shahrizat Hina Warga Emas...

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, hari ini menyifatkan pemberian RM100 setahun kepada warga emas di Pulau Pinang sebagai suatu yang memalukan.

Katanya, ini kerana kerajaan negeri pimpinan DAP itu sebenarnya meletakkan nilai warga emas di negeri tersebut sebagai kurang daripada RM10 sebulan.

"Saya rasa malu bila terbaca (Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim) Guan Eng beri RM100 setahun kepada warga emas. Kalau nak dikira tak sampai RM10 sebulan. Pemberian itu kononnya sebagai pernyataan penghargaan. Sebagai menteri yang menjaga kebajikan saya rasa malu.

"Saya nak tawarkan ucapan takziah kepada warga emas di Pulau Pinang kerana nilai mereka kepada kerajaan Pakatan Rakyat hanya kurang daripada RM10 sebulan. Itulah dia nilai warga emas di Pulau Pinang," katanya kepada pemberita, di Seremban hari ini.

Beliau ditemui selepas mendengar taklimat program pembasmian kemiskinan dan kebajikan Negeri Sembilan di Bilik Gerakan, Wisma Negeri di Seremban yang turut dihadiri Menteri Besar Datuk Mohamad Hasan, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Razak Mansor, dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mat Ali Hassan.

Menyifatkan pemberian itu bukan saja tidak membantu membasmi kemiskinan, jumlah RM100 itu juga katanya tidak dapat menampung keperluan warga emas terbabit.

"Tapi bila saya datang ke Negeri Sembilan di bawah kerajaan BN (Barisan Nasional) yang dipimpin Menteri Besar Datuk Mohamad Hasan, saya dapati program pembasmian kemiskinan dan kebajikan lain di negeri ini berjalan begitu baik sekali.

"Saya nak ucapkan tahniah kepada Menteri Besar Negeri Sembilan kerana mengikut rekod kami pencapaian Negeri Sembilan dalam program untuk pembasmian kemiskinan begitu baik sekali berbanding kerajaan Pulau Pinang di bawah kerajaan pakatan pembangkang," katanya.

Beliau berkata, sehingga 25 Mac lalu hanya terdapat 95 keluarga dikategorikan miskin tegar di Negeri Sembilan dan 646 di dalam kategori miskin iaitu pendapatan isi rumah di bawah RM440 sebulan.

"Ini menunjukkan program jaringan keselamatan sosial Negeri Sembilan begitu berkesan sekali dalam membasmi kemiskinan di negeri itu. Kita berharap akan mencapai sasaran NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) kita untuk pembasmian kemiskinan tegar dan miskin di Negeri Sembilan pada hujung tahun ini," katanya.

- Bernama

* p/s - biadap al-binawe punya menteri pembangunan wanita...ceh, hampeh wal sampah...hang tu baguih sangat ka? dah kalah dalam PRU sudah pun bleh jadi menteri apa jadah...awat hangpa amNGOk-bn bagi berapa kat warga emas? sekupang haram pun tak bagi...nak bagi kat kroni hangpa deraih laa..toya betoi, memang hang ni menteri wanita yang takdak maruah laaa...kuang jaq betoi...*&^^&((&#@#$#$#@@+__+(*(*

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

5.4.10

MAFREL, Berat Sebelah Ka Hangpa...???

Timbalan pengerusi Umno Selangor, Datuk Noh Omar melabelkan badan pemantau pilihan raya, Mafrel, sebagai alat pembangkang kerana didakwanya tidak bersikap bebas dalam menyatakan pandangannya.

Noh menyatakan demikian dengan merujuk satu kenyataan pengerusi Mafrel, Syed Ibrahim Syed Noh hari ini yang menyelar tindakan kerajaan pusat meluluskan projek perumahan dan sekolah kepada penduduk di Hulu Selangor.

Syed Ibrahim dipetik akhbar Sinar Harian hari ini sebagai berkata, tindakan tersebut menyalahi peraturan pilihan raya.

N
oh (kanan) berkata, kenyataan seperti itu menunjukkan Syed Ibrahim tidak memahami peraturan dan juga pihak berkuasa terlibat dalam pengurusan pilihan raya.

"Dulu, Mafrel dilantik SPR sebagai badan pemantau bebas.

"Kalau betul-betul bebas, kenapa tidak pertikai sumbangan daripada kerajaan negeri (Selangor) juga?," soalnya.

"Kalau betul-betul bebas, kena tegur dua-dua. Mengapa ditekankan kepada kerajaan persekutuan sahaja.

"Dia kata badan bebas, memantau pilihanraya. Tapi laporannya dihantar ke mana? Adakah hantar kepada SPR?" soalnya.

Katanya lagi, SPR perlu melantik badan yang benar-benar bebas tanpa mempunyai kecenderungan politik seperti Mafrel.

"Kalau nak lantik, lantiklah badan lain yang tidak ada kecenderungan politik... Bukannya badan yang berat sebelah, yang tidak faham peranan mereka, yang tidak faham tanggungjawab SPR, polis, PBT dan dia hanya buat kenyataan hanya bagi pihak dan suara pembangkang supaya rakyat marah dengan kerajaan persekutuan.

"Mafrel sudah tidak layak jadi badan bebas untuk pantau mana -mana pilihan raya. Saya minta SPR kaji semula kedudukan Mafrel sebagai pemantau.

Noh ketika ditanya bagaimanapun enggan mengulas sama ada tindakan BN mengumumkan bantuan di Hulu Selangor itu dianggap sebagai melanggar peraturan pilihan raya.

"Dia kata sebab PM turun, umum beberapa bantuan diberikan jadi itu dikatakan melanggar peraturan.

"Yang peliknya dalam hari yang sama menteri besar Selangor pun membuat kenyataan yang sama memberi geran-geran tanah walaupun geran tanah itu BN yang selesaikan, dia beri geran saja. Boleh pula," katanya.

Sebaliknya, beliau berkata soalan itu sepatutnya dijawab oleh Mafrel sendiri.

"Sebab itu saya hendak tanya dia, apa yang BN buat ini melanggar peraturan atau tidak," katanya. ~ malaysiakini

- kah kah kah...mat noh ni kata berat sebelah la weiii...berat sebelah kalo, tak seimbang laa..boleh jatoh gedebuk...kah kah kah...toya matamin betoi, hangpa pekuda spr sampai berat 2-2 belah buleh la pulakkk...??? abeh masa pru yang ke berapa ntah dulu ni boleh pulak spr lanjutkan masa ngundi kat selangor sampai jam 7petang tak berat sebelah ka masa tu mat noh? oooo...tang PR berat sebelah..tang hangpa buat donnoo saja ka? oit mafrel, lain kali jangan dok berat sebelah hah...berat sama-sama belah takpaa...


--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

3.4.10

Yang Mana 1 Betoi...???

Sultan Pahang berhak meringankan hukuman terhadap Kartika Sari Dewi Sukharnor kerana bekas model itu tidak dibicarakan mengikut hukum hudud "yang bersifat tetap dan tidak boleh dipinda", kata Mufti Perak.

Tan Sri Harussani Zakaria (kanan) berkata, hukuman sebatan yang dijatuhkan terhadap Kartika sebelum ini bukanlah hukum hudud, sebaliknya hanya takzir yang tertakluk kepada pindaan oleh pemerintah.

"Hukuman hudud menetapkan 80 rotan (kepada pesalah yang meminum arak). Tetapi hukuman yang dijatuhkan terhadap Kartika tidak sampai kepada hukum hudud.

"Ia hanya takzir yang boleh diubah. Hukum hudud tidak boleh diubah sama sekali," katanya.

Harussani diminta mengulas kenyataan Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM) yang dukacita terhadap perintah Sultan Pahang yang berkenan menggantikan hukuman sebat terhadap Kartika dengan kerja-kerja khidmat kemasyarakatan.

Menurut persatuan tersebut, perintah tersebut tidak mengambil kira hasrat Kartika yang mahu disebat secara syarie dan ia "dikhuatiri tidak mempunyai keabsahannya di sisi undang-undang".

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini Harussani berkata, menurut peruntukan takzir, pemerintah atau sultan mempunyai hak untuk mengubah peruntukan-peruntukan dalamnya.

Undang-undang kesalahan jenayah syariah terbahagi kepada tiga, iaitu hudud, qisas dan takzir.

Undang-undang mesti dijalankan dengan tegas

Peruntukan hudud melibatkan enam kesalahan iaitu murtad, minum arak, berzina, mencuri, merompak dan qazaf. Manakala qisas pula hukuman balas, seperti pembunuh akan dibunuh balas.

Kategori takzir pula kesalahan selain daripada hudud dan qisas yang mana hukumannya tertakluk kepada budi bicara pemerintah.

Sementara itu, bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin (kiri) mempunyai pandangan yang berbeza apabila khuatir peringanan hukuman terhadap Kartika mengambarkan "seolah-olah kuasa raja mengatasi undang-undang".

"Mungkin dalam kes Kartika ini (peringanan hukumannya) nampak positif. Tetapi esok-esok dikhuatiri boleh berlaku perkara lain pula.

"Kita bimbang nanti kerabat dan orang kenamaan yang melakukan kesalahn juga diampunkan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Dr Mohd Asri berkata, menurut pengalaman dalam sejarah Islam, pelaksaan sesuatu hukuman yang dijatuhkan mahkamah mesti dijalankan dengan tegas walaupun melibatkan sesiapa sahaja.

Katanya, terdapat satu kes pada zaman Rasullaah, seorang penzina daripada golongan bangsawan tidak diampunkan walaupun setelah merayu.

Tambahnya, penegasan terhadap keperluan melaksanakan hukuman tergambar dalam sabda Rasulullah: "Jika anakku Fatimah binti Muhammad mencuri, nescaya aku potong tangannya." ~ malaysiakini

* p/s - patek mohon sumbah durahaka karena menyelok gambaq tanda soal tanpa keizinan sang moderator perisik rakyat.. hampon tungkuu...

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

PR Akan Kalah Jika DUN Perak Dibubarkan...???

Pakatan Rakyat berkemungkin besar akan tewas di Perak jika dewan undangan negeri itu dibubarkan hari ini.

Kaji selidik bebas yang dijalankan oleh Ilham Centre menunjukkan sokongan rakyat di negeri itu kini kembali kepada Barisan Nasional.

Pada kaji selidik membabitkan 1,031 orang di dewan undangan negeri Kuala Sepetang bulan lalu, mereka menemuramah seramai 59.96 peratus pengundi Melayu, 31.6 peratus Cina, 8.34 peratus India dan 0.03 peratus bangsa lain bagi mengambarkan jumlah komposisi penduduk Perak.

"Lebih 55 peratus daripada mereka yang dibanci berkata BN akan menang jika pilihan raya diadakan sekarang," kata pengarah urusan Ilham Centre, Mohd Azlan Zainal ketika membentangkan kajiannya di sebuah forum di Kuala Lumpur malam semalam.

Kajian itu juga mendapati sebahagian besar rakyat berpendapat kerajaan Perak sekarang ini adalah sah - 39.2 peratus bersetuju berbanding 31 peratus menentang manakala satu pertiga atau 26.8 peratus berkata mereka tidak tahu.

Pad
a masa yang sama, 37 peratus bersetuju dengan keputusan mahkamah yang mengesahkan calon BN, Datuk Seri Zambry Kadir sebagai menteri besar yang sah.

30 peratus tidak bersetuju manakala 28 peratus lagi tidak tahu.

Mohd Azlan berkata sokongan terbesar Pakatan rakyat masih terletak dengan penduduk Cina, dengan 68 peratus berpendapat kerajaan negeri Perak sekarang adalah tidak sah.

"Pakatan juga boleh mengharapkan sokongan daripada pengundi di bandar, golongan muda dan berpelajaran bagi mengundi untuk mereka pada pilihan raya akan datang," katanya.

Bagaiamanapun menteri besar Perak yang disingkirkan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang juga merupakan penceramah pada forum itu mempertikaikan kaji selidik itu.

Katanya, kemenangan beliau pada pilihan raya kecil parlimen Bukit gantang, April lalu membuktikan belum pernah calon Pas mendapat sokongan begitu padu daripada pengundi bukan Melayu. ~ malaysiakini

* p/s - dah buat kaji selidik pun bukannya sampai 80-90% org setuju dengan KERAjaan UBN Perak..cehh, 39 persen saja yang setuju punn...kah kah kah..ngok betoi..enna daa zambry, kalu ada teloq kalu, BUBAR la DUN Perak...kita pakat-pakat tengok la sapa lagi MAJORITI DUN..enna sorey batchaaa...setakat sembang kat kedai kopi bleh laa...

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

2.4.10

Din Beramboi Dalam Kenangan...

KUALA LUMPUR: Penyampai radio Era dan pelawak terkenal, Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 43, atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi meninggal dunia di Hospital Selayang (HS) di sini, kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi selepas menghidap demam denggi berdarah sejak Isnin lalu.

Adik Allahyarham, Rozana Mior Badri, berkata mesin sokongan hayat yang dipasang sejak beliau tidak sedarkan diri dihentikan atas nasihat doktor berikutan kegagalan organ dalaman terutama buah pinggang dan hatinya berfungsi.


AL- FATIHAH...


- sumber gambar dari : wartamaya

Hari Pahlawan Tanpa TuGu NeGaRa...

Setelah berpuluh tahun PAS khasnya membantah upcara atau majlis seumpama perayaan Hari Pahlawan diadakan di hadapan Tugu Negara, akhirnya kerajaan Persekutuan mengumumkan tidak lagi akan mengadakan majlis seumpama itu kerana menghormati pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Majlis Fatwa ada memutuskan amalan seperti tiupan 'Last Post', bertafakur dengan menundukkan kepala, meletakkan kalungan bunga, bacaan sajak, nyanyian dan tiupan 'Rouse' yang dilakukan di hadapan tugu dalam upacara menyambut Hari Pahlawan adalah bercanggah dengan Islam dan boleh membawa kepada syirik.

Semoga segala amalan syirik dan haram lain dapat ditiadakan dan masyarakat dapat dibersihkan dari unsur-unsur yang mengundang murka Allah swt.

Walaubagaimanapun pengumuman Menteri Pertahanan bahawa sebuah dataran akan dibina di Putrajaya bagi diadakan majlis berkenaan (tanpa tugu) bagi saya adalah satu pembaziran. Bukannya kita tidak menghargai majlis memperingati jasa pahlawan-pahlawan kita, tetapi bijakkah dibelanjakan wang rakyat untuk membina sebuah dataran sedangkan kita telah sedia ada banyak dataran, stadium dan seumpamanya.

Di Putrajaya pun telah sedia ada dataran yang digunakan untuk perayaan Hari Kemerdekaan. Gunakanlah sahaja apa yang ada. Islam bukan sekadar mengajar kita menjauhi amalan syirik tetapi juga mengesyorkan kita agar mengelakkan pembaziran tambah-tambah yang melibatkan wang rakyat

- roslan sms corner...

* p/s - baru nak teringat si zahid hamidi bahwa majlis Fatwa dah bagitau berkurun dah, haram dok boh bunga kat tugu negara tu, buat la benda lain yang berpekdahh... ehh, si scorpene tu bila lak nak dijadikan Tukun Negara..??? beli mahai2 komisyen aritu tak bleh selam...lani dengaq kata tak bleh timboi pulakkk...alahai takdak rezeki la nak merasa selam menyelam...kah kah kah...

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

1.4.10

Sidang DUN Express Rakyat...

Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak bersidang cuma dua hari. Ianya jelas tidak menghormati rakyat Perak yang mahu sidang DUN menjadi platform terbaik rakyat menyuarakan hak mereka melalui wakil-wakil rakyat yang dipilih oleh mereka. Ia juga tidak menghormati Tuanku Raja Muda Perak yang bertitah pagi semalam. Titah Tuanku cukup bernas, penuh dan sarat dengan saranan yang cukup baik. Tetapi sayang sidang DUN Perak hanya bersidang dua hari sahaja. Titah Tuanku tidak dibahas secukupnya oleh Adun PR dan BN. Malahan hari kedua sidang, titah Tuanku tidak dijadikan agenda utama, perbahasan titah Tuanku hanya selepas pembentangan Rang Undang-undang. Jelas ia bercanggah dengan Aturan Mesyuarat sebagaimana terkandung dalam Perintah-perintah Tetap Dewan Negeri 13 (1).

Sidang hari pertama hanya mendengar titah Tuanku. Hari-hari berikutnya adalah peluang terbaik untuk setiap Adun berbahas mengenai apa sahaja perkara mengikut Aturan Mesyuarat termasuk perbahasan titah Tuanku. Perbahasan titah Tuanku adalah perdebatan terbaik bagi semua Adun berhujjah dalam apa sahaja isu termasuk isu-isu berkaitan rampasan kuasa. Mereka boleh berucap dengan hujjah masing-masing.

Selain itu, Adun BN boleh mendedahkan apa sahaja kelemahan,kepincangan, salah guna kuasa atau apa sahaja yang sering didakwa oleh UMNO BN ketika PR memerintah negeri Perak. Adun-adun PR akan menjawab semuanya dalam ucapan perbahasa mereka,selain mendedahkan pula segala kepincangan dan salah guna kuasa UMNO BN. Walau bagaimanapun isu asas yang mesti menjadi fokus utama perbahasan ialah kebajikan dan kepentingan rakyat.

Adun PR memulakan sidang hari ini dengan cara yang betul. YB Pantai Remis mengambil kesempatan dengan menggunakan 'point of order' lalu membacakan beberapa perkara dalam Perintah-perintah Tetap Dewan Negeri. YB Pantai Remis berhujjah Ganesan bukan Speaker yang sah berdasarkan 6 hujjah yang dikemukakan. Tetapi Ganesan tidak memberi peluang supaya perdebatan dibuka dalam isu perlantikan Speaker. Dewan Negeri adalah platform kedua pihak berhujjah, sekiranya ia diberi liputan yang adil, rakyat akan menilai hujjah siapa yang tepat dan benar.

Begitu juga soalan-soalan lisan yang dikemukakan oleh Adun PR yang menyentuh isu-isu berkaitan perlantikan Speaker mengikut Perintah Tetap Dewan dan juga Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak. Sepatutnya soalan itu dijawab, bukan ditolak. Penasihat Undang-undang Negeri boleh menyediakan jawapan, berdasarkan jawapan yang diberikan, Adun PR boleh mencabar dengan menggunakan peluang mengajukan soalan tambahan.

Sidang DUN merupakan ruang terbaik bagi semua pihak bersuara di atas ketidak puashatian rakyat bagi menyuarakannya melalui Adun mereka. Peristiwa rampasan kuasa di Perak adalah antara yang rakyat tidak puashati. Adun PR boleh berhujjah mempertikaikan tindakan rampasan kuasa, pihak BN pula boleh berhujjah juga bagi mengesahkan tindakan mereka. Inilah demokrasi hiudp dan yang sebenar.

Namun demokrasi dimatikan oleh UMNO BN, mereka tidak berani menghidupkan demokrasi kerana mereka juga tahu, demokrasi melalui hujjah tidak akan mampu dipatahkan oleh mereka, justeru itu mereka tidak gunakan hujjah sebaliknya menyalahgunakan kuasa untuk mempertahankan tindakan mereka.

Sidang dewan ditangguhkan hari ini dengan tidak ada perbahasan menyeluruh titah Tuanku yang diambil bahagian oleh semua Adun. Tindakan ini memberi gambaran seolah-olah titah Tuanku tidak dihargai dan dihormati, apabila Tuanku menyarankan banyak perkara dalam titahnya semalam, sudah tentu ia perlu dibahaskan secara positif oleh semua pihak. Dasar dan polisi kerajaan juga disentuh oleh Tuanku, tetapi Adun-adun tidak diberi peluang bagi mengulas dan mengupas. Adun pembangkang sudah tentu akan berbahas mengikut perspektif pembangkang yang luas.

Inilah padahnya apabila kerajaan halal diambil dengan cara yang haram kemudian tindakannya minta dihalalkan melalui mahkamah. Ini seumpama perbuatan mencuri ayam, kemudian bila ayam yang dicuri itu mahu dimakan, ia disembelih mengikut hukum syarak supaya jadi halal.

Apabila perkara asas sudah tidak betul, maka ia mengundang seribu kepincangan. Lihat sahaja Aturan Mesyuarat dalam sidang dewan, Speaker haram Ganesan menyusun jadual perjalanan sidang juga tidak betul. Adun PR cuba memperbetulkannya, tetapi dengan bodoh sombong Ganesan menolak. Dalam Aturan Mesyuarat Perbahasan Titah Tuanku hendaklah didahulukan sebelum pembentangan Rang Undang-undang, tetapi itu berlaku. Persidangan pula tidak ditetapkan berapa hari, sedangkan PR mencadangkan supaya sidang DUN Perak diadakan 4 - 5 hari bagi membolehkan semua aspek dibincangkan dalam dewan.

Sebenarnya sidang yang dibuat hari ini diadakan dalam keadaan UMNO BN bimbang dan takut. Mereka tidak berani berdepan dengan Adun PR melalui hujjah. Polis pula diperkudakan oleh mereka. Sehari sebelum sidang diadakan, PR mengajak untuk berbincang dengan MB UMNO BN supaya persidangan yang akan berlangsung nanti dalam keadaan yang baik dan adil serta tidak berlaku kekecohan. Zambry menolak dengan sombong dan angkuh.

Sidang tamat hari kini dalam keadaan rakyat tidak tahu apa-apa.

- Ust Misbahul Munir

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/


Related Posts with Thumbnails