Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

11.8.09

Replika Najib Di Batu Caves Telahpun Diroboh... ~ malaysiakini

kemaskini 2.57pm Replika gergasi perdana menteri di perkarangan kompleks kuil Batu Caves telah dirobohkan semalam, tidak lama selepas ia menjadi isu di internet, khususnya di kalangan penyokong pembangkang.


Mereka menyifatkan imej besar itu bertentangan dengan sikap Umno yangmembantah keras replika Datuk Seri Anwar Ibrahim, di simpang utama kira-kira dua kilometer dari kuil tersebut, tahun lalu.

Blog rasmi ADUN Batu Caves Amirudin Shari kelmarin menerbitkan tulisan yang menempelak pemimpin Umno dan bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang disifatkan sebagai "bising bagai nak rak" terhadap replika Anwar tetapi berdiam diri terhadap replika Najib.

Ahli jawatankuasa kuil itu N Sivakumar bagaimanapun menjelaskan bahawa replika Datuk Seri Najib Razak diturunkan selepas tamat festival tiga hari itu.

Kunjungan Malaysiakini pagi ini di kuil Sri Mariaman mendapati papan-papan lapis yang digunakan untuk mempotretkan imej Najib disusun tidak jauh dari kaki struktur besi penyangga replika tersebut.

Empat pekerja sedang merungkaikan struktur besi yang terletak kira-kira 20 meter dari pintu utama kawasan tarikan pelancong itu.

Sebelum ini, replika Najib berwajah tanpa senyuman yang sedang mengangkat tangan kanannya, sementara tangan kirinya di belakang, didirikan di hadapan pintu masuk kuil berkenaan.

Ia terletak kira-kira 50 meter dari patung Dewa Muruga berwarna emas yang menjadi mercu tanda destinasi tumpuan pelancong itu.

Imej berketinggian kira-kira 10 meter itu memaparkan imej Najib berkemeja oren – warna yang dikaitkan dengan pertubuhan Hindraf – dan berseluar hitam dalam keadaan seolah-olah sedang melangkah.

Sivakumar, ketika dihubungi Malaysiakini, berkata bahawa pembinaan replika itu bagi meraikan kedatangan Najib di situ yang dijadikan tapak festival "Satu Malaysia" yang tamat kelmarin setelah 30 tahun kompleks kuil itu tidak dikunjungi oleh perdana menteri.

Ia juga dibina bagi menandakan sokongan terhadap gagasan Najib itu, tambahnya.

"Ia sebahagian daripada sambutan terhadap perdana menteri. Kita juga mahu menunjukkan sokongan terhadap konsep Satu Malaysia yang diperkenalkannya," katanya.


Sivakumar berkata beliau "tidak tahu" kos pembinaan replika itu yang didirikan oleh satu jawatankuasa kecil sambutan festival itu - kerjasama antara Majlis Hindu Malaysia dan kuil berkenaan.

Jelasnya lagi, wang itu disumbang oleh masyarakat sekitar dan peniaga di kawasan kompleks tersebut.

Festival yang julung kali diadakan akan diraikan secara tahunan memandangkan sambutan menggalakkan, sehingga 10,000 orang, daripada masyarakat pelbagai kaum, tambah Sivakumar.

Pesta tersebut dimeriahkan persembahan kebudayaan pelbagai kaum, pertunjukan bunga api dan gerai jualan. Ketika kunjungannya Sabtu lalu, Najib turut diperdengarkan lagu tema slogan perdana menteri itu dalam irama hip hop dan R&B buat pertama kalinya.

Lagu berbahasa Inggeris bertajuk "One Malaysia, Living Harmony" itu dihasilkan tiga remaja India, V Vishal dan pasangan kembar, K Rashmika dan K Raanita.

- dari Malaysiakini

Oitt...Najib Pee Em Murah Guru Kaa...??? ~ malaysiakini


Kata dulang paku serpih, dulu kata orang sekarang kau pulak lebih-lebih

Masa kita 'ter'bina replika DSAI dulu di Batu Caves , semua pihak dari BN bising bagai nak rak termasuk lah mantan Mufti Perlis Dr.Asri.
Sekarang kita mohon apa pulak fatwa membina replika Najib di Kuil Batu Caves.

Mana puak2 BN/UMNO yang mulut bising ari tu. Sila lihat petikan kutukan puak-puak UMNO /BN dulu :- ( dipetik dari sumber blog Kedahlanie )

Pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) menyifatkan pembinaan replika gergasi gambar penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di Batu Caves di sini dianggap sebagai suatu pembaziran.

Replika setinggi 12.2 meter itu difahamkan, dibina dengan kos RM5,000 hasil bantuan penduduk dan para penyokong Anwar.

Komen 1

Ketua Pemuda MCA, Datuk Liow Tiong Lai berkata, wang replika itu sepatutnya disalurkan kepada golongan rakyat miskin yang lebih memerlukannya di negara ini.

Menurutnya, adalah lebih baik sekiranya Anwar serta penyokongnya melaksanakan projek-projek bermanfaat untuk rakyat. ''Dalam kegawatan ekonomi kini, saya menyeru wang dimanfaat sepenuh pada tempatnya dan bukan untuk kepentingan diri semata-mata,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Komen 2

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dipetik Bernama berkata, pembinaan replika gergasi gambar penasihat PKR itu di Batu Caves, Kuala Lumpur, menunjukkan parti itu mendewa-dewakan pemimpinnya.

Beliau berkata, adalah lebih baik wang bagi membina replika itu digunakan untuk membantu rakyat miskin.

Komen 3

Datuk Ahmad Zahid Hamidi yang melihat daripada perspektif Islam pula berkata, pembinaan replika gergasi gambar tersebut adalah tidak diizinkan di sisi agama.

Menurutnya, bagaimanapun tindakan itu merupakan usaha taksub yang mungkin dilakukan oleh penyokong parti tersebut yang bukan beragama Islam. ''Mereka tidak tahu hukum dalam undang-undang Islam. Jadi, saya berharap pemimpin Islam dalam PKR dapat menasihatkan penyokong mereka agar tidak membina replika sedemikian. ''Jika telah dibina, seelok-eloknya ditiadakan,'' katanya.

Komen 4

Sementara itu, Setiausaha Agung MIC, Datuk Dr. S. Subramaniam pula berpendapat, tindakan parti PKR mendewa-dewakan Anwar itu jelas bercanggah dengan budaya rakyat tempatan. Katanya, budaya masyarakat di negara ini sepatutnya memberi penghormatan kepada pemimpin secara sederhana. ''

Adakah apabila negeri tertentu ditawan pembangkang, kerajaan tempatan turut memberi kelonggaran dalam membenarkan poster gergasi yang tidak mematuhi piawaian dibina?'' soalnya.

Komen 5

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing mempersoalkan rasional replika gergasi Anwar dibina sedangkan masih terdapat rakyat miskin yang lebih memerlukan bantuan. Malah, katanya, terdapat lebih banyak tokoh negara yang lebih layak dipamerkan dalam replika raksasa seumpama itu seperti bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. ''

Hakikatnya replika gergasi gambar itu sebenarnya lebih sesuai untuk memperingati jasa tokoh atau pemimpin yang meninggal dunia,'' katanya.
Tambahnya, beliau tidak percaya Anwar tidak mengetahui mengenai pembuatan replika gergasi gambar beliau.

* p/s - oiii puak-puak GOMO, hatiminda, parpuKari, megi Kari, Nasik Pattaya...awat hangpa senyap hah..??? Jawab la oiii... Mufti, Ulak Dalam Semak...jawab la pasai replika Ketua hangpa nii....Halalan Toiyiba kaa...??? Hah...???

7.8.09

Mat Sabun Dibawa Belayar Ke Cakrawala... ~ malaysiakini


kosmo

Kalau tidak dipecahkan ruyung, masakan dapat sagunya. Itulah yang mendorong sahabat dan mentor saya Haji Hashim Omar yang sudah berusia hampir 70 tahun menerima pelawaan saya untuk menyertai Misi Royalti 2009 ke Pelantar Cakrawala menaiki bot nelayan pada 4 hb Ogos yang lepas. Haji Hashim tidak langsung meminta sedikit masa untuk berfikir sebaliknya, terus menjawab "Ya, Ana ikut,"

Saya kemudian cuba bergurau dengan Haji Hashim sambil berkata, "Tapi Abe Haji, kita kat tengah laut ni, kalau mati mayat kita tu tak bawak kelik ke darat dah, pakai kebumi dalam laut je". "Allah Pok Sheik, kita kalau mati di atas katil pun kalau takdir tok dijumpa orang, berulat situ tak kebumi mayat kita". Jawab Haji Hashim.

Itulah semangat seorang bekas wakil rakyat PAS dan aktivis rakyat yang pernah melalui pelbagai kemelut naik dan turun dalam mempertahankan hak buat yang berhak.

Trip to Cakrawala_0044Haji Hashim sedang mengambil gambar ketika bot mula mudik pulang ke jeti setelah lebih 26 jam meredah samudera.

Tetapi sudah tentu mereka yang dari kecil tidak pernah diajar berusaha akan merasakan satu usaha kecil sahaja sudah satu misi menyabung nyawa. Itulah mentaliti UMNO hari ini. Itulah mentaliti segelintir wartawan yang sudah lama makan bersuap oleh konglomerat milik UMNO.

Maut ada dimana-mana. Saya sendiri lebih rela bertemu maut di kancah pertempuran daripada berdepan maut disebalik selimut ditilam empuk.

Tulisan wartawan Kosmo, Mohd. Khairi Mohamad menampakkan mentaliti pemiliknya iaitu UMNO yang sudah lupa daratan. Kalau sekadar 26 jam perjalanan di samudera kecil ini bersama 30 orang sudah dianggap satu misi menyabung nyawa, maka bagaimana dengan kehidupan para nelayan laut dalam kita?

Adakah hari-hari nelayan laut dalam kita membunuh diri dengan keluar ke laut lepas dengan lima orang tenaga mencari rezeki dan 3 ke 4 hari baru pulang.

Kalau bot yang membawa kami itu dianggap daif dan serba kekurangan sehingga boleh membahayakan, seharusnya mereka menginsafilah kehidupan para nelayan kita yang hari-hari berdepan dengan kedaifan itu walaupun sudah lebih 50 tahun teraju Kementerian Pertanian disandang oleh Menteri dari UMNO.

Mungkin kerana bagi UMNO ini adalah misi bunuh dirilah maka sebab itu Ketua Pemuda UMNO YB Khairy Jamaluddin, Ketua Pembangkang Dewan Negeri Kelantan YB Alwi Che Mat dan Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan Mustapha Mohamed takut hendak ikut serta didalam misi ini.

Sepatutnya wartawan Khairi Mohamad masukkan statistik berapa ramai yang terkorban atau terlantar di hospital setelah menyertai Misi Royalti 2009 ke Pelantar Cakrawala tempoh hari.

Trip to Cakrawala_0123Bot Kami sedang meredah Laut Cina Selatan

Trip to Cakrawala_0091Wartawan TVPAS, Harakah dan Urusetia Penerangan Negeri Kelantan sedang menjamu buah dokong 100 kilometer di tengah lautan.

Trip to Cakrawala_0191Blogger Fauzi dari Perisik Rakyat dan wartawan TVANTARA sedang beraksi ala "The Deadliest Catch" Ketika bot kami deihempas ombak.

Benarlah tulisan saya sebelum ini, perjuangan membela agama, bangsa dan negara sudah luput dalam UMNO. Yang ada hari ini hanyalah perjuangan untuk menikmati hasil pengorbanan pejuang-pejuang terdahulu.

Kesimpulannya, Misi ini sudah satu kejayaan kerana setidak-tidaknya bagi kamus UMNO, mereka kini sedar bahawa warga Malaysia bersedia menempuh maut untuk mendapatkan apa yang mereka perjuangkan. Dengan itu mereka juga harus sedar, misi yang mereka angap misi maut itu baru sebutir garam dilautan luas. Perjalanan dan kesanggupan kami rakyat Malaysia menuntut hak kami masih jauh. Maka UMNO patut takut. UMNO patut benar-benar takut.

UMNO dan Khairi Mohamad patut segera menarik selimut bersembunyi disebalik tilam empuk mereka kerana kami pasti datang, Perjuangan kami sekadar baru bermula.

Kepada Mohd Khairi Mohamad, kembalilah ke pangkal jalan. Keluarlah dari kepompong mentaliti subsidi yang memusnahkan orang Melayu selama ini.

Hidup mati, ajal maut dan tanah perkuburan biarlah Yang Maha Pencipta menentukannya. Penentuan buat kita ialah kita, 'Tidak akan sekali-kali rela berputih mata, untuk itu, kita bersedia berputih tulang bila-bila masa sahaja!".

Akhir sekali, saya tidak akan lupakan senyuman kepuasan yang melirik di wajah Haji Hashim waktu kami bertemu semula di jeti setelah dipisahkan oleh pembahagian peserta sebelum bertolak ke Cakrawala. (Haji Hashim menaiki bot nelayan bersama aktivis-aktivis parti dan saya menaiki bot nelayan bersama rakan media dan blogger.) Bila saya naik ke jeti, saya melihat Haji Hashim sudah duduk di belakang VIP dan orang ramai yang menyambut kepulangan kami.

Haji Hashim tersenyum lebar, "lagu mano Pok Sheik, tok mabuk?" tanya Haji Hashim sebelum saya sempat bersuara. "Mabuk jugok sikit-sikit, Abe Haji?" "Ana tak mabuk", katanya sambil bingkas bangun dengan gaya anak muda berusi 21 tahun.

Perlahan-lahan kami berdua berjalan ke kereta yang terletak lebih 2 kilometer dari jeti.

Patah Sayap Terbang Jua!

Nota: Anda boleh mengutusi Mohd. Kahiri Mohamad di alamat email : mohdkhairi.mohamad@kosmo.com.my.


- dari blog Sheih KickDeFella...

juga boleh didapati artikel mengenai ekspedisi ke pelantar minyak Cakrawala oleh blogger-blogger bersama Pemimpin Kerajaan Negeri Kelantan [ DISINI ]


--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

6.8.09

Ketua SPeRMa Di Ugut Bunuh...??? ~ malaysiakini

Boleh Percaya!!!??

Salam sejahtera....

Cuba hangpa perati muka mamat sebelah ni.. tengok muka macam muka mayat dah... pucat semacam... he he... betui ka.. apakah gambar ini di updated sesuatu menjadi rupa macam ni.. entahlah.. malas aku nak dok fikiak hal macam tu... Cuma aku nak tergelak pepagi buta pada jam 6.30 pagi tadi.. bila pengacara TV3 membaca tajuk-tajuk ahkbar hari... cerita kisahnya DI SINI.

Betui ka cerita ni... atau pun nak cari glamer popularity... hangpa percaya ka cerita dia.. phoorah.. kalau aku mati idup balik aku tak percaya...

Yang dok buat perangai ugutan dan nak bunuh ni selalunya puak-puak UMNO Jahanam... apa.. tak percaya... hangpa pi tanya Karpal Singh.. Dia siap dapat dua biji peluru hidup lagi, itu Pemuda UMNO Celaka.... aku ingat lagi kata-katanya tempoh hari...

Bagaimana kes Memali tahun 1985 dahulu, sapa punya kerja yang mengarahkan Polis pi serang... UMNO.., kes tragedi kematian ahli PAS di Lubok Merbau, sapa punya punya kerja kalau bukan UMNO, malah banyak lagi kes-kes kematian orang-orang dan penyokong PAS yang membabitkan UMNO, dan yang sedihnya tiada tangkapan atau tuduhan oleh polis terhadap kes-kes itu sehinggalah sekarang.

Tup-tup mamat SPRM ni mengaku dapat surat ugutan, sendiri tulis, sendiri pos pun boleh, mana ada sapa tau, setem baru tiga kupang saja.. tak ada hal punya...

Apa pun cerita dia tobat lahum aku tak percaya... kwahk phtuiih....

- dari blog Manjung Mari


* p/s - biaq betoi orang ugut bunuh pasai kematian Teoh Beng Hock...ni musti gengster yang ugut supaya jangan dedahkan sapa yang bunuh Setpol tu...atau tutup saja kes biar semakin misteri menyelubungi...mustahil sangat di ugut bunuh pasai siasatan keatas kes penyalahgunaan wang ADUN...ni semua nak alihkan isu siasatan laa...kompom disyaki geng2 pakatan rakyat yg buat ugutan nii...akai semuaa...hhmmmmmm Mesia Mesia...


--
Ahakksss......


3.8.09

Gambar TerHOT...Dari Semenanjung GAZA Mesia... ~ malaysiakini









apakah nasib beliau selepas gambar ini diambil...???




Pikir-pikirkan Lah... Jika Pak Lah turun bersama Rakyat ingin sampaikan mesej pada KERAjaan, amatlah bermakna sekali...

Takbir...!!! Allahuakbar...!!!


sumber gambar dari blog Cina Islam...

TG Nik Aziz Akui Dijemput Perdana Menteri Hadir Di 'Airport'... ~ malaysiakini


PENGKALAN CHEPA, 2 Ogos (Hrkh) - Mungkin ramai pemimpin Umno terkejut kehadiran Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik menyambut ketibaan Perdana Menteri di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra semalam.

Ini memandangkan kehadiran Menteri Besar Kelantan itu di atas jemputan Dato' Seri Najib Razak sendiri.

"Walaupun kehadiran saya pada awalnya tidak dirancang kerana ia dibuat begitu mendadak, namun untuk kepentingan umum saya terpaksa membatalkan beberapa program lain yang lebih awal dirancang," katanya.

Beliau memberitahu perkara itu kepada pemberita ketika ditemui di lapangan terbang sebelum berlepas ke Kuala Lumpur petang semalam.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, pertemuan empat mata yang berlangsung lebih kurang 20 minit itu memperlihatkan ada perkembangan positif ke arah meningkatkan lagi kerjasama antara kerajaan negeri dan pusat.

Beliau juga melahirkan rasa bersyukur kerana pada pertemuan tersebut Perdana Menteri menerima dengan wajah yang manis setiap perkara yang dibangkitkan.

Antara isu yang dibincangkan pada pertemuan tertutup tersebut berkenaan tuntutan royalti, jalan bertingkat di Jalan Hamzah dan pembinaan pelabuhan di Tumpat.

"Cumanya Dato' Seri Najib sebut kalau boleh Tok Guru tak payahlah cepat sangat menyebut provokasi-provokasi terhadap Umno, tetapi waktu tu saya tak kata apa kepadanya.

"Saya tak jawab apa pada waktu tu, tetapi maknanya beliau faham, kalau tak jawab. Kami PAS dan Pakatan Rakyat tidak ada surat khabar sendiri, kami tak ada radio dan kami juga tak ada televisyen untuk menjawab," ujarnya.

Najib pertama kali datang ke Kelantan setelah dilantik sebagai Perdana Menteri selepas pemilihan Umno April lalu.

Beliau hadir pada dua program di Kota Bharu iaitu pecah tanah projek pembangunan di kompleks sekolah di Wakaf Mek Zainab dan merasmikan persidangan Umno Bahagian Kota Bharu.

Menteri Besar Kelantan berkata, sekiranya memekakkan telinga tanpa menjawab sebarang tuduhan ia tidak boleh kerana akan menimbulkan masalah kepada penyokong Pakatan sebab tidak tahu jawapan sebenar.

"Kerana itulah saya terpaksa menjawab untuk memberi kefahaman terhadap penyokong dan rakyat seluruhnya.

"Sedangkan kalau Perdana Menteri tidak menjawab apa pun ia tidak menjadi masalah kerana media milik kerajaan Barisan Nasional sentiasa membantu menjawab sebarang spekulasi," ujarnya.

Malah Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, sejak dari dahulu lagi beliau sentiasa menjaga hubungan baik dengan pusat dan tidak pernah pernah berniat untuk mengacau sesiapa.

"Tetapi kalau orang asyik dok kacau saya macam mana, jadi tolong menolong dan bukannya tolong saja, sama-sama jagalah," ujarnya.

Sementara itu ditanya berhubung permohonan maaf Utusan Malaysia terhadapnya Menteri Besar berkata, perkara itu sedang diurus peguam yang dilantik.

"Ya saya pun ada membaca tentang permohonan maaf itu, tetapi perkara itu sedang dirunding melalui peguam saya," ujarnya.

Baru-baru Utusan Malaysia bertarikh 29 Julai lalu di halaman depan menyebut memohon maaf kepada Menteri Besar Kelantan di atas kesilapan laporan mengenai kenyataan beliau yang disiar Utusan bertarikh 15 Jun 2009. - mj _


--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

1.8.09

Lagi Gambar Sekitar Himpunan MANSUH I.S.A... ~ malaysiakini






















sumber gambor : Siasah Daily

Gambar Sekitar MANSUH I.S.A 1 Ogos 2009... ~ malaysiakini









Lihatlah dunia... di mana Demokrasi Terpimpin Kepala Hotak yang diwar-warkan... Hak Rakyat berhimpun dinafikan...

" Suara Rakyat, Suara Keramat... "

sumber dari Muslimeen United
Related Posts with Thumbnails