Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

10.11.08

Kes Altantuya ditangguh ke Januari 2009..


KUALA LUMPUR, 10 Nov (Hrkh) - Perbicaraan kes bunuh model @ wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu telah ditangguhkan ke 15 Januari 2009 untuk memberi masa kepada peguambela bagi menyoal saksi-saksi.

Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Dato' Mohamad Zaki Mohamad Yasin membuat keputusan tersebut hari ini setelah menerima permohonan daripada barisan peguambela yang mewakili tertuduh, Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar.

Kedua-dua tertuduh, Azilah dan Sirul telah diarah untuk membela diri oleh hakim pada 31 Oktober lepas atas tuduhan membunuh Altantuya pada November 2006.

Dalam kejadian tersebut, badan model tersebut telah diletupkan dengan bahan letupan di Shah Alam.

Penganalisis politik, Abdul Razak Baginda yang sebelum ini dituduh bersubahat dalam pembunuhan tersebut telah dibebaskan oleh mahkamah. - mks._


-sumber dari Harakahdaily


Pautan berita dari kes tersebut


Mongolia akan bawa kes Altantuya ke mahkamah pengadilan antarabangsa?

KUALA LUMPUR, 9 Nov (Hrkh) - Kerajaan Mongolia yang kecewa dengan tindakan Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan tertuduh, Razak Baginda akan membawa kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu ke mahkamah pengadilan antarabangsa.

Beberapa blog penganalisis politik dan aktivis hak asasi manusia melaporkan perkembangan tersebut yang disiarkan dalam sebuah laman web Mongolia.

Menurut aktivis hak asasi manusia, Amin Iskandar, jika kes ini didengari di mahkamah pengadilan antarabangsa, perbicaraan akan bermula dari awal dan semua yang terkait dan terlibat boleh dipanggil untuk memberikan keterangan.

"Mungkinkah pada ketika kes itu bermula, Perdana Menteri Malaysia akan menjadi salah seorang yang dipanggil?," katanya sinis.

Sementara itu sebelum ini, bapa Altantuya Dr Shaariibuu Setev, telah menghantar surat kepada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail menggesa beliau mengemukakan rayuan terhadap pembebasan penganalisis politik, Abdul Razak.

Karpal Singh yang merupakan peguam pemerhati bagi keluarga wanita Mongolia itu, berkata beliau menyerahkan surat itu bagi pihak Dr Shaariibuu, kepada Abdul Gani tengah 3 November lalu.

Katanya, beliau turut menghantar surat itu melalui faksimili ke Pejabat Peguam Negara sebelum ini.

Mengikut undang-undang, pendakwaan diberi tempoh 14 hari untuk mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan. Tempoh itu tamat 17 November.

Abdul Razak, 48, dibebaskan tanpa dipanggil membela diri terhadap pertuduhan bersubahat dalam pembunuhan Altantuya oleh Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Dato' Mohd Zaki Md Yasin pada Jumaat lalu.

Abdul Razak, pengarah eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia, dituduh bersubahat dengan dua anggota polis daripada Unit Tindakan Khas (UTK), Cif Insp Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, dalam pembunuhan Altantuya di Wilayah Persekutuan antara jam 9.54 pagi 18 Oktober 2006 dan 9.45 malam keesokannya.

Azilah, dan Sirul Azhar diperintah membela diri terhadap pertuduhan membunuh ibu dua anak lelaki yang berumur 28 tahun itu di Mukim Bukit Raja, Selangor, antara jam 10 malam 19 Okt 2006, dan 1 pagi keesokannya. Mereka menghadapi hukuman mati jika sabit kesalahan.

Semasa memutuskan pendakwaan gagal mewujudkan kes prima facie terhadap Abdul Razak, mahkamah menerima afidavit Abdul Razak yang mengandungi kenyataan pembuktian tidak bersalah yang menurut mahkamah telah menyangkal dan membatalkantuduhan bersubahat yang dihadapinya. - mks. _


-berita boleh juga didapati di weblog Susan Loone. & sumber gambar dari blog [INI]

BERITA SUKAN TERKINI !!! PERWAKILAN BERTUMBUK, MESYUARAT UMNO BAHAGIAN SEREMBAN DI TANGGUH - melayau..


SEREMBAN 9 Nov - Persidangan perwakilan UMNO Bahagian Seremban hari ini ditangguhkan selepas tercetusnya pergaduhan di antara perwakilan dalam dewan Kelab Golf Taman Tuanku Ja'afar di sini.


Keputusan tersebut dibuat oleh Timbalan Pengerusi Tetap UMNO Bahagian, Othman Senara selepas perwakilan mula bertumbuk antara satu sama lain, membaling kerusi ke arah barisan jawatankuasa bahagian serta mengeluarkan kata-kata kesat dalam kejadian yang turut disaksikan pengerusi jawatankuasa pemantau UMNO Bahagian Seremban, Tan Sri Rahim Tamby Chik.


Berikutan kejadian itu, mesyuarat tertangguh selama lebih 30 minit dan difahamkan dua perwakilan mengalami kecederaan.


kah kah kah kah…… kah kah kah kah….. terguling guling…. kah kah kah…. berderai derai….. kah kah kah….terbahak bahak….. kah kah kah…


wakil WORLD BOXING FEDERATION (WBF) dan wakil WORLD BOXING ASSOCIATION (WBA) telah datang ke seremban untuk melihat dan memberi takrifan apakah ini bantamweight, middleweight atau heavyweight…… kah kah kah…


DON KING promoter muhamad ali cley secara senyap-senyap telah menandatangani perjanjian untuk membawa penumbuk-penumbuk ini ke CEASER PALACE sebelum akhir tahun ini….


kah kah kah….kalau dulu don king membuat Thriller in Manila… kah kah kah…kali ini pertumbukan seremban ini akan di kenali sebagai THRILLER REGU GILEER…..


kah kah kah kah…. kah kah kah… kah kah kah


Dicatat oleh Tukar Tiub pada 1:52:00 PM
Label: , ,

- sumber dari Tukar Tiub


[Hahahahahahahahahaha..ameno sama ameno bergadoh, dungu sama dungu baling kerusi, tumbuk bertumbuk..hahahahahaha...awat la hangpa tak pi boh penumbuk kat muka rahim thamby chik tu sekali..baru dengan dia-dia sekali pi buat repot..hahahahaha..pemantau kena belasah...hahahahahaha...lawak la hangpa ni ameno koko..]

9.11.08

Dalam MILO Ada Melamin..Betul ka..??


Doktor, dengar cerita dalam Milo ada melamine,

betul ka ?


Kenapa ? tanya lelaki yang hampir botak kepalanya.


Eh ! kan bahaya melamine pada kita, boleh rosakkan

buah pingang dan bahayakan nyawa. Patut kena tarik balik...


Dah "sure" ka ada melamine ? Itu mungkin Milo dari China,

di Malaysia tak terlibat koot ... ??


Aku bengang dengan helah doktor botak tu. Milo yang ada di sini mungkin dari tempat lain.. Mana doktor tahu ? Aku menyanggah.


Apa yang kau bimbangkan sangat ??


Aku tarik nafas panjang, apa punya "banggang" orang tua ni ?


Kau bimbang, sebab membahayakan diri kau, boleh bunuh dan

cacatkan anak-anak kau... Kau marah sebab kena diri kau,

bukan sebab nanya orang lain. Selama ni Milo, nescafe dan

lain-lain keluaran Nestle dok sumbangkan kesengsaraan pada

saudara dan anak saudara kita di Palestin, tak kamu rasa pun !


Gedebuak, aku kena dengan orang tua tu, padan muka aku,

tak berani aku menjawab, terkebil-kebil. Aku berani tengok tepi

mata bini aku yang dok di sebelah aku saja...


Selama ni Milo dah kolek duit dari ayah dan nenek kita dan

sumbangkan pada zionis musuh Allah, tak kita rasa pun.

Rupanya peperangan mereka, kita yang sponser !

Pembunuhan sedara kita di Palestin, kamu yang minum

Milo yang sponser, betul dak ?


Dia tak berhenti cakap...


Bila kena diri sendiri, takut pula.. Kedekut betul kamu ni!


Kena lagi sebijik


Doktor tak minum Milo ? Tanya aku, mengacahnya.


Bertahun dah tak beli dan tak minumnya..


Esyyh, pelek sangguh ! Betul ka ?

Kata aku kehairanan, ada juga doktor yang tak minum milo.

Patutnya dah lama Milo tu ditarik balik, malah di hukum,

tak layak ada di Mesia ni !


Dah berapa banyak dia sumbangkan kerosakkan kepada anak-anak

saya dan anak kamu. Betul tak ? tanya dia garang..


Aku tak berani nak jawab.


Kamu tak rasa ka, kita ni bersaudara ? Itu yang Rasulullah ajar !

Anak-anak mereka adalah anak-anak kita juga,

sengsara mereka, sengsara kita juga.


Ya laa doktor, tak minum milo pun, kita tak rugi. Banyak lagi pilihan lain.


Celah isteri ku yang dari tadi diam.


Kita berjuang memilih untuk meminum milo atau minum yang lain,

anak-anak Palestin berjuang untuk hidup dalam kesengsaraan atau

mati terbunuh ! Pilihan kita masih banyak.


Lelaki botak itu dah berdiri.. bersungguh-sungguh dalam nadanya


Jomlah kita tengok keluar, jom bantu orang yang sedang dianiaya,

Jom ubah paradigma... Kalau kita tak berkorban, lama-lama

Islam akan terkorban. Minum milo halal, tapi berbelanja untuk

menyumbang penganiayaan mana-mana insan, sama sekali

tidak halal.


Aww !


Jeritku dalam hati.


Sakit !!


Isteriku memijak anak jari kaki ku...


- sumber dari email sahabat.

8.11.08

Akaun kutipan pasar malam & Ramadan jadi 'tin kosong'..

PULAU PINANG, 8 Nov (Hrkh) - Boleh dikatakan setiap pasar malam, pasar Ramadan dan pasar hari khususnya kelolaan Umno dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) tinggal 'tin kosong' bila jawatankuasa pengelola baru mengambil alih tanggungjawab itu.

Jawatankuasa baru yang diamanahkan menjagainya terpaksa membuka akaun baru di bank kerana akaun lama dihilangkan atau bakinya dikeluarkan sesuka hati.

Memang pun Umno tidak boleh diharapkan terutamanya berkaitan wang ringgit kerana masing-masing akan mebahagikan harta yang ada bak kata Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu 'satu untuk engkau, satu untuk aku' macam cerita penyamun dalam filem Nujum Pak Belalang arahan Tan Sri P. Ramlee.

Siapa tidak percaya boleh pergi tanya sendiri pengelola baru di mana ada pasar malam, pasar Ramadhan atau pasar hari. Cerita ini sudah menjadi deruman baru untuk rakyat menolak Umno daripada terus berkuasa lagi apatah lagi di sebelas kerusi yang dimenangi mereka dalam pilihan raya umum ke-12 lalu.

Pengerusi JKKK Penaga, Husin Mat Isa ketika ditemui berkata, JKKK lama tidak langsung menyerahkan akaun di bawah pentadbiran mereka sebaliknya menyembunyikan daripada pengetahuan pengelola baru.

"Itulah, jika tidak menipu bukan Umno namanya. Sepatutnya bila penyerahan tanggungjawab beritahu kami baki akaun yang ada sekurang-kurangnya pengambil alihan itu bertanggungjawab, " ujarnya.

Contohnya, semasa Ramadhan lalu kami dapat menyimpan RM2,000 dan mula mengutip di pasar hari iaitu RM200 setiap hari Khamis dan RM400 setiap hari Ahad.

Jika dikira sebulan pastinya RM2,000 boleh dikutip dan dimanafaatkan untuk kemudahan orang ramai nanti.

"Kami berjanji mengelolakannya yang amanah dan telus. Biar PAS dan Pakatan Rakyat nyata menjadi harapan rakyat dan golongan peniaga dan bukannya Umno lagi seperti sebelum ini, " tegasnya.

Sementara itu, Pengerusi JKKK Pokok Sena, Mohd Zamri Abdul Hamid pula menjelaskan, kutipan wang pasar malam Pokok Sena diselewengkan apabila seorang tokoh penghulu daripada Kepala Batas tidak menyerahkan wang tersebut kepada pengelola baru yang bercadang memperkemaskan pasar malam tersebut.

"Banyak masalah yang perlu dibaiki di pasar malam itu jadi peniaga harus bersabar kerana kami terima 'tin kosong' dari pengelola lama, " jelasnya. - mks._


- sumber berita dari Harakahdaily


[apa nak jadi la dengan hangpa ni puak2 ameno? dah lama daaahhh...dok mentekedarah duit buta hangpa nak pi mana? Bila mati nanti hangpa pi dok tang lain kot, pi dok planet pluto kott..?? tak sedaq kediri la hangpa nihh..cehh..bikin malu jaa..]

Terima 900 Aduan Politik Wang...bukan Rasuah Ka..???

Sogokan: Sia-sia adu ke lembaga disiplin

Sia-sia sahaja melaporkan politik wang kepada lembaga disiplin Umno kerana ia tertakluk kepada keputusan Majlis Tertinggi (MT), kata seorang pegawai calon presiden Umno Tengku Razaleigh Hamzah.


Datuk Kamal Amir Kamal Hijaz menambah, beberapa rakannya telah membuat laporan kepada lembaga disiplin mengenai politik wang tetapi tiada maklum balas yang diterima mengenainya.

"Semua orang bercakap mengenai politik wang... Kita difahamkan ada kira-kira 800 laporan serupa telah dibuat kepada lembaga disiplin Umno.

"Tetapi kita tahu lembaga disiplin Umno bukannya sebuah badan bebas, jadi tidak perlu membuat laporan kepadanya," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Bagaimanapun, katanya lagi, pihaknya dengan kerjasama cawangan dan bahagian Umno di seluruh negara sedang mengumpul bukti mengenai politik wang.

Katanya, sebaik sahaja laporan tersebut diperolehi, ia akan diadukan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk tindakan lanjut."Jika Umno berani, ia perlu menubuhkan sebuah suruhanjaya untuk menyiasat politik wang dalam parti."Suruhanjaya ini juga yang sepatutnya yang menyelia mesyuarat Umno di seluruh negara," katanya ketika diminta mengulas sama ada akan membawa isu sogokan seperti dakwaannya kepada lembaga itu yang dipengerusikan Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail.

Kamal Amir kelmarin mendakwa Tengku Razaleigh gagal mendapat cukup pencalonan untuk jawatan presiden Umno kerana enggan menyogok wang kepada para perwakilan.

Beliau mendakwa, wakil lebih 50 bahagian Umno yang hendak mengadakan mesyuarat perwakilan, datang menemuinya (Kamal) untuk meminta sogokan sebelum mesyuarat dijalankan."

Ada yang datang meminta RM500 dan ada juga yang mahu bayaran sehingga RM1,500 seorang."(Tetapi) saya memberitahu mereka bahawa kami tidak ada wang.

Tengku (Razaleigh) tidak mahu mengeluarkan wang untuk mendapatkan pencalonan."Tengku hanya menawarkan diri supaya dinilai dan dipilih oleh para perwakilan dan bukannya memberi wang untuk mendapatkan pencalonan," katanya.


BERITA GUMBIRA !!! UMNO TERIMA 900 ADUAN POLITIK WANG- utusan melayau

KUALA LUMPUR 7 Nov. Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail meminta pucuk pimpinan UMNO segera menyelamatkan parti itu daripada kehancuran berikutan berleluasanya politik wang pada pemilihan sekarang yang disifatkan paling serius dengan lebih 900 aduan telah diterima setakat ini.

Menurut Tengku Ahmad Rithauddeen, beliau sudah pun berulang kali melaungkan amaran mengenai politik wang, malangnya lebih banyak aduan diterima kali ini berbanding pemilihan UMNO empat tahun lalu.

Saya tidak ingat jumlahnya secara tepat tetapi rasanya sudah lebih 900 aduan mengenai politik wang diterima setakat ini,� katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Jumaat lalu, Majlis Tertinggi (MT) UMNO memberi amaran kepada ejen pelobi, pengurus kempen dan perayu undi calon-calon pemilihan UMNO yang berada di hotel-hotel sekitar ibu negara dan negeri-negeri supaya pulang ke bahagian masing-masing sebelum dikesan oleh pemantau serta dikenakan tindakan.
Tengku Ahmad Rithauddeen berkata, masalah utama dalam membanteras politik wang dalam UMNO kini ialah gejala buruk tersebut telah diterima oleh sebahagian besar ahli parti itu dan sudah menjadi satu bentuk budaya.

kah kah kah…. kesian…. kesian… ada lebih 900 kes …kah kah kah….woit banyak nya…. kah kah kah …. yang datang perhimpunan berapa?........ lebih dari setengah….

kah kah kah…kesian tengku ni…. dia dah beri amaran banyak kali…. kah kah kah… tapi tak ada sapa nak dengar…. kah kah kah…dah jadi quran buruk…. kah kah kah

nak suruh pelobi balik kampung…. kah kah kah….tak makan lah gro di teratak dan mawar biru…. kah kah kah…. sapa nak jarjir jarjis gro ni… kah kah kah..

SUDAH MENJADI SATU BENTUK BUDAYA…. kah kah kah… abis lingkup…rahai…. terbarai….



-sumber dari Malaysiakini & Tukar Tiub


7.11.08

Raja Petra BEBAS...I.S.A Tidak Sah..!!!







-sumber dari Suara KeADILan dan Malaysiakini

Raja Petra Akan Di Bebaskan Dari Tahanan I.S.A..!!!


TERKINI..!!! Mahkamah perintah Raja Petra dibebaskan dari ISA…


Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi Jumaat memutuskan penahanan pengendali laman web Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin dibawah ISA tidak mengikut undang-undang dan mengarahkan dia dibebaskan.Raja Petra buat permohonan untuk dibebaskan menerusi habeas corpus, Hakim mengarahkan Raja Petra dibawa ke mahkamah jam 4 petang ini dan dibebaskan.

Raja Petra berada di kem tahanan Kamunting,Taiping sejak 23 September lalu setelah ditahan ISA pada 12 September lalu.Dia ditahan kerana menyiarkan artikel yang didakwa menghina Islam - 7/11/2008


-sumber berita dari Agenda Daily


KUALA LUMPUR, 7 Nov (Hrkh) - Pengendali laman web Malaysia-Today, Raja Petra Kamaruddin akan dibebaskan sebelum pukul 4.00 petang hari ini.

Menurut isteri beliau, Marine Lee Abdullah yang dihubungi sebentar tadi, Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan perintah penahanan ke atas suami beliau yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri tidak sah.

Raja Petra telah ditahan di bawah ISA kerana didakwa boleh mengganggu dan mengancam keselamatan dan ketenteraman awam pada 12 September lalu.

Beliau dihantar ke Pusat Tahanan Kamunting pada 23 September lalu setelah Menteri Dalam Negeri menandatangani perintah tahanannya malam sebelumnya mengikut Seksyen 8 akta tersebut, yang membolehkan beliau ditahan tanpa bicara.

Mengikut akta tersebut, perintah tahanan ke atas Raja Petra itu boleh disambung setiap dua tahun. - mns_


- sumber berita dari Harakahdaily


[Sesungguhnya yang BENAR akan tetap BENAR akhirnya, hari Jumaat sebagai Penghulu Segala Hari penentu segalanya.. Pada hari Jumaat lah beliau di tangkap, tanpa sempat menunaikan solat Jumaat, namun pada hari Jumaat jualah beliau akan dibebaskan..Ada Rahmat Di Sebalik Sesuatu Kejadian... Mahkamah saja boleh mencabar I.S.A ini.. Mansuhkan I.S.A..!!!]

Berita Terbaru Dari Amerika...!!!






Washington DC 5 Oktober - Beberapa buah van Fed Ex dan van-van yang tidak berjenama kelihatan keluar masuk ke dalam Rumah Putih.


Di sebelah belakang West Wing kelihatan asap berkepul-kepul. Tiga orang pembuat kunci juga telah didatangkan ke Rumah Puteh.
Apabila Michel Ikonis jurucakap Rumah Puteh ditanya media beliau hanya berkata .. …kami belajar dari Khir Toyo… dia koyak dan bakar fail….



Bila ditanya tentang kesampaian tiga orang tukang pembuat kunci, Ikonis telah berkata ‘… kami ikut nasihat Tajul Rosli…. Luara Bush menangis tak hendak meninggalkan Rumah Puteh macam Tajul Rosli dan isterinya dulu….. kah kah kah kah… (AjensiTT)




- sumber dari Tukar Tiub


GGMM Tak Akan Berani Saman kerajaan pusat Kerana Bakul Sampahkan Bahasa Ibunda..!!!

Rasa geli geleman apabila membaca berita mengenai Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM) atau Young Malay Graduates Federation pada jam 2 petang, 4 November 2008 telah menyaman kerajaan DAP negeri Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang berhubung papan tanda tri-bahasa yang ingin didirikan di kawasan tapak warisan sejarah Pulau Pinang. Nik Rizman Sapian (AJK GGMM, seorang usahawan dari Kuala Lipis Pahang) telah memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Nik Rizman dengan diwakili oleh Sharihan Jani dari Tetuan Sahrihan & Hamdan, dengan menamakan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sebagai defendan pertama dan kerajaan negeri Pulau Pinang sebagai defendan kedua. Seramai 200 anggota GGMM mengadakan perarakan secara aman dari Padang Kota Lama menuju ke perkarangan Mahkamah Tinggi.

Kelihatan masing masing melangkah gagah siap berselempang kuning...terjerit - jerit hidup Melayu....tetapi kesian mereka cuma alat propaganda tak lebih dari itu.

Cuma kalau sesiapa kenal 'bebudak' GGMM ini tolong sampaikan salam che'GuBard...tolong tanyakan kepada mereka adakah meletakkan tambahan bahasa di papantanda kawasan perlancongan lebih menghina bahasa kebangsaan dari menyingkirkan bahasa tersebut sebagai bahasa Ilmu dengan 'mengajar' di University dan sekolah guna bahasa Inggeris...? Kalau GGMM ini konsisten che'GuBard juga tabik ....malangnya cuma alat ikut musim dan isu.



Kebelakangan ini, selepas PRU ke 12 memang banyak timbul pejuang bangsa versi baru. Kononya kerana Melayu tertindas...... dalam satu forum yang turut dihadiri bekas Perdana Menteri pernah bangun seorang budak Melayu cakap berapi api soal bangsa Melayu tetapi cakap dalam bahasa Inggeris... lepas forum ada teman yang dekat dan bertegur sapa denganya .....ya Allah...cakap Melayu tunggang langgang....



Semalam ramai rakyat Malaysia dengan poyonya merayakan kemenangan Obama sebagai Presiden Amerika.... antaranya ialah kononya ini bukti pecahnya tembok perkauman..... Obama pembawa obor politik baru..perubahan.... tetapi bayangkanlah orang yang sama juga menyumpah seranah apabila seorang bukan Melayu menggantikan sementara jawatan seorang Melayu yang korup di PKNS.




hahahahahaha..... nak guna ayat bebudak Mambau......... lu pikir la sendiri !!!!!!!!!!!!!

- sumber dari blog che'gu Bard

Ameno rampas dewan orang ramai, Pejabat Daerah SPU berdiam diri?


TASEK GELUGOR, 6 Nov (Hrkh) - Dewan Umno Merbau Kudung dikenal pasti mengalami tunggakan bil elektrik hampir RM7,000.00 dan ini merupakan satu penyelewengan yang harus disiasat segera kata, Yang Dipertua PAS Tasek Gelugor, Ustaz Khalid Man.

Dewan yang dulunya terpampang tulisan 'Dewan Muhibbah' Merbau Kudung adalah milik Pejabat Daerah Seberang Perai Utara (SPU) tiba-tiba hilang status sebagai dewan untuk masyarakat apabila Umno Cawangan Merbau Kudung tanpa malu bertindak melabelkan bangunan itu milik mereka.

Menurut beliau, sepatutnya Pejabat Daerah SPU tidak boleh membenarkan penggunaan nama 'Dewan Umno Merbau Kudung' kerana bangunan yang menempatkan satu gelanggang badminton itu dibina dengan menggunakan wang rakyat.
"Umno semasa menaikan papan tanda itu mungkin tidak terfikir Barisan Nasional (BN) boleh kalah pada pilihan raya umum ke-12 lalu maka sebab itu mereka bertindak megah seolah harta parti mereka, " ujarnya yang juga Bendahari Badan Perhubungan PAS Negeri Pulau Pinang.

Harakahdaily mendapati, kini bangunan bersebelahan Masjid Jamek Al-Marbawi disita manakala alat kelengkapan dalamnya seperti kerusi, meja, P.A System dihilangkan dari situ.

Ramai yang tertanya siapakah yang bertanggungjawab terhadap kehilangan hak kerajaan itu.

"Soalan itu hanya kepimpinan Umno Cawangan Merbau Kudung saja yang layak menjawabnya kerana mereka bertanggungjawab menjaganya bukan lepas tangan begitu sahaja, " tegasnya. - mks. _


- sumber berita dari Harakahdaily & gambaq terbalik dari AsidBurn


[ ishhh..memang la malaun-2 ni jenih tak sedaq kediri, apa punya hampaih nyok la hangpa nih..cehh..bikin malu kompeni pak menakan hangpa daa...sedaq la bila dah kalah, bagi la balik reta rakyat bagi hamba Allah lain nak guna...tu la saja nak bagi orang kata.."perak buih betoi laa.."..Marang Kerapu Kepunden..Marang Sekeperrr...]

6.11.08

The Highest Position In The World..!!!

Do you know who is sitting in The Highest Position of the World ???





New U.S President, Barrack Obama..??? NO








Osama Bin Laden..??? NO








UN General Secretary ? NO








Pope Benedict ? NO










I Will Tell You But Please Don't Wonder...

...

.....

........
.............






Hehehehehehehehe....

4.11.08

Kerajaan Pulau Pinang Di Saman...!!!




P.Pinang disaman guna papan tanda pelbagai bahasa

Kira-kira 200 anggota Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM) mengadakan perarakan secara aman hari ini sebelum memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang terhadap kerajaan Pulau Pinang berhubung penggunaan papan tanda nama jalan dalam pelbagai bahasa di tapak warisan Georgetown.


Mereka mengadakan perarakan itu dari Padang Kota Lama menuju ke perkarangan Mahkamah Tinggi yang terletak tidak jauh dari situ.

Dalam writ saman yang difailkan pada jam 2.55 petang, gabungan itu memohon mahkamah mengeluarkan perintah menghalang papan tanda itu dinaikkan.

Gabungan itu turut memohon satu deklarasi dibuat berhubung Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan bagi mempertahankan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, demikian menurut laporan Bernama.



Writ saman telah difailkan oleh wakil gabungan itu Nik Rizman Sapian menerusi peguam Sahrihan Jani dari Tetuan Sahrihan & Hamdan, dengan menamakan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sebagai defendan pertama dan kerajaan negeri Pulau Pinang sebagai defendan kedua.

Dalam penyata tuntutan, Nik Rizman yang juga anggota GGMM, menyatakan bahawa beliau telah menghantar notis tuntutan kepada kedua-dua defendan supaya membatalkan keputusan memasang papan tanda nama jalan dalam pelbagai bahasa di tapak warisan Georgetown.


Kedua-dua defendan telah mengabaikan notis yang dihantar melalui Tetuan Azam Aziz dan Rose Maria menyebabkan beliau memohon satu deklarasi dan injunksi dari mahkamah.


Ketika ditemui pemberita di luar perkarangan mahkamah, Pengerusi GGMM Khairul Azam Abdul Aziz berkata perjuangan gabungan itu bertujuan mempertahankan ketuanan Melayu yang kian tercabar.

Perjuangan kami berdasarkan peruntukan undang-undang dan bukan berdasarkan emosi semata-mata, kalah menang itu adat, yang penting kami berjuang mempertahankan kedaulatan Melayu," katanya.

Terdahulu 200 anggota gabungan itu mengadakan perarakan secara aman dari Padang Kota Lama menuju ke perkarangan Mahkamah Tinggi tidak jauh dari situ.



- sumber berita dari Malaysiakini.



[ Hhhmmm...camno hah? Nak gelak ka nak buat apa?.... ]

Jawatan Kosong...



KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.


TARIKH TEMUDUGA: Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA: Di dalam kubur (alam barzakh).


KELAYAKAN: Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet. Anda tidak perlu bawa pingat, Mercedes mata belalang atau kad kredit. Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul. Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.

Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.


PANEL/PENEMUDUGA: Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON: Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.


!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
kaasiii peecaaahhh laaaaaa........(R)

-sumber dari email sahabat.
Related Posts with Thumbnails