Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...
Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...
Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid
Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid
6.4.09
Dari N.25 : Petugas BN Bertindak GANAS...!!! ~ malaysiakini
BUKIT SELAMBAU- Isnin 6 April. - Tengahari semalam, sekumpulan petugas dari Biro Kemasyarakatan PKR Pusat yang di pimpin oleh YB Gobalakrishnan telah pergi ke kawasan Taman Bandar Baru untuk program merayu undi dari rumah ke rumah.
Untuk melincinkan tugas kami telah berpecah kepada beberapa kumpulan kecil. Sejurus selepas memulakan tugas, saya dan 2 teman lain terlihat dua helai banner yang berbentuk serangan peribadi terhadap Ketua Umum Parti kami, yang di gantung berhampiran dengan sebuah bilik gerakan BN.
Tiada logo mana-mana parti pada banner tersebut, oleh itu kami telah pergi untuk menanggalkannya. Baru sempat kami menanggalkan banner yang pertama, kami telah didatangi oleh sekumpulan lebih kurang 15 orang yang sebelum itu berada di hadapan bilik gerakan BN dan boleh dikatakan hampir semua memakai baju yang tertera logo BN.
Mereka telah memaki-hamun kami dengan kata-kata yang kesat dan melarang kami untuk menurunkan baner-baner tersebut.Apabila kami mengatakan yang banner-baner tersebut telah melanggar peraturan pilihanraya, mereka telah menyatakan yang banner itu telah di pasang oleh pihak UMNO dan bukan dari mereka (MIC).
Kami kemudiannya telah cuba untuk bergerak untuk memasuki kawasan perumahan untuk merayu undi, tetapi telah dilarang secara keras dan ganas oleh kumpulan itu yang menyatakan, 'kamu tidak boleh masuk sini , ini kawasan kami.' Mereka juga telah mengugut untuk mengetuk kepala kami dengan parang jika kami cuba masuk juga kedalam kawasan tersebut.
Oleh kerana takut keselamatan kami dalam bahaya, kami terus ke Pondok Polis yang berhampiran untuk membuat laporan. Ketika kami sedang membuat laporan tersebut, kumpulan yang sama yang kini sudah berjumlah diantara 25 ke 30 orang telah datang dan membantah kami membuat laporan tersebut.
Dalam masa yang sama YB Gobalakrishnan dan teman-teman yang lain telah sampai di Pondok Polis tersebut dan keadaan menjadi tegang dan kecoh, pihak Polis pula tidak dapat untuk mengawal keadaan. Oleh itu kami mengambil keputusan untuk beredar dari Pondok Polis tersebut dengan secepat mungkin.
Saya telah diminta untuk pergi ke Balai Polis Bedong pada hari itu juga untuk membuat laporan. Alhamdulillah pihak Polis di situ telah melayan saya secara sopan, tetapi saya agak terkilan apabila mereka mengambil gambar banner tersebut di dalam bonet kereta saya dengan secara jelas menampakkan no. pendaftaraan kereta saya, umpama saya yang bersalah.
Selepas itu pihak Polis telah menyuruh saya pergi semula ke kawasan tersebut dengan wakil SPR, kerana mereka sahaja yang boleh menanggalkan baner yang kedua itu. Bagi saya ini tidak betul kerana tanpa logo mana-mana parti, banner tersebut tidak termasuk dalam kategori bahan-bahan kempen rasmi pilihan raya.
Kami disini merasa amat kesal kerana pihak kerajaan serta agensi-agensi yang telah diamanahkan untuk memastikan pilihan raya dijalankan dengan teratur, adil, dan selamat telah gagal berbuat demikian. Kami jega amat kesal kerana parti-parti dari komponen BN terus menggunakan khidmat 'samseng' sebagai sebahagian daripada jentera pilihan raya mereka.
Dengan ini, sistem demokrasi di negara ini bukan sahaja gagal dipertingkatkan, tetapi sebaliknya semakin terhakis.
Sekian,
ANIMAH FERRAR
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi /
Timbalan Ketua Biro Kemasyarakatan
Parti Keadilan Rakyat Malaysia
- sumber telah di-import dari blog Zul Mamak Penang, ™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®
--
Ahakksss......
http://bloghijat.blogspot.com/
Jangan Pandang Kiri Atau Kanan Di Batang Ai...Heee ~ malaysiakini
oleh Anna Yusof
LUBOK ANTU 4 April (SK) : Suruhanjaya badan pemerhati bebas pilihan raya (Mafrel) telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa terdapat beberapa pengundi yang telah mati tetapi hidup kembali di Dun N29 Batang Ai.
Kes pertama: Batu nesan Dayang Utat Binti Kamaruden (1898-1981) yang bertulis dengan huruf jawi antara pengundi yang tertua di sini. Beliau memegang nombor mykad 981231-13-0146 yang di lahirkan pada tahun 1898, 111 tahun lalu dan telah disahkan meninggal dunia pada 29 Mei 1981. Allahyarhamah telah dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Kampung Ulu Sri Aman.
Yang menghairankan ialah nama Dayang Utat masih terdapat dalam senarai pengundi di Dun N29 Batang Ai dan nama beliau sekarang ialah 'Dayang Bt Abg Kam' didaftarkan pada 5 Februari 2008 dangan kedua-dua nama berkenaan tercatat dalam daftar pengundi mengunakan nombor mykad yang sama.
Kes kedua: Timah ak Ambal (1900-?) Menurut anak saudara Timah iaitu Tay Chow Ming menyatakan bahawa Timah yang memegang Mykad bernombor 001231-50-5984 dilahirkan pada tahun 1900 dan telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Cina bersebelahan kubur suaminya yang terletak dibelakang Bazar Lubok Antu.
Tanah perkuburan yang ditandakan dengan cara tradisional Tajau (buyong) berserta gong untuk menandakan kubur orang Iban di dalam perkarangan tanah perkuburan orang Cina. Mendiang juga memegang nombor Mykad 001231-50-5984.
Kes ketiga: David Aling ak Usit (1942-2007) yang dilahirkan pada 1942 dan meninggal pada tahun 2007 namun hantu beliau masih dapat menggundi kerana nama beliau masih di dalam senarai pengundi di Batang Ai.
"Ini menunjukkan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak langsung mengeluarkan data pengundi yang telah meninggal dunia tetapi sebaliknya mengemaskinikan nombor Mykad 10-digit dalam rekod data pengundi," jelas koordinator sukarelawan Mafrel di Batang Ai, Peter John Jaban.
Walaupun Mafrel telah mengumumkan pada pilihanraya umum tahun 2008 bahawa seorang pengundi yang berumur 108 tahun telah disahkan meninggal dunia namun pihak SPR masih tidak mengambil sebarang inisiatif untuk menyemak dan mengeluarkan nama dalam rekod pendaftaran pengundi.
"Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kini telah menyalahgunakan perkhidmatan e-tadbir untuk menipu data sebagai pengundi hantu, " jelas Peter lagi
"Peliknya JPN dan SPR menjadi terlalu cekap dalam mengemaskinikan nombor Mykad kepada yang telah meninggal dunia lama sebelum kad berkenaan diperkenalkan kepada orang awam," jelas Peter.
- dari Suara Keadilan Online.--
Ahakksss......
http://bloghijat.blogspot.com/
5.4.09
Jangan Terpengaruh Gula-gula Politik Najib... ~ malaysiakini
BUKIT GANTANG, 5 April: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menyeru para pengundi pilihan raya kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai agar jangan terpengaruh dengan gula-gula politik yang diberikan oleh Perdana Menteri baru, Datuk Seri Najib Tun Razak.Beliau meminta agar rakyat jangan tertipu sekali lagi sebagaimana mereka telah silap selama lebih 50 tahun dengan memilih BN.
Nik Aziz berkata demikian ketika mengulas tindakan Najib membebaskan 13 tahanan ISA dan menarik balik penggantungan dua akhbar alternatif, Harakah dan Suara Keadilan.
Beliau berkata demikian ketika memberikan ceramahnya di Trong, Bukit Gantang malam tadi.
Sementara itu, anggota Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa pula berkata, langkah Najib membebaskan 13 tahanan ISA dan membenarkan semula Harakah dan Suara Keadilan beroperasi adalah hasil perjuangan Pakatan Rakyat.
Namun, katanya, Pakatan belum berpuashati mengenainya kerana Najib hanya mahu mengkaji ISA dan dinyatakan menjelang tiga pilihan raya kecil.

"Apa hasil kajiannya nanti, kita belum tentu. Kalau dia ikhlas, bukan kaji lagi tetapi hapus kerana sudah lama isu ini dibangkitkan, bukan hanya sekarang.
"Lagipun, kalau kita lihat semua PM baru akan membebaskan tahanan ISA. Tun Husein buat, Mahathir buat dan Abdullah Badawi pun buat. Cuma mereka buat bukan dekat pilihan raya macam Najib ni," kata beliau.
Menurut beliau, sudah sampai masanya ISA dihapuskan terus dan kem tahanan Kamunting itu ditutup.
"Kita perlukan reform akta keselamatan ini. Zaman sudah berubah, kita sekarang dalam politik baru dan pemikiran baru yang menekankan soal keadilan dan hak untuk membela diri.
"ISA jelas bertentangan dengan semua ini dan perlu dimansuhkan dan digantikan dengan satu undang-undang yang betul-betul untuk keselamatan negara dan bukannya alat politik," kata beliau.
Mujahid juga berkata, jika Najib benar-benar jujur juga, dia akan membebaskan semua tahanan yang berkaitan dengan politik seperti Uthayakumar dan YB M Manoharan.
Polis Kesan 8 'Lokasi Panas' Di Bukit Selambau... ~ malaysiakini
"Terdapat lapan lokasi tumpuan yang dikesan (panas). Dan saya mengarahkan pegawai-pegawai saya ke lokasi berkenaan," katanya.
"Iyalah, ia lokasi (tersebut) boleh menimbulkan masalah oleh pihak-pihak tertentu yang merasakan mereka perlu ada di sana untuk menentukan kemenangan mereka.
Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan kelapan-lapan lokasi tersebut.
Katanya, ia berdasarkan kepada maklum balas dalam maklumat yang diterima oleh polis.
Dalam sidang media yang sama juga, Musa berkata, pihaknya juga menerima 14 laporan polis yang melibatkan kes-kes yang tidak serius seperti pergaduhan kecil dan pelanggaran syarat permit ceramah.
Bagaimanapun tiada tangkapan yang dibuat setakat ini, tambahnya.
"Sepanjang hari penamaan calon (hingga sekarang), tidak ada kes-kes serius yang berlaku dan diharap ia dapat dikekalkan kerana saya tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku yang boleh merosakkan proses demokrasi," katanya.
Menurut Musa, pihaknya turut menerima maklumat terdapat pihak tertentu cuba mendatangkan masalah semasa pilihanraya berlangsung, antaranya menghalang pengundi keluar mengundi pada hari pengundian.
Bagaimanapun, beliau memberi amaran agar tindakan tersebut tidak diteruskan dan tindakan tegas terhadap mereka yang melakukan kesalahan tersebut.
Seramai 3,000 anggota polis ditugaskan bertugas dalam pilihanraya kecil Bukit Selambau yang melibatkan 22 pusat mengundi dan 64 saluran.
sumber : Malaysiakini
* p/s - apa kata SPR pulak..??? panas ka sejuk ka suam-suam kuku...??? mana area, mana tempat, apa pasai..kasi tau la deyyy..!!!! itu panas punya tempat bn tadak 'can' mau menang ka kalo..??? areee deyyy...cittt...!!!!
--
Ahakksss......
http://bloghijat.blogspot.com/
Bila UmNO-Bn Tulis Jawi... ~ malaysiakini
Bila UMNO tulis jawi... Kenapa tajuk ini begitu indah untuk didengar. Lihatlah gambar di atas kerana ia boleh menjawabnya. Paling ketara ejaan AMALAN. Ni baru satu belum yang lain lagi. Saya tambah lagi satu MALAYSIA. Buka kamus, betulke ejaantu?
Ni baru dari segi ejaan sudah menunjukkan kedaifan mereka, macamanalah nak mentadbir negara ini?. Dalam hati ini berkata sudah tiadakah ilmuan Islam di dalam UMNO yang boleh mengejanya dengan betul? Inilah padahnya kesan dari penghapusan tulisan jawi yang dilakukan oleh UMNO dulu.
Kesannya sekarang kita nampak jelas betapa Melayu telah hilang JAWINYA. MELAYU TELAH HILANG AKHBAR JAWINYA! Puncanya...UMNO! Perkara inilah yang diperjuangkan oleh cendekiawan bahasa kita melalui perhimpunan 100 ribu PPSMI.
Kita tidak mahu BAHASA MELAYU jadi seperti TULISAN JAWI. Wahai BANGSA MELAYU di BUKIT GANTANG dan BUKIT SELAMBAU renung dan fikir2kanlah.....BILA UMNO belajar TULIS JAWI....?nukilan : ANAK KOMANDO REJIMEN 1
* p/s - keh keh keh keh...amno amno..pertubuhan kebangsaan melayu bersatu...hmmmm, macam nama sekolah kebangsaan pulak dahh...pelik,pelik hangpa nih...kononnya nak tarik perhatian pengundi melayu la dengan tulisan jawi ala-ala ano tuu..??? boleh melingkup la hangpaaa....reti ka budak-budak petugas hangpa baca tu..?? bunyi apa camtu..??? hahahahahaha...anak menakan aku pi tadika belajaq mengeja jawi dengan qiraati pun tak terok cam hangpaaa....cehhhh...
--
Ahakksss......
http://bloghijat.blogspot.com/
3.4.09
Politik Pepsi-Cola Di Bukit Selambau... ~ malaysiakini
Saya tidak mahu mempersoalkan pemberian geran. Itu hak kerajaan negeri dan terpulanglah kepada mereka untuk memberikannya atau tidak. Sekiranya penduduk itu layak, maka eloklah diberikan. Itu tidak ada masalah.
Apa yang ingin saya sentuh ialah masa pengumuman itu dibuat dan tempat pengumuman itu. Ia dibuat sewaktu tempoh kempen pilihan raya kecil Bukit Selambau dan tempatnya pengumuman itu ialah di pusat kempen PKR.
Selama ini PAS mengkritik projek-projek pembangunan untuk rakyat yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan (Barisan Nasional) sewaktu pilihan raya sebagai rasuah politik. Saya menyokong PAS dalam hal ini dan saya sendiri pernah memberitahu beberapa orang pemimpin UMNO bahawa mereka harus berhenti politik meluluskan projek sewaktu kempen pilihan raya.
Apabila PAS mengambil alih Kedah, saya mengharapkan ia menunjukkan contoh teladan bahawa ia boleh menang pilihan raya kecil tanpa perlu membuat janji sedemikian. Itu barulah kita boleh katakan politik baru yang bersih. Saya cukup yakin lebih ramai rakyat akan menyokong PAS kalau ia boleh membawa politik baru di negeri itu.
Sekiranya Kerajaan Negeri Kedah melakukan sama seperti yang dilakukan oleh Barisan Nasional, maka saya fikir tidak ada apa-apa perubahan dalam hal ini. Orang akan kata politik PAS dan BN sama saja. Hanya orang yang jahil politik saja yang akan percaya pemberian geran tanah itu tidak bermotif politik atau tidak bertujuan memancing undi.
Dari segi strategi, saya fikir adalah lebih elok sekiranya pengumuman mengenai geran tanah itu dibuat selepas calon PKR menang pilihan raya kecil tersebut. Dengan cara itu, dia boleh mendakwa bahawa itu adalah sumbangan pertamanya kepada rakyat Bukit Selambau selepas memenangi pilihanraya. Saya berpendapat itu lebih baik dan dapat menunjukkan wakil rakyat PKR adalah seorang yang efektif.
Atau, adakah pengumuman ini dibuat kerana PKR kini menghadapi kesukaran memenangi pilihan raya kecil itu?
Dengan perkembangan ini, benarlah tulisan saya sebelum ini. Orang politik seperti Pepsi dan Coca-cola. Warna lain. Logo lain. Tin lain. Tapi rasa hampir-hampir sama!
Laporan TV3 Dan Utusan Malaysia Berniat Jahat... ~ malaysiakini
| oleh Mohamed Hanipa Maidin | |
Laporan Buletin Utama TV3 semalam (1/4/2009) dan akhbar Utusan Malaysia hari ini (2/4/2009) mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh menolak permohonan Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak, V Sivakumar untuk membatalkan saman terhadapnya oleh tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bebas tidak menggambarkan keputusan sebenar Mahkamah Tinggi tersebut. |
Utusan melaporkan seperti berikut:-
IPOH 1 April - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak, V Sivakumar untuk membatalkan saman terhadapnya oleh tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bebas.
Keputusan ini secara tidak langsung membolehkan ketiga-tiga Adun Bebas iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Kapt (B) Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) kekal sebagai wakil rakyat dan kerusi bagi DUN berkenaan tidak kosong.
Laporan di atas khususnya perenggan yang menyatakan "keputusan ini secara tidak langsung membolehkan ketiga-tiga Adun Bebas iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Kapt (B) Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) kekal sebagai wakil rakyat dan kerusi bagi DUN berkenaan tidak kosong" adalah amat mengelirukan dan boleh dianggap sebagai mala fide (berniat jahat) di atas alasan�alasan berikut:
1. Mahkamah Tinggi Ipoh hanya menolak permohonan Sivakumar bagi membatalkan saman pemula yang difailkan oleh ketiga-tiga Adun tersebut ke atas beliau.
2. Keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan Sivakumar tidak bermakna mahkamah mengisytiharkan ketiga-tiga Adun Bebas itu kekal sebagai wakil rakyat dan kerusi bagi Dun berkenaan tidak kosong kerana isu tersebut belum didengar dan diputuskan oleh Mahkamah.
3. Apabila Hakim mendengar mana-mana permohonan untuk membatalkan saman (sama ada Writ Saman atau Saman Pemula - dalam kes ini ianya adalah Saman Pemula) yang mana permohonan tersebut dibuat di bawah Aturan 18 Kaedah 19 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 (juga dikenali sebagai permohonan "to strike out pleading"), hakim hanya memutuskan permohonan tersebut sahaja. Ini bermakna di dalam kes di Ipoh, hakim hanya memutuskan sama ada membenarkan permohonan Sivakumar atau menolak permohonan Sivakumar bagi membatalkan Saman Pemula ketiga-tiga Adun tersebut.
4. Di dalam kes ini Mahkamah memerintahkan permohonan Sivakumar bagi membatalkan Saman Pemula ketiga-tiga Adun tersebut ditolak. Itu sahaja perintah yang Mahkamah berikan. Tiada perintah lain diberikan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh.
5. Selepas Mahkamah memerintahkan permohonan Sivakumar bagi membatalkan Saman Pemula ketiga-tiga Adun tersebut ditolak, Mahkamah yang sama telah menetapkan untuk meneruskan pendengaran Saman Pemula yang difailkan oleh ketiga-tiga Adun Bebas tersebut dan tarikh pendengaran Saman Pemula telah ditetapkan pada 8 April 2009 ini.
6. Selagi Mahkamah belum mendengar dan memutuskan isu yang dibangkitkan di Saman Pemula yang difailkan oleh ketiga-tiga Adun tersebut, ketiga-tiga mereka belum boleh dikatakan sebagai wakil rakyat yang sah dan kerusi mereka juga tidak boleh dikatakan tidak kosong seperti mana yang dilaporkan oleh TV3 dan Utusan Malaysia.
7. Pasukan Peguam Sivakumar telah memutuskan untuk memfailkan rayuan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh tersebut dan terdapat kemungkinan besar keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh tersebut akan diketepikan oleh Mahkamah Rayuan kelak seperti mana Mahkamah Rayuan mengenepikan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh, Dato' Ridzuan yang melarang Sivakumar diwakili oleh peguam.
Saya harap penjelasan di atas dapat sedikit sebanyak membetulkan salah faham para pembaca di atas laporan putar belit TV3 dan Utusan Malaysia di atas.- tajdid/mks. _
- dari Harakahdaily
--
Ahakksss......
http://bloghijat.blogspot.com/
2.4.09
Datuk Siti Nurhaliza Kunjungi MB Kelantan.. ~ malaysiakini
Salmah Mat Husain Foto: Rizal TahirKOTA BHARU, 2 April: Penyanyi nombor satu Negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Pertemuan yang diadakan di Pejabat Menteri Besar yang berlangsung kira-kira setengah jam itu turut dihadiri suaminya, Datuk Seri Khalid Jiwa atau lebih dikenali dengan panggilan 'Datuk K'.
Siti Nurhaliza yang lebih mesra dengan panggilan 'Siti' mengambil peluang bertemu dengan Tuan Guru sempena dengan persembahannya di negeri itu sempena keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra yang ke-59 di sebuah hotel malam tadi.
Sempena dengan kunjungan julungkali itu, Siti Nurhaliza turut menyampaikan cenderahatinya buat Tuan Guru dan begitu juga Tuan Guru turut menyampaikan cenderahati kepada pasangan suami isteri itu.
Datuk K sempat bertanya tentang kesihatan Tuan Guru khususnya berhubung masaalah penyakit yang dihidapi ketua kerajaan itu.
Siti ketika ditemui melahirkan rasa syukur kerana hasrat yang telah lama diidamkannya itu untuk bertemu akhirnya membuahkan hasil walaupun pertemuan itu hanya secara spontan tanpa dirancang awal.
Menurutnya, selama ini beliau hanya mengenali Tuan Guru hanya dalam media masa dan televisyen sahaja, tanpa bertemu secara dekat.
"Alhamdulillah Tuan Guru bersedia menerima kunjungan hormat saya dan suami dan pertemuan ini sebenarnya tiada sesuatu yang istimewa sebenarnya, maksudnya tiada agenda apa-apa.
"Orang kata sepanjang hidup ni nak juga lah bertemu dengan Tuan Guru kerana saya begitu menghormati beliau secara peribadinya,"ujarnya lagi.
Setelah bertemu dengan Tuan Guru, beliau semakin mengenalinya sambil menyifatkan Tuan Guru seorang yang berpegang pada prinsip serta ajarannya yang tersendiri.
"Saya selalu datang Kelantan, orang kata nak jugalah bertemu dengan Tuan Guru selaku tuan rumah pada negeri ni dan tidak adalah orang kata istimewa ke apa-apa ke," katanya.
Sementara itu kakitangan Pejabat Menteri Besar serta kakitangan awam lain yang berhampiran dengan pejabat itu turut mengambil peluang untuk bertemu dengan salebriti ternama itu sambil bersalam dan bergambar.
Macamana la LHDN Boleh Ambik Kerani Macam Ni..??? ~ malaysiakini
Envelope sent by LHDN (Inland Revenue Board), a True story...
A taxpayer called up the LHDN (Inland Revenue Board) in Terengganu, and asked for Form B. The LHDN clerk who answered the call asked for the address to send the form to.
The conversation goes:
LHDN CLERK : Boleh bagi alamat encik? (Can you give me your
address?)
TAXPAYER : Ok, hantar ke Ranhill Worley. (Send to Ranhill Worley)
LHDN CLERK : Apa Ranhill? ...... eja macam mana? (err... How to spell
Ranhill?)
TAXPAYER : R.. for Rumah... A for Ayam (Chicken).. N for Nangka
(Jackfruit)... H for Holland (country) ... I for itik
(Duck)... L for lain- lain(Others)....'
LHDN CLERK : Ok.. nanti kami hantar ke alamat itu (OK, we will send to
that address..)
After waiting for a week, the form arrived - have a look at the address on the envelope!!!
Malaysia Boleh!!!kah kah kah kah kah...keraih perot gelak bila situasi / keadaan yang jadi camni...hahahahahahaha...sempoi lah..mana ada kerani yang perihatin sampai tahap camni...hebat la kau...!!!! Tahniah Ani...anda menang moto....keh keh keh....
--
Ahakksss......
http://bloghijat.blogspot.com/
Terima Kasih Blogger umNO-bn...Blogger calon BEBAS Pun Boleh Ikut Cara Ni... ~ malaysiakini
Aku pilih 30 pengundi dan 24 petugas. 18 petugas masing-masing menguruskan satu pengundi. 6 petugas masing-masing urus 2 orang. Fuh! macam pegi perang wo!
Semua 30 pengundi tu berumur antara 49 hingga 52 tahun. Lahir lebih kurang merdeka laa. 17 guru, 6 bekas tentera, 4 kakitangan kerajaan dan 3 peniaga. Aku pilih nama-nama tu sebab percaya depa tentu ada pengaruh sikit-sikit.
Aku gunakan 1 set bahan yang aku print-out dari laman blog. Bukan dari blog aku, tapi dari blog Perak Bangkit, Gomo, Parpu Kari dan satu dua rakan gerombolan BPN.
Hasilnya ... marvellous!
Aku pesan pada petugas-petugas, bila jumpa pengundi tu jangan terus lagang cerita Bukit Gantang. Ceritalah apa pun selain politik P.59. Cerita murtabak ke, cerita tayar kereta ke. Apa-apalah. Aku yakin dua tiga minit kemudian diorang sendiri yang akan bukak cerita Bukit Gantang. Bila diorang bukak, sambut laa. Tapi jangan hentam UMNO dan jangan penaik PR. Goreng-goreng je ikut rentak. Bagi can (chance) empat lima minit, lepas tu buat-buat terkejut ada barang baik kat dalam kereta atau dalam raga/bakul motosikal. Ambik kertas-kertas tu bagi pengundi atas pagar tu tengok (dan baca).
Tau ke apa jadi?
26 confirmed undi PAS-PR. 3 belum pasti. 1 tak dapat ditemui. Memang marvellous! Tau apa sebabnya? Alkisah begini ceritanya ...
Mengikut maklumat yang aku terima tu, 30 pengundi ni jenis tak ambil pot tentang politik. Tak nampak gaya pun jadi ahli mana-mana parti. Tapi diorang ni memang komit dengan masyarakat ikut bidang masing-masing. Misalnya yang cikgu-cikgi tu memang rajin dengan program bimbingan dan motivasi pelajar. Yang kakitangan kerajaan tu pulak jenis yang aktif sukan. Yang berniaga tu selalu menderma untuk program kemasyarakatan. Cuma diorang ni tak mau join politik parti. Undi tak tau le pulak kemana peginya.
Oleh kerana tak minat politik parti maka diorang ni tak pernah layari laman web atau blog politik. Blog cyberboron diorang tak layan, blog perak bangkit pun diorang tak hingin. So diorang tak tau lah macam mana perangai orang politik BN atau PR di pentas cyber.
Bila diorang baca ayat-ayat power perak bangkit & the gang, terbeliak bijik mata. Ish ish ish! sampai lagu ni punya main politik noo ... kata cikgu berumur 52 tahun. Pendek cerita, petugas kemudian ambik laptop dari dalam kereta, on broadband dan bagi cikgu tu tengok sendiri blog perak bangkit, parpu kari, gomo dan PPC. Mengucap panjang cikgu tu.
Petugas pun ayat la sikit. Dengaq cerita depa ni makan upah. Mai pilihanraya ni pun bunyi habaq dok Hotel Syuen Ipoh nuu. MB suruh dok situ bunyi kata. Tak tau la betui ka dak.
Lagi sekali pendek cerita, lama-lama cikgu tu pulak tak boleh berhenti bersyarah. Tapi tak dak la dia maki hamun sapa-sapa. Sekadar meluahkan rasa kecewanya pada cara puak-puak tu. Ayat pi ayat mai, penutup ceritanya cikgu tu sendiri kata nak kena pi habaq kat kawan-kawan. UMNO ni melampau sungguh. Biaq kat depa, jahanam negara ni.
Petugas tak kata apa-apa dah. Diam saja.
Lagi 25 yang confirmed undi PR tu, ceritanya lebih kurang sama. Alhamdulillah. Terima kasih Perak Bangkit & The Gang! Terima kasih daun keladi.
-jeritan minda politik malaysia
--
Ahakksss......
http://bloghijat.blogspot.com/
Pakatan Rakyat mohon Agong tangguhkan perlantikan Najib.. ~ malaysiakini
Dalam surat yang dihantar ke Istana Negara, mereka memohon YDP Agong membuat penangguhan itu supaya beliau disiasat dan dibersihkan terlebih dahulu daripada pelbagai tuduhan yang dihadapkan kepada Timbalan Perdana Menteri.
Surat itu ditandatangani oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang.
Turut disertakan nama 81 anggota Dewan Rakyat dari Pakatan Rakyat.
Kerajaan Pulau Pinang bekukan operasi 3 kuari... ~ malaysiakini
| GEORGETOWN, 31 Mac (Hrkh) - Kerajaan Negeri Pulau Pinang membekukan sementara tiga kuari untuk membantu siasatan pembayaran royalti dan menyebabkan kehilangan hasil negeri serta merta sehingga siasatan selesai. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam kenyataan medianya berkata, melalui pembayaran royalti RM3 setiap meter kubik tanah merah atau batuan yang digali Kerajaan Negeri memperolehi sumber yang agak besar. Tetapi, setelah timbul pertikaian tentang pembayaran royalti semua projek berkenaan dihentikan sebagaimana yang diputuskan dalam mesyuarat Jawatankausa Tanah Negeri semalam. "Setelah mengambil kira siasatan maka dengan ini saya mengisytiharkan pembekuan semua operasi tiga syarikat kuari di Seberang Perai Tengah (SPT) iaitu Kuad Sdn Bhd, Batu Tiga Quarry Sdn. Bhd & Saw Chong Teok Quarry Sdn. Bhd," tegasnya. Sehubungan itu juga, Jawatankuasa Tanah Negeri telah melantik Law Choo Kiang untuk mengetuai siasatan perkara tersebut dengan teliti agar pendapatan hasil kuari itu diperolehi Kerajaan Negeri. Katanya, pembekuan itu pastinya memakan masa yang panjang dan akan pembekuan akan ditamatkan setelah hasil siasat siap. Law Choo Kiang yang juga Exco Pertanian, Asas Tani, Luar Bandar dan Tebatan Banjir Negeri juga diamanahkan menyiasat satu kes yang melibatkan royalti tanah merah dan bahan batuan yang dikurangkan daripada RM3 ke RM1 per meter kubik. Justeru, Lim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Air Puteh meminta ketiga-tiga kuari terlibat memberikan kerjasama semasa siasatan di buat. Minggu lalu Timbalan Ketua Menteri 1, Mohamad Fairus Khairudin ditahan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasat kononnya beliau dikatakan terlibat dengan isu berkenaan. Akibat dikatakan terheret dalam kancah tersebut beliau mengemukan surat perletakan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 berkuat kuasa 8 April depan. - mns_ |
sumber: Harakahdaily
--
Ahakksss......
http://bloghijat.blogspot.com/
1.4.09
Kedudukan dua orang calon BEBAS Bukit Selambau.. ~ malaysiakini
| Harakahdaily | |
KUALA LUMPUR, 1 Apr (Hrkh) - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Dr Syed Husin Ali menjelaskan kedudukan dua calon bebas yang bertanding dalam pilihan raya Bukit Selambau yang sebelum ini dikaitkan dengan parti itu. |
Katanya calon bebas Md Radzi Md Lazim pernah memimpin bahagian KeADILan Baling namun setahun dahulu, beliau dipecat dari berikutan kenyataannya dalam media memburukkan parti dan mengisytiharkan dirinya keluar parti.
"Beliau kemudian cuba memohon menjadi ahli baru, akan tetapi permohonannya ditolak. Jelas beliau bukan ahli KeADILan" kata Dr Syed dalam kenyataannya kepada Harakahdaily.
Mengenai A. Jayagopal katanya yang pernah mengetuai bahagian pokok sena, beliau telah digantung sejak tahun lalu oleh kerana beberapa kes berkaitan dengannya yang sedang disiasat oleh Lembaga Displin Parti.
"Sekarang, disebabkan beliau bertanding melawan calon rasmi KeADILan, maka, sesuai dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh Parti tahun ini, keahliannya dalam parti dengan sendirinya ditamatkan.
"Jadi sekarang beliau tidak ada kaitan dengan KeADILan" katanya. - azm
--
Ahakksss......
http://bloghijat.blogspot.com/








