Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

7.11.08

Ameno rampas dewan orang ramai, Pejabat Daerah SPU berdiam diri?


TASEK GELUGOR, 6 Nov (Hrkh) - Dewan Umno Merbau Kudung dikenal pasti mengalami tunggakan bil elektrik hampir RM7,000.00 dan ini merupakan satu penyelewengan yang harus disiasat segera kata, Yang Dipertua PAS Tasek Gelugor, Ustaz Khalid Man.

Dewan yang dulunya terpampang tulisan 'Dewan Muhibbah' Merbau Kudung adalah milik Pejabat Daerah Seberang Perai Utara (SPU) tiba-tiba hilang status sebagai dewan untuk masyarakat apabila Umno Cawangan Merbau Kudung tanpa malu bertindak melabelkan bangunan itu milik mereka.

Menurut beliau, sepatutnya Pejabat Daerah SPU tidak boleh membenarkan penggunaan nama 'Dewan Umno Merbau Kudung' kerana bangunan yang menempatkan satu gelanggang badminton itu dibina dengan menggunakan wang rakyat.
"Umno semasa menaikan papan tanda itu mungkin tidak terfikir Barisan Nasional (BN) boleh kalah pada pilihan raya umum ke-12 lalu maka sebab itu mereka bertindak megah seolah harta parti mereka, " ujarnya yang juga Bendahari Badan Perhubungan PAS Negeri Pulau Pinang.

Harakahdaily mendapati, kini bangunan bersebelahan Masjid Jamek Al-Marbawi disita manakala alat kelengkapan dalamnya seperti kerusi, meja, P.A System dihilangkan dari situ.

Ramai yang tertanya siapakah yang bertanggungjawab terhadap kehilangan hak kerajaan itu.

"Soalan itu hanya kepimpinan Umno Cawangan Merbau Kudung saja yang layak menjawabnya kerana mereka bertanggungjawab menjaganya bukan lepas tangan begitu sahaja, " tegasnya. - mks. _


- sumber berita dari Harakahdaily & gambaq terbalik dari AsidBurn


[ ishhh..memang la malaun-2 ni jenih tak sedaq kediri, apa punya hampaih nyok la hangpa nih..cehh..bikin malu kompeni pak menakan hangpa daa...sedaq la bila dah kalah, bagi la balik reta rakyat bagi hamba Allah lain nak guna...tu la saja nak bagi orang kata.."perak buih betoi laa.."..Marang Kerapu Kepunden..Marang Sekeperrr...]

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails