Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

16.9.09

Alahaiii 16 September... ~ malaysiakini


Tuu Diaaa... 16 September datang lagiii....

Hangpa dok ingat apa hah...???

Nak tukaq kerajaan...???

Baik tak payah laa... Lompat lompat mana profesional, mana ada teloq...

Bagi aku tarikh ni sejak dua menjak ni amat amatlah mengharukan pasai road-tax a.k.a cukai jalan & insuren motor aku nak kena peridop laaa... kena pulak tang tarikh tu... Cam kontroversi lakk... Cam cerita gossip ala-ala artis la pulak 16 September ni... kali ni 2009 tahun sudah pun sama...

Cerital tahun sudah pasai 16 September bolehlah kiranya di layari { DISINI }

Camana pun unsur unsur tarikh ni takdak kena mengena dengan pahaman politik maupun politikus atau politik-itik...

Selamat Menyambut 'Hari Malaysia' pada hari ni bertarikh 16 September 2009 kepada seluruh rakyat Malaysia wal 1Mesia...

Huhuhuhuhu.... HUwaaaaaa... Tak raya la aku kali ni, motor aku aja yang rayaaa..... HUwaaaaaaaa.....

15.9.09

Tahanan I.S.A Selama 7 Tahun Telah Dibebaskan... ~ malaysiakini

Salam Ramadhan semua...

Syukur ke Hadrat Allah s.w.t, dengan limpah dan kurnianya, sehingga hari ini kita dan seluruh umat Islam dapat menjalani ibadah puasa yang masuk hari ke-25 Ramadhan malam 26.

Syukur Alhamdulillah juga atas berita pembebasan 5 Tahanan I.S.A paling lama dalam tahanan Kem Kemunting iaitu 2 orang daripada mereka telahpun ditahan lebih dari 7 Tahun. MasyaAllah...ini lah undang-undang drakonian yang masih digunakan oleh negara yang baru menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-52... Rakyat DiDaHULUkan... Pencapaian DiuTAMAKan...

(gambar : malaysiakini)

Berita lebih lengkap bolehlah di layari di [DISINI]


12.9.09

Dey Samy...!!! Keliling Juga Kena Tembak... ~ malaysiakini

Presiden EmAiSi Seumur hidup, tok wan Sammy sudah kena tembak dari segenap pelusuk, tok det tembak, Subra bakal Timbalan Presiden yang dia tak suka pun tembak dan akan letupkan Bom Nuklear...(kata si Subra laa..rahsia paling besar Presiden paling lama abad ini...)

Tak ketinggalan paper si lidah Rasmi Ameno, Utusang Meloya...pun tembak kaw-kaw..siap muka depan paper kelmarin (jumaat) dengan tajuk busau... " Samy Perlu Berundur..." - klik [sini]

Mungkin puak keris lembu ni pun tak senang duduk dah dengan karenah Samy de Velu ni... cam sampai kiamat nak pegang jawatan Presiden EmAiSi... la ni baru dia nak tembak kaw-kaw kawan lama dia, Tok Det... yang tolong dia jadi kaya milliona, mungkin dah sampai masa dia akhirkan semua yang telah lama dipegang, yang dah lama dikaut, bagi 'can' orang lain pulak...

Dey macha... Putti Paielekk... Brown Garden elekk...!!! Citt...

* p/s - keh keh keh...kokokokok...melalut dah aku geram kat pakcik sorang ni...awat yang buang tebiat sangat...ayoyo karowaleyy... ammak..!!!

10.9.09

DEDAH : Pesara Tentera Masih Mengundi Di Dalam Kem... ~ malaysiakini


N31 Dun Bagan Pinang mempunyai 4,925 pengundi yang mengundi melalui undi pos. Ini tidak termasuk pengundi pos HARAM.

Bukti dan maklumat di bawah ini mendedah bahawa penipuan secara terancang oleh pihak SPR ternyata tidak dapat disangkal lagi. Malah suara-suara yang menyatakan bahawa SPR adalah kuda tunggangan UMNO-BN ternyata benar.

Maklumat ini saya perolehi dari seorang bekas tentera yang telah bersara dari ATM lebih setahun yang lalu. Katanya, secara kebetulan dia ingin menyemak daftar pemilih abangnya secara online di laman web SPR disini Namun dia sendiri terkejut apabila dia membuat semakan dengan memasukkan nombor kad pengenalan semasa tentera yang bermula dengan huruf "T" 1068XXX, namanya juga ada tersenarai dalam undi pos walaupun telah setahun menjadi pesara tentera.

Ini menunjukkan SPR gagal mengugurkan serta membersihkan senarai daftar pemilih bagi tentera yang telah bersara secara menyeluruh yang kini telah mempunyai MyKad. Nombor tentera mereka masih digunapakai sebagai pengundi pos yang sah (dibaca: sebenarnya haram).

Untuk maklumat juga katanya, anggota tentera yang bermula dengan nombor 1068xxx hingga 1070xxx adalah rekrut pengambilan pada bulan November 1986 siri 115 yang berpusat di PLR Port Dickson. Pengambilan ketika itu seramai lebih kurang 1970 orang. Jika dikira tamat tempoh perkhidmatan mereka selama 21 atau 22 tahun bermakna rata-rata mereka ini berpencen pada Nov 2007 dan Nov 2008. Namun sebahagian dari nama mereka, masihdigunakan sebagai pengundi pos secara haram setelah melebihi tempoh perkhidmatan bersara wajib.

Kenyataan di atas hanya merujuk kepada rekrut siri 115 dan belum termasuk rekrut dari perantis putera yang bermula dengan nombor 5337xx hingga 534xxx dimana tarikh bersara hampir sama.

Amat ketara adalah seperti nombor tentera yang berwarna merah di bawah adalah pengundi pos bagi kawasan DUN Bagan Pinang. Terdapat seramai 27 orang tersenarai daripada 362 orang sebagai pengundi pos secara haram. Jika 27 orang tersebut telah beristeri bermakna secara automatik isteri juga pengundi pos dan akan berganda menjadikan tambahan 27 orang lagi. Secara keseluruhannya menjadikan 54 orang pengundi pos haram di DUN Bagan Pinang. Undi ini memberi advantage kepada UMNO-BN.

Anda boleh periksa sendiri mengenai kesahihan sumber ini dengan memasukkan nombor tentera di bawah dengan didahului abjad "T"bagi membezakan tentera dengan orang awam.

1068209, 1068213, 1068217, 1068221, 1068233, 1068236, 1068242, 1068250, 1068251, 1068258, 1068261, 1068263, 1068270, 1068281, 1068283, 1068289, 1068291, 1068294, 1068314, 1068315, 1068322, 1068333, 1068337, 1068339, 1068340, 1068341, 1068343, 1068355, 1068365, 1068367, 1068368, 1068376, 1068382, 1068383, 1068384, 1068390, 1068392, 1068394, 1068399, 1068404, 1068406, 1068409, 1068416, 1068424, 1068432, 1068441, 1068465, 1068467, 1068473, 1068474, 1068477, 1068483, 1068484, 1068489, 1068490, 1068492, 1068498, 1068499, 1068511, 1068518, 1068520, 1068525, 1068527, 1068530, 1068533, 1068548, 1068554, 1068556, 1068559, 1068560, 1068570, 1068573, 1068574, 1068576, 1068579, 1068580, 1068582, 1068589, 1068602, 1068619, 1068626, 1068627, 1068630, 1068637, 1068640, 1068650, 1068654, 1068656, 1068659, 1068666, 1068678, 1068683, 1068687, 1068691, 1068693, 1068694, 1068695, 1068704, 1068709, 1068713, 1068729, 1068731, 1068746, 1068748, 1068750, 1068752, 1068753, 1068760, 1068764, 1068774, 1068775, 1068783, 1068788, 1068795, 1068796, 1068800, 1068802, 1068805, 1068806, 1068808, 1068809, 1068813, 1068816, 1068821, 1068824, 1068825, 1068828, 1068833, 1068836, 1068837, 1068842, 1068847, 1068860, 1068862, 1068870, 1068871, 1068890, 1068891, 1068902, 1068920, 1068934, 1068938, 1068940, 1068941, 1068943, 1068946, 1068947, 1068948, 1068949, 1068951, 1068956, 1068958, 1068962, 1068963, 1068965, 1068967, 1068975, 1068985, 1068987, 1068990, 1068994, 1068997, 1068999, 1069004, 1069005, 1069009, 1069012, 1069015, 1069031, 1069064, 1069078, 1069083, 1069084, 1069093, 1069094, 1069101, 1069110, 1069111, 1069114, 1069121, 1069124, 1069132, 1069133, 1069134, 1069136, 1069142, 1069143, 1069146, 1069148,1069151, 1069155, 1069159, 1069173, 1069181, 1069183, 1069192, 1069198, 1069208, 1069220, 1069227, 1069233, 1069235, 1069240, 1069253, 1069262, 1069265, 1069277, 1069279, 1069282, 1069274, 1069293, 1069297, 1069298, 1069306, 1069315, 1069331, 1069334, 1069338, 1069340, 1069344, 1069354, 1069362, 1069375, 1069379, 1069381, 1069400, 1069411, 1069421, 1069423, 1069424, 1069426, 1069437, 1069438, 1069440, 1069441, 1069442, 1069443, 1069444, 1069449, 1069452, 1069454, 1069456, 1069459, 1069465, 1069468, 1069477, 1069488, 1069494, 1069496, 1069499, 1069501, 1069503, 1069504, 1069505, 1069516, 1069523, 1069525, 1069530, 1069534, 1069536, 1069549, 1069560, 1069561, 1069562, 1069566, 1060571, 1060579, 1069581, 1069584, 1069586, 1069595, 1069597, 1069606, 1069612, 1069621, 1069628, 1069635, 1069636, 1069637, 1069649, 1069651, 1069653, 1069657, 1069668, 1069676, 1069677, 1069678, 1069682, 1069686, 1069690, 1069691, 1069693, 1069699, 1069711, 1069713, 1069714, 1069721, 1069732, 1069736, 1069743, 1069746, 1069742, 1069744, 1069745, 1069777, 1069796, 1069807, 1069812, 1069817, 1069820, 1069822, 1069826, 1069828, 1069829, 1069836, 1069841, 1069845, 1069848, 1069850, 1069853, 1069854, 1069856, 1069858, 1069868, 1069874, 1069875, 1069876, 1069878, 1069880, 1069892, 1069899, 1069900, 1069904, 1069907, 1069908, 1069917, 1069928, 1069929, 1069931, 1069933, 1069936, 1069937, 1069945, 1069949, 1069950, 1069951, 1069952, 1069968, 1069972, 1069983, 1069991, 1069993, 1069998, 1070000, 1070002, 1070014, 1070015, 1070016, 1070024, 1070028, 1070031.

A-I-B: Dengan terbongkarnya rahsia ini, ada kemungkinan SPR akan melenyapkan bukti-bukti tadi dengan membersihkannya secepat mungkin dari pangkalan data mereka. Namun saya telah mencetak keluar serta mendownload maklumat tersebut terlebih dahulu agar menjadi bahan bukti jika dinafikan oleh pihak SPR.


--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

9.9.09

09.09.09 @ 9.9.09 @ 999... ~ malaysiakini

(gambar sekadar hiasan, kalau terlioq harap maap nooo...)

Salam Ramadhan...

Hari ni senyap sunyi dan sejuk gedi isu-isu HOT lagi panaih kat penang, Adun-adun yang bikin GEMPAK indu baru ni mungkin dah boleh dok senyap kot... panggil 2-3 kerat... bagi la projek ka tender ka sorang sikit... senyap laa...

Tarikh arini cam sempoi jer...kalau cuti sekolah, dah ramai la yang buat kenduri kawin... walimatul urus, ni tambah pulak bulan puasa, tak boleh makan di siang hari, pasai tu takdak aku dengaq orang buat kenduri... tapi bulan Ramadhan la bulan yang paling mulia di samping bulan - bulan Islam yang lain...

Hajat diati nak buat sembilan / 9 artikel la konon... pasai arini 9hb 9 2009... selepas Subuh, dok bersiap nak mula meniaga, tiba-tiba kaki rasa berat satu macam jaa, tengok-tengok bentan lak dahh... nak kata berdiri lama di kedai ni, tak jugak... pikiaq punya pikiaq balik...dan tanya sorang dua kawan-kawan yang ada pengalaman sakit, mungkin ada silap makan atau makan daging ataupun makan 'c-foot', makanan laut ka masa buka puasa takpun masa sahur...

Rupanya mungkin ada alahan taktau pasai sakit apa, termakan daging atau siput masa buka puasa kelmarin... bentan la 2-2 belah kaki...aduhhh...

Pasai nombot yang jadi tajuk artikel ni, jangan sesapa dok pikiaq lain pulak...takdak sangkut langsung dengan nombot ekoq ataupun nombot siri apa-apa kaa... sekadar nampak macam cantik saja 09 09 09 tuu...


Oklah... ApSeRe...

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

7.9.09

GEMPAQ...!!! Khabaq Angin Dari Pulau Pinang... ~ malaysiakini


Wah...!!! Dah masuk 17 Ramadhan kita semua selamat menjalani ibadah puasa... Cuaca yang semenjak dari awai puasa cuma hujan ataupun redup, mendung-mendung petang aja... tapi mai sehari dua ni, mai HANGAT dan HOT pulakk dahhhh...

Dalam paper arus perdana yang tunggu masa nak kena 'warning' dengan KDN, Sinar Harian edisi Utara pada mulanya kelmarin melaporkan ada ADUN Ameno-Be End kat Penang ni UGUT nak letak jawatan... sebab musabab pasai kata depa ni tak dapat kerjasama dari agensi maupun jabatan yang berpangkalan di PUSAT. Aikkk... heran la jugak nooo...depa kan masih dok kontrol PUSAT, jabatan-jabatan Pusat di Penang dah berpaling tadah dan dah jatuh cinta dengan kerajaan negeri Pakatan Rakyat dan Lim Guan Eng kaa...???

Sumber berita dan maklumat lebih lengkap ada di blog [ INI ] dan hangpa kalau nak tau, klik dengan kadar paling PANTAS dan SEGERA... Cargas, cargas.... (bukan cargas cafe aaaa....)

Samseng Lembu Buat Kacau Di Shah Alam... ~ malaysiakini


SIKAP BIADAP UMNO JELAS TERPAPAR UNTUK SEMUA.

Umno Seksyen 23 Shah Alam buat kecoh dimajlis dialog bersama penduduk mengenai isu pemindahan kuil ke Seksyen 23.

Sabtu 5hb.Sept,09- Kehadiran Umno Taman Seksyen 23 ke majlis dialog pada hari ini adalah untuk satu tujuan yang jelas, iaitu untuk membuat kecoh. Mereka telah memulakan rancangan mereka sejak sebelum majlis tersebut bermula.

Pada lebih kurang pukul 10 pukul pagi tiba-tiba beberapa orang Umno membuat bising dipintu depan Dewan banquet MBSA. Mereka memarahi anggota penguatkuasa MBSA kerana kononnya menghalang seorang penduduk cina dan isterinya masuk. Orang –orang tesebut memaki hamun pengkuatkuasa MBSA. Saya terpaksa mencelah meredakan keadaan. Saya memberitahunya bahawa kita tidak menghalang penghuni rumah membawa anak isteri mereka dan kita hanya hendak pastikan bahawa semua yang hadir untuk sesi dialog ini adalah penduduk Seksyen 23 sahaja. Setelah tiada isu lagi yang boleh dikecohkan lagi, kumpulan itu pun masuk ke dewan .

Sekali lagi kumpulan tersebut menjerit dan memaki apabila Menteri Besar, YB Khalid Samad , YB Rodziah dan delegasi Datuk Bandar masuk kedalam dewan. Pihak pengutakuasa terpaksa mengawal keadaan. Kumpulan itu juga menyerang dan mengasari seorang pembantu wanita YB Khalid Samad apabila beliau tengah mengambil gambar. Wanita tersebut terpaksa dibawa ke bilik VIP untuk mengelakkan kumpulan itu dari terus mengejarnya.

Kesemua tindakan dan perbuatan biadap UMNO ini direkodkan sepenuhnya oleh lebih 20 wakil media akhbar , TV and penulis –penulis blog .

Majlis yang reda seketika semasa bacaan doa, mula kecoh lagi semasa pembentangan Datuk Bandar Shah Alam Mazalan Md Noor. Kumpulan pengacau tersebut tidak enggan mendengar penjelasan isu tersebut dan beberapa kali menjerit agar beliau hanya menyatakan samada pembinaan kuil akan diteruskan atau tidak.

Mereka ini merebut mikrofon walaupun sesi dialog belum bermula dan memaki hamun semua kepimpinan negeri yang berada didepan. Antara kata-kata yang telah dikeluarkan ialah " MB Bodoh , "Khalid Samad sekongkol dengan kuil"," Rodziah pelacur ", "Rodziah saya akan rogol you sekarang ! " dan banyak kata –kata kesat lagi .

Ada juga beberapa yang telah mengangkat kasut dan kerusi untuk dibaling ke arah MB dan Ahli Parlimen dan ADUN. Penguatkuasa terpaksa membuat benteng dihadapan untuk menghalang kumpulan ini daripada menyerbu Khalid Samad dan MB . Beberapa kali timbul pergaduhahan yang terpaksa diredakan keadaannya.

Wakil penduduk Hindu yang ingin bercakap juga di jerit dan dikacau oleh mereka. Pada suatu ketika orang UMNO ini menyerbu kedepan untuk menumbuk wakil penduduk Hindu ini daripada bercakap . Penguatkuasa terpaksa meleraikan mereka.

Dialog ini berakhir dengan saranan Menteri Besar bahawa, beliau ingin semua penduduk yang terlibat agar jangan membincangkan isu ini lagi. MB memberitahu bahawa Kerajaan Negeri akan mendengar pandangan jawatankuasa kuil sebelum membuat keputusan. Sehingga itu semua pihak tidak harus membangkitkan isu ini dan membiarkan Kerajaan Negeri meneliti untuk membuat keputusan muktamad.

RUANG DEMOKRASI DISALAHGUNAKAN !

Sesi dialog yang berupa 'town hall meeting' bersama penduduk hari ini disalahgunakan demi kepentingan politik UMNO. Kerajaan Negeri telah sudi mengadakan mesyuarat seumpama ini tetapi ianya pula memberikan platform untuk UMNO bersikap biadap. Segala tindakan memaki dan perbuatan biadap UMNO Seksyen 23 akan diperhatikan oleh seluruh rakyat Malaysia dan seluruh dunia nanti.

PIHAK POLIS BERSEKONGKOL !

Sekali lagi, sejak protes dan perarakan kepala lembu tersebut, pihak polis gagal menjaga keselamatan rakyat. Kegagalan pertama ialah apabila penghasut dan penganjur protes kepala lembu masih gagal ditahan dan dikenakan tindakan undang-undang. Yang hadir pada sesi dialog hari ini juga adalah orang –orang yang sama . Oleh kerana mereka masih bebas, dan seolah-olah 'di atas' undang-undang, maka ianya mengakibatkan kejadian kecoh hari ini.

Polis bertanggungjawab untuk kekecohan dan pemakian dan hasutan yang berlaku dalam sesi dialog hari ini. Ini adalah kali yang kedua dan polis terus membenarkan penghasut berbuat demikian .

Bersekongkolan polis juga terbukti apabila pihak polis gagal hadir dalam sesi dialog ini .Pada mesyuarat persiapan pada hari Khamis yang lalu semua ahli Majlis dn Datuk Bandar telah meminta kehadiran pihak polis dalam sesi dialog ini demi mengawal keadaan. Tetapi malangnya seorang pun pihak polis beruniform tidak hadir. Saya diberitahu ada 2tau 3orang SB sahaja yang hadir untuk menyaksikan kekecohan ini.

MAJORITY BELUM BERSUARA.

Jumlah penduduk Seksyen 23 yang sebenarnya ialah 323 rumah . Daripada jumlah ini 48 adalah keluarga India dan 28 adalah rumah orang Cina. Selebihnya ialah orang Melayu. Hujah bahawa kuil tidak boleh dibina dikawasan majority Melayu tidak relevan. Ini adalah kerana dalam semua projek pembangunan PKNS, adalah disyaratkan bahawa lebih 60% pembeli nya haruslah orang Melayu . Maka secara pratiknya tidak akan wujud kawasan majority Melayu di kawasan Tengah Shah Alam, iaitu Seksyen 1-24. Adakah ini bermaksud kaum lain akan dianiyayai dan ditindas hak mereka untuk beribadat ?

Justeru itu, hujah majority Melayu tidak sepatutnya wujud. Pemindahan kuil ke Seksyen 23 bukan sahaja untuk 48 keluarga yang menduduki Seksyen 23 tetapi juga kepada 2000 lebih penduduk India di kawasan Seksyen 19, 20 , 21 dan 23 keseluruhannya.

Tetapi yang hadir pada sesi dialog pada hari ini ialah sekumpulan penduduk ahli UMNO dan pro BN seramai lebih kurang 40 orang. Mereka telah hadir bersama naik bas, dengan tujuan utama untuk menimbulkan kekecohan .

Malangnya suara majority orang Melayu Seksyen 23 belum kedengaran lagi. 'Silent majority' ini sebenarnya tidak membantah pembinaan kuil kerana ianya langsung tidak menjejaskan keharmonian dan kesejahteraan mereka. Isu perkauman hanya dipermainkan oleh segolongan yang beragenda politik.

CABARAN KEPADA KERAJAAN NEGERI PR

Kini cabaran besar yang terletak pada Kerajaan Negeri untuk membuat keputusan yang wajar. Adakah sesi dialog yang kecoh hari ini dengan bantahan dan laungan biadap beberapa penduduk memberikan suatu gambaran hasrat sebenar penduduk Seksyen 23?

Selain daripada kata-kata kesat dan memaki hamun kepimpinan negeri , adakah mereka ini mempertengahkan hujah –hujah rasional kenapa kuil Hindu tidak boleh dibina ditapak tersebut di Seksyen 23 ? Kalau tiada hujah rasional, apakah yang perlu dipertimbangkan ?

Jika Kerajaan Negeri ingin menawarkan suatu tapak alternative selain dari Seksyen 23, demi mengambil kira bantahan penduduk hari ini, pada pandangan saya ianya akan merupakan kekalahan politik bagi PR .

Jelas bantahan tersebut adalah agenda politik UMNO , maka jika kuil tidak dibina di Seksyen 23 sepertimana yang dicadangkan, maka ianya akan bererti bahawa Kerajaan PR walaupun berkuasa di Selangor telah mengalah kepada samseng UMNO . Adakah PR sedia menerima hakikat ini ?

PSM merasakan bahawa, rakyat dan 'silent majority' perlu bersuara. Hasrat rakyat pelbagai kaum untuk hidup harmoni harus diketengahkan . Sikap hasutan perkauman dan perangai biadap mereka harus dikecam sekeras-kerasnya. Rakyat Selangor telah bersuara secara jelas memilih Pakatan Rakyat untuk memerintah Selangor . Polisi dan tindakan UMNO Barisan Nasional yang memperjuangkan ketuanan Melayu dan mempermainkan perkauman telah pun ditolak oleh rakyat Selangor pada 8hb .Mac, 2008 yang lalu .

Justeru, rakyat perlu bangkit membantah dan melindungi hak demokrasi dan hak samarata semua rakyat. Tugas kuasa rakyat amat diperlukan pada ketika ini . Rakyat berbilang kaum harus digembeling untuk menyuarakan bantahan terhadap politik perkauman ini . Ini bukan sahaja isu diantara penduduk Melayu Muslim dan hak penduduk Hindu tetapi ia juga akan memberikan tamparan hebat kepada penganut Kristian , Buddist, Taosim dan Sikh. Hak beribadat adalah samarata dan harus dihormati. Jika hak penduduk Hindu Seksyen 23 dirampas, itu juga akan bermaksud, penganut agama Kristian , Buddist , Taoist , Sikh dan lain akan mengalami juga nasib yang sama.

Hapuskan perkauman, hapuskan politk keji UMNO Barisan Nasional, bangkitkan kuasa rakyat benteras politik perkauman.

Sivarajan

Ahli Majlis MBSA, PSM .

- sumber : blog Lucialai.org dan gambar rekaan diatas dari blog Paspenang


--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

4.9.09

Kuasa Yang Tak Dapat Dihalang Sama Sekali... ~ malaysiakini


Ini yang dikatakan sebagai Wamakaru,Wamakarallah,Wallah Hu Khairun Makirin( manusia merancang, Allah juga merancang, namun rancangan ALLAH lebih BAIK ).

Selepas Ameno-Be End melalui SPR mengumumkan bahawa tiada kekosongan Dun Kota Siputeh di Kedah, hari ini mereka diberi bayaran CASH oleh ALLAH SWT dengan mengambil nyawa salah seorang ADUN mereka dan meletakkan Ameno-Be End dalam satu lagi keadaan GENTING kerana perlu berdepan dengan RAKYAT di Negeri Sembilan pula.Walaupun beberapa hari lepas mereka menarik NAFAS lega kerana tak perlu melakukan PRK di Kedah namun kini semestinya UBN terduduk dan tersentap dengan apa yang berlaku.

Apakah kali ini kemenangan dan GOL ke Sembilan yang akan dijaringkan di Negeri Sembilan oleh PR..???Sama-sama kita nantikan...

- dari blog Sya Reformis

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

1.9.09

Tahniah 1Mesia...Hadiah Hari MauDuitKa 2009... ~ malaysiakini



HARGA MINYAK NAIK ?
-melayau


Harga bagi minyak jenis RON95 dan RON97 dijangka naik berkuat kuasa tengah malam ini. ( 1September)

Minyak jenis RON95 dijangka dinaikkan 5 sen iaitu daripada RM1.75 seliter kepada RM1.80 seliter.

Sementara itu, RON97 pula akan dinaikkan daripada RM1.80 kini kepada RM2.00.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Ismail Sabri Yaakob dijangka mengumumkan kenaikan itu pada petang ini.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati beberapa portal berita seperti Malaysia-instinct.com telah pun mula memaparkan mengenai peningkatan harga minyak itu sejak semalam.

KAH KAH KAH…. KAH KAH KAH...


kah kah kah…. MUUUUR DUKA … SATU MALAYSIA…. kah kah kah..

kah kah kah…..MUUUUR DUKA …..SATU MALAYSIA….kah kah kah…

kah kah kah….MU KENA KELENTONG…. MU TAK TAHU….. kah kah kah…

- dari Tukar Tiub


27.8.09

APA PASAI SOI LEK KENA TENDANG...??? ~ malaysiakini


Ada pergaduhan dalam parti towkay Cina.

Mereka berebut harta rompakan. Ada bayak geng geng lanun dalam parti towkay Cina ini. Ada lanun Cina dari Sabah. Ada lanun Cina dari semenanjung. Ada Cina lanun dari Serawak

Ong Tee Kiat – towkay Cina semenanjung tak puas hati – rompakan projek pelabuhan Klang telah diberikan pada Tiong – towkay Cina Serawak. Ong ambil tindakan untuk bocorkan bagaimana rompakan ini berlaku.

Satu Malaysia di beritahu : Tanah orang kampung di paksa jual. Kemudian dibeli dengan harga murah. Kemudian jual sekali lagi dengan harga berlipat ganda pada kerajaan. Inilah kerja towkay Cina selama ini. Mereka dikatakan rajin bekerja. Bijak berniaga. Poorah. Dulu beli getah orang Melayu murah – jual mahal – melayu juga kena tipu. Sekarang tipu lagi. Inilah caranya bagaimana Cina menjadi kaya raya – menipu.

Ini bukan bermakna Ong ini Cina baik. Ini kes dua penyamun berebut harta rompakan.

Tiba tiba masuk Mat Mongol. Bukan minta amoi Cina. Mat Mongol tak suka pada Ong kerana Ong pecah lubang.

Mat Mongol sokong Soi Lek bukan kerana nak kongsi Amoi. Mat Mongol minta Soi Lek jatuhkan Ong. Kalau Ong jatuh rakyat satu Malaysia tak tahu tentang cara merompak projek pelabuhan Klang.

Tapi satu malaysia sudah tahu : Projek rompakan pelabuhan Klang ini milik towkay Cina yang bernama Tiong dari Sarawak. Bila Ong buka cerita Tiong panas hati. Tiong bocor cerita dia telah bagi 10 juta ringgit pada Ong. Ertinya – duit rompakan kita sudah share. Sudah sama-sama makan. Jangan buat bising bising.

Tiong berani buat macam ini kerana dapat restu dari Mat Mongol. Mat mongol kata pada Tiong – tibai Tiong ..tinai lagi Tioing.. kasi tibai sama Ong. Bila Tiong tibai Ong dengan cerita duit 10 juta rakyat satu malaysia lihat Ong Cina jahat.

Ong mula jadi gelabah. Ong makin marah. Ong buka lagi cerita projek rompakan perlabuhan Klang. Mat Mongol pula jadi gelabah. Rashia makin bocor. Gerombolan pun ada sama dalam rompakan ini. Semua tembelang pecah. Satu Malaysia sudah tahu towkay Cina dengan gerombolan tipu rakyat.

Mat Mongol naik marah pada Ong kerana buat huru hara -pecah lubang. Ong pun marah pada Mat Mongol kerana sokong Soi Lek.

Ong mahu tunjuk ekshen pada Mat Mongol. Ong buang Soi Lek. Mat Mongol terperanjat lalu meraba-raba telor.

Cerita akan diteruskan. Wayang belum habis. Panggung belum ditutup.

skrip asal :- Tukat Tiub

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

26.8.09

TENTERA MONGOLIA SIAP SEDIA UNTUK DATANG MERAMPAS MAJALAH KARTUN... ~ malaysiakini


BENDERA MONGOLIA SEDANG BERKIBAR...


SINDIR PM - MAJALAH HUMOR DI RAMPAS
- malaysiakini

Sekumpulan pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyerbu pejabat majalah humor terbaru Gedung Kartun hari ini susulan penerbitan edisi sulungnya yang menyindir perdana menteri.

Lapan pegawai itu berada sejam di pejabat majalah dwibulanan itu di Brickfields sejak 10.30 pagi - dipercayai berkaitan kandungannya, antaranya memaparkan gelagat Najib Razak yang tersilap mengibarkan bendera Mongolia bersempena sambutan hari kemerdekaan negara.

Sebanyak 408 naskhah majalah terbitan Sepakat Efektif Sdn Bhd dirampas bagi kesalahan bawah Seksyen 5(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan atau penerbitan tanpa permit.

KAH KAH KAH …. KAH KAH KAH …. KAH KAH KAH … KAH KAH KAH

Kah kah kah…. APA LAH KARTOOOON INI… TAK PATRIOTIK…. Kah kah kah..

Kah kah kah…. TUNJUKKAN LAH BENDERA SOMALIA… BARU PATRIOTIK…kah kah kah…

Kah kah kah….INI KAN NAK BULAN MERDEKA… kah kah kah…

Nota:
untuk mendapat majalah cult ini
sila hubungi – gedungkartun@gmail.com
atau pukul talipon waktu pejabat sebelum
berbuka puasa 03-22-74-49-31 – keluaran pertama
ini adalah cult. Simpan hingga ke anak cucu cicit.


25.8.09

Perjuangan Sebenar YB Radzhi... ~ malaysiakini




Salam 2 all.


Semalam sahabat saya YB Mohd. Radzhi Salleh (Ahli Dewan Undangan Negeri N.34 Lunas) mengumumkan keluar daripada PKR dan menjadi ADUN Bebas.

Secara rasminya beliau menyatakan tidak dapat lagi menyokong kepimpinan PKR yang "perjuangan nya tidak lagi saperti perjuangan asal".

Bagaimanapun, YB Razhi mengekalkan kedudukan sebagai Ahli Exco Kerajaan Negeri Kedah sebagai Exco Pelancongan dan Sumber Manusia memandangkan perlantikan beliau sebagai Exco dibuat oleh Sultan Kedah dan hanya Baginda yang boleh menentukan kedudukan YB Radzhi.

Tindakan YB Radzhi telah membawa spekulasi yang pelbagai. Ada yang menuduh beliau mempunyai masalah disiplin, ada yang mendakwa YB Radzhi gagal menjalankan tugas portfolio exco beliau, ada yang menyatakan kerana beliau disiasat oleh SPRM, malahan ada yang memfitnah menyatakan YB Razhi menerima sogokan daripada UMNO (tadi saya dimaklum kononnya jumlah sogokan adalah RM4 juta!). Termasuk ada desakan menuntut YB Radzhi meletakkan jawatan sebagai ADUN Lunas!

Saya mengambil sikap memahami tindakan YB Radzhi yang sejak daripada awal kemenangan pada 08 Mac 2008 telah membangkitkan beberapa isu yang beliau rasakan serius dan perlu tindakan segera. Saya yakin tindakan yang diambil oleh YB Radzhi adalah atas dasar prinsip dan bukan kerana masalah disiplin, siasatan SPRM, ataupun sogokan. Apatah lagi fitnah jahat yang menyatakan ianya berkaitan masalah wanita.

Saya ingin menegur rakan-rakan dalam PKR termasuk daripada Pakatan supaya jangan cepat memfitnah, membuat tuduhan liar dan menuding jari. Ingatlah setiap jari yang kita tuding kepada orang, tiga jari lagi menuding kepada kita.
Kalau kita menuduh YB Radzhi konon tidak berdisiplin, saya melihat YB Radzhi antara Exco yang sangat komited dan berdedikasi dengan amanah yang diberikan. Malahan awal-awal lagi beliau telah memanggil mesyuarat dengan pihak perhotelan yang terlibat di Pulau Langkawi kerana beliau mahu memberi jaminan kepada para penguasaha hotel antarabangsa di Langkawi bahawa Kerajaan pimpinan PAS Kedah tidak akan mengambil tindakan drastik yang boleh menjejaskan industri pelancongan khususnya di Langkawi. Ini kerana beliau menyedari industri perhotelan di Langkawi merupakan permata industri pelancongan bukan sahaja bagi Kedah, malahan bagi negara.

Malah beliau merancang untuk menjadikan Langkawi khususnya dan Kedah amnya sebagai kawasan pelancongan "syariah compliance" dan "halal tourism", demi untuk menarik pelancong khususnya dari Asia Barat yang semakin meningkat dan merupakan "economic tourist". Beliau sendiri telah pergi membuat lawatan kerja ke Dubai dan lain-lain tempat di timur Tengah.

Beliau sangat menaruh minat dengan konsep "halal hotel" yang dilaksanakan oleh pengurusan Hotel De Palma, Ampang Selangor yang katanya memenuhi cita-cita beliau untuk melaksanakan "halal tourism" di Kedah. Beberapa pertemuan dan perbincangan telah diadakan dengan pihak pengurusan hotel De Palma untuk mempelajari konsep "syariah compliance hotel" ini.

Satu masalah serius yang difikirkan oleh YB Radzhi ialah mengenai perpecahan umat Islam dan orang Melayu di Malaysia, yang semakin ketara sejak pilihanraya 08 Mac 2008. Beliau antara orang paling sedih apabila Kerajaan PAS diugut oleh wakil tunggal DAP dalam DUN Kedah dalam isu penutupan pusat penyembelihan babi di Kg. Berjaya, Alor Setar. Beliau sangat teringin melihat pemimpin-pemimpin Melayu Islam daripada PAS, PKR dan UMNO duduk semeja untuk mencari kata sepakat demi ukhwah Islamiyyah dan maruah agama yang makin tercabar. Malahan beliau pernah memberitahu cita-citanya agar dapat Tuan Guru Haji Hadi, Dato Seri Anwar duduk berbincang dan bermuzakarah bersama dengan Pak Lah (PM masa itu).

Selain itu, YB Radzhi juga menghadapi masalah untuk menyelenggara dan memantau kawasan DUN Lunas. Ini adalah kerana kami ADUN dan MP daripada Pakatan di Kedah, khususnya daripada PKR tidak mendapat sebarang bantuan atau peruntukkan kewangan untuk menjaga kawasan masing-masing. Kami bergantung sepenuhnya kepada elaun dan pendapatan sebagai ADUN dan MP. Ini ditambah pulak dengan masalah dalaman, jentera dan cabang PKR di Padang Serai yang tak habis-habis dilanda masalah dalaman. Termasuk ketiadaan kerjasama daripada beberapa orang pimpinan tempatan.

Walaupun YB Radzhi menerima sokongan penuh Ketua Bahagian dan AJK PKR kawasan, namun terdapat segelintir pimpinan tempatan yang kerana keangkuhan dan ego masing-masing enggan mengiktiraf kepimpinan kawasan. Sebab itu saya tidak hairan apabila Pemangku Ketua Bahagian Sdr. Jamaluddin Abu Hassan berserta beberapa ratus ahli PKR cabang Padang Serai menyokong tindakan YB Radzhi dan turut bersama beliau mengisytiharkan keluar daripada PKR.

Seperkara yang akhir-akhir ini sangat merisaukan YB Radzhi ialah apabila ada persepsi timbul seolah-olah PKR khususnya, dan Pakatan Rakyat amnya sudah mula dikongkong oleh sekumpulan mereka yang mempunyai agenda tersendiri yang boleh menghakis dan mencabar kedudukan Islam dan bangsa Melayu. Mungkin persepsi beliau silap atau tidak, namun itulah yang beliau rasakan.
Apapun, saya menghormati keputusan sahabat saya YB Radzhi. Saya seru rakan-rakan lain dalam PKR dan Pakatan supaya menghormati pendirian beliau.

Sebagai pejuang hak asasi manusia, sepatutnya kita menjadi orang pertama menmghormati keputusan beliau kerana itu adalah hak asasi beliau untuk memilih dan menentukan parti mana yang beliau mahu sertai. Saya berpendapat desakan menyuruh beliau mengosongkan kerusi DUN Lunas hanya kerana beliau memilih untuk tidak bersama dengan PKR adalah satu desakan yang bercanggah dengan pendirian Pakatan Rakyat yang menghormati, malahan kekadang sampai mempertuhankan prinsip hak asasi manusia. Ini jelas apabila YB Dato Nasaruddin (BN-Parit) memilih meninggalkan UMNO dan menyertai PKR, tapi lepas tu buat u-turn balik), kita tidak pulak mendesak beliau mengosongkan kerusi DUN Parit, sebaliknya kita telah berkompang sakan menyambut "penghijrahan" beliau.

Jangan kerana terkena batang hidung kita sendiri maka kita kata ianya salah, tapi bila membawa faedah kepada kita baru jadi betul. Call a spade a spade-yang benar tetap benar walaupun pahit bagi kita.
Melainkan kita ini pengamal fahaman double-standard, saya berpendapat pendirian kita mesti istiqamah dan konsisten. Kalau kita boleh terima YB Dato Nasaruddin dahulu, mengapa kita tidak boleh menghormati keputusan YB Razhi. Jangan kerana terkena batang hidung kita sendiri maka kita kata ianya salah dan tidak betul, tetapi bila membawa menafaat dan faedah kepada kita baru jadi betul. "Call a spade a spade". Yang hak tetap hak walaupun pahit untuk kita menerimanya.

Pada saya, sepatutnya apa yang terjadi memberikan kita peluang dan ruang untuk mencerminkan diri kita dan memperbaiki kelemahan yang ada.

Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada YB Radzhi. Semoga ALLAH memberikan beliau petunjuk dan kekuatan dalam perjuangan beliau untuk Islam dan ummatnya, insyallah. Kepada YB Radzhi, mungkin beliau perlu menimbang untuk menyertai jemaah yang ada, dan dalam pertimbangan itu, jangan lupa kepada PAS, Insyallah!

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
03 Ramadhan 1430
24 Ogos 2009
Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu P.18


--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

SMS Terakhir ADUN Lunas Kepada Setpol MB Kedah... ~ malaysiakini


Maka terjadilah ia seperti mana Qada dan QadarNya...

'Salam dan selamat berpuasa. Harap tidak disalah faham. Saya tidak marahkan PAS atau sahabat-sahabat dalam PAS, malah saya akan terus menghormati ustaz (Azizan) sebagai pemimpin, salam buat dia dan semua'.

Inilah sms terkahir YB Mohd Radzi Salleh (MRS) kepada saya jam 6 petang semalam. Saya selalu juga menerima sms daripada MRS sejak kenal beliau Mac 2008.

Nampaknya dia sudah nekad dalam karier politiknya. Dia sudah mengistiharkan apa yang menjadi sok-sek politik Kedah sejak Mei 2008 hingga kini. Tahniah di atas keberanian menyerlahkan maksud hatinya.

Adakah Kedah akan tumbang dengan 'bom' pertama ini? Bukankah bom ini berangkai? Inilah politik Kedah, tidak sama dengan Selangor, Penang, Perak maupun Kelantan. Maka, mengambil pendekatan negeri-negeri itu untuk membandingkan dan mengesahkan Kedah terlalu perlahan adalah tidak adil dan tidak wajar.

Kedah tidak akan tumbang, jika pin bom berangkai ini ditarik satu persatu, malah letupan pertama akan jadi sia-sia bagi mereka yang memegang pin. Ada orang menyangka kita tidak tahu apa yang mereka rancangkan, padahal satu persatu plan mereka sudah dibaca. Ada satu sms MRS yang dihantar kepada saya bulan Januari lalu menyatakan dia berpolitik sejak dua puluh tahun dulu. Semua selok belok politik sudah dihadami dan hal remeh temeh seperti khabar angin bahawa dia yang menjadi 'lam' dengan bekas MB, malas dia ambil kira. Tapi saya ambil kira semua itu.

Ada ribuan orang dalam PAS yang berpolitik sejak tahun 60-an. Lebih 40 tahun sudah mengenali politik Islam dan politik sekular, yang mencari dunia, yang mana mencari balasan baik di akhirat. Kita himpun semua pengalaman itu untuk mengkayakan pengalaman jemaah dalam politik. Pengalaman jemaah tentu lebih kaya berbanding seorang dua yang membuat makar.

Exco Akan Berganti....?

Mana ada dalam dunia politik berparti, seorang calon bebas menjadi exco tatkala ramai calon yang setia kepada parti, yang lebih berwibawa dan dipercayai tidak diangkat?

Kelakarnya ialah MRS mengumumkan keluar parti dan menyokong kepimpinan YAB Perdana Menteri DS Najib, yang sah dari BN, tetapi tidak melepaskan jawatan Exco Kerajaan Negeri Kedah dan kekal sebagai Adun. Dia boleh kekal sebagai Adun Lunas, tetapi perlantikannya sebagai Exco adalah atas kuota PKR. Tentu PKR mahu kuota itu diisi oleh Adunnya yang lain.

Exco Kerajaan dilantik oleh KDYMM Tuanku Sultan atas nasihat YAB Menteri Besar. MRS mendapat nasihat yang agak baik bila menyebut dalam sidang akhbarnya bahawa Exco dilantik oleh Tuanku Sultan, dan Tuanku Sultan sahaja boleh memecatnya. Sebab itu, pagi tadi, dia datang ke pejabatnya di Blok E Wisma Darul Aman tanpa rasa apa-apa. Oleh kerana yakin Tuanku Sultan tidak akan memecatnya, maka dia secara terbuka mengistiharkan dia akan kekal sebagai Exco.

Adakah di akan dibiarkan begitu sahaja? Tidak!!! Dia sudah menjadi bebas, tidak berparti. Exco dilantik atas nasihat YAB MB kepada Tuanku Sultan atas sifat keputusan kolektif Ahli-ahli Yang Berhormat yang menang dalam DUN. jika Exco boleh diisi oleh sesiapa sahaja, lebih baik lantik Exco yang baik-baik yang banyak pengalaman dari UMNO atau MCA! Saya katakan yang baik-baik... kaki rasuah, kaki bolot tak boleh, kaki cari kekayaan, tak boleh! Kalau melihat rekod MRS, dia tak jauh beza dari 'kaki-kaki' itu.

Apa yang dia hilang dengan keputusannya itu? Banyak juga...elaun Exco RM15-16 ribu akan menyusut ke elaun Adun RM4,500 sebulan. Pencen sebagai Exco hilang kerana dia tidak berkhidmat cukup 36 bulan. Apa yang dia dapat? Banyak juga la barangkali...

Dia ada beberapa bidang tanah di Langkawi yang dibeli semasa menjadi Exco, dia ada kilang mencetak pakaian di Napoh, dia ada restoren di Shahab Perdana, dia ada beberapa isteri yang telah dikahwininya, salah seorang semasa menjadi Exco, tetapi sudah diceraikannya. Dia dapat banyak juga dah pun.. kalau itu yang dia cari...

Yang mencari dunia, ambillah dunia sebanyak mana yang dimahukan, tapi bagi yang bershahadah, ingatlah balasan di akhirat, yang mengharapkan balasan baik di akhirat, Allah akan bentangkan dunia secara percuma... esok kita bercerita lagi... lepas YAB MB mengadap maklum Tuanku Sultan..!

Setpol MB - Muhammad Sanusi Md Nor.
2 Ramadhan 1430 / 23 Ogos 2009

- dari blog Pemuda Besut

Related Posts with Thumbnails