Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

26.3.09

SPRM Dengan Pantasnya Menahan ADUN PKR.. ~ malaysiakini

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau nama gelaran manja, SPeRMa telah mengambil keterangan dari ADUN Penanti yang juga Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah melibatkan syarikat kuari.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Syukri Abdul berkata Mohammad Fairus Khairuddin dikesan di kompleks imigresen Johor malam tadi sebelum dibawa ke pejabat SPRM Johor untuk diambil keterangan.

ADUN PKR itu dalam perjalanan ke Singapura ketika beliau dikesan pegawai imigresen, tambahnya.

"Rakaman percakapan Mohammad Fairus direkodkan pagi ini," kata Syukri kepada Bernama hari ini.

"Usaha mengesan beliau dibuat sejak 19 Mac lepas berhubung dakwaan kes itu."

Pada 27 Feb lepas, ketua Angkatan Muda PKR Kepala Batas, Amizudin Ahmat mendakwa terdapat pemimpin PKR Pulau Pinang menerima rasuah daripada sebuah syarikat kuari di Seberang Perai.

Minggu lepas, SPRM negeri mengambil keterangan beberapa individu berhubung kes itu.

Menurut agensi berita itu lagi, Pengarah SPRM Johor Simi Abdul Ghani enggan mengulas lanjut mengenai siasatan terhadap Mohammad Fairus itu kerana sedang berada di luar Johor.

Mengulas mengenai perkara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata beliau tidak mengetahui mengenai perkara itu dan menyerahkan kepada SPRM untuk memjalankan siasatan.

Sabtu lepas, Mohammad Fairus mengemukakan surat perletakan jawatan sebagai timbalan ketua menteri 1 dan anggota majlis mesyuarat negeri (exco), berkuatkuasa 8 April ini.

* - p/s dasyat betoi la SPeRMa nii...aku tabik spring la kat hangpa..pasai ada kes salahguna kuasa, rasuah pemimpin Pakatan Rakyat punya cargass la hangpa ambek keterangan, tahan tak kira waktu..walaupun PKR masih belum beri keputusan hasil Jawatankuasa Siasatan dan buat laporan kepada badan ini...kalau aduan dari Pakatan Rakyat terhadap pemimpin UMno-Bn, punya liat dan dok ushar saja kertas laporan tuu....nampak sangat la hangpa ni serupa yang che'gu Bard bagitau, cawangan UMno yang TERbaru...


--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

3 ulasan:

aloha2 berkata...

alahai fairusssss...alahai SPRM....

Hijat Panjang... berkata...

alahaiii la aloha....hmmmmm

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Semuga Allah lindungi pihak yang benar....
alahai nasib kamu le!

Related Posts with Thumbnails