Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Memaparkan catatan dengan label biaq betoi sikit...mau buat magic ka?. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label biaq betoi sikit...mau buat magic ka?. Papar semua catatan

10.4.09

Fairus Akan Di Lantik Semula TKM 1 Pulau Pinang...??? Magic, Magic.. ~ malaysiakini

Mohammad Fairus Khairuddin yakin Anwar Ibrahim akan melantik dirinya semula sebagai TKM 1 Pulau Pinang selepas ini.

Mendedahkan perkara itu kepada Setiausaha Sulitnya Mohd Joraimee Awang, Fairus memberitahunya, akan berlaku keputusan yang 'ajaib' sedikit masa lagi.

"Dalam politik segalanya mungkin, tidak ada sesuatu yang mustahil," jelasnya kepada Joraimee.

Bahkan katanya, para konspirator yang didakwa kononnya menjatuhkan Fairus juga akan diambil tindakan oleh parti.

Anwar kelmarin meminta tempoh seminggu daripada Ketua Menteri Lim Guan Eng, sebelum beliau membuat keputusan memilih calon pengganti Fairus.

ADUN Penanti itu telah meletak jawatan sebagai TKM 1 dan Exco bermula 8 April lalu, tetapi mengekalkan jawatan sebagai ADUN.

Ketua Umum PKR itu, baru-baru ini mengumumkan Fairus akan kekal sebagai Adun Penanti sehingga pilihan raya ke -13.


- telah di import dari sumber rasmi : blog Alahai...FAIRUS Bekas TKM 1 Penang!


* p/s - ex-TKM1 'ada hati' nak balik jawatan yang baru diletakkannya pada 8hb April '09 (2 hari sudah)... yang aritu terketaq2 nak letak sangat...la ni cam masih berminat la pulak harap2 ketua umum keADILan namakan dia sebagai calon tkm1 balik...cehhh...takdak ADUN keADILan lain ka brader oooiiii...ingat hang sorang saja ka ADUN Melayu dalam keADILan Pulau Pinang..??? Nuuu...ada sorang lagi ADUN Sungai Bakap...Ketua Bahagian Nibong Tebal lagi tuu..lagi 'kejap' titlenya dalam parti dari hang brader oooiii...apa pun tarak di penang nii...Lain kali mau cakap, pandang2 la sama orang braderrr....

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/
Related Posts with Thumbnails