Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...
Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...
Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid
Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid
12.6.09
Kebobrokan Ketua Whip MPSP Sedang Di Bongkar... ~ malaysiakini
--
Ahakksss......
http://bloghijat.blogspot.com/
11.6.09
Bloggers Cabar Johari Kassim LETAK JAWATAN SEGERA...!!! ~ malaysiakini
10.6.09
Che'gu Bard : Sokong Guan Eng - i Awards... ~ malaysiakini
Terbaru ialah Ketua Menteri Pulau Pinang telah mengumumkan i Awards atau Anugerah Integriti. (sila klik sini berita lanjut mengenainya).
Banyak wang rakyat telah diselewengkan di bawah Regim Bn di Pulau Pinang dahulu dan banyak juga yang kalau diusahakan betul - betul dapat dikembalikan semula kepada kerajaan negeri. Contohnya dalam isu premium tanah, royalti pasir dan batuan serta banyak lagi cukai yang telah disengaja silap kirakan. Ia membawa jumlah berbilion sebenarnya.
che'GuBard cadangkan penerima pertamanya ialah Amizuddin Ahmat, bekas Ahli Majlis MPSP yang telah mendedahkan mengenai kepincangan pengiraan royalti kuari di Pulau Pinang. Hasil dari serangan dan pendedahanya maka telah mengembalikan sekurang kurangnya RM6.1 juta wang yang hilang kepada kerajaan Pulau Pinang.
Risiko yang dihadapinya tidak lah sampai nak kena tembak mati dengan 'tonto' tetapi ketegasan beliau menyerang penyelindung rasuah telah disalah ertikan beliau menyerang parti dan Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang, sehingga beliau telah hilang kerusi Ahli Majlis dan dipandang serong. Namun bagi beliau yang sememangnya dari asal bersama menggerakkan keADILan di Pulau Pinang, pernah menjadi Ketua Angkatan Muda KeADILan Negeri Pulau Pinang dan kemudian menjadi Exco Angkatan Muda Pusat semua itu hanya recam perjuangan.
Merujuk tulisan dalam kolum che'GuBard di perakekspress.com (sila klik sini untuk baca) yang juga menyinggung mengenai isu di Pulau Pinang, telah mengundang banyak email komentar hari ini. Menang tajuknya agak bersifat 'provokasi' (Kerajaan Pulau pinang Goyah?) tetapi kepada semua sila terus membaca penuh tulisan santai tersebut. Isunya ialah 'segerakan usaha memperkasakan kuasa rakyat', kemelut ahli majlis berlaku kerana kita meneruskan sistem yang diwariskan oleh regim Bn dahulu.
Pilihan Raya kerajaan tempatan yang memberi ruang rakyat mengundi siapa yang mereka mahu untuk layak duduk di kerusi ahli majlis kerajaan tempatan telah diharamkan oleh Regim UBn kerana pihaknya kalah terlalu banyak kerusi. Maka kuasa rakyat untuk memilih kerajaan tempatan telah diragut.
Pelakon Shukery Hashim Meninggal Dunia... ~ malaysiakini
Al-Fatihah buat arwah...
Shukery dimasukkan ke HUKM pada 4 Mei lalu untuk rawatan lanjut selepas menjalani pembedahan selama enam jam di Hospital Selayang pada 24 April lalu.
Isterinya, Faridah Md Desa berkata walaupun pembedahan itu tidak mampu membantu penyakitnya, namun doktor menasihatkannya untuk menjalani sesi kemoterapi di HUKM.
Shukery, 55, berasal dari Langkawi, memulakan kerjaya lakonan menerusi drama radio pada 1975 di RTM dan televisyen pada 1987.
Antara filem lakonan beliau ialah Rahsia, Syahadat, Ujang, Pesona Cinta, Seri Dewi Malam, Janji Diana dan terbaru Shh...Dia Datang.
Antara anugerah yang dimenangi beliau ialah Pelakon Terbaik di Anugerah Sri Angkasa pada 1990; Pelakon Drama TV Terbaik di Anugerah Sri Angkasa (1994) dan Pelakon TV Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) pada 1995.
Jenazah Shukery dibawa ke rumahnya sebelum dikebumikan di Taman Watan, Ampang.
sumber via email...
- dan blog pautan boleh dibaca [DISINI]
Ahakksss......
http://bloghijat.blogspot.com/
Ketua Whip MPSP Kata Bloggers BODOH Dan Exco Keldai...??? ~ malaysiakini
Menurut Zulkifli, Johari turut menganggap semua bloggers yang mengkritik dirinya berhubung isu berkenaan sebagai 'bodoh.'
"Hangpa semua tak tahu apa, hangpa semua bodoh," getusnya.
9.6.09
Gila, Gila... Macam-macam Gila Dok Ada... ~ malaysiakini
Gila Kuasa ada, Gila Jawatan ada... Gila Babi pun ada, kan H1N1 Influenza A tu...adek beradek Selesema Babi... Gila Babi la tu...
Gila apa lagi..??? Gila Meroyan ada, Gila Talak... Ada yang bunuh anak, bunuh laki, bunuh bini..pasai Gila Meroyan... Yang kalangan femes sikit ala-ala artis Holiwud pulak, sikit punya Gila Talak ka ramai...??? Buat kenduri kawin bukan main mewah habeh ribu riban juta jutaan...tak sampai lama mana, pakat-pakat Gila Talak... Alahai artis oiii...
Yang paling tak boleh lupa dan Paling Best Siot, komik / majalah yang sedari aku dari kecik sampai aku besaq Panjang ni... yang PALING Tak Gila pun..walaupun nama komik / majalah tu - GILA-GILA...



Cam komitmen pada blog sendiri satu hal laa..yang tu musti la kena updet jika kelapangan atau semasa ada isu, tapi la ni dah jadi lain pulak dahhhh.... Sorang sampai kena buat posting, artikel walaupun kerap kali 'copy n paste'...di banyak blog yang nak kena kelola, jadi editornya pak...mula la jadi macam cercamerbamakhlukpolitik....hehehehehehe....abg sham cyber-boron pinjam sat nooo....Setakat la paling Aktif aku dok updet 3 hingga 4 blog termasuk blog sendiri... Ni ada la pulak 1 blog yang dah di'create' pun oleh kawan-kawan untuk di-blogging-kan.... Hhmmmmmmmmm....
Gila Blogging Lor Pulokkk.... Hehehehehe....
Karangan MPT: Kerajaan Pakatan Rakyat Goyah...??? ~ malaysiakini
Oleh: CheGuBard
Sekali lagi Pulau Pinang menjadi perhatian kerana kononnya Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang goyah dan tidak punya persefahaman.
Bermula dari episod Amizuddin Ahmat, seorang ahli Majlis yang juga seorang Ketua Angkatan Muda Keadilan Kepala Batas pada sekitar bulan Febuari lalu telah membuat satu sidang media mendedahkan mengenai beliau ada maklumat 'korupsi' kerajaan Pulau Pinang.
Beliau yang lebih senang dikenali sebagai Din Binjai membuat pendedahan awal tersebut dalam ucapannya yang terakhir sebagai ahli Majlis MPSP sebelum beliau digugurkan. Ramai terkejut dengan tindakan susulan Din Binjai yang terus dilihat menyerang 'watak tertentu' dalam isu korupsi dalam kerajaan tempatan di Pulau Pinang.
Sebenarnya isu yang dibangkitkan oleh Din Binjai telah sampai ke pengetahuan cheGuBard selaku MPT sekitar bulan Disember 2008 lagi. Ia berkenaan dengan penyelewengan yang melibatkan pegawai kerajaan yang diwariskan oleh rejim BN dahulu kepada Kerajaan Pakatan Rakyat. Dan oleh kerana kecekapan pegawai kerajaan yang diwariskan oleh rejim ini bertindak menjadi sumpah – sumpah maka ia amat susah dikesan. Lebih lagi ada pula yang terpedaya kononya pegawai – pegawai inilah yang sama menyokong sehingga dibela dengan perbagai alasan mengarut seperti telah kenal lama dan kawan sekolah.
Sebaliknya pegawai tersebut bersama beberapa anasir yang baru bersalin kulit (dari Umno ke keADILan) telah membuat 'counter attack' ke atas Din Binjai setelah sedar dia mula mengumpul bukti dan menghantar laporan ke banyak pihak. Masih ingat lagi ketika bertemu Din Binjai sekitar Januari 2009 di mana dia menyerahkan beberapa laporan penyelewengan. Dia mengatakan "kalau saya ikut sahaja saya akan selamat sebagai ahli Majlis tetapi nampaknya kalau saya lawan saya akan dipandang serong melawan kerajaan Pakatan Rakyat, namun bukankah kita di didik lawan tetap lawan…maka saya akan terus dedahkan hilang jawatan ahli majlis bukan benda besar pun…" itu kata Din pada saya.
Saya janji akan bantu dia dedahkan penyelewengan tersebut. Dia telah jumpa pimpinan tertinggi parti, dia telah jumpa pimpinan tertinggi kerajaan negeri juga berkenaan dengan isu ini.
Namun oleh kerana prosedur gangguan kerajaan pusat seperti kewujudan pegawai lantikan kerajaan pusat dan seumpamanya terus menyusahkan proses pembersihan.
Menjelang Febuari, Din mula diserang dengan perbagai tohmahan, sah dia tidak akan disambung sebagai ahli Majlis dan dia nekad menggunakan peluang terkahir berucap sebagai ahli majlis untuk menyerang 'kemungkaran yang wujud'…akhirnya serangan melalui ucapan dalam dewan itu telah diambil perhatian besar oleh media regim….
Ramai pula terkeliru dengan serangan Din Binjai dengan serangan terhadap prestasi bekas wakil rakyat Penanti. Din menyerang isu kuari, yang melibatkan pegawai kerajaan yang dipaksa diwarisi dari rejim BN. Namun jika ada yang terasa pedas sudah tentu ada yang termakan cilinya.
Akhirnya kerana 'pemberontakan Din Binjai' hasilnya secara peribadi dia hilang jawatan, dia disalah ertikan menjadi agen Bn menyerang kerajaan Pakatan Rakyat namun tidak ramai yang tahu. Pemberontakan Din Binjai telah mengembalikan pendapatan kerajaan negeri yang dihilangkan sebanyak RM 6.7 juta.
Mungkin pengumuman Ketua Menteri Pulau Pinang mengenai imbuhan tunai terhadap pendedahan rasuah dalam Pulau Pinang boleh menjadi milik Din Binjai.
Kali kedua Pulau Pinang diberikan perhatian ialah kerana perletakan jawatan Fairus. Che'GuBard tidak mahu mengulas panjang bab Fairus kerana ia lebih kepada masalah prestasi peribadi beliau. Dan apa salahnya jika kerajaan menggugurkan seorang wakil yang dikenalpasti tidak kompitent untuk menjamin kelansungan perkhidmatan terbaik kepada kerajaan.
Episod terbaru yang bermula minggu lepas sekali lagi membawa Kerajaan Pulau Pinang dalam perhatian tinggi rakyat. Isunya kali ini ialah perlantikan YDP MPSP. 8 orang ahli Majlis yang dilantik melalui kuota Parti Keadilan Rakyat telah bertindak memboikot Majlis Angkat Sumpah YDP yang baru. Namun ada satu ahli majlis lantikan kuota Parti keadilan terus duduk dan bersama majlis angkat sumpah.
Isunya ialah kuota YDP itu telah dipersetujui awal sebagai kuota keAdilan. Maka Johari Kassim tidak berpuas hati dengan lantikan yang bukan dari Keadilan.
Johari yang telah menggunakan media menyatakan sikap mengugut mahu meletakkan jawatan. Kemudian menggunakan media juga pimpinan DAP telah membelasah Johari kassim dan kuncunya yang lain dengan mendesak untuk dipecat. Namun Johari yang mengugut untuk meletak jawatan tidak jadi meletakkan jawatan dan mengambil sikap pertahan jawatan setelah diugut akan dipecat.
Seperti episod drama 'keanak–anakan' . Pertama kenapa perlu pergi ke media ? Baik di pihak Johari Kassim ataupun segelintir pemimpin DAP? Pertikaian dalam kerajaan seharusnya diselesaikan dengan cara pakatan. Semuanya terlalu emosi?
Bagi cheGuBard ini semua membuktikan bahawa kehancuran yang berpunca dari kelewatan membawa kuasa demokrasi kepada rakyat. Dalam bab lantikan ahli Majlis ini sememangnya negeri Pakatan Rakyat jauh lebih baik dari rejim BN kerana sekurang-kurangnya lantikan agak rencam - ada juga wakil pertubuhan bukan kerajaan, orang kurang upaya yang bukan mewakili parti.
Namun itu bukan jawapannya. Ia tidak cukup. Masalah yang wujud ini diwarisi dari regim dan perlu ditamatkan. Kita seharusnya segera mengembalikan proses pilihanraya kerajaan tempatan. Baik segelintir pemimpin DAP mahupun Johari Kassim nada perebutan dan debatnya perlu matang dan tinggi, bukan emosi.
DAP pertahankan YDP baru kakitangan kerajaan, benar! Kakitangan kerajaan hampir majoriti menolak rejim BN sekarang ini namun masih ada sosok kakitangan pegawai yang diwariskan rejim BN itulah punca kekacauan (sila klik sinii untuk baca lanjut) , lupakah kita dengan Perak. Hujah Johari juga dangkal apakah perlu kuota parti. Bukan seharusnya dibicarakan hak rakyat. Kembalikan kepada rakyat pilihan raya kerajaan tempatan.
Hujah Johari sebenarnya merosakkan dirinya. Kini timbul pula cerita bahawa kononya Johari marah kerana dia yang mengidamkan kerusi YDP tersebut.
Ingat kita menang bukan semata kekuatan parti kita menang ialah kerana rakyat bosan dengan BN dan rakyat menaruhkan bukan sedikit kepercayaan kepada Pakatan PAS – KEADILAN dan KEADILAN - DAP (Ingat semasa PRU 12 lalu DAP dan PAS tidak ada pakatan rasmi, Anwar Ibrahim telah menjadi orang tengah menggabungkan dan mengembeling kekuatan sehingga menjadi gelombang rakyat menolak BN). Apa yang kita ada ialah kepercayaan rakyat. Maka Keadilan juga tidak boleh sombong, PAS tidak boleh angkuh dan DAP tidak boleh dabik dada.
_____________________________________________________
Chegu Bard atau Badrul Hisham Shaharin ialah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Parti Keadilan Rakyat. Aktif dalam memperjuangkan rakyat marhaen dan merupakan peminat nombor satu perjuangan yang memperjuangkan rakyat. Untuk mengikuti lain-lain tulisan olehnya, boleh ke http://chegubard.blogspot.com/
- dicilok dari PerakExpress ... Terima Kaseh daun keladi..!
--Ahakksss......
http://bloghijat.blogspot.com/
4.6.09
Ahli Majlis BOIKOT Majlis Pelantikan YDP Baru...??? ~ malaysiakini
| Ahli majlis PKR bantah pelantikan presiden MPSP |
| Low Chia Ming | Jun 4, 09 11:15am |
| Lapan ahli Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) dari PKR, memboikot majlis angkat sumpah presiden MPSP yang barunya, Mokhtar Mohd Jait pagi ini. Mereka bertindak demikain sebagai membantah pelantikan kakitangan awam memegang jawatan tersebut. Wartawan Malaysiakini yang membuat liputan majlis tersebut melihat hanya tiga ahli majlis PKR yang masuk ke dewan. Mereka ialah Amir Ghazali, Mahamad Hashim dan Farid Arshad. Bagaimanapun, Amir dan Mahamad memberitahu kemudiannya bahawa beliau tidak menghadiri majlis tersebut. Selain mereka berdua, turut tidak hadir ialah ketua wip PKR di MPSP, Johari Kassim, Che Mat Hashim, Rynu Shanmugam, Goh Choon Aik, Mohd Kamil Abu Bakar dan Zaini Awang. MPSJ mempunyai 24 ahli majlis yang terdiri PKR (9), DAP (10), PAS (2) dan NGO (3). Mereka mendakwa, sebelum ini, Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah mencapai kata sepakat untuk melantik seorang ahli politik sebagai presiden MPSP sehingga pilihanraya tempatan menjadi kenyataan. Bantahan tersebut dilihat sebagai cabaran pertama terhadap Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mansor Othman, yang mengangkat jawatan tersebut kelmarin. Mansor yang juga timbalan pengerusi PKR Pulau Pinang mengumumkan pelantikan Mokhtar semalam. Beliau juga turut mengumumkan pelantikan presiden baru Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Tan Cheng Chui. Sementara itu, Johari memberi amaran bahawa beliau dan lapan orang ahli majlis tersebut dari PKR, mungkin akan letak jawatan serentak sebagai membantah pelantikan Mokhtar. Difahamkan, di kalangan PKR negeri, Johari dillihat sebagai 'orang kuat' pengerusi PKR Pulau Pinang, Zahrin Hashim. Sementara itu, Mansor telah meminta badan perhubungan PKR Pulau Pinang menyiasat ketidak hadiran ahli majlis PKR di majlis angkat sumpah presiden MPSJ pagi ini. * p/s - gantung saja kesemua Ahli Majlis tuu....nak boikot konon...buat la perangai tu macam Pemerintah sikit...dah dok perintah la ni...hangpa bukan Pembangkang lagi....kalau nak jawatan tu setakat nak bercakap dan ugut nak letak jawatan, tok menakan aku pun retiii....LETAK la JAWATAN semua hangpa kalau berani...!!!! Ahli majlis yang boleh buat keja dan sepatutnya buat keja hangpa kondem sampai terperosok terok...baguih la hangpa noooo....buat la kerap-kerap.... |
Ahakksss......
http://bloghijat.blogspot.com/
3.6.09
Utusan Meloya Di Tegur... ~ malaysiakini
| Muhyiddin tegur Utusan |
| Rahmah Ghazali | Jun 2, 09 7:00pm |
| Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegur akhbarUtusan Malaysia kerana menyiarkan artikel yang didakwa mempunyai unsur perkauman. Beliau mengulas artikel yang disiarkan dalam akhbar tersebut bertajuk 'Melayu dikhianati' yang ditulis oleh Awang Selamat. Artikel tersebut antara lain menyifatkan kaum bukan Melayu membuat tuntutan yang didakwa oleh Awang Selamat melampaui batas. Walaupun tidak mengikuti tulisan itu, kata Muhyiddin, beliau mengingatkan akhbar berkenaan supaya menghormati kaum lain di negara ini. "Mereka yang diberi kewarganegaraan adalah rakyat Malaysia, tak kira mereka Melayu, Cina atau India," katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di Kuala Lumpur. Muhyiddin, yang juga timbalan presiden Umno, turut mengingatkan akhbar-akhbar lain agar memahami perkara tersebut pada masa akan datang. Kata Muhyiddin, nasihatnya itu bertepatan dengan konsep 1Malaysia yang disarankan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menekankan soal kesatuan di kalangan rakyat Malaysia. "Itu (konsep 1Malaysia) sangat penting sebab kita tidak mahu mewujudkan sebarang ketidakpuasan hati di kalangan kita. "Kita berada dalam keamanan sejak 52 tahun lalu, dan kita telah membina hubungan baik dan kita seharusnya menyambung dan menghormatinya," katanya. Semalam, bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim membidas artikel yang disiarkan dalam utusan Malaysia itu dan menyifatkannya mempunyai unsur perkauman. - dari Malaysiakini * p/s - yang tegur tu bukannya parti pembangkang mahupun pemimpin Pakatan Rakyat, Menteri & Timbalan Perdana Menteri tu...hmmmmmm |
Ahakksss......
http://bloghijat.blogspot.com/
2.6.09
Ceramah N.12 Penanti Grand Finale Yang Paling Santai & Hebat...~ malaysiakini
Utusan Meloya Memang Media Yang Perlu Di Boikot... ~ malaysiakini
Reaksi Calon Bebas Selepas Tewas... ~ malaysiakini
BERIKUT ialah reaksi kesemua calon Bebas yang tewas dalam pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Penanti.
AMINAH ABDULAH (BEBAS) - cap kunci
"Kak Min (Aminah) menerima keputusan ini dengan hati terbuka, Kak Min sedikit pun tak rasa kecewa dengan keputusan ini.
"Bagi Kak Min, keputusan ini ialah seperti kalah dalam kemenangan... Kak Min menang kerana berjaya mengurangkan peratusan undi yang dimenangi oleh PKR (Parti Keadilan Rakyat).
"Bagi Kak Min, jumlah orang keluar mengundi yang kecil ini ialah kerana penyokong Umno tidak keluar mengundi.
"Insya-Allah Kak Min akan cuba lagi pada masa-masa akan datang jika dipanjangkan umur, jumlah undi yang Kak Min terima pun taklah kecil sangat, nampaknya ada juga yang menyokong Kak Min."
NAI KHAN ARI (BEBAS) - cap wau
"Saya tidaklah terlalu kecewa, tapi saya rasa sedikit kecewa kerana kalah di kampung saya sendiri iaitu di peti undi Telok Wang dan Sungai Lembu.
"Walau bagaimanapun saya menerima keputusan ini kerana pengundi telah membuat keputusan mereka untuk memilih pemimpin.
"Saya harap kepada Mansor (Othman) yang menang supaya dapat membantu rakyat dengan menumpukan kepada pembangunan di Penanti.
"Kalau ada peluang nanti, mungkin saya akan mencuba nasib pada masa yang lain, tapi matlamat saya ialah untuk membantu rakyat."
KAMARUL RAMIZU IDRIS (BEBAS) - cap payung
"Nampaknya dari jumlah undi yang saya dapat, jelas menunjukkan masyarakat di sini menolak konsep keimanan yang ingin saya bawa.
"Mereka lebih mahukan pembangunan yang dijanjikan oleh calon-calon lain... bagaimanapun saya tidak akan berputus asa dengan matlamat saya untuk menubuhkan Parti Iman SeMalaysia.
"Ini adalah kekalahan saya kali kedua selepas Parlimen Bukit Gantang, saya terima keputusan ini dengan hati terbuka tanpa rasa kecewa."
1 KOMEN :
dari blog KEDAHLANIE
Ahakksss......
http://bloghijat.blogspot.com/
-731642.jpg)
-732731.jpg)








kalau aku jadi calon bebas dan kalah apa aku nak kata hah:
Saya sangat kecewa dengan kekalahan ini. Nampaknya rakyat tidak nampak apa yang saya nampak. Duit deposit saya 5000 rial tu hangus bang....hangusssss bang... dalam akaun aku cuma tinggal sepuluh ringgit saja lagiiiii.Bang tolonggggggg.....aku nak makan apa bulan niii....