Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

3.2.10

Pulak Daaahhh...Mana 1 Betoi...???

Selepas aja aku publish pasai YB Zul ni nak letak jawatan... Dalam blog dia lain pulak ceritanya....(atau kat SINI) Isk isk isk... Apo Kono Eh Jangg...


Salam 2 all.

Sekali lagi Firaun-Firaun Kecil menjalankan agenda jahat mereka membawa dakyah kononnya saya akan keluar daripada PKR hari ini. Berita tersebar luas di Malaysiakini hari ini dengan tajuk besar saya akan keluar PKR hari ini.

Dalam keadaan mereka menutup mulut saya dan tidak dibenarkan bercakap sepatahpun, tetapi mereka terus menerus melanyak saya tanpa henti; walaupun saya mengambil pendirian menghormati arahan parti dengan tidak membuat sebarang kenyataan yang berkaitan. Ternyata Firaun-Firaun Kecil ini jenis manusia yang hipokrit dan putar alam.

Mereka menjerit-jerit minta hak bersuara, hak mempertahankan diri apabila terkena batang hidung mereka. Tetapi bila kena pada orang lain, segala hak asasi manusia, segala hak bersuara, segala hak membela diri dicampak dengan mudah kedalam longkang.

Ini adalah berita palsu yang dimainkan oleh Firaun-Firaun Kecil yang makin desperado apabila melihat konspirasi jahat mereka tidak menjadi baru-baru ini. Kini mereka mula mengejar bayangan mereka sendiri. Malah mereka makin gerun apabila beberapa orang wakil rakyat dan pimpinan lantang bersuara. YB Datuk Seri Zahrain, YB Tan Tee Beng, Yang Berhormat Goh Burne, YB Azan Ismail dan beberapa orang lagi sudah mula menyatakan pendirian yang jelas tidak disenangi oleh Firaun-Firaun Kecil ini. Mereka ingatkan saya bersendirian, rupanya ramai lagi. Dan saya ingin memberi amaran kepada mereka, jumlah ini akan menjadi ramai. Dan tidak lama lagi Firaun-Firaun Kecil ini tahu tinggi rendah langit ini.

Kepada sahabat dan rakan yang setia bersama saya, termia kasih dan jazakallah. Ingatlah pesan ALLAH, "wamakaruu wamakarallah..wallah hu khoirul maakiriin-mereka membuat tipudaya, dan ALLAH juga mengadakan tipu dayaNya, dan tipudaya ALLAH mengatasi segalanya". Insyallah dengan keimanan yang amntap dan istiqomah, kita akan dapat mengharungi segala fitnah dan mehnah ini dengan petunjuk dan hidayah ALLAH.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
18 Safar 1431
03 Februari 2010



--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

Warga Kulim...Bersedia, Nak Ada PRK Pulakk...

Walaupun biro politik PKR belum memutuskan tindakan yang sewajarnya yang sepatutnya dikenakan ke atas Zulkifli Noordin berhubung beberapa kenyataan kontroversi berhubung isu kalimah Allah, namun ahli parlimen yang lantang itu menyatakan kesediaannya meletakkan jawatan pada bila-bila masa.

NONESambil mendedahkan beliau tidak mempunyai kedudukan di PKR, kecuali memegang kerusi parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulklifi berkata kerjaya politik bermula apabila ditawarkan kerusi berkenaan pada pilihan raya umum lalu.

Zulklifi mengakui ketika itu, dia masih merupakan ahli PAS dan diberi notis singkat bagi menggantikan pemimpin PKR Sheih Azmi yang menghidap kencing manis. Malah dia langsung tidak menaruh harapan akan memenangi kerusi di kubu kuat Barisan Nasional itu.

Zulklifi menjadi terkenal apabila dia mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat bekas timbalan perdana menteri itu pada tahun 1998.

Dia dikatakan mengambil pendekatan konservatif khususnya dalam menangani isu-isu agama dan pendiriannya itu lazimnya pula bercanggah dengan dasar pelbagai kaum PKR.

NONEBagi Zulklifi, politik bukan keutamaannya dan dia sanggup meninggalkan PKR jika dilihat sebagai membawa masalah kepada gabungan pembangkang itu.

"Umum tahu, saya amat sayang dan hormati Anwar dan ini tidak pernah luntur..tetapi cinta saya kepada agama saya jauh melebihi segalanya dan ini saya tidak akan bertolark ansur.

"Jika ia mencapai peringkat saya menimbulkan masalah dalam membantutkan usaha Anwar dalam perjalanannya ke Putrajaya, saya akan menarik diri. Saya sanggup meninggalkan parti walaupun pada hari ini," katanya.

Zulklifi diarahakan tutup mulut sebelum kesnya dirujuk kepada jawatankuasa disiplin PKR baru-baru ini kerana membuat laporan polis ke atas Khalid Samad berhubung cadangan ahli parlimen PAS itu untuk meminda enakmen agama Selangor yang didakwanya ketinggalan zaman.

- Malaysiakini



--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

Semoga Rohnya Dicucuri Rahmat ~ Al-Fatihah..

(sisipan gambar di upacara pengkebumian Allahyarham ayah Sharpshooter di Tanah Perkuburan Islam Permatang Damar Laut)

Salam...

Menerima perkhabaran, rakan bloggers Sharpshooter @ Din Binjai, telah kehilangan ayahanda tercinta, kembalinya ke Rahmatullah pada awal pagi Isnin, 1hb Februari 2010. Allahyarham Tuan Haji Ahmat berusia 59 tahun telah terlantar sakit hampir 13 tahun.


Penderitaan yang dialami Allahyarham adalah akibat insiden ditimpa 'cold-room' [pautan cerita ada DI SINI & juga DI SINI] di Kampung Binjai, Pulau Pinang serta penyakit kronik bersangkutan yang gagal diubati sehinggalah Allahyarham menghembuskan nafas yang terakhir.


Salam Takziah dari saya kepada seluruh kaum kerabat serta keluarga Sdr.Din Binjai a.k.a Sharpshooter. Semoga banyak bersabar dengan dugaan didunia atas kehilangan insan tersayang, ayahanda beliau.


Peristiwa dalam bulan Februari, secara tidak sengaja terlintas diingatan saya dan mungkin InsyaAllah akan kekal dalam ingatan hingga bila-bila selagi hayat iaitu pada tanggal 19hb Februari 2008, saya telah kehilangan insan tercinta dalam keluarga, iaitu ketua keluarga, abah saya, Allahyarham Tuan Haji Jamaludin yang telah menghembuskan nafas terakhir di wad kenser Hospital Besar Pulau Pinang.


Bulan Februari mengungkit kenangan, yang amat menyentuh hati dan jiwa kerana pada malam akhir sebelum arwah abah meninggal, sekitar jam 2.30petang 19hb Februari '08 iaitu pada 18hb malam, saya mengambil cuti dari bekerja untuk menemani arwah di wad kenser tingkat 2 Hospital Besar Pulau Pinang.


Sepanjang malam arwah tidak melelapkan mata dalam keadaan pada kata orang 'nazak', nafas tersangkut-sangkut, saya juga sepanjang malam tidak melelapkan mata sambil memicit-micit seluruh tubuh badan arwah yang pada ketika itu sudah bentan-bentan dan bengkak dengan air yang dimasukkan ke tubuh badannya sedang berlegar hanya disekitar bawah kulit sahaja, (jika dicucuk untuk ambil darah untuk sampel, akan keluar air glukos selepas itu meleleh-leleh..) tidak dapat diproses oleh buah pinggang akibat kegagalan organ itu yang dijangkiti kuman. Tidak lekang juga dibacakan surah Yassin tatkala memicit-micit tubuh arwah.


Rakan bloggers ketika di tengah malam itu, Usop Sontoroyo @ Diktator Kangkung ada datang mengunjungi dan beliau ada mengatakan yang abah saya dah 'tenat'... saya seperti mengaku tak mengaku saja...pasrah... Sedih yang amat kerana sejak dari sebelum waktu Subuh hinggalah selepas Subuh, arwah seakan sedang bertempur dengan sakaratul mautnya... Hinggalah ke saat selepas Zohor, jam 2.30petang 19hb Februari, mak saya sudah berada disamping beliau, tiba-tiba nafas yang tercungap-cungap, telah terhenti.


Doktor wad yang bertugas serta jururawat mengambil masa sekitar 15minit untuk mengesahkan yang arwah sudah pun meninggal dunia dan tidak dapat diselamatkan. Saya, abang dan mak hanya mampu menangis ketika itu, kami pasrah dengan ketentuan Ilahi... Allahuakbar... Inna Lillah Hiwainna Ilai Hirojiun... Dari Allah kita datang, dan kepadaNya jualah kita dikembalikan.


Semoga Allah ampunkan dosa semua orang yang kita sayangi... Amin Ya Rabbal Alamin...


Al-Fatihah...




--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

30.1.10

KJ Pun Teringin Nak Lompat Atau Kena Lompat...???

Dalam politik tak ada yang mustahil. Semalam berkawan baik, hari ni mungkin bertukar jadi musuh dan mungkin lusa pula bergabung semula.

Di Malaysia ni, Ibrahim Ali mungkin boleh jadi contoh paling popular, sampai digelar 'raja katak'. Semalam pulak satu lagi bukti bila Kuli boleh bercaramah 'bagi pihak' kerajaan Pas Kelantan dalam isu royalti minyak.

Apakah mustahil lepas ni giliran Khairi Jamaluddin pulak berpindah kem. Dan memang pun pernah ada khabar-khabar angin yang kata Khairi ni memang rapat dengan pimpinan tertentu Pakatan Rakyat dan dia memang pernah dilihat 'agak mesra' dengan pimpinan Pakatan Rakyat.

Hari ni dalam http://mykmu.net/modules.php?name=News&file=article&sid=8970 ada laporkan
Mesyuarat EXCO Pemuda UMNO Malaysia yang baru berakhir sebentar tadi dilaporkan kecoh apabila sebahagian EXCO Pemuda UMNO meminta Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin meletak jawatan secepat mungkin bagi menyelamatkan pergerakan tersebut.

Menurut sumber, EXCO Keahlian Pemuda, Sdr Hisahmuddin Yahya merupakan yang pertama meluahkan perasaan tidak puas hati dan meminta YB Khairy berundur secara terhormat demi kepentingan Pemuda UMNO. MYKMU difahamkan ramai EXCO yang bercakap kemudiannya menyetujui usul tersebut. -
mykmu.net
Agak-agak kalau dia nak lompat dia pilih Pkr atau Pas? Ataupun mungkin dah ada pihak yang 'melamar' dia. Kalau tanya aku, aku akan suruh dia letak jawatan MP Rembau dulu kalau nak lompat masuk Pas. Prinsip, walaupun aku yakin ramai yang tak bersetuju pendapat aku.


- dari blog C'enangau


* p/s - hehehehehe...kekekekekeke...kah kah kah..lawak lawak lawak..geli pankreas aku tatkala suasana P.O.L.I.T.I.K semasa cam kelam-kabot wal sang klibot tak semena-mena... awat PKR ngan Ameno nak lawan passing-baton kott..??? Aku mai kem hang, hang lak mai kem aku..??? Tak pun pakat2 join Kelab Katak Brahim Ali..??? Jadik Ahlil Parlimen Bebas...??? Ahhh...boringlah hangpaa...aku pun nak lompat lah..!!! Hah laa..dah kematu juboq ni hah dok lama-lama depan komputer nii...aduuiiihhh...


Hentam Ajerlah Labuuuuuu......

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

29.1.10

SAH : Boleh Tuntut Balik Modal Swisscash.. Tapi Dengan Syarat..

NOTIS OLEH PENTADBIR YANG DILANTIK OLEH SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA (SC)

NOTIS INI MUNGKIN MEMBERI KESAN KEPADA HAK PERUNDANGAN ANDA. SILA BACA DENGAN TELITI.

PricewaterhouseCoop ers Advisory Services Sdn. Bhd. (573259-K) telah dilantik oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk bertindak sebagai Pentadbir bagi penilaian tuntutan dan pengagihan wang kepada pelabur yang layak dalam Skim Pelaburan Internet SwissCash ("Pentadbir" atau "Administrator").

Notis diberi kepada semua pihak yang telah melabur dalam Skim Pelaburan Internet SwissCash hendaklah menyerahkan tuntutan mereka dalam bentuk tulisan untuk sampai kepada Pentadbir pada atau sebelum 7.00 ptg pada 10hb Februari 2010. Semua tuntutan mestilah disertakan bersama dokumen-dokumen sokongan berkaitan dan (klik untuk muat-turun / download 'Claim Form') Akuan Berkanun berkenaan Pembuktian Tuntutan. Penyerahan tuntutan mestilah dibuat seperti berikut:

Melalui Pos/Kurier


Di alamatkan kepada:


Administrator- SwissCash
c/o Suite 126, 3rd Floor, Wisma RKT
No. 2, Jalan Raja Abdullah
Off Jalan Sultan Ismail
50300 Kuala Lumpur
Malaysia.

Tarikh:

27 Januari 2010 hingga 10 Februari 2010

Masa:

Isnin hingga Jumaat *
9.00 pg to 5.00 ptg


*Tutup pada cuti umum untuk Kuala Lumpur

Dengan tangan


Lokasi:


Bilik Labuan,
Tingkat 5, Pusat Dagangan Dunia Putra
41, Jalan Tun Ismail,
50480 Kuala Lumpur,
Malaysia.

Lokasi Pusat Dagangan Dunia Putra

Tarikh:

3 Februari 2010 hingga 10 Februari 2010

Masa:

Isnin hingga Jumaat *
9.00 pg hingga 7.00 ptg

Sabtu*
9.00 pg hingga 2.00 ptg


*Tutup pada cuti umum untuk Kuala Lumpur


Setiap penyerahan mesti disertai perkara berikut:

1)

Akuan Berkanun berkenaan Pembuktian Tuntutan asli yang ditandatangani dan diperakui seperti dalam borang di bawah yang menyatakan jumlah yang dituntut dan kiraan terperinci (Sebagai contoh, jika anda telah melabur sebanyak USD1000 dan menerima pulangan USD300, tuntutan adalah pada jumlah USD700)

2)

Penjelasan ringkas tentang bagaimana anda telah diperkenalkan kepada skim tersebut dan sejarah pelaburan anda

3)

Salinan Kad Pengenalan/pasport anda atau dokumen pengenalan lain

4)

Sijil Pelaburan yang menunjukkan jumlah pelaburan

5)

Bukti pembayaran yang dibuat bagi setiap Sijil Pelaburan atau resit rasmi daripada penerima jumlah yang anda labur (Contoh: penyata deposit bank, penyata pembayaran kad kredit, bukti pindahan telegrafik melalui perbankan internet atau ATM)

6)

Bukti pulangan pelaburan yang diterima setakat ini

7)

Sebarang dokumen-dokumen tambahan anda rasa diperlukan bagi mengukuhkan tuntutan anda.

Semua tuntutan mestilah diajukan dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.. Sila maklum bahawa keupayaan pihak Pentadbir untuk memproses tuntutan anda dengan sewajarnya bergantung kepada maklumat lengkap dan tepat yang anda berikan seperti di atas.

Para penuntut yang telah menyerahkan aduan sebelum ini secara sukarela kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia hanya perlu menyerahkan perkara (1) dan (2) di atas kepada Pentadbir berserta sebarang dokumen tambahan yang dinyatakan dalam perkara (3) hingga (7) di atas, yang tidak diserahkan sebelum ini.

Pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mahupun Pentadbir tidak akan mengiktiraf tuntutan:

(i) yang diserahkan selepas tarikh akhir 7.00 ptg pada 10 Februari 2010; atau
(ii) yang tidak disertakan dengan dokumen-dokumen berkaitan seperti tertera di atas; atau
(iii) dalam bahasa selain dari Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.

Untuk sebarang pertanyaan, sila layari bahagian "Hubungi Kami" untuk maklumat lanjut.

PricewaterhouseCoop ers Advisory Services Sdn Bhd (573259-K)
Pentadbir
Bagi pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
Bertarikh: 27 Januari 2010

sumber rujukan dari :- Zaharuddin.net


--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

Pelabur SwissCash Di Mesia Akan Dapat Duit Balik...???

salam...

Keratan dari akhbar Kosmos yang dilampirkan, agak menarik jugak untuk tatapan pembaca terutamanya kepada mantan-mantan pelabur bistari skim Swiss Mutual Fund atau lebih femes dikenali sebagai 'SwissCash'.


Wartawan paper Kosmos, pada awal-awal zaman kontroversi SwissCash pernah la bagi gelaran ' Labu Peram Swisscash'... Nah, memang dok peram lama laa...nak kena petik dan boleh makan dah kott...??? Dah masak la lagu ni.. Mungkin boleh dapat balik modai asai pun dah kira orait laa...kan ka lagu tu?

Mengikut petikan artikel nun diatas, SC = Suruhanjaya Sekuriti telah melantik satu syarikat pengendali (apa nama ntah..tapi ada dalam artikel kat atas) untuk mula memulangkan kepada pelabur-pelabur SwissCash yang betul-betul layak dan mempunyai syarat-syarat serta dokumen sokongan membuktikan mereka sebagai pelabur asal... Jadi stend-bai la pada mantan pelabur-pelabur...

Harapan nusa dan bangsa eloklah di pulangkan semula dan pihak yang mengambil kesempatan lagi bersalah serta durjana, hendaklah pihak Polisi Bukit Aman di department Jenayah Komersial & Perdagangan Berat siasat habis-habisan serta jatuhlah hukuman sewajarnya.


Syukran Jazilan, Uma Nandre, Kamsiah, Tocey.. Terima Kaseh, Thank You & Arigato Gozaimass... Haitt...!!!


--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

28.1.10

TerHOT! Siapa AhLi ParLiMen PkR BerpaLing TaDah...???

Crawling by


Khabar angin kini bertiup kencang kononnya seorang pemimpin kanan PKR akan berpaling tadah dan menyertai sebuah parti lain yang mesra dengan Barisan Nasional.

Ahli parlimen dari Pulau Pinang itu juga dikatakan sudah mendapat persetujuan daripada ahli parlimen Pakatan Rakyat yang lain untuk turut melompat. Dia juga didakwa sedang memikat beberapa ahli parlimen pembangkang yang lain lagi.

Rancangan mereka ialah menjadi ahli bebas sebelum menganggotai Parti Cinta Malaysia (PCM) yang baru ditubuhkan dan dipimpin oleh Tang Weng Chew.

Bulan lalu, ahli dewan undangan negeri PKR Gabriel Adit Demong menyertai parti baru yang berpangkalan di Pulau Pinang itu sebagai ketua Sarawaknya.

Meng
ikut sumber, pemimpin PKR itu telah berjumpa dengan presiden Umno dan pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak bagi membincangkan tindakannya serta memohon kemungkinan diberikan jawatan dalam kabinet.

Jika perkara itu menjadi kenyataan, ia adalah keputusan politik yang paling mengejutkan selepas BN berjaya merampas semula Perak daripada kerajaan Pakatan Rakyat.

Sekiranya semua itu menjadi kenyataan, hasrat BN mendapat majoriti dua pertiga di Parlimen akan termakbul. Mereka kini hanya kekurangan lapan kerusi untuk meminda sebarang perlembagaan mengikut sesuka hati.

- Malaysiakini


* p/s - siapakah gerangannya si ahli parlimen bertuah yg akan lompat si katak lompat? Adakah Dato' Zahrain - Bayan Baru? Yusmadi Yusoff - Balik Pulau? Tan Tee Beng - Nibong Tebal? Atao Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh? Jeng jeng jeng...



--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/




26.1.10

Lagi Kena Tipu...

Isk isk isk...

Apa nak jadilah dengan bangsaku nii...??? Dok pakat tipu menipu tak habeh habeh... tak sudah sudah... join bisnes pun kena, join saham lagila kenaa... join insuren pun bleh kenaa... serba serbi masok la apa bala serba mak nenek pun dok kena situ laaa...


Ni yang paling baru... join Koperasi, dah elok dah Koperasi tuu...ntah la apa nama Koperasi tu, pi ranjau pulak sorang kakitangan Awam kat Penang.... Punggahhhh mamak Maidin kataaa.... Ejen Ko-op tu kompom lah sebangsa Melayu kan ka??? Huhuhuhuhu...


Lepaih ni sapa nak percaya dahhh...??? Hah...???


--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

23.1.10

MSK Ganti Tempat Saifuddin Nasution...???

"Assalamualaikum Bang Mat." Pagi-pagi lagi aku dapat call dari Eekmal. "Ada kat mana sekarang?"

"Waalaikumsalam. Aku ada kat Kuantang…tengah makang nasi dagang."

"Pergh..buat apa kat sana?" tanya Eekmal.

"Ada konvensyen."

"Konvensyen parti apa pulak?"

"Parti Tupperware..ha..ha..ha"

"Saya serius Bang Mat…Bos suruh datang Damansara hari ni. Dia nak jumpa." kata Eekmal.

"Gila hang!!! Aku baru sampai Kuantan…hang nak suruh aku balik KL. Kalau hang suruh Sani mai ambik aku tak pa la?"

"Nak buat macam mana Bang Mat? Bos suruh mai ni!"

"No.no.no…hang suruh dia call aku." aku suruh Eekmal bagi tau kat Anwar suruh call aku balik.

Tak sampai sepuluh minit…aku dapat call lagi. Kali ni betui-betui dari Anwar.

"Awat Mat..dah juai mahai ka?" tanya Anwar kat aku. Kalau aku ada dekat dia…dah tentu dia pegang lutut aku.

"Tak la…cuma nak balik KL dari Kuantan..bukan senang Brader. Unless ada hal penting." aku jawab.

"Memang penting la…tu pasai aku panggil hang." kata Anwar. "Ni…hang pi Kuantan buat apa? Kata Perak dah ready nak election…hang pi makan angin pasai apa?"

"Aku nak sibuk pasai apa? Bukan nak jadi calon…bukan nak urus pilihanraya. Kerja aku dah habih…la ni kerja orang parti pulak la."

"Pasai hang free…tak dak kerja…tak dak buat apa..tu pasai aku panggil hang. Aku nak hang ganti tempat Saifudin." kata Anwar.

"Ha?????" Aku tak tau sama ada Anwar dah makan ubat pagi tadi atau belum. "Crazy!! Sorry la Bos…sapa yang pegang jawatan tu la ni..memang nak huloq kepala kena sembelih." aku bagi tau Anwar.

"Pasai apa?" Anwar tanya.

"Aku dah round satu Perak. Semua dah lobi nak jadi calon dalam Perak Election. Yang tu tak pa la..bukan kerja aku. Tapi masing-masing tak dak duit. Semua dok tanya…kalau election kali ni…ada budget dari Pusat tak? Sapa nak tanggung? Tak kan aku nak tanggung kot?"

"Belum apa-apa lagi hang dah takut…kambing hang dah habih ka?" tanya Anwar lagi.

Pirrraah…tiap kali pilihanraya…kambing aku juga jadi mangsa.

"Macam ni la Bos…aku tak minat la nak jadi Pengarah Pilihanraya PKR..bagi la kat orang lain." aku kata.

"Sapa yang boleh?" Anwar tanya aku balik.

"Aaaaikkk…Ketua Umum tanya aku balik?"

"Bagi kat Fuziah Salleh la. Dulu pun masa Azmin..dia jadi Timbalan." aku kata.

"Kalau dia jadi Pengarah Pilihanraya…sapa nak handle Biro Latihan?"

"Bagi kat Dr. Z la. Promote la kawan tu sikit." aku kata.

"No.no.no..Dr. Z junior sangat. I need somebody senior." kata Anwar.

"Senior pun..kalau tak boleh nak handle nak buat apa? Baru sebulan pegang jawatan…sat lagi SPRM mai serbu ofis."

"Ok.Ok..I agree with you…bagi kat Fuziah. Then..I nak suruh Mus ganti Fuziah kat Biro Latihan. Senior sikit." kata Anwar.

Mus lagi!!!

"Hello Brader!!" aku kata kat Anwar. "Berapa tangan Mus ada? Dah jadi Pengerusi Biro Antarabangsa, Pengerusi MPN Perak…ni nak bagi dia jadi Pengarah Biro Latihan pulak! Lain la kalau dia jadi Lord Ganesh. Ada enam tangan!!"

"Fuh!! hang baca kitab Hindu jugak ka?" Anwar tanya aku lagi.

"Biasa la…aku buat Master dalam Kamasutra." aku kata.

"kah..kah..kah" Anwar gelak. Hangpa pernah tengok Anwar gelak?

"No..no..I think he can do it." kata Anwar.

Kadang-kadang aku heran dengan Anwar. Perak dah nak pilihanraya. Mus sekarang jadi Pengerusi PKR Perak hujung minggu saja. Ni dah bagi dia Pengarah Biro Latihan Pulak…mampuih la PKR Perak lagu ni.

"Up to you Brader. " aku kata kat Anwar.

"Hang nak buat apa?" Anwar tanya aku.

"Buat bodoh…" aku jawab.

Terus terputus. Lagi sekali aku jumpa dia…siap la kena bancuh.

- PerakExpress


* p/s - pada pandangan saya, tak salah kiranya blogger MSK - MatSamanKati yang berlatarbelakangkan politik seratus peratus, reformis kental, masa akan datang sebagai wakil rakyat, YB, Exco Kerajaan... hangpa nak sapa lagi jadi wakil rakyat? tokey kilang? hakim mahkamah? ulamak agung? loyer? majistret? ahlil nujum?


--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

22.1.10

Alahai DiGi vs Maxis...

vs

Salam samuanyaa...

Dengan berat hati ingin saya maklumkan pada semua rakan serta taulan sedara sedari bahawa nombor talian hayat saya, yang sedia ada sebelum ini, 014-241xxxx sudah tidak digunakan lagi malah sudah pun di TAMATkan RIWAYATnya oleh syarikat pengendali rangkaian telekomunikasi, DiGi Telecommunications (M) Sdn. Bhd (DiGi) atas sebab-sebab nombor ini telah mengalami 'komplikasi' yang amat kritikal... (macam tekena penyakit berbahaya laa pulakk..hehehe)


'Komplikasi' yang kritikal sangat tu adalah kerna dengan tiba-tiba pada minggu awal tahun baru, sistem 'server' yang telah dikemaskini, membekukan akaun nombor 014 ini yang mengikut sejarah awalnya adalah dari syarikat telekomunikasi terkenal, Maxis Telecommunication (M) Sdn. Bhd (Maxis/Hotlink). Atas sebab-sebab ingin menukar ke operator perkhidmatan yang lain, saya telah meng'switch'kan (mengekalkan nombor sedia ada tapi operator lain) nombor 014 ini kepada DiGi.


Alasan pembekuan tersebut kerana akaun tersebut dengan tiba-tiba dan tanpa semena-mena telah dikembalikan kepada Maxis semula dan adalah menjadi kesalahan pada mana-mana syarikat pengendali mendaftarkan 1 akaun nombor telefon bimbit a.k.a mudah-alih dengan 2 operator berlainan. Oleh yang demikian, Digi mahupun Maxis tidak dapat meneruskan operasi keatas nombor 'kontroversi' ini dan DiGi telah mengambil langkah selamat, menamatkan sahaja perkhidmatan keatas nombor 014 saya itu.


Malah yang meng'ok'kan balik keadaan yang rumit ini, DiGi telah menggantikan saya dengan nombor yang baru untuk digunakan dan baki / balance kredit dalam akaun 014 dipindahkan ke nombor 016 yang baru itu. Terima Kasih DiGi...


Kepada rakan-rakan dan taulan yang hampir seminggu dua ni GAGAL untuk menghubungi saya, maka kekusutan telahpun terungkai kenapa saya tidak dapat dihubungi malah SMS juga saya tidak dapat terima, cuma panggilan atau SMS dari talian DiGi saja yang OK...selain dari DiGi akan 'pending' dan " nombor yang anda dail, tiada dalam perkhidmatan ".. akan tetapi hanya saya yang dapat buat panggilan maupun SMS kepada mana-mana rakan di rangkaian tak kira 010,012,013,014,016,017,018 dan 019.


Oleh yang demikian, kepada kengkawan maupun taulan yang mahu meng'up-det' nombor baru saya, bolehlah kiranya email pada saya di hijatpanjang@gmail.com serta SMS susulan pula akan di war-warkan pada teman-teman, taulan yang hanya ada dalam simpanan 'Phone Book' telefon bimbit @ henpon saya. Sekian, harap maklum semua...

Syukran Jazilan...

Haittt... AriGato Gozaimass...


--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

20.1.10

PERHATIAN : Semua Blogger Islam - WAJIB Baca...!!!



Jika anda seorang blogger ataupun bukan blogger tapi beragama Islam, bantuan anda amat diperlukan untuk memastikan laman web yang menghina Islam ini dapat ditutup seberapa segera oleh pihak WordPress.

Blog yang menghina Islam ini beralamat: http://beritamuslim.wordpress.com/ dan memuatkan banyak artikel @ grafik yang menghina Islam.

Untuk melaporkan perkara ini kepada pihak Wordpress, klik sahaja link di bawah ini :

http://en.wordpress.com/report-spam/

Your Email : masukkan email anda
Blog URL : isi dengan http://beritamuslim.wordpress.com/
Why : BLOG SPAMMING and that blog was insulting religion, abusing.

Tolong sebarkan!!

Nota: Jika anda tiada akaun WordPress, buka sahaja akaun itu biarpun tidak digunakan.


"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan orang-orang kafir yang sedang mara menyerang, maka janganlah kamu berpaling undur dari menentang mereka." (Surah Al-Anfaal, ayat 15)


--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

Mahathir 'agong tanpa tengkolok'...

Selepas menimbulkan kegemparan, sehingga ditahan Kementerian Dalam Negeri (KDN), buku Barry Wain tidaklah terlalu mengejutkan dan tidak pula benar-benar "baru".

Cuma ia mungkin menarik bagi karya jenis biografi seorang tokoh politik apabila susunannya itu diulas dengan kritis oleh seorang bekas editor kanan.

Sebahagian besar Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times rangkuman maklumat yang sudah diketahui umum, khususnya di kalangan peminat tegar politik sejak selepas merdeka, termasuk melalui ceramah politik, gosip dan terbitan alternatif.

Generasi Lim Kit Siang atau Anwar Ibrahim misalnya, apatah lagi pemimpin politik berstatus mereka berdua, mungkin tidak terpukau dengan buku setebal 363 halaman ini.

Jadi, saya hairan kenapa KDN perlu memerap buku tersebut sejak beberapa minggu lalu.

Apakah rahsia yang hendak disembunyikan daripada kita, generasi muda politik yang baru belajar menggali sisi-sisi gelap Dr Mahathir? Apakah agenda tersirat KDN dan menterinya Hishammuddin Hussein – untuk menyelamatkan imej mantan perdana menteri itu?

Dengan menangguhkan pengedaran buku itu, kelihatannya kerajaan cuba menyelamatkan imej Dr Mahathir, atau legasinya, walaupun dengan mencemarkan imej Najib Razak sendiri – tokoh yang dikatakan, pada kalangan tertentu, warisan Mahathirisme!

(Dr Mahathir sendiri menggesa Malaysian Maverick diedarkan.)

Satu contoh bahan yang tidak mengejutkan itu: krisis Dr Mahathir dengan raja-raja Melayu seperti sering dirujuk sebagai episod pencemaran imej institusi istana pada 1992 hingga awal 1993. Pencemaran – di sisi pembangkang – bagi menunjukkan sikap hipokrit Umno yang sering pula melaung-laungkan membela istana.

Pada 18 Januari tahun itu, selepas serangan psikologi yang bertubi-tubi terhadap institusi raja, perlembagaan negara dipinda bagi membolehkan satu mahkamah khas dibentuk untuk mengadili sultan yang terlibat dalam salah laku di luar tugas rasminya.

Cara BN, yang dikepalai perdana menteri waktu itu, memburuk-burukkan raja khususnya melalui filem-filem klasik hitam putih di rancangan TV bersama rencana-rencana dan ulasan-ulasan politik di akhbar seolah-olah Umno atau BN sedang merencanakan projek pembentukan sebuah negara republik.

Tetapi Wain, yang menulis bab khas episod ini 'Agong yang tidak dimahkotakan', merumuskan betapa bekas PM itu tidak perlu sebuah republik kerana tindakannya melucutkan semua kehebatan istana berjaya mengangkatnya sebagai kepala negara berstatus 'agong'.

"The erosion of the rulers' stature and influence 'diminished their constraining role in tempering the exercise of executive powers', which Dr Mahathir proceeded to wield with unprecedented latitude.

"In a remade constitutional landscape, he had no need to contemplate a republic. He was the uncrowned king," catat bekas pengarang kanan Asian Wall Street Journal itu.

Walaupun insiden 1993 menjadi ingatan kolektif ramai aktivis muda politik, kebanyakannya pula sudah melupai atau tidak menghargai kepentingan insiden awal sedekad sebelumnya.

Insiden yang jauh lebih signifikan daripada mengekang kemelampauan institusi diraja seperti pindaan 17 tahun lalu. Dalam bahasa Dr Mahathir sendiri, sewaktu berucap bagi mengikis lagi martabat istana pada 1993, beliau berkata:

"Tetapi sekali lagi mengikut sistem di Britain, undang- undang hanya menjadi sah setelah ditandatangani oleh raja. Di Britain, ini tidak menjadi masalah kerana raja tidak mungkin menolak nasihat jemaah menteri.

"Tetapi di Malaysia perkataan nasihat, yang penggubal perlembagaan percaya akan mempunyai makna yang sama seperti di Britain dan juga di zaman penjajah, tidak ditafsirkan dengan jelas. Oleh itu pihak raja boleh menolak nasihat kerajaan.

"Jika Kerajaan diakui terdiri daripada wakil-wakil yang dipilih oleh rakyat untuk menentukan rakyat berkuasa, tetapi nasihat kerajaan berkemungkinan tidak diterima, ini bererti demokrasi berparlimen tidak wujud dan rakyat tidak berkuasa sepenuhnya.

"Dalam perkara-perkara tertentu bukan sahaja persetujuan Yang di-Pertuan Agong diperlukan, tetapi juga persetujuan Majlis Raja-raja."

Insiden 1983 mengubah sama sekali lanskap demokrasi Malaysia dengan membuang kuasa Istana Negara, dan Majlis Raja-raja Melayu, sebagai kuasa penyemak dan pengimbang – kuasa keempat seperti sering dikhayalkan oleh Raja Dr Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah.

Dengan terhakisnya cap mohor diraja daripada rang undang-undang yang diluluskan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara, Dr Mahathir boleh berbuat apa sahaja sesuka hatinya.

Pindaan perlembagaan 1983 ini pula diusaha dengan penuh sulit dan rahsia sehingga digelar Wain sebagai "kerahsiaan yang belum pernah lagi berlaku dalam kehidupan bernegara" di Malaysia.

Dengan lesen besar yang diperolehinya, bermula era baru kepemimpinan politik Dr Mahathir dan fasa-fasa gelap demokrasi negara.

Selebihnya, apabila kita merenung kembali ke belakang seperti analisis Human Rights Undermined: Restrictive Laws in a Parliamentary Democracy demokrasi kita telah menelusuri liku-likunya yang malang mulai tanggal itu ...

oleh Fathi Aris Omar

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

15.1.10

Apalah Nasib Blogger...???


Salam, Moshi Moshi semua...

Isnin sudah, seorang blogger terkemuka lagi kontroversi, Kickdefella @ Sheih telah mengalami serangan mengejut, kenderaan beliau yang telah dipecahkan cermin belakang dengan menggunakan sebilah kapak dihalaman rumah beliau di Kota Bharu. Mungkin ini adalah salah satu ugutan maupun peringatan kepada blogger ini hasil nukilan pendedahan hal dalaman pentadbiran negeri Kelantan. Berita lanjut boleh di dapati [disini] ~ Penulis Blog diancam 'Kapak Terbang'

Jika benar sekalipun apa yang dinukilkan kepada umum, apa yang hendak ditakutkan? Berani kerana Benar, Takut kerana Salah..!!! Pimpinan Parti maupun Kerajaan PR seharusnya berterima kasih kepada penulis blog-blog PR yang selama ini memaparkan kebobrokan dipihak UBN maupun PR sendiri kerana tanpa blogger dan media alternatif versi online / internet ini, gelombang kemenangan rakyat pada PRU ke-12 lalu tidak akan berlaku sama sekali. Kemenangan YB-YB (Yang Berhormat) ADUN dan Ahli Parlimen PR di semua tempat pasai memang betoi betoi rakyat mau YB baru ka?

Sebelum ni sorang dua blogger jugak termasuk si KickDeFella juga pernah di tahan pihak polisi kerna ancaman logo 'baru' PDRM oleh blogger Penarik~Beca dan kes terbalikkan bendera Mesia oleh Kickdefella...hmmmm...penjenayah profesional yang terang2 dok merampok, merogol, meliwati kanak-kanak tak berdosa lambat saja pihak berkuasa nak bertindak, mai tang blogger cargas mengalahkan CARGAS CAFE depa bertindakk...

Blogger Cucu Mat Kilau yang mengendalikan PahangDaily pun pernah diseret pihak berkosa ni 2-3 kali jika tak silap, mula2 kes dadah dia disyaki, abeh rumah dia digeledah dan barang2 rumah dirosakkan, kes naya jaa..lepaih tu kes repot polis oleh si Saifool Bukari pasai kes liwat yang camna tah ada sikit artikel dalam PahangDaily, cucumatkilau disoal-siasat oleh pihak berkosa ni seCARGAS kes jenayah berat...hmmmmm...

Cam yg terbaru, sorang mahasiswa a.k.a cam blogger jugak ka? kena dakwa kes bakaq Gereja pulak dalam FB = FaceBook... betoi atau dak ntah la pulak...senang2 ja depa nak caj blogger walhal kes pecah rumah, rompakan bersenjata, seludup orang, senjata, pendatang dan macam macam serba mak nenek kes jenayah masih dok berleluasa kat Mesia ni... Hampeh betoiii....

Akhir kata dari aku dan juga pertanyaan pada semua maupun diri aku sendiri sebagai blogger,


" Adakah selamat lagi terjamin keselamatan kita ni...???




Arggghhhhhhh... Hentam Ajerlahh Labuuuu......




--
Ahakksss......


Related Posts with Thumbnails