Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Memaparkan catatan dengan label gantung..pecat ahli majlis melampau... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gantung..pecat ahli majlis melampau... Papar semua catatan

4.6.09

Ahli Majlis BOIKOT Majlis Pelantikan YDP Baru...??? ~ malaysiakini

Ahli majlis PKR bantah pelantikan presiden MPSP
Low Chia Ming | Jun 4, 09 11:15am
Lapan ahli Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) dari PKR, memboikot majlis angkat sumpah presiden MPSP yang barunya, Mokhtar Mohd Jait pagi ini.

Mereka bertindak demikain sebagai membantah pelantikan kakitangan awam memegang jawatan tersebut. 

Wartawan Malaysiakini yang membuat liputan majlis tersebut melihat hanya tiga ahli majlis PKR yang masuk ke dewan. Mereka ialah Amir Ghazali, Mahamad Hashim dan Farid Arshad. 

Bagaimanapun, Amir dan Mahamad memberitahu kemudiannya bahawa beliau tidak menghadiri majlis tersebut.

Selain mereka berdua, turut tidak hadir ialah ketua wip PKR di MPSP, Johari Kassim, Che Mat Hashim, Rynu Shanmugam, Goh Choon Aik, Mohd Kamil Abu Bakar dan Zaini Awang. 

MPSJ mempunyai 24 ahli majlis yang terdiri PKR (9), DAP (10), PAS (2) dan NGO (3).

Mereka mendakwa, sebelum ini, Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah mencapai kata sepakat untuk melantik seorang ahli politik sebagai presiden MPSP sehingga pilihanraya tempatan menjadi kenyataan.

Bantahan tersebut dilihat sebagai cabaran pertama terhadap Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mansor Othman, yang mengangkat jawatan tersebut kelmarin.

Mansor yang juga timbalan pengerusi PKR Pulau Pinang mengumumkan pelantikan Mokhtar semalam. 

Beliau juga turut mengumumkan pelantikan presiden baru Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Tan Cheng Chui.

Sementara itu, Johari memberi amaran bahawa beliau dan lapan orang ahli majlis tersebut dari PKR, mungkin akan letak jawatan serentak sebagai membantah pelantikan Mokhtar.

Difahamkan, di kalangan PKR negeri, Johari dillihat sebagai 'orang kuat' pengerusi PKR Pulau Pinang, Zahrin Hashim.

Sementara itu, Mansor telah meminta badan perhubungan PKR Pulau Pinang menyiasat ketidak hadiran ahli majlis PKR di majlis angkat sumpah presiden MPSJ pagi ini.

* p/s - gantung saja kesemua Ahli Majlis tuu....nak boikot konon...buat la perangai tu macam Pemerintah sikit...dah dok perintah la ni...hangpa bukan Pembangkang lagi....kalau nak jawatan tu setakat nak bercakap dan ugut nak letak jawatan, tok menakan aku pun retiii....LETAK la JAWATAN semua hangpa kalau berani...!!!! 

Ahli majlis yang boleh buat keja dan sepatutnya buat keja hangpa kondem sampai terperosok terok...baguih la hangpa noooo....buat la kerap-kerap....
--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/
Related Posts with Thumbnails