Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

12.1.10

RM25 Juta 'Naik' Cacing...

KULIM: Tertarik dengan pulangan lumayan yang dijanjikan oleh penganjur skim pelaburan penternakan cacing di sini, kira-kira 3,000 pelabur kerugian lebih RM25 juta apabila penganjur melarikan lari.

Malah pejabat penganjur skim itu, Kulim Worms Agrotec (KWA)(M) Sdn Bhd di Kilang Lama di sini, disita pemilik bangunan awal Disember lepas kerana tidak melunaskan sewa hampir RM10,000.

Setelah merasa tertipu, lebih 200 mangsa skim tersebut membuat laporan polis di balai polis di sini sejak awal bulan ini.

Dalam sidang media oleh mangsa skim tersebut di hadapan premis KWA di sini hari ini, pelabur dari Pulau Pinang, Kedah dan utara Perak itu mendakwa melabur antara RM5,000 dan RM3 juta sejak Jun 2008.

Menurut risalah KWA, syarikat itu menjalankan penternakan cacing dan penghasilan baja vermikompos organik dengan usahasama Konsortium Koperasi Pengguna Malaysia Berhad (KKPMB).

KWA membuka tujuh cawangan iaitu di Sungai Petani, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Alor Setar, Butterworth dan Tunjang di Kubang Pasu dengan Kulim sebagai cawangan utama bagi memudahkan orang ramai melabur dalam skim yang disediakan.

Ketua Polis daerah Kulim Supritendan Ghuzlan Salleh yang dihubungi mengesahkan menerima laporan daripada pelabur skim terbabit dan berkata polis sedang menyiasat kes itu.

Sementara itu, dua pesara mendakwa melabur RM150,000 hasil simpanan dan gratuiti mereka sejak September tahun lepas.

Pesara Jabatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Shahibul Kiraya Haliman Shah, 56, berkata dia melabur sebanyak RM35,000 manakala bekas guru, Omar Ismail melabur RM115,000 setelah dijanjikan pulangan bulanan sebanyak 3.3 peratus.

"Saya turut melabur RM15,000 untuk menternak cacing setelah mengikuti kursus anjuran KWA dan setakat ini hanya mendapat pulangan berjumlah RM20,000 iaitu bayaran untuk September dan Oktober lepas," kata Omar.


* p/s - tu dia kalu melayu yang buat satu-satu program nak pekayakan diri sendiri dan tak pikiaq dah apa nak jadi dengan pelabur-pelabur yang rata-rata melayu jugak ni...langsung depa tak pikiaq ada yang dibelenggu utang kaa, lingkop bahana tergolok tergadai tanah pusaka kaa...apa daaa..



--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

9.1.10

Konpiusnya Aku...


Perasan tak ada lambang 'baek punyo' disebalik jaket brader ni..ok, tengok gambor dibawah setelah di'zoom'...


Demo kat masjid Negara kemarin oleh puak tu : Tak sensitive langsung brader ni...islam ka selam ni? niat nak p masjid negara pasai nak demo saja..bukan nak tunaikan fardhu Jumaat? alahaii...

- sumber dari TKOdaily

8.1.10

Sorang Kata Lain, Sorang Kata Lain..Mana Betoi..???

Enna Daaa...

Pee-Em 1Mesia kata boleh..tak boleh halang DEMO... Yang Malaun sorang lagi kata JANGAN ADAkan PERHIMPUNAN... Sapa boss dan sapa yang punya arahan lebih RELEVAN niii...???

Sila baca lebihan artikel kat [SINI] dan jugak kat [SINI]

* p/s - kepada semua AJK-AJK Masjid mahupun Gereja-gereja diseluruh negara diminta BERJAGA-JAGA dan pantau keadaan keselamatan kawasan sekeling tempat ibadat anda sehingga keadaan bertambah reda, segala kemungkinan akan berlaku (bukan meminta, tapi...) Pihak tak bertanggungjawab akan mengambil kesempatan atas ISU agama yang belum selesai ini... Mohon bantuan semua, Syukran Jazilan..

Info Terkini : Jika ada makhluk yang meragukan atau aktiviti yang berunsur keganasan di kawasan tempat ibadat anda, sila hubungi beliau sendiri (Tan Sri KPN Musa Hassan) di talian bimbit beliau :- 019-2823701

sumber dari MalaysianInsider dan Malaysiakini

Arigato Gozaimass... Haitt..


Siapa Pakar ProVokasi...???


Mula-mula hacked website mahkamah. Siap dengan ugutan.
Alamak... hackers yang buat ugutan tu... gua takut giler... dengan ugutan pondan lu itu...!!!

selepas itu





Kerja gila siapa pulak ni nak mencetuskan api perkauman kerana isu penggunaan perkataan Allah..???

???? Gua rasa dah boleh agak sikit2 provokasi bodoh siapa ????

Gua tak tuduh, pasal takda bukti... setakat agak jelah... ha..ha..ha..

memang bodoh la... mereka2 yang buat provokasi murahan tu...

bangang tahap gaban... !!!!


kredit sumber kepada :- blog IkutSukaAku (ISA)


--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

6.1.10

Dey Macha.. Apasai Curik Itu Enjin..???

Enna Daa...

Apasai kasi seludup keluar sama jual sama worang luar hah macha? itu bukan besi buruk jugaa... lain tempat boleh dapat punyaaa...itu kedai2 besi sana ada jugaaa...

Tapi kalu lu worang sudah habes pikiaq itu barang memang butui butui punya besi buruk juga, saya tak bleh kata apa punyaa... Apasai? Gaji sama elaun tada cukop ka? Anak ramai ka? Apa lu sudah bikin...

Enna daaa.. Satu Malaya sekarang sudah tahu juga machaaa....

Ammak... Sereee... Ummaleyy...


3.1.10

Al-Fatihah : Blogger Ambuyat El-Binangkit Kembali Kerahmatullah...

Dari Allah kita datang, kepada Dia jua kita kembali.

Ustaz Abidin Omar, 52 tahun, guru di Sekolah Menengah Agama Islamiah Papar kembali ke rahmatullah jam 6 pagi ini (2hb Januari 2010) di Hospital Papar. Jenazah akan dikebumikan di Taman Perkuburan Kg Benoni Papar.

Ust Abidin adalah seorang guru, otai, dan blogger yang menjadi inspirasi saya sebenarnya. Dalam blognya http://ambuyatel-binangkit.blogspot.com/ beliau menulis mengenai dirinya :

TIADALAH AKU MELAINKAN SEORANG HAMBA ALLAH SWT YANG DAIF. KERANA ALLAH HAMBA BERJUANG DAN MEMPERJUANGKAN AGAMA ISLAM YANG MAHA SUCI INI(BUKAN ISLAM HADHARI.)"

- sumber dan paparan lanjut serta sekitar majlis pengkebumian Allahyarham boleh di layari [DISINI]

Al-Fatihah...

--
Ahakksss......


2.1.10

Kisah Benar : Hakim Cekelat Hacks Meninggal...


Entah betul entah tak betul berita terbaru yang baru aku dapat dari sms di HP aku...

"Hakim Cekelat Hacks" meninggal dunia...

Kalau betul, nak sedekah apa..? Beer..?

Kalau tak betul, bagus gak...

Rugi kalau orang-orang macam ni mati awal sebelum kita tau kebenaran...

Tak gitu..?

- berita lanjut DISINI dan sumber diatas adalah dari blog Perisik-Rakyat


--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

1.1.10

Selamat Naik Semuanya... Barkat, Selamat..!!!

Demikian lah seperti pengumuman dari pemohor besar kerajaan SeMesia, rega GULA naik mendadak 2 kupang (20sen kalu bahasa baku..) mula tgh malam ni... sumber kat [sini]

Di turuti lak dengan roti putih pada keesokkannya sesetengahnya ada naik sehingga 2 kupang ke 3 kupang.. (20-30sen)... Makan loti oooo.... Kah kah kah...padan muka hangpa...

Minyak lak tunggu masa saja depa nak umum bila nak NAIK... Katanya sumber belom sahih.. Subsidinya akan dihapuskan sama sekali, ok la tu... Minyak Mesia masih rendah di Asia Tenggara... Kah kah kah....

30.12.09

Perokok Adalah Golongan Kaya Raya...???



"Dia kata dia miskin, dia tiada apa-apa. Tapi kalau boleh beli rokok, maksudnya golongan ini adalah mereka yang berkemampuan" (termasuk dalam golongan orang-orang kaya).

Golongan inilah yang dicadangkan oleh Datuk Ahmad Shabery Cheek di sini supaya kerajaan mengkaji semula samada mereka ini layak terima apa-apa bantuan dari kerajaan kerana mereka mampu membeli rokok walaupun harga minimum rokok ditetapkan kepada RM6.40 bagi 20 batang atau dikira pada harga 32 sen bagi sebatang.

Ini bermakna golongan perokok ini mampu menyara rokok mereka sehingga RM2000 sebulan, iaitu melebehi kelayakan kategori 'MISKIN' yang kerajaan tetapkan iaitu kurang RM1000 sebulan sekeluarga.

Tabiat tidak merokok adalah cadangan paling tepat sebagai prasyarat untuk belia dan pelajar yang memohon bantuan kerajaan atau lain-lain program seperti Perumahan Rakyat Termiskin atau bantuan lain daripada pemohon yang mampu melanggan stesen televisyen berbayar atau menghisap rokok juga perlu dipertimbangkan sebelum diluluskan.

- dari blog [ni..]

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

28.12.09

Logo Baru Untuk Beer-eNd..???

KOTA KINABALU, 28 Dis (Bernama) -- Bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak mencadangkan agar Barisan Nasional (BN) merintis usaha penjenamaan semula termasuk memperkenalkan logo baru yang lebih menarik serta mempunyai ciri-ciri dan pengertian gagasan 1Malaysia.

Dalam proses penjenamaan semula itu untuk mendekatkannya dengan hati rakyat, Barisan Nasional hanya perlu "dipasarkan" dengan singkatan BN saja, katanya dalam laman web beliau, www.keruak.com.

Salleh, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, berkata penjenamaan BN itu amat penting kerana dalam suasana politik sekarang, rakyat sudah mempunyai pilihan, iaitu satu komponen Barisan Nasional dan satu lagi Pakatan Rakyat.

Untuk memastikan BN terus unggul dan relevan, beliau juga mencadangkan agar ia mewujudkan sistem keahlian secara terus.

"Menerusi kaedah baru ini, mereka yang komited atau minat dengan BN dan dasar serta pemimpinnya, tetapi tidak menyukai parti-parti komponen tertentu kerana terlalu banyak politiking, akan dapat terus bersama kita," kata Salleh.

Namun, katanya, cadangan itu memerlukan perincian lanjut dengan mengambil kira sistem dan perlembagaan dalam BN.

-- BERNAMA

* - kah kah kah...amacam ada OK ka KO kalau tukaq Dacing lama p logo / gambaq penimbang camni...??? Kah kah kiokkkkk....


27.12.09

Demo Penyokong PAS 'Jadian' Di Selangor...!!!



SHAH ALAM, Dis 27 — Khabar angin berhubung pesanan SMS yang disebarkan sejak kelmarin terjawab pagi tadi apabila sebuah kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Gerakan Penyokong dan Pengundi PAS Selangor mendesak parti itu keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) negeri dengan segera.

Mereka mahu PAS bertindak demikian ekoran rasa tidak puas hati terhadap pimpinan kerajaan campuran Selangor dalam memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu sebenarnya.



Ketua kumpulan itu, Wan Hilman Abdul Rahim berkata pihaknya merasakan rakan sekutu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP cuba membelakangi PAS dalam membuat keputusan walaupun parti itu turut berada dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

Wan Hilman yang juga ahli PAS dari Bahagian Gombak menafikan dakwaan kononnya kumpulannya didalangi Umno Selangor dan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka dalam jumlahnya kira-kira 20 orang tidak sempat menyerahkan memorandum hari ini kerana pejabat ditutup.

Sebaliknya ia akan diserahkan kepada Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali esok pagi di pejabatnya di sini.





















"Kami merasakan PAS dipermainkan dan dibelakangi dalam membuat keputusan... kami tidak puas hati dengan cara kerajaan negeri Selangor menjaga rakyat, khususnya bangsa Melayu dan kepentingan Islam.

"Justeru, kami mahu PAS mengkaji semula kedudukan mereka dalam pakatan rakyat di Selangor," kata beliau kepada pemberita selepas mengadakan perhimpunan aman bersama 21 penyokong PAS bagi mendesak parti itu keluar daripada pakatan pembangkang di perkarangan pejabat perhubungan PAS Selangor dekat sini.

Laporan Harakah Daily semalam yang memetik kiriman SMS berkata perhimpunan itu akan diadakan di pekarangan pejabat Perhubungan PAS Selangor di sini hari ini.

Sempena perhimpunan itu, menurut SMS tersebut, satu memorandum akan diserahkan, yang bakal diterima sendiri oleh Hasan.

"Perhimpunan mendesak PAS Selangor keluar Pakatan Rakyat. Datanglah beramai-ramai demi kepentingan Melayu...," tulis SMS itu dipetik portal tersebut.


Penyokong PAS ka depa ni?? Tak nampak macam penyokong PAS pun... Mana kopiah? tukaq pakai 'Cap'..???

Cuba amati kat sepanduk tu.. ada ayat ni ""SIAPA YANG AKAN MEMBELA NASIB MELAYU DAN ISLAM JIKA BUKAN ORANG MELAYU SENDIRI." ayat siapa ni??

Ha.. Ha.. Ha.. kesian sungguh, nak menipu tapi tak pandai menipu.. Nak berlakon tapi tak real langsung.. UMNO.. oh... UMNO pasal apa DESPERATE sangat ni???

* - memang muka juak2 ni tau dah sekoq2 pemuda ameno koko...dok wayang la kata pemuda pas...piii rahhhh... dah takdak idea kot mat???


Sumber berita dari sini
Gambar-gambar dari sini


--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

Harga Rokok Kena Naik Lagi...

Mulai Jumaat ini harga minimum rokok ditetapkan RM6.40 bagi 20 batang apabila Kementerian Kesihatan menguatkuasakan Peraturan Harga Minimum Rokok dan Larangan Promosi Harga menerusi Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau(Pindaan)(No.2) 2009 yang diwartakan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata dengan penguatkuasaan peraturan itu kesemua rokok yang dijual dalam negara hendaklah dijual dengan harga yang tidak kurang daripada harga minimum yang ditetapkan, dikira pada harga RM0.32 sen bagi setiap batang rokok. "

Ini menjadikan harga minimum bagi paket yang mengandungi 20 batang rokok ialah RM6.40, 21 batang rokok (RM6.70), 22 batang rokok (RM7.05), 23 batang rokok (RM7.35), 24 batang rokok (RM7.70) dan RM8 bagi paket yang mengandungi 25 batang rokok," katanya dalam satu kenyataan di ibu negara hari ini.

Beliau berkata mereka yang sabit kesalahan melanggar mana-mana peruntukan di bawah peraturan itu boleh didenda sehingga RM10,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Liow berkata dengan berkuatkuasanya peraturan itu juga semua syarikat rokok dikehendaki mengisytiharkan senarai harga jualan runcit produk keluaran mereka kepada kementerian sebelum 15 Januari ini.

Katanya semua rokok di pasaran tempatan hendaklah dijual pada harga tidak kurang daripada harga minimum rokok dan notis harga minimum itu hendaklah dipamerkan secara jelas di kaunter jualan tanpa logo, jenama, tanda niaga atau deskripsi berkaitan rokok yang dijual.

Liow juga berkata penjualan rokok pada harga yang lebih rendah adalah dilarang bagaimanapun syarikat rokok dibenarkan membuat pelarasan harga hanya sebanyak tiga kali setahun dan perbezaan harga tidak boleh melebihi 5 peratus.

Menurutnya peraturan itu juga melarang penjualan rokok yang mempunyai label "diskaun, harga istimewa, tawaran istimewa, promosi, promo, edisi terhad dan tawaran" atau apa-apa perkataan lain yang membawa erti diskaun atau jualan murah berbanding harga jualan runcit pada bungkusan atau label rokok atau tempat jualan rokok tersebut. Liow berkata tujuan peraturan itu dikuatkuasakan adalah untuk mengurangkan kebolehcapaian dan kemampuan membeli rokok terutamanya oleh kanak-kanak, remaja dan golongan berpendapatan rendah selain membendung aktiviti promosi rokok melalui pemberian diskaun yang berlebihan. "Demi menjaga kepentingan kanak-kanak dan remaja dari terjebak dengan ketagihan rokok dan seterusnya kemungkinan risiko menyalahgunaan dadah dan penularan penyakit-penyakit kronik, kerajaan komited untuk mengambil pendekatan mengurangkan kebolehcapaian dan kemampuan membeli rokok oleh golongan ini," katanya.

Liow berkata banyak kajian sama ada dari dalam mahupun luar negara membuktikan bahawa peningkatan cukai dan harga rokok mampu mengurangkan kadar merokok dalam masyarakat terutamanya di kalangan kanak-kanak, remaja dan golongan berpendapatan rendah.

"Hasil kajian yang dibuat pada 2004 di Malaysia menunjukkan bahawa dengan peningkatan harga rokok sebanyak 10 peratus, ia akan dapat mengurangkan penggunaan terhadap rokok 3.8 peratus," katanya. - Bernama

* - kepada yang 'heavy smokers' cam al-contoh blogger zulmamak dan sharpshooter serta kerani-opis serta juga pak supir, susah la nak 'cost-saving' isap rokok murah, paling2 morah pun kena ada rm6.40 sekotak... Khas kepada sharphooter, berenti lahh.... kami2 yg blogger bodo ni takpaaa... kami isap cerut jaaa...kah kah kah.... Sharpshooter, berentilah dok nasihatkan org agar berenti itu dan ini...sdr tu pernah lapan semilan kali kata nak berenti, tapi dok jumpa kadang2 berasap jugakkkk...adoiyaaaiiiii....kasi berenti laaa... hehehehehe...

23.12.09

Pengerusi Beer-End PP : Ameno Kecut Teloq...

Pemimpin Ameno Pulau Pinang akur dengan arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib supaya tidak dibangkitkan lagi desakan kepada Gerakan supaya menyerahkan jawatan pengerusi Beer-ENd.

"Tidak ada lagi kenyataan, kami akur dengan arahan bos kami," katanya Setiausaha Ameno negeri Datuk Azhar Ibrahim yang juga ADUN Penaga.

Ditanya adakah pihaknya akan membawa perkara ini ke peringkat tertinggi parti, ekoran cadangan tersebut adalah keputusan sebulat suara dalam permukiman Ameno negeri itu, Azhar berkata:

"Apa yang bersangkut paut dengan perkara itu, saya tidak mahu komen."

Selebihnya berita baca le sendiri kat [sini]


* - kah kah kah...memang takdak teloq wal kecutan lah hangpa ameno...kah kah kah... nang bothi nang, koi bothi koi... marang kerapu kepunden marang sekeper...kah kah kah...


Related Posts with Thumbnails