Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

16.8.09

Himpunan Anti-ISA: Premis Perniagaan Ditutup Atas Arahan Polis...??? ~ malaysiakini


Suatu petang 3 Ogos di Perhentian Bas Jalan Duta, Kuala Lumpur empat orang lelaki sedang leka berbual di gerai kiosk makanan berhampiran bangunan perhentian teksi.

Seperti biasa, telinga lintah saya memainkan peranan dengan baik sekali. Oleh kerana mereka banyak kritik GMI dan para demonstran yang turun di jalanan, 1 Ogos lalu, maka saya pun mengutip beberapa isu yang saya fikirkan penting direnungkan bersama.

Seperti biasa, oleh kerana mereka membawa teksi, maka mereka banyak mengadu susah, sibuk dan kesesakan lalu lintas pada 1 Ogos lalu.

"Aku nak cari pelanggan pun susah," kata salah seorang daripada mereka. "Sesak, jalan tu dah kena tutup."

Lalu, hal yang sedemikian itu disambut oleh teman-teman semata pencarian dengannya. Itulah kisah kesusahan pemandu teksi tersebut. Belum masuk lagi keluhan para peniaga berjiwa Umno termasuk mereka yang telah lama diperbodohkan Umno selama ini.

Agak lama mereka berbual, maka salah seorang dalam kalangan mereka akhirnya telah menyebutkan hal tindakan para peniaga yang menutup premis perniagaan mereka.

"Polis yang minta ditutup premis perniagaan. Jadi, mereka pun tutuplah.." katanya.

Kedai ditutup agar memudahkan polis menyuraikan perhimpunan?

Jikalau hal yang disebutkan oleh pemandu teksi yang saya dengar di Jalan Duta ini benar, maka ada beberapa perkara yang mesti kita renungkan bersama.

Pertamanya, tindakan GMI dan para demonstran turun di jalanan itu adalah sah menurut peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan rakyat kita berhimpun.

Maka, jika ada mana-mana perundangan, akta-akta yang membatalkan hasrat kita untuk berhimpun, menyuarakan hasrat dan bantahan, maka akta itu adalah akta batil.

Ini kerana, disebutkan dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa perlembagaan ini ialah undang-undang yang tertinggi selepas merdeka. Dan, mana-mana perundangan yang ada bersalahan dengan peruntukan perlembagaan, maka ia (akta tadi) adalah terbatal.

Syahadan, kalau rakyat dibenarkan berhimpun oleh Perlembagaan Persekutuan, dan polis menggunakan kuasanya atau menggunakan alasan permit sebagai suatu alat untuk sahkan perhimpunan itu, maka segala tindakan polis tempoh hari adalah tidak wajar.

Pendek kata, permit polis itu adalah suatu yang terbatal dan polis tidak boleh menjadikan alasan --- perhimpunan itu tiada permit, maka polis berhak menyuraikan perhimpunan itu --- sebagai suatu kenyataan keramat. Apa-apa yang diyakini polis sebagai suatu keramat bagi mereka itu, sebenarnya, pada hakikatnya adalah suatu yang tidak betul.

Umno, BN dan polis seharusnya bertaubat, bermuhasabah dan kembali ke pangkal jalan untuk meminta maaf kepada rakyat di atas segala kesilapan mereka selama ini yang telah berlaku biadap hingga melanggar tebing peraturan, menabrak perlembagaan negara.

Permit polis untuk berhimpun adalah batil!

Pihak penganjur sebetulnya boleh memaklumkan polis supaya mereka dapat mengadakan kawalan agar laluan pada 1 Ogos lalu, terurus baik. Dan polis patut memansuhkan sistem permit kerana amalan ini bercanggah dengan semangat Perlembagaan Persekutuan.

Saya dimaklumkan oleh rakan-rakan mahasiswa di Indonesia, bahawa polis dimaklumkan oleh para penganjur bahawa mereka akan membuat perhimpunan. Dan polis mengizinkan perhimpunan tersebut berjalan dengan baik, tenang dan aman.

"Syaratnya, jangan dibuat pada hari perayaan umum dan polis akan datang untuk pastikan keselamatan awam," kata seorang pimpinan siswa Indonesia.

Dalam konteks negara kita, mungkin rundingan demi rundingan boleh dilakukan lagi jika polis, mahu menjernihkan keadaan ini.

Ketua Polis Negara, Musa Hassan sepatutnya belajar dengan pasukan polis di Indonesia berhubung hal ini. Ketepikan dulu soal mereka bekerja di bawah BN dan cuba-cubalah buka pintu rundingan bersama pihak demonstran dan penganjur perhimpunan itu.

Jika polis bersedia belajar mengenali di mana kesilapan mereka ini, yang akan cuba tutup pintu rundingan ini, hanyalah Umno dan Barisan Nasional sahaja.

Mansuhkan ISA, bukan pinda: Najib tak reti bahasa!

Lihat sikap Najib yang marah-marah kepada demonstran, GMI, pembangkang yang telah mengadakan perhimpunan tempoh hari.

Beliau marahkan demonstran yang tak sabar dengan keputusan kerajaan yang akan pinda ISA. Kalau Najib bijak, dia tentu tahu dan sedar, kenapa perhimpunan itu masih berlaku. Ada beza antara pinda dan mansuh. Pindaan bererti, ada ruang untuk menzalimi lagi.

Maka, perhimpunan itu masih wujud kerana kerajaan bukan mahu mansuhkan, tapi cuma pinda sahaja. Seperti juga PPSMI, bukan mansuhkan, tetapi penundaan ke atas kononnya mahu dimansuhkan pada 2012. Sebab itulah, masih ada yang membantah.

Kebodohan Najib dalam hal memahami kehendak rakyat ini tidak sama dengan hasratnya saat mengumumkan tiga budaya Umno yang mahu mendengar suara rakyat, berkhidmat untuk rakyat, dan mampu menyelesaikan masalah rakyat.

Ini semua slogan Najib yang palsu. Para demonstran itu adalah rakyat juga. Rakyat yang mahukan ISA itu dimansuhkan, bukan dipinda. Jadi, Najib menipu atau terlupa ketika dia umumkan penegasan berhubung amalan tiga budaya Umno tersebut.

Budaya Umno pertama-mendengar suara rakyat telah dipatahkan oleh sebab Najib sendiri tak mahu mendengar suara rakyat dalam kalangan demonstran yang ingin ISA dimansuh. Rakyat tidak mahu lagi ISA dipinda-pinda.

Jadi, jika Najib tak mahu mansuh dan cuma meminda, maka Najib selaku Presiden Umno sendiri tidak amalkan segala yang beliau katakan itu mengenai Budaya Umno.

Jika Najib selaku Presiden Umno sendiri sudah gagal mendengar suara rakyat, maka ahli-ahli Umno juga tak mungkin mampu mengamalkan tiga budaya Umno tadi. Mungkinkah ketam mengajar anaknya sendiri berjalan dengan betul?

Kalau Najib sudah gagal mengamalkan budaya Umno yang pertama, maka budaya Umno yang kedua dan ketiga pun, sudah tentulah akan gagal dilaksanakan juga.

Polis dan Umno perlu bertanggungjawab di atas kerugian para peniaga

Apa pun, kembali kepada tajuk bualan berhubung tertutupnya premis perniagaan dengan sebab wujudnya perhimpunan tersebut.

Persatuan peniaga yang rata-ratanya aktivis Umno sepatutnya sedar bahawa polis dengan arahan Umno, mahu membelasah demonstran. Tapi, dalam masa sama, mereka tak mahu hal itu jejaskan orang ramai. Umno, polis mungkin risau rakyat akan marah mereka.

Apa yang perlu polis buat sekarang? Maka, salah satu langkah kilat dan bijak, ialah kaum peniaga diperalatkan dengan bantuan media. Kononnya, premis perniagaan ditutup. Jadi, ini semua salah demonstran. Padahal, polis yang mengarahkan premis itu ditutup.

Sebab itulah, antara tindakan yang perlu polis lakukan ialah, mengarahkan peniaga agar menutup ruang premis perniagaan agar mereka mudah meletupkan bom, menyemburkan water canon kepada demonstran setelah premis perniagaan itu ditutup.

Kaum peniaga juga mempunyai kepentingan yang perlu Umno laksanakan. Dan, mereka juga perlu berunding dan bersyura dengan ahli-ahli dan para pimpinan Umno.

Mungkin kaum peniaga itu akan terpaksa berdepan dengan suatu keadaan di mana, segala pintu rundingan dan jalan bermesyuarat sudah tertutup rapat.

Hal yang sama pernah diterima Kumpulan Prihatin saat ingin berunding dengan mantan Menteri Pelajaran Hishammuddin Hussein berhubung pemansuhan PPSMI. Maka, Najib yang khuatir dengan masalah sepupunya itu, dengan segera menyelamatkan Hishamudin dengan meletakkan beliau ke suatu jawatan yang lain pula.

Jadi, setelah rundingan tertutup, maka sebab itulah hadirnya GMP yang ditubuhkan untuk memansuhkan PPSMI. Kalau PPSMI dimansuhkan melalui rundingan secara baik, damai, nescaya tidak berlaku perhimpunan GMP di Istana Negara sebelum ini.

Perhimpunan terjadi setelah rundingan demi rundingan telah ditutup rapat. Cubalah nanti kalau para peniaga mahu membuat apa-apa tuntutan kepada kerajaan dan mesyuarat pun tidak dipedulikan lagi, tentulah pertubuhan peniaga pun terpaksa berhimpun juga.

Pada saat itulah, polis dengan arahan Umno akan terus meneruskan proses biasa juga. Peniaga akan dinasihatkan meminta permit terlebih dahulu. Permit pun kalau diminta juga boleh jadi diberi, atau tidak diberi atau kalau diberi pun, boleh ditarik semula pada saat-saat akhir dengan sebab Umno tidak mengizinkan para peniaga itu berhimpun.

Kena tambah RM1

Saya pulang ke Kg Baru dengan kupon sebanyak RM11 dari Jalan Duta. Sebelum wujud sistem ini, kebiasaannya, tambang lebih kurang RM7 telah dikenakan dengan meter.

Kali ini, selain dikenakan caj RM11, tiba-tiba pemandu teksi itu meminta lebihan RM1, lalu menjadikan tambang itu naik sebanyak RM12.

"Pemandu teksi ni minta RM1, kalau abang nak pergi ke Kg Baru," kata penjaga kaunter teksi itu. "Maklumlah, masa petang ni, jalan ke sana agak sesak sikit."

Pemandu teksi itu tidak bertanya terus kepada saya. Mungkin didorong rasa segan, malu. Malu itu separuh keimanan. Jadi, masih ada nilai-nilai murni lagi hadhari. Maka saya pun berkompromi juga, dan beri jugalah wang RM1.

(Err.. lagi pun, takkanlah saya nak menapak sehingga ke Kg Baru?)

Dalam perjalanan, pemandu itu melalui jalan di Bukit Tunku tempat di mana terletaknya rumah orang-orang kaya, termasuk rumah isteri pertama Najib sebelum Najib menikahi Rosmah Mansur. Itulah jalan terdekat ke Kg Baru bagi mengelakkan kesesakan.

Pemandu itu berceloteh banyak perkara mengenai LPKP, meter yang perlu dia sewa dan semua celoteh itu mungkin suatu reaksi tindakbalas ke atas sikapnya yang meminta RM1 daripada saya. Banyaklah juga kesusahan hidupnya yang dikongsi bersama.

"Ramai pemandu teksi Jalan Duta tu yang asalnya orang-orang kaya. Mereka jatuh muflis sebab lupa daratan," jelas beliau lagi. "Akhirnya, mereka terpaksa pandu teksi."

Apakah orang-orang kaya itu muncul tiba-tiba dengan sebab DEB setelah rapat dengan Umno tidaklah diketahui. Yang saya tahu, salah seorang daripada mereka itu telah jadi pembekal kepada segala peralatan seperti baju-baju tentera.

"Dia orang kampung saya di Kuala Pilah," kata kenalan baru saya itu. "Rumahnya lima, dan semuanya hilang sekelip mata setelah muflis."

Pemandu teksi tergolong dalam kalangan peniaga. Kita bukan hanya meniaga barangan, malah perkhidmatan. Pemandu teksi meniagakan perkhidmatannya membawa pelanggan ke tempat yang diinginkan oleh para pelanggannya.

Umno dan kaum peniaga termasuklah pemandu teksi, hubungannya cukup rapat bagaikan aur dengan tebing. Apabila pemandu teksi ini terpaksa melakukan suapan demi suapan ke atas LPKP, maka Umno perlu bertanggungjawab kerana menyebabkan pemandu teksi ini susah. Ini yang menyebabkan seorang daripada mereka meminta RM1 dari saya.

Ini cuma sepercik kisah gelap yang tertumpah ke telinga saya petang itu. Ada banyak lagi kalau mahu diceritakan semuanya sehingga melimpah-limpah pula nantinya.

Demi sesungguhnya, Umno serta polis secara tidak langsung telah menyusahkan peniaga dan pemandu teksi yang ingin mencari rezeki pada 1 Ogos lalu. Demikian menurut Raja Nong Chik yang sejak awalnya cuba 'mensasarkan' kerugian berjumlah RM200 juta!

Kalau taksiran kerugian itu menjangkau lebih RM200 juta, mungkin pada beliau, makin maraklah kemarahan rakyat ke atas demonstran dan penganjur perhimpunan 1 Ogos lalu. Namun, percubaan Nong Chik tak berhasil setelah jumlah taksiran kerugian tidak cecah angka yang beliau cuba sasarkan itu.

Mungkin terpaksa dibuat kajian lain agar angka, jumlah kerugian itu hampir sama dengan kenyataannya sebelum ini. Apa yang pasti, Nong Chik dan Najib memang berdendamlah dengan para demonstran dan pihak penganjur perhimpunan itu.

Ekoran dendam yang tak kunjung padam, media telah diminta mengguna kenyataan para peniaga khasnya, pemimpin pertubuhan peniaga yang sememangnya orang Umno untuk mengirimkan kutukan ke atas penganjur perhimpunan 1 Ogos lalu.

Tak apalah. Apa-apa pun, kalau pihak persatuan peniaga ada apa-apa masalah yang gagal diselesaikan, dan pemandu teksi yang ada apa-apa tuntutan yang tidak dipedulikan LPKP, maka tak perlu malu-malu bertemu dengan para demonstran untuk meminta bantuan.

Juga.. kalau ada mana-mana pihak cawangan khas Bukit Aman yang ada masalah dengan Musa Hassan, tidak perlu malu-malu bertemu dengan kami untuk berborak sambil pekena teh tarik di Restoren Haslam yang jadi pusat penggambaran drama Gerak Khas itu.

Demonstran jalanan, walau hatinya terluka gara-gara dipukul belantan FRU dan disembur air gatal, tapi pintu hatinya mungkin terbuka untuk mendengar keresahan polis juga.

Jika Umno ada tiga budaya Umno yang baru diperkenalkan Najib, kami pun ada budaya yang sama juga. Malah, demonstran jalanan ini lebih kental dalam rangka melaksanakan budaya-budaya Umno tadi; mendengar, berkhidmat dan menyelesaikan, insya Allah.

5:30 p.m, 9 Ogos Sekolah Pemikiran Kg Baru (Cawangan Pendang)

Segala pandangan dan maklumbalas boleh dimajukan lewat mel-e ibnuamir@yahoo.com.

- sumber dari : Harakahdaily


--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

15.8.09

Kerja-kerja Seekor PAKAR... ~ malaysiakini

DULU - SEKARANG DAN SELAMA-LAMANYA



NOTA :

Dulu pakar membakar jamban tan.
Hari ini pakar penutup internet.
Sebenarnya pakar bodek.

- dari blog TukarTiub

14.8.09

Ustaz Asri Ibrahim Dalam Kenangan... ~ malaysiakini



Membuka laman berita-berita Malaysia sejurus solat subuh hari (4.30 pagi UK = 11.30 pagi Malaysia) menemukan saya dengan berita yang menyedihkan. Ustaz Asri Ibrahim, volkalis kumpulan Rabbani pergi selama-lamanya menemui ilahi. Takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga Al-Marhum Ustaz Asri Ibrahim atas pemergian abadi ini.

Pemergiannya dikaitkan dengan sakit jantung yang kini semakin banyak menragut nyawa orang muda. Ia bukan lagi sebuah penyakit orang tua. Saya sendiri pernah diserang sakit yang sama (99 % arteri utama sebelah kiri tersumbat) dan hampir-hampir menemui ajal pada tahun 2004 di Jordan.

Berdasarkan ingatan saya, nasyid-nasyid nadamurni mula menyentuh minda dan hati saya pada tahun 1990 dengan lagu-lagu seperti To'laal Badru 'Alayna, Maulana ya maulana, Selimut Putih, Di Pondok Kecil, Selawat, Munajat dan lain-lain. Hampir semua nasyid-nasyid nadamurni pasti menjadi kesuakaan saya, malah boleh dikatakan saya amat terpukau dengan suara solonya yang ketika itu saya kira, suara yang paling indah pernah saya dengari.


- sumber dari Zaharuddin.net

* p/s - Salam Takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga Rohnya Dicucuri Rahmat. Al-Fatihah.

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

13.8.09

Berita Paling HOT Dari Permatang Pasir... ~ malaysiakini

JENTOLAK PENGGALI DAH MASUK KAMPONG...



PERMATANG PASIR

Penduduk Permatang Pasir telah terperanjat apabila melihat beberpa buah jentolak masuk ke kampong mereka pagi ini.

Adalah di fahamkan jentolak penggali ini yang dimiliki oleh sebuah syarikat swasta yang beribu pejabat di Ipoh telah mendapat kontrek untuk menggali di Permatang Pasir.

Lebai Suffin Tok Menara 67 tahun, penduduk asal Permatang Pasir ketika ditanya telah memberitahu kemungkinan jentolak penggali ini adalah untuk bekerja meneruskan projek perumahan yang terbengkalai di Permatang Badak.

Tetapi menurut Cik Gu Faiz Arrifian 42 tahun yang juga bekas ahli JKK Permatang Pasir, jentolak ini telah dihantar atas arahan Muhyiddin Yassin. Tujuan jentolak ini ialah untuk menggali sebuah sungai di Permatang Pasir.

Menurut Cik Gu Faiz, Muhyiddin Yassin mahukan sebuah sungai disediakan di Permatang Pasir secepat munkin sebelum hari penamaan calon. Sungai ini amat-amat diperlukan.

Cik Gu Faiz yang juga telah dilantik sebagai sub kontrektor projek ini dengan bangganya telah menjelaskan bahawa dengan adanya sungai baru di Permatang Pasir maka Muhyiddin Yassin akan dapat sekali lagi menjanjikan sebuah jamban tan baru untuk para pengundi di Permatang Pasir. Janji jamban tan ini menurut Faiz telah berjaya memenangi hati para pengundi di Manek Urai kah kah kah.(TT)

- dari TukarTiub

* p/s - hahahahahahaha....wak sembab pernah janji dulu dan siap ugut pengundi kat MU aritu...la kena getah la kat Permatang Pasiaq... hahahaha..jamban ka jamba-tan...

12.8.09

Dengaq Boleh, Percaya Jangan... ~ malaysiakini

BN akan tunai janji ikut peti undi

BN akan menunaikan janjinya di kawasan peti undi yang dimenanginya walaupun calonnya kalah dalam pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir 25 Ogos ini.
"
Kali ini kita guna pendekatan berbeza di mana kita akan tunaikan janji kita mengikut peti undi," kata ketua Umno bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid. "

Jika di satu kawasan peti undi itu mahukan jalan, jika peti undi itu BN menang, kita akan bagi jalan kepada mereka. "

Walaupun calon kita kalah, jika di mana-mana peti undi kita menang, kita akan tunaikan janji kita kepada peti undi yang menang selepas pilihan raya itu," katanya selepas mesyuarat Umno bahagian itu malam tadi, lapor Bernama.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, 63, daripada PAS pada 31 Julai lalu.

Penamaan calon ialah pada 17 Ogos ini.

Dalam pilihan raya umum lalu, Mohd Hamdan memperoleh 11,004 undi menewaskan calon BN, Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi.

Abdul Jalil juga berkata mesyuarat bahagian itu memutuskan untuk tidak mengemukakan nama bakal calon untuk bertanding di DUN Permatang Pasir.

Sebaliknya, kata beliau, ia menyerahkan kepada pucuk pimpinan untuk memilih daripada empat nama yang disenarai pendek oleh Umno pusat berdasarkan maklumat dan pandangan umno bahagian.

Menurutnya, calon-calon yang disenaraikan itu adalah anak tempatan dan berumur antara 40 dan 60 tahun.

Calon muka baru

"Calonnya adalah dari golongan profesional, mampu berkhidmat, diterima masyarakat, mempunyai ramai saudara di kawasan itu dan anak tempatan Permatang Pauh," katanya sambil menjelaskan bahawa semua calon yang disenaraikan adalah muka baru.

Menurutnya, nama calon akan diumumkan pada 4 petang Jumaat ini serentak dengan pelancaran jentera pilihan raya BN Permatang Pasir.

Sementara itu, Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan pula berkata penyokong PAS di Permatang Pasir seharusnya sedar bahawa parti itu tidak diberi pengiktirafan sewajarnya oleh kerajaan DAP-PKR Pulau Pinang.

"Pada tahun 1999 MIC pernah menang satu kerusi sahaja tetapi tetap diberi jawatan exco dalam kerajaan negeri (pimpinan BN) dan ini menunjukkan semangat setiakawan dan keikhlasan antara parti komponen BN," katanya selepas menyuarat mengenai persediaan pilihan raya kecil itu malam tadi.

Tetapi, katanya, kerajaan Pulau Pinang sekarang mengetepikan PAS dalam pentadbiran kerajaan negeri walaupun Mohd Hamdan merupakan wakil tunggal PAS dalam Dewan Undangan Negeri.

Ahmad juga berkata walaupun PAS menang dengan majoriti besar pada pilihan raya umum lepas, ia tidak bermakna penduduk kawasan itu tidak akan berubah fikiran pada pilihan raya kecil ini.

"Pada tahun 1995 kerusi Permatang Pasir dimenangi oleh BN. Pada tahun 1999, 2004 dan 2008 pula BN kalah kepada calon PAS. Ini bermakna fikiran rakyat sentiasa berubah," katanya.

- dari Malaysiakini

*p/s- dengaq boleh la kata-kata dari puak ameno ni...percaya jangan sekali..dah lama dah 50 tahun dok taboq janji segala janji...silap la kalau strategi ngok hangpa bawak mai macam di Manek Urai...makan diri laa...ni Permatang Pasiaq laaa...makan pasiaq la hangpaa...

Noordin Mat Top Masih Hidup... ~ malaysiakini


Berita kematiannya menggemparkan dan menjadikan nama Noordin Mohammed Top semakin 'top'. Suspek pengganas itu dilaporkan terbunuh apabila sepasukan polis anti keganasan mengepong selama 17 jam lalu menyerang sebuah rumah ditengah-tengah sawah padi di Dusun Beji, Desa Kedu, Temanggung, Jawa Tengah. Pihak polis melaporkan bahawa Noordin adalah salah seorang daripada empat penghuni rumah usang itu.

Ada dua persoalan yang timbul ekoran peristiwa ini. Pertama adakah benar suspek seorang pengganas, malah paling merbahaya di Asia Tenggara sehingga perlu diburu hingga ke lubang cacing? Yang kedua adakah benar orang yang ditembak mati itu Noordin? Aku lebih suka memperkata tentang persoalan kedua, iaitu adakah benar Noordin sudah mati ! Sebab itulah bila laman PerakExpress.com menyiarkan berita Noordin ditembak mati, aku segera memberi komen "Boleh percaya ker ? Betul ker dia mati ? Entah-entah orang lain yang mati !"

Kita semua masih ingat. Sekurang-kurangnya sudah 3 kali Osama Ben Laden dilaporkan terbunuh, tetapi setiap kali berita kematiannya tersebar Osama akan muncul di dalam klip video menandakan Osama atau nama sebenarnya Us?mah bin Mu?ammad bin `Awa? bin L?din masih hidup. Bukan sekadar masih hidup malah ada laporan dalam internet mengatakan beliau bersama beberapa pengikutnya pernah dilihat di Seri Aman, Sarawak. Hah ?

Sebut sahaja namanya semua orang mengenali Vellupillai Prabhakaran. Beliau adalah pemimpin Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) di Sri Lanka. "DIA adalah satu-satunya manusia di Sri Lanka yang boleh menentukan waktu aman atau perang," kata seorang bekas kumpulan LTTE, Dharmalingam Sithadthan merujuk kepada pemimpin LTTE, Velupillai Prabhakaran. Itu yang diucapkan Sithadthan kepada sebuah agensi berita antarabangsa.

Selama lebih suku abad perang saudara, Prabhkaran melahirkan satu kumpulan militan yang menguasai seni pengeboman berani mati sejak 1983. Merekalah pelopor teknik pengeboman berani mati kerana ketika al-Qaeda belum pun lahir.

Beliau beberapa kali dilaporkan dikepong dan ditembak, malah dilaporkan mati oleh pihak berkuasa, namun dia bersama LTTE kembali mengganas selepas itu.

Prabhakaran hanyalah betul-betul ditembak mati pada bulan Mei tahun ini dalam operasi habis-habisan ke atas kawasan kecil di timur laut Sri Lanka oleh pasukan komando Sri Lanka ketika dia cuba melarikan diri zon perang. Mayatnya ditemui dalam sebuah ambulans yang dimusnahkan tentera ketika dipandu laju meninggalkan kawasan pertempuran menjelang subuh.

Hari Jumaat lepas Kerajaan Pakistan mengumumkan Baitullah Mehsud, Ketua Taliban Pakistan telah terbunuh bersama isteri keduanya dalam serangan udara pesawat tanpa juruterbang Amerika pada hari Rabu. Menteri Luar Negeri, Shah Mahmoud Qureshi mengesahkan 100 peratus kematian Baitullah Mehsud.

Hari ini pula akhbar Times of India memaparkan berita dari Peshawar "Baitullah Mehsud is killed; Baitullah Mehsud is alive" menunjukkan bahawa kematian Mehsud adalah diragui.

Sementara itu dalam panggilan telefon kepada Associated Press, salah seorang pembantu peribadi Mehsud, Hakimullah berkata "ada kuasa luar tertentu" menghebahkan khabar angin mengenai kematian Mehsud, agar beliau keluar dari persembunyian dan menjadi sasaran peluru berpandu Amerika.

Hakimullah berkata, Taliban akan menunjukkan bukti bahawa Mehsud masih hidup beberapa hari lagi.

Bagaimana dengan Noordin benar Mohammed Top ? Adakah benar beliau telah mati ditembak kelmarin setelah sekian lama diburu oleh pihak Polis Republik Indonesia ?

ustz-abu-bakar-baasyirUlamak radikal Indonesia, Ustaz Abu Bakar Baasyir mengatakan Noordin adalah mujahid yang sedang berjuang. Malah Ustaz Abu Bakar dan pusat pengajiannya Pondok Pesantren Al Mukmin Ngruki tidak akan mengadakan solat ghaib kerana menganggap Nordin masih bebas. Beliau yakin drama serang hendap terhadap Noordin sebagai sandiwara.

Sandiwara tersebut sengaja diciptakan oleh Polis Republik Indonesia untuk menutupi kegagalan polis dan pasukan risikan dalam menangkap Dr Azhari (rakan Nordin) sebelum ini. Bagi Ustaz Basir, kematian Dr Azhari bukan kerana tembakan polis, sebaliknya pihak polis menemui mayat Dr Azhari yang sudah meninggal dunia kerana sakit. Beliau sudah meninggal dunia sebelum dijumpai oleh polis. "Bukan kerana ditangkap polis," kata Ustaz Abu Bakar Baasyir yang pernah tinggal beberapa tahun di Malaysia, iaitu di Banting, Selangor dan Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Malam ini berita di TV melaporkan pihak polis sendiri meragui mayat yang kepalanya sudah hampir terbelah itu sebagai Noordin, walaupun kelmarin pihak polis sudah mengesahkannya.Ketua Polis Indonesia Bambang Hendarso Danuri mengaku belum dapat mengesahkan bahawa lelaki yang mati ditembak di Temanggung Jawa Tengah kelmarin adalah pengganas rakyat Malaysia Noordin Mohammed Top.

"Sesungguhnya orang yang mati syahid itu bukanlah mati ! Dia hidup di sisi Allah SWT."Rakyat selamanya hanya dipertontonkan sandiwara pemerintah !

Fikir-fikirkanlah…

(DAP MELAYU boleh dihubungi melalui email : dap.melayu@rocketmail.com)

sumber dari PerakExpress.com


--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

11.8.09

Replika Najib Di Batu Caves Telahpun Diroboh... ~ malaysiakini

kemaskini 2.57pm Replika gergasi perdana menteri di perkarangan kompleks kuil Batu Caves telah dirobohkan semalam, tidak lama selepas ia menjadi isu di internet, khususnya di kalangan penyokong pembangkang.


Mereka menyifatkan imej besar itu bertentangan dengan sikap Umno yangmembantah keras replika Datuk Seri Anwar Ibrahim, di simpang utama kira-kira dua kilometer dari kuil tersebut, tahun lalu.

Blog rasmi ADUN Batu Caves Amirudin Shari kelmarin menerbitkan tulisan yang menempelak pemimpin Umno dan bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang disifatkan sebagai "bising bagai nak rak" terhadap replika Anwar tetapi berdiam diri terhadap replika Najib.

Ahli jawatankuasa kuil itu N Sivakumar bagaimanapun menjelaskan bahawa replika Datuk Seri Najib Razak diturunkan selepas tamat festival tiga hari itu.

Kunjungan Malaysiakini pagi ini di kuil Sri Mariaman mendapati papan-papan lapis yang digunakan untuk mempotretkan imej Najib disusun tidak jauh dari kaki struktur besi penyangga replika tersebut.

Empat pekerja sedang merungkaikan struktur besi yang terletak kira-kira 20 meter dari pintu utama kawasan tarikan pelancong itu.

Sebelum ini, replika Najib berwajah tanpa senyuman yang sedang mengangkat tangan kanannya, sementara tangan kirinya di belakang, didirikan di hadapan pintu masuk kuil berkenaan.

Ia terletak kira-kira 50 meter dari patung Dewa Muruga berwarna emas yang menjadi mercu tanda destinasi tumpuan pelancong itu.

Imej berketinggian kira-kira 10 meter itu memaparkan imej Najib berkemeja oren – warna yang dikaitkan dengan pertubuhan Hindraf – dan berseluar hitam dalam keadaan seolah-olah sedang melangkah.

Sivakumar, ketika dihubungi Malaysiakini, berkata bahawa pembinaan replika itu bagi meraikan kedatangan Najib di situ yang dijadikan tapak festival "Satu Malaysia" yang tamat kelmarin setelah 30 tahun kompleks kuil itu tidak dikunjungi oleh perdana menteri.

Ia juga dibina bagi menandakan sokongan terhadap gagasan Najib itu, tambahnya.

"Ia sebahagian daripada sambutan terhadap perdana menteri. Kita juga mahu menunjukkan sokongan terhadap konsep Satu Malaysia yang diperkenalkannya," katanya.


Sivakumar berkata beliau "tidak tahu" kos pembinaan replika itu yang didirikan oleh satu jawatankuasa kecil sambutan festival itu - kerjasama antara Majlis Hindu Malaysia dan kuil berkenaan.

Jelasnya lagi, wang itu disumbang oleh masyarakat sekitar dan peniaga di kawasan kompleks tersebut.

Festival yang julung kali diadakan akan diraikan secara tahunan memandangkan sambutan menggalakkan, sehingga 10,000 orang, daripada masyarakat pelbagai kaum, tambah Sivakumar.

Pesta tersebut dimeriahkan persembahan kebudayaan pelbagai kaum, pertunjukan bunga api dan gerai jualan. Ketika kunjungannya Sabtu lalu, Najib turut diperdengarkan lagu tema slogan perdana menteri itu dalam irama hip hop dan R&B buat pertama kalinya.

Lagu berbahasa Inggeris bertajuk "One Malaysia, Living Harmony" itu dihasilkan tiga remaja India, V Vishal dan pasangan kembar, K Rashmika dan K Raanita.

- dari Malaysiakini

Oitt...Najib Pee Em Murah Guru Kaa...??? ~ malaysiakini


Kata dulang paku serpih, dulu kata orang sekarang kau pulak lebih-lebih

Masa kita 'ter'bina replika DSAI dulu di Batu Caves , semua pihak dari BN bising bagai nak rak termasuk lah mantan Mufti Perlis Dr.Asri.
Sekarang kita mohon apa pulak fatwa membina replika Najib di Kuil Batu Caves.

Mana puak2 BN/UMNO yang mulut bising ari tu. Sila lihat petikan kutukan puak-puak UMNO /BN dulu :- ( dipetik dari sumber blog Kedahlanie )

Pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) menyifatkan pembinaan replika gergasi gambar penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di Batu Caves di sini dianggap sebagai suatu pembaziran.

Replika setinggi 12.2 meter itu difahamkan, dibina dengan kos RM5,000 hasil bantuan penduduk dan para penyokong Anwar.

Komen 1

Ketua Pemuda MCA, Datuk Liow Tiong Lai berkata, wang replika itu sepatutnya disalurkan kepada golongan rakyat miskin yang lebih memerlukannya di negara ini.

Menurutnya, adalah lebih baik sekiranya Anwar serta penyokongnya melaksanakan projek-projek bermanfaat untuk rakyat. ''Dalam kegawatan ekonomi kini, saya menyeru wang dimanfaat sepenuh pada tempatnya dan bukan untuk kepentingan diri semata-mata,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Komen 2

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dipetik Bernama berkata, pembinaan replika gergasi gambar penasihat PKR itu di Batu Caves, Kuala Lumpur, menunjukkan parti itu mendewa-dewakan pemimpinnya.

Beliau berkata, adalah lebih baik wang bagi membina replika itu digunakan untuk membantu rakyat miskin.

Komen 3

Datuk Ahmad Zahid Hamidi yang melihat daripada perspektif Islam pula berkata, pembinaan replika gergasi gambar tersebut adalah tidak diizinkan di sisi agama.

Menurutnya, bagaimanapun tindakan itu merupakan usaha taksub yang mungkin dilakukan oleh penyokong parti tersebut yang bukan beragama Islam. ''Mereka tidak tahu hukum dalam undang-undang Islam. Jadi, saya berharap pemimpin Islam dalam PKR dapat menasihatkan penyokong mereka agar tidak membina replika sedemikian. ''Jika telah dibina, seelok-eloknya ditiadakan,'' katanya.

Komen 4

Sementara itu, Setiausaha Agung MIC, Datuk Dr. S. Subramaniam pula berpendapat, tindakan parti PKR mendewa-dewakan Anwar itu jelas bercanggah dengan budaya rakyat tempatan. Katanya, budaya masyarakat di negara ini sepatutnya memberi penghormatan kepada pemimpin secara sederhana. ''

Adakah apabila negeri tertentu ditawan pembangkang, kerajaan tempatan turut memberi kelonggaran dalam membenarkan poster gergasi yang tidak mematuhi piawaian dibina?'' soalnya.

Komen 5

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing mempersoalkan rasional replika gergasi Anwar dibina sedangkan masih terdapat rakyat miskin yang lebih memerlukan bantuan. Malah, katanya, terdapat lebih banyak tokoh negara yang lebih layak dipamerkan dalam replika raksasa seumpama itu seperti bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. ''

Hakikatnya replika gergasi gambar itu sebenarnya lebih sesuai untuk memperingati jasa tokoh atau pemimpin yang meninggal dunia,'' katanya.
Tambahnya, beliau tidak percaya Anwar tidak mengetahui mengenai pembuatan replika gergasi gambar beliau.

* p/s - oiii puak-puak GOMO, hatiminda, parpuKari, megi Kari, Nasik Pattaya...awat hangpa senyap hah..??? Jawab la oiii... Mufti, Ulak Dalam Semak...jawab la pasai replika Ketua hangpa nii....Halalan Toiyiba kaa...??? Hah...???
Related Posts with Thumbnails