Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

30.4.10

Laporan PoLis Saksi Utama Kes Tembak...

klik pada imej repot polis untuk baca..

Pengadu menyatakan:-

Pada 26/04/2010 jam lebih kurang 12:00 pagi saya keluar menaiki kereta kawan saya bernama AMINUL RASHID BIN HAMZAH pergi ke sek 7 Shah Alam kedai mamak Ali Corner untuk berjumpa dengan kawan saya bernama Mohd Basir yang mengalami masalah motor pancit.

Semasa hendak pergi ke tempat kawan saya, kami telah tergesel dengan sebuah kereta nombor pendaftar dan jenis kereta tersebut tidak ingat menyebabkan AMINUL RASHID menjadi takut dan melarikan diri untuk balik ke rumah di Sek 11 Shah Alam.

Selepas keluar dari kedai mamak, kami dikejar oleh beberapa buah m/sikal no. tidak ingat kemungkinan kawan-kawan kepada kereta yang kami gesel tadi.

Sampai berhampiran Bulatan Kayangan di Sek 12 Shah Alam, salah sebuah m/sikal tadi hendak memotong kereta kami tetapi terlanggar bahagian belakang kereta menyebabkan penunggang m/sikal terjatuh.

Oleh kerana terlaku takut, AMINUL RASHID memandu ereta dengan laju dan memotong sebuah kereta Polis MPV menyebabkan kereta polis tersebut mengejar kami.

AMINUL RASHID menjadi bertambah takut dan membawa kereta dengan laju tanpa menghiraukan keselamatan kami dan juga orang awam.

Kereta polis terus mengejar kami sehingga ke Stesyen Minyak Caltex Sek 11 dan saya terdengar tembakan bertubi-tubi mengenai tayar belakang kereta menyebabkan kereta yang dipandu AMINRUL RASHID terhoyong-hayang dan tergelincir dan masih dapat dikawal.

Dan semasa saya terdengar tembakan kali terakhir terkena pada kepala AMIRUL RASHID menyebabkan beliau jatuh diatas riba saya dan saya nampak bahagian belakang kepala AMINUL RASHID berlubang dan berdarah.

Kereta kemudiannya tidak dapat dikawal lalu terlanggar tembok rumah orang lalu berhenti.

Saya keluar dari kereta untuk menyerah diri saya dan salah seorang daripada anggota Polis menendang saya dan belakang dan kemudiannya Polis yang lain terus terus memukul dan memijak saya beramai-ramai.

Saya meronta-ronta dan dapat melarikan diri daripada anggota Polis tersebut lalu balik kerumah.

Saya mendapat cedera di tangan kanan, kaki dan sakit kepala.

Tujuan saya buat laporan adalah untuk menceritakan semula perkara sebenar yang berlaku ke atas diri saya dan kawan saya yang...

~ perisik-rakyat

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

" License To KiLL...JeBoN..."

"Saya tak berat sebelah, jangan buat spekulasi. Seperti yang saya kata sebelum ini, kami tak akan menyembunyikan apa-apa dan kami akan berlaku adil dalam siasatan kami. Oleh itu, tunggulah hasilnya nanti," katanya dalam laporan Bernama.
..................

Tiada siapa buat spekulasi, sudah terang lagi bersuluh. Rakyat bukan bodoh untuk diperbodohkan.

~ mohamadazhan

* p/s - hmmmm...polis oh poliss...pak polisi yang suka main tembak-tembak kaa...??? selamat ka macam ni kita kat mesia..??? pihak keselamatan pun tak jamin rakyat sendiri selamat..??? abeh sapa nak lindung kita kat mesia ni??? pak polisi indonesia? polis siam? polis mongolia..?? oleh yg demikian, kalau hangpa semua nampak kereta polis, nampak polis buat rod-blok jangan lari key? kalau dah emergenci sangat nak terberak ka apa..biaq melepas dalam seluaq...jangan ooo..satgi hangpa lari, kena tembakkkk oooo...peng, peng peng...beng beng beng..!!!

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

28.4.10

Akhirnyaaa..Dapat Jugak JawatanG...

Setelah sekian lamanya menjadi 'mantan', mundar-mandir tanpa jawatan, (pinjam ayat-ayat keramat blogger Sharpshooter) Ezam yang pada satu ketika dulu pernah di panggil 'boss' oleh sebilangan kecil anak muda dari parti bukan gerombolan keris, jenoh p melutut merata, melutut sana dan melutut sinun selepas meninggalkan perjuangan rakyat, yang terKINI sebelum PRK Ulu Selangor dia ada p melutut TPM Mat Sembab, akhirnya..dapat jugak title ataupun jawatan sebagai Senatot Dewan Negara dan bakal angkat 'sumpah' dengan 3 orang lagi geng gerombolan termasuk mantan calon dan wakil rakyat P94 Ulu Selangor, G.Palanivel...

Kah kah kah kah..sejurus selepas dia keluaq dari parti reformasi yang pernah di dokong beliau, dengaq kata depa offer dia jawatan timbalan Menteri ka jawatan Menteri penoh...terlioq la kawan bila kawan2 yg seangkatan yg lompat macam Zahed Mat Arip dan Lokman Adam dapat jadi Exco Pemuda Gerombolan...melepas lee, takdak sapa gatai nak calon dia jadi apa apa ka dalam parti perkauman tuu...PRK DUN maupun Parlimen yang ada selepas PRU 12, nama dia ada jugak naik nak jadi calon...tapi bukan blah Pakatan Rakyat laa, pasai dia Pengkhianat Perjuangan Rakyat mana bleh jadi wakil rakyat...jenoh lebam lutut dah p rata melutut mintak dijauhkan bala didekatkan rezeki dalam perjuangan gerombolan...kah kah kah kah...

Blogger sharpshooter, aloha2 dan yang paling kanan serta mutakhir memutuskan talian hayat dengan beliau, adalah mantan penyelaras GERAK yang dah tak berGERAK dah punn...che'gu Bard, sebelum ni punya la dok ke hulu ke hiliaq dengan mantan 'boss' depa dan bukan la 'sivaji da boss'..sampaikan 'boss' depa tu keja apa pun aku taktau...pakai keta bukan main mewah, tapi bila dah keluaq dari keADILan, dia kerap dok ulang-alik p seberang pakk...ada bisnes kott..??? Bukan seberang Perai laa, tapi seberang laut pak...Bapaknya Ezam ada jugak jadi Wali Hukum macam blogger sharpshooter agaknya..??? kah kah kah kah..jangan mare ya pakk...

Semoga beliau dapat terus berkhidmat walau dimana jua berada, sekalipun tak dapat jadi wakil rakyat, jadi wakil parti negara pun jadi laaa... dah bleh masuk Dewan Negara sajaa...bukan Dewan Rakyat, lepaih ni bukan main laa... YB Senator la bapaknyaaa... Tahniah seadanyaaa... Kah kah kah kah kah...

berita asai bleh hangpa baca le kat SINI...

Sekian... Tengkiuu...

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

27.4.10

PKR Tumbang..??? Majoriti Besaq Sangat Ka..???

Kah kah kah kah...Font @ Tulisan Head Line berita tu PUNYOO LA BESAQ kalahkan tulisan UTUSANG tu sendiri... Ni, mangkok ketuat pengarang, tak bleh BESAQ LAGI KA? Sah sangat MEDIA PENCACAI amNGOk la hangpa nii...

Macam la kerajaan Negeri PAKATAN RAKYAT Selangor dah tumbang dalam PRK tu... Cehh, segala bala tentera hangpa ada, kerah tenaga semua Kementerian, Jabatan bersangkutan...tak sampai 2 ribu pun majoriti, apa jadah punya taboq sampai berteraboq pun baru majoriti 1725 saja..??? Lojik ka??? Kalau majoriti 17,250 kaa..takot la jugak akuuu...

Sepatotnya macam gambaq ke-2 tuu...baru betoiii....

Enna Daa Batchaaa... Putti Paelekk...

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

26.4.10

Lawak Senanyan : Batman? Superman?...




Airport security: What is your Name?



Traveler : Batman..



Airport security: Your real name, please..



Traveler: Batman..


Airport security: You think you are funny? What is your name?



Traveler: Batman..




Airport security: OK. Your family name?




Traveler: Superman




Airport security gave the traveler a slap on the face. Took him to detention room.
Until they saw the passport..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




sumber : email dari zam sg2... tq mai preenn...


* p/s - senanyan tu bahasa / perkataan orang lama2 untuk hari Isnin...hehehehe



--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

Maklumat PaLsu : Penafian ADUN Di Selangor Meninggal...

Dalam suasana panas menanti keputusan rasmi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor malam ini, tiga anggota ADUN Selangor pula 'panas hati' apabila khabar angin heboh memperkatakan bahawa mereka telah meninggal dunia.

Bermula dengan ADUN Kota Damansara (PSM) Dr Mohd Nasir Hashim, khabar angin itu kemudian dikaitkan dengan ADUN Damasara Utama Dr Cheah Wing Yin (DAP) dan juga ADUN Sungai Burong Shamsuddin Lias (BN), hingga menimbulkan kekeliruan banyak pihak.

Bilik berita Bernama dan telefon bimbit wartawan hari ini dihujani dengan panggilan bertalu-talu daripada orang ramai yang ingin mendapatkan pengesahan tersebut selain daripada ingin mendapatkan perkembangan mutakhir keputusan pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Nyata khabar angin itu tidak berasas apabila Shamsuddin ketika dihubungi Bernama menjawab panggilan tersebut sambil menyatakan rasa kesal dengan tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu itu.

"Alhamdulillah saya masih sihat, tiada apa-apa. Memang saya terima banyak panggilan dan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) bertanyakan kesahihan khabar angin bahawa saya sakit tenat dan sudah meninggal dunia," katanya.

Katanya beliau sihat dan berada di Hulu Selangor bagi membantu jentera BN dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor.

"Saya kecewa dengan dengan budaya suka menabur fitnah dan khabar angin seperti ini. Ia perlu dicegah dan dihentikan kerana boleh merosakkan masyarakat," katanya.

Shamsuddin turut meminta orang ramai khususnya rakan-rakan dan pengundi di kawasannya supaya bertenang dan tidak mempercayai khabar angin itu.

"Terima kasihlah kerana menelefon dan menghantar SMS kepada saya. Ramai terperanjat dengan berita kematian saya ini. Apapun saya masih sihat dan masih hidup," katanya.

Dr Mohd Nasir pula walaupun gagal dihubungi untuk mendapatkan reaksinya berhubung khabar angin itu tetapi disahkan sihat dan tidak terbabit dalam sebarang kemalangan jalan raya oleh Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S.Arutchelvan yang memaklumkannya melalui twitter.

"Dr Nasir, pengerusi PSM dalah selamat dan sihat. Beliau tidak terlibat dalam sebarang kemalangan seperti disebarkan dalam khabar angin," tulisnya dalam twitter itu yang menggunakan identiti twitter Arul PSM Sec-Gen, yang disiarkan di lamanweb rasmi PSM.

ADUN Damasara Utama, Dr Cheah yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Sunway selepas terlibat dalam kemalangan 13 Mac lepas, turut menjadi mangsa perbuatan tidak bertanggungjawab itu.

Bagaimanapun pembantu khas beliau, Richard Yap ketika dihubungi menafikan perkara itu dan menyifatkannya sebagai khabar angin semata-mata.

Sebaliknya Yap berkata, keadaan Dr Cheah kini bertambah stabil dan beliau dijangka dipindahkan ke wad biasa esok.

"Selepas Rabu ini, kami jangkakan pelawat dibenarkan melawat beliau," katanya.

ADUN itu mengalami kecederaan serius di kedua-dua belah kakinya selepas terbabit dalam kemalangan dengan kenderaan pacuan empat roda di Lebuhraya Persekutuan di Shah Alam. ~ malaysiakini

* p/s - cilakak betoii..ingatkan pengundi di felda ulu selangor saja kena tipu, dengan aku sekali pun dah kena tipu? hampeh betoii..elok la aku pun tak siasat dah..berengset mana tah punya keja...takdak keja la tuu...hamjadah betoi...

Kepada semua hadirin, maap dipinta atas ke'tidak-betul'an info serta maklumat di artikel yang sudah mengenai akan ada PRK pulak di DUN Selangor... Harap maap tuan-tuan dan puan-puan...ampon tunku! Patek mohon suembah durhaka...

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

25.4.10

Harap Bertenang...PRK London : Chelsea vs Stoke City MALAM INI...

Kepada semua pengaktif Pakatan Rakyat walau dimana anda semua berada, harap dapat bertenang dan bersabaq banyak-banyak dalam keadaan macamana sekalipun... Bukan kira sapa ada kat Ulu selangor, bertungkus-lumus sampai tak tidoq 3-4 hari, tak makan, tak solat dari 4-5 hari dan sebagainya atau takdak kat sana pun..

Aku yang kebanyakkan PRK tak pernah pun ada kat lokasi, mengharapkan semua petugas maupun penyokong TEGAR Pakatan Rakyat dapat bersabaq dan menerima akan KEKALAHAN tak kira mana2 PRK macam pasokan MU (bukan Manek Urai) kena terima kekalahan tempohari dengan pasokan MUSOH KETAT depa, Chelsea.

Harap malam ni jam 11 (kalau tak silap aku laa..) boleh la kawan2 samuanya dapat release tension, hilangkan stress dengan mengikuti PRK London..kah kah kah kah kah..cam Pilihan Raya lak dahh..

Menang atau KALAH adalah adat...kan ayat camtu stendet ja kan? Penyokong maupun pemilik saham TEGAR kelab-kelab EPL lebih ariff dan tau dari aku ni pasai ayat-ayat keramat... Tak gitu???

Kepada semua, terima kaseh, thank you, uma nandre dan kamsiah diucapkan atas kekentalan mengharong PRK yang penoh cabaran serta dugaan ini, P94 Hulu Selangor semuga keikhlasan anda semua hanya Allah s.w.t saja dapat membalasnya... Amin Ya Rabbal Alamin...


--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

PRK DUN Selangor Akan Datang...Menyusul...

Bersiap sedia utk satu lagi pilihanraya kecil. Dr Cheah Wing Yin ADUN Kota Damansara DAP kemalangan jalanraya dan meninggal. Jenazah di hospital Sg Buluh-Info dari anggota PDRM .SILA KLIK SINI

~ cananglahnie...

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

Belum Rasmi : PKR Dahului Majoriti 1,872

Pengundian tamat jam 5 petang. Proses pengiraan bermula jam 6 petang. Manakala keputusan dijangka diumumkan sekitar jam 9.30 malam.Klik 'Refresh' atau 'Reload' di browser anda untuk maklumat terbaru.

7.28pm: Keputusan tidak rasmi

PKR - 9,133
BN - 7,261
Majoriti - 1,872

~ malaysiakini

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

Di Bawah 80 Peratus...PengunDi Protes..???

Proses mengundi pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen Hulu Selangor bermula sebaik sahaja 48 pusat mengundi dengan 136 saluran dibuka di 47 sekolah dan dewan masyarakat mulai jam 8 pagi ini.

3.30ptg: Sehingga jam 3 petang, 67.18 peratus atau 43,333 sudah keluar mengundi.

2.48ptg: Hujan renyai di Batang Kali.

2.30ptg: Sehingga jam 2 petang, 63.74 peratus atau 41,112 sudah keluar mengundi.

~ malaysiakini

* p/s - mungkin jugak pengundi dah meluat dengan amNO-aPCO-beer enD...??? janji tinggai janji..??? tungggguuuu....

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

Gambaq Baru Mai : Sah! SPR Pencacai Beer-enD..


Sah..ada lelaki yang pakai baju dan bertopi kuning, sambil menolak pengundi warga emas sambil menyuruh mereka mengundi BN. Saya Nampak sendiri ketika berada di pusat pengundian Serendah tadi. Dan berita ini mengesahkan perbuatan lelaki 'SPR' yang berkempen untuk BN.

2 LELAKI 'SPR' BERKEMPEN, KERETA LOGO BN MASUK KAWASAN LARANGAN

HULU SELANGOR 25 APR: Sekurang-kurangnya dua lelaki yang memakai kemeja Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Sekolah Menengah Ampang Pecah, dikesan berkempen untuk Barisan Nasional dengan mengajak pengundi memangkah BN. Perbuatan mereka menimbulkan kemarahan penyokong Pakatan Rakyat, apatah lagi mendapati sebuah kereta yang tertampal logo BN dibenar masuk ke kawasan larangan kira-kira jam 10.20 pagi.

Tindakan mereka ini dikesali dan seakan-akan mengesahkan dakwaan betapa suruhanjaya itu berlagak sebagai parti komponen BN.- tv Selangor

Memang SPR kuda lumba tungangan UMNO. Semoga ALLAH balas kejahatan yang mereka lakukan ini dan memberikan kemenangan kepada orang yang haq..

~ justice for all

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

PoLis & SpR Tolong Kempen Beer-EnD..???

Angkatan Muda Keadilan (AMK) menahan 10 buah bas yang disyakinya membawa pengundi hantu di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) cawangan Peretak di Hulu Selangor awal pagi tadi.

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin ketika dihubungi Malaysiakini, mendakwa anggotanya menahan bas tersebut yang membawa kira-kira 400 hingga 500 yang disyakinya pengundi hantu kira-kira jam 3.15 pagi tadi.

Susulan kejadian tersebut wakil AMK telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut di Ibu pejabat polis Daerah (IPD) Kuala Kubu Bharu kira-kira jam 3.45 pagi.

Laporan tersebut dibuat oleh penolong setiausaha AMK Selangor, Fazly Faizal.

Menurutnya, tidak lama selepas laporan polis itu dibuat, dua kereta peronda polis tiba bersama empat anggota.

Bagaimanapun Shamsul Iskandar mendakwa, anggota polis tersebut tidak dapat berbuat apa-apa dan menyatakan "mereka tidak masuk campur, kena tunggu pegawai penyiasat datang"

Bagaimanapun, Shamsul mendakwa tidak ada pegawai penyiasat yang datang.

Shamsul berkata, selepas itu beliau berunding dengan seorang penumpang bas tersebut yang memakai baju Pemuda BN.

Bagaimanapun, katanya, rundingan tersebut tidak berhasil.

Berikutan itu, Shamsul mendakwa, bas-bas berkenaan bertindak beredar dari situ.

Katanya, anggota AMK mengekori bas-bas tersebut sehingga sampai ke Rasa, Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa.

Menurut Shamsul lagi, pihaknya dapat mengesan bas-bas tersebut hasil risikan yang dijalankan AMK pada sekitar jam 2 pagi. ~ malaysiakini

Dan jugak yang ni...

Terkini, SPR menyatakan 31,632 atau 49.04 peratus telah menjalankan tanggungjawab mereka menjelang 12 tengahari tadi.

Media juga melaporkan Sekurang-kurangnya dua lelaki yang memakai kemeja Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Sekolah Menengah Ampang Pecah, dikesan berkempen untuk Barisan Nasional (BN) dengan mengajak pengundi memangkah BN.

Tindakan mereka ini dikesali dan seakan-akan mengesahkan dakwaan betapa suruhanjaya itu berlagak sebagai parti komponen BN. ~ zulmamakpng


--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

24.4.10

Ole-ole Dari BanDung...

Waduh waduhhh...bapak bapak, ibu ibu dari maleysia udah pulang ke tanahair ya..? bagus bangat loh karena semuanya sihat walapiat...cuma di kuatiri poket kalian aja yang enggak sihat, abis juta-juta di Bandung sana yaa..? kah kah kah kah kah...bisa aja jadi milliun-er disana sambil shopping mewah ya, tak gitu..??? wah wah wah...

Tima kasih tak terhingga pada bapak Tun Saban blogger yang sudi hadiahkan ole ole sama saya yang dipinggiran langsung tak dapet kemana mana pun didalam Meleysia lagi lah ke luar negara... ehh, gue yang tak kesana pulak yang merabannya loghat indon, tapi kapan aja kan? kita kan serumpun, entah2 asal usul pun tak lari kemana aja, kata imuda " pi mai pi mai tang tu.." tak mustahil kan?

Yang pelik wal mejiknya, delegasi ke Bandung ini semacam untuk kempen PRK P94 aja, pulang aja ke sini, terus aja kesemua cepat cepat tak ketinggalan ke Ulu Selangor sana...amboi, sakan sunggoh ya? Camana pun blogger yang sedang heran dimana kelibatnya, sudah ditemui..Aloha blogger, tadi aja baru SMS sama gue dimintak odernya top-up henpun...alhamdulillah, dia enggak lompat sama wan kairul rupanya...kah kah kah kah...agakkan aja ya aloha, jangan marah ya sih..???

Semuga semuanya sihat sejahtera dan kepada petugas2 PRK P94 Pakatan Rakyat, insya Allah kemenangan akan dicapai seperti PARTAI KEADILAN SEJAHTERA yang telah menang kebanyakan pada PRU yang sudah di seluroh Republik Indonesia...

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/
Related Posts with Thumbnails