Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

4.5.10

Pakar CSI Tawar Bantuan Kepada Keluarga Mangsa...

Pakar forensik Amidon Anan (gambar) - yang pernah terlibat dalam kes berprofil tinggi seperti pembunuhan Canny Ong dan Altantuya Shaariibuu - menawarkan khidmatnya bagi membantu keluarga pelajar 14 tahun - Aminulrasyid Amzah yang mati ditembak polis, Isnin lalu.

Menurut bapa saudara dan jurucakap keluarga mangsa, Kamarudin Hasan, bekas polis berpangkat superitenden itu adalah satu-satunya pakar yang menawarkan khidmatnya di samping barisan peguam dari NGO dan parti politik.

Bercakap kepada pemberita selepas 20 minit berbincang dengan Amidon di rumah keluarga Aminulrasyid, Kamarudin berkata pihaknya sedang menimbang tawaran pakar forensik itu.

"Kami sudah sampai ke tahap persefahaman dengan Amidon, tetapi kami mempunyai keluarga yang besar dan kami mahu mendapatkan nasihat daripada mereka terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan," katanya.

Amidon yang juga bekas ketua jabatan forensik unit Penyiasatan Jenayah Tempat Kejadian turut dilaporkan pernah terlibat dalam penyiasatan insiden bangunan Highlands Towers yang runtuh pada 1993.

~ LAGI BERITA [DISINI]

* p/s - lagi kemaih la siasatan dalam kes profil tinggi ni, bagi aku memang berprofil tinggi..sebab babitkan penguasa paling berkuasa di bumi Melesia...Polis Raja Di Mesia...bekas staff Jabatan ForenSik Pakar CSI Bukit Aman ni sendiri akan bongkar apa yang betoi2 terjadi...dengan CSI hangpa jangan dok main2, don pley-pley aaa...tengok la siri CSI kat Astro AXN...New Yok ada, Miami ada..Las Vegas ada...hang hakim ka, Ketua GenGster ka..samua depa cekop serupa jaa...tu tera Yahudi punya siasatan dan undang2... Tegakkan Keadilan kepada semua mangsa kekejaman di bumi Melesia...!!!

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails