Bertekak mengenai definasi
Teng kemudiannya menegur Khir dan memintanya supaya jangan mengulangi perkara itu, sambil memberi amaran bahawa Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan boleh mengambil tindakan terhadapnya kerana melanggar kesucian DUN.
Khir mempertahankan dirinya dengan mendakwa bahawa Perintah Tetap menghadkan "Dewan" kepada dewan mesyuarat, tetapi Teng memintanya menunjukkan peruntukan khusus mengenainya. "(Peraturan) Perintah Tetap yang mana? Muka surat mana? Jangan cakap mengarut," kata Teng berulangkali, tetapi Khir tetap berkeras bahawa "Dewan" merujuk kepada dewan mesyuarat.
Khir kemudiannya berkata, kerana itulah beliau menyatakan bahawa speaker berat sebelah.
Teng berulangkali mendesak Khir supaya menarik balik kenyataannya itu, sambil menegaskan beliau telah memberi peluang untuk menjelaskan dakwaannya mengenai peraturan Perintah Tetap tersebut.
Apabila Khir enggan berbuat demikian, Teng memerintahkan Khir keluar dewan, tetapi tidak menyatakan berapa lama tempohnya.
dari Malaysiakini












A B737 had a mid air collision with the Embraer Legacy while cruising at 35,000 feet over South America. The Embraer Legacy, though seriously damaged with the winglet ripped off, managed to make a landing at a nearby airstrip in the midst of the Amazon jungle. The crew and passengers of the Embraer Legacy had no idea what they had hit. The B737

