Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...
Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...
Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid
Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid
17.3.10
Ahli Parlimen Berok Mat Yeh...
Apa yang dipamerkan oleh TV3 sekejap tadi seolah sengaja untuk memberi tahu kepada Yang Dipertuan Agong dan seluruh rakyat negara ini bahawa itulah hakikatnya. Suasana dalam parlimen lebih teruk dari pasar ikan. Ahli Dewan bukan saja melalak dan melaung macam kera kena belacan tetapi ada yang menjerit-jerit macam terkena histeria atau gila babi.
Perangainya lebih buruk daripada budak lapar susu dan gelagat mereka tidak melayakkkan mereka untuk duduk di kerusi empuk dalam parlimen. Terasa sia-sia sahaja rakyat memilih mereka untuk berada di situ.
Semuanya ia bermula apabila seorang ahli parlimen yang baru menjadi bebas dan menang atas simbol PKR mengecam Anwar Ibrahim habis-habisan. Ahli parlimen itu mendedahkan bagaimana Anwar memperdayakan beliau dan ahli parlimen PKR lain berhubung dengan projek 16 September untuk mengambil alih kerajaan.
Sungguh tidak malu dan tidak ada maruah ahli parlimen itu, menang atas parti PKR kemudian membelah penasihatnya. Kalau benar kita jujur, ikhlas dan ada intergriti letak jawatan dan masuklah ke parlimen untuk membelasah Anwar atas kekuatan diri sendiri.
Pendedahan yang dikira di luar konteks itu dan tidak menyentuh titah ucapan Yang Dipertua Agong menyebabkan Anwar bangkit mempersoalkannya. Anwar kurang senang dengan apa yang diucapkan oleh ali parlimen berkenaan yang dianggap melampau dan cuba menghinanya dan juga merendahkan martabat parlimen.
Ketua pembangkang itu cuba meminta laluan bagi menjawab apa yang diperkatakan ahli parlimen berkenaan tetapi tidak diberikan peluang. Kecewa dengan apa yang berlaku Anwar bertindak meninggalkan Dewan. Wajar kalau Anwar mengambil sikap itu kerana semangat bermesyuawarah yang sepatutnya dipraktikan dalam parlimen tidak ada lagi. Tidak ada guna beliau melayan gelagat beruk dan kerana kerana gelagat itu juga boleh berjangkit kepadanya.
Ketika inilah juah menjuah dan memperli Anwar kedengaran macam dalam pasar. Beberapa ahli parlimen khasnya BN jadi sudah tidak siuman lagi kerana melihat ketua pembangkang sudah dibalun secukupnya oleh ahli parlimen dari utara itu. Perasaan kemanusiaan dan profesional sebagai seorang ahli parlimen langsung tidak ada lagi.
Ikhlas saya kata saya malu melihat gelagat dan aksi yang ditunjukkan itu. Tidak kira siapa yang melakukan samada ahli parlimen pembangkang atau pun parti UBN. TV3 juga satu hal, sudah gila sehingga tidak tahu lagi untuk menilai mana news value yang menempati cita rasa orang Melayu Islam atau pun tidak. Kalau TV3 juga masih waras ia tidak menyiarkan sedutan seperti itu kerana ianya hanya memalukan. Iya... memalukan.
Usahlah kita cuba nak meniru laporan bebas melampau media massa barat berhubung sikap biadab dalam parlimen. Padan patutlah sebab apa yang disiarkan itu turut sama ditonton oleh kanak-kanak. Bagaimana kita hendak membentuk mereka menjadi insan yang menghormati orang, timbang rasa dan kasih sesama sendiri kalau perangai pemimpin mereka macam tahi buruknya.
Tidak kelihatan pula dalam sedutan itu ada ahli parlimen Cina yang bangkit melalak dan melaung. Semua yang bangun adalah para penyokong kerajaan terdiri dari ahli parlimen Melayu saja. Nampaknya Melayu kalau melanyak Melayu memang hebat dan nombor satu. Maaflah! [wm.kl. 8:30 pm 17/03/10]
- dari mso...
--
Ahakksss......
http://bloghijat.blogspot.com/
2 Bijik TeLoq...Apa Perbezaannya...???
sabtu sudah pi 1 kenduri, balik mai rumah, tengok ada 2 jenih 'bunga' teloq dapat daaa... dulu-dulu boleh la panggil bunga teloq, pasai teloq ayam tu ada bunga-bunga...kah kah kah... lani zaman dah canggih, dunia dah berubah...adat beradat Melayu nak di resamkan...hmmmmmmm...
last-last semua pakat dok heran la pasaipa ada 2 jenih teloq ayam lagu dalam gambaq hah...??? ada sapa-sapa terrar..???
--
Ahakksss......
http://bloghijat.blogspot.com/
16.3.10
YB BeBas...BelajarLah Dari Berahim Ali...
Adakah mereka benar-benar ingin memperjuangkan permasalahan rakyat atau menampakkan mereka benar-benar berguna kepada rakyat, setelah mereka sendiri merasakan mereka menjadi tak berguna. Setelah itu biarlah rakyat nampak mereka sedikit berguna. Juga hendak menunjukkan mereka berfungsi setelah menjadi bebas. Permainan yang biasa digunakan, biasalah orang yang hendak memujuk dan menunjukkan mereka masih ada harga diri, kalau tidak mengemukakan usul nanti apa kata orang. Apapun bahaskan usul mereka.
Jadi lain-lain ahli parlimen jangan 'jelous' sangat. Berilah peluang kepada mereka sementara mereka masih jadi ahli Parlimen. Selepas ini mereka akan meletakkan diri mereka bersama barangan antik, atau ada mana-mana parti yang ingin mencalon mereka dengan kehebatan kewibawaan mereka. Adakah juga mereka boleh memenangi pilihan raya dengan tiket bebas.
Sementara menanti sisa-sisa yang masih ada eloklah gunakan sebaiknya. Belajarlah dari Ibrahim Ali mengambil kesempatan, nanti kempunan pula dan tak sempat menceritakan kepada anak cucu kehebatan mereka sebagai ahli Parlimen.
15.3.10
Prof Hassan: Wakil Rakyat 'Bebas' Tidak Bertanggungjawab
Bertanding dan menjadi Ahli Parlimen Bebas tidak salah tetapi mengisytihar diri sebagai Ahli Parlimen Bebas sedangkan menang atas tiket parti politik tertentu, jelas bertentangan dengan prinsip demokrasi.
Demikian penegasan pengasas Zentrum Features Study Malaysia, Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah kepada TV Selangor.
Kebelakangan ini beberapa Ahli Parlimen yang menang atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengisyihar keluar parti tetapi enggan mengosongkan kerusi.
Sesetengah mereka pula mengaku sebagai Ahli Parlimen Bebas yang mesra Barisan Nasional walaupun kemenangan mereka diraih atas kapasiti calon Pakatan Rakyat.
Abu Hassan mengkategorikan mereka yang melompat parti, kemudian mengaku sebagai Ahli Parlimen Bebas sebagai tidak bertanggungjawab dan mengkhianati amanah rakyat.
"Ahli politik bebas itu adalah ahli politik yang berpaling tadah yang melompat keluar daripada parti dan kita dah sebut dari awal tadi dia menentang falsafah etika sebuah demokrasi sebab ketika mereka dipilih sebagai wakil rakyat mereka dipilih atas kapasiti parti yang mereka wakilkan," katanya.
Hassan menyifatkan calon Bebas yang sejati tidak bersifat partisan dengan menyokong parti tertentu dalam kebanyakan isu.
"Tetapi dalam pilihan raya ke 13 kemungkinan berkembang calon bebas ini yang lebih betul, iaitu calon bebas yang sebenar, mereka datang kerana kesedaran-kesedaran untuk memperjuangkan hak-hak minorita, hak-hak minority yang mereka wakilkan kemungkinan mereka jadi calon bebas tapi mereka tidak berpihak pada parti A parti B," tegasnya.
- tv selangor--
Ahakksss......
http://bloghijat.blogspot.com/
14.3.10
Zahrain..!!! Letak Jawatan Presiden FAP...!!!
Keputusan TM Liga Super 13 Mac 2010
Kedah 0 vs 1 Negeri Sembilan
Terengganu 2 vs 0 Pahang
Perlis 0 vs 2 Kuala Lumpur
Perak 2 vs 0 T-Team
Pulau Pinang 0 vs 5 Johor FC
Johor 1 vs 0 KL Plus
* p/s - Dulu masa dok dalam Pakatan Rakyat boleh la hang nak lobi jawatan Presiden dan bila dah dapat kata la nak majukan sukan bolasepak Penang...nih, piii rahhhh...apajadah yang hang dah buat? prestasi pemain pun dok 'down' gila-gila..bukan lagi bersemangat...takdak semangat ke'Harimau Kumbang'an sunggohhh... Letak la jawatan Presiden FAP tu... Kira dok kena 'belasah' saja skuad Penang ni, tengok! Semalam pun kena belasah 5-0.. Dengaq kata jersi Penang pun dah ada cop '1Mesia'...??? Aku taktau, dah bertahun-tahun tak kelapaq nak p tengok bola kat stadium...
Zahrain Terbakar...!!!
bersikap pura-pura walaupun pahit...kah kah kah...(yang betoinya, Berkatalah BENAR, walaupun PAHIT...!!! ~ timakaseh budak selayang pinjam kata2 hikmat...)
GEORGETOWN: The seven MPs who left their parties recently may set up an "Independent Caucus" and use it as a platform to continue with their political struggles and service to the people.
Bayan Baru MP Datuk Seri Mohd Zahrain Hashim said the caucus would comprise like-minded representatives with shared concerns.
"I will meet up with the six other MPs as soon as Dewan Rakyat convenes on Monday (tomorrow) to moot the idea of the caucus," he said after a lecture on The Future of the Malays at Bangunan Tabung Haji in Bayan Lepas yesterday.
The six MPs are Tan Tee Beng (Nibong Tebal), Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai), Zulkifli Noordin (Kulim-Bandar Baharu), Datuk Ibrahim Ali (Pasir Mas), Datuk Dr Chua Soon Bui (Tawau) and Eric Majimbun (Sepanggar).
He added that as independents, the MPs would have the freedom to support sound policies that would benefit the people.
"We will not be obliged to support policies which we feel will not benefit the people as we are no longer aligned to our former political parties."
Zahrain said the setting up of the caucus would also provide an alternative to the people so they would be able to decide if they preferred a two-party system or an open system.
"The caucus will serve as an alternative or a third force," he added.
Asked on how he felt about attending the parliament session as an independent after two years as PKR MP, Zahrain said he was ready and was compiling issues to raise during his speech.
The lecture was earlier interrupted when Bayan Baru PKR Youth chief Ahmad Azrizal Tahir walked in to hand Zahrain a memorandum containing 25,000 to 30,000 signatures of constituents in Bayan Baru seeking Zahrain's resignation as MP.
Ahmad Azrizal said the constituents felt cheated by Zahrain who had contested on a PKR ticket.
At another function, Zahrain quashed talk that he was biding his time before rejoining Umno.
The former Tanjung Umno division chief said he would stand by his decision to remain as an independent despite receiving invitations from Umno leaders to rejoin the party.
- dari Malaysiakini pulak...
Ahli parlimen Bayan Baru yang keluar PKR baru-baru ini dan menjadi calon Bebas, menerima kejutan hari ini (Sabtu) apabila menerima petisyen yang mengandungi 2,108 tandatangan, mendesaknya mengosongkan kerusinya sebelum Dewan Rakyat bersidang mulai esok.
"Ramai yang merasa tertipu dengan tindakan Zahrain keluar parti, jadi kita terpaksa menghantar mesej ini kepadanya," kata Sim yang juga timbalan ketua Angkatan Muda PKR Pulau Pinang.
"Saya diberitahu yang Zahrain terperanjat dan pucat sewaktu menerima petisyen tersebut, tetapi beliau tetap menerimanya," katanya.
- Star melaporkan jumlah petisyen yang sebenar telah diserahkan...akhbar serta media lain melaporkan yang sebaliknya... Undur Zahrain..!!! Letak Jawatan Segera...!!! Terbakaq la dia..program anjuran GPMS pun AMK dapat bau dan masuk teruih bagi Memorandum / Petisyen kat dia...Pucat Lesi dan terpaksa la terima jugak memandangkan reporter dah kerumun...mungkin jugak nak jaga MP Bebas punya 'water face'... baru hang ada akaiii...
sumber gambaq dari blog kerani-opis, lanun merdeka & kasi pecahh laaa... tocyey semuaa...
--
Ahakksss......
http://bloghijat.blogspot.com/
“Saya bukan pengkhianat”...
GEORGETOWN - Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Zahrain Mohamed Hashim tidak gentar kepada tekanan ahli Pakatan Rakyat (PR) agar melepaskan jawatan itu setelah keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebulan lalu. Beliau yang kini menjadi wakil rakyat Bebas menegaskan tidak perlu berbuat demikian kerana dipilih oleh pengundi Bayan Baru dan ahli PKR atau PR tidak berhak mempertikaikannya kerana ia bukan isu parti atau politik. "Ada yang anggap saya sebagai pengkhianat kepada pengundi Bayan Baru apabila keluar PKR. Itu bukan satu kebenaran. "Jika saya meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen, barulah saya boleh dianggap mengkhianati pengundi," katanya kepada media selepas melawat dan memberi sumbangan kepada mangsa kebakaran di Sungai Nibong Tengah di sini, semalam. Menurutnya, ahli PKR janganlah terlalu bangga atau mendabik dada kononnya kemenangan yang dikecapi dalam pilihan raya umum lalu disebabkan mereka kuat atau mendapat sokongan rakyat. "Dalam pilihan raya lalu, saya mendapat 27,000 undi. Ia bukan semata-mata atas nama PKR atau saya sendiri tetapi pada masa itu rakyat marah pada UMNO. Ini salah satu faktor saya atau PKR mendapat begitu banyak undi. Ini perlu difahami oleh ahli PKR. "Ingin saya tegaskan bahawa rakyat mengundi bukan disebabkan mereka sayang sangat kepada PKR tetapi kerana marah dengan UMNO. Selain itu, saya diberi undi berdasarkan khidmat dan pengorbanan saya kepada penduduk Bayan Baru ketika memegang jawatan Pengerusi PKR Pulau Pinang," katanya. Sungguhpun begitu, beliau akan tetap memperjuangkan kebajikan penduduk Bayan Baru dari segi pembangunan dan ekonomi yang seimbang kerana itu menjadi tanggungjawabnya. "Apa jua rintangan, saya tetap meneruskan tanggungjawab sebagai ahli parlimen untuk menyuarakan suara rakyat di parlimen atau mana-mana pihak lain. Saya akan jaga semua tanpa mengira mereka menyokong saya atau tidak. Ditanya sama ada sedia menerima tawaran UMNO atau BN, beliau berkata tidak kerana masa kini UMNO pun bermasalah dan ia jelas dalam pilihan raya lalu. |
| - Sinar Harian |
* p/s - adoiyaii..!!! hang bukan pengkhianat? abeh tu sapa pengkhianat? pengundi Bayan Baru yang pengkhianat? enna daa batchaa...? soru elek, putu paelekk...citt..ammakk.. enna sorey batchaa...???
--
Ahakksss......
http://bloghijat.blogspot.com/
11.3.10
Perjumpaan Dengan Ahli Parlimen BEBAS Bayan Baru...
Aku menjawab dengan muktamad bahawa "tak pi,..dah nak lompat ni, kah kah kah...lompat dari rumah pi kedai laa..kah kah kah.."..si kawan ni pun terkejut la mula2..hahahaha...lepih tu ada la maklumat yang menarik nak didengaq...katanya ada dapat SMS dari Pembantu Khas merangkap SUK Pusat Khidmat Ahli Parlimen BEBAS Bayan Baru, Sdr. Ismail Ali (bakal mantan Pengerusi Tetap Bayan Baru).. hari Sabtu ni katanya ada perjumpaan YB Bebas tu dengan grup SEDAQ yang baru nak sedaq agaknya aritu buat DEMO kat Komtar...tempat kat dewan Tabung Haji Bayan Lepas..dalam hati hairan bin ajaib la pulak, YB Bayan Baru pasaipa adakan perjumpaan kat luaq kawasan? Langgaq sempadan YB Balik Pulau tu? Bayan Lepas tuuu...
Demikianlah adanya SMS tersebut... " DAILOG DATO SERI ZAHRAIN BERSAMA NGO'S ISLAM D DEWAN TABUNG HAJI PD 13.3.10 JAM 2.30 ptg.SEMUA RAKAN SEPERJUANGAN D JEMPUT HADIR BAGI MENGUKUHKAN LAGI ASAS PERJUANGAN KITA///sebarkan! "
Jika tuan2 dan puan2 yang ada kelapangan, sudi-sudikan lah diri serta keluarga dan jiran-jiran tetangga yang mana keutamaan kepada pengundi-pengundi TEGAR Pakatan Rakyat di kawasan Parlimen Bayan Baru agar dapat kiranya HADIR berjumpa serta beramas mesra dengan YB Kesayangan anda sambil mengambil angin petang Sabtu.
Jangan kelupaan serta ketinggalan untuk membawa bersama tikaq mengkuang, payung2 lama, bata2 sekerat, kambier tiga 5 ataupun banner untuk digantung seperti yang ada terpampang baru-baru ni di Tapak Pesta untuk dipersembahkan kepada YB Bebas ini. Sekianlah adanyaa...
Ammakkkk.....
--
Ahakksss......
http://bloghijat.blogspot.com/
20,000 Banjiri Tapak Ekspo Seberang Jaya Yang Panas...
10.40 p.m : yb lim guan eng sedang berucap. Puluhan ribu orang duduk senyap dan khusyuk mendengar.
10.30 p.m : yb saifuddin nasution baru habis berucap. lim guan eng baru sampai. Ds anwar masih belum tiba, skrg yb mansor berucap.
10.05 p.m : DS Anwar dan Lim Guan Eng belum hadir. TG hadi Awang baru habis berucap
Perggh. Rase2 gua ade kot 20 000 orang. Gila beb. Gua nak duduk pun susah nih. Huhuh. Kecut perut kalo puak2 umNO tengok ni....
sumber dari :- Perak With Love..
* p/s - hehehe..org penang sendiri TERPAKSO cilok al-copy sumber dari org luaq Penang yang mai ke Tapak Ekspo Seberang Jaya malam tadi (10/3)... sedangkan aku yg dok Penang tak dapat p atas sebab musabab yang tk dpt dielakkan...
10.3.10
Di Ajak BerDebat...Depa Syok Buat Repot Polis...
Ahad pagi sebelum Pemuda Pakatan nak pi buat repot polis pasai blog pro-bn buat provokasi dgn boh gambaq lucah serta telampau, kat Balai Polis Sungai Nibong Penang, geng pemudi-pemudi amNGOk dah buat repot pasai 'banner' Debat Perdana Rakyat 2010 anjuran Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat.
Kata depa, kat banner tu ada nama-nama depa yang tak pernah pun bersetuju nak mai berDebat...laaa..yang tu pun tak mau kaa?? awat hangpa sempoi sangat kaa..??? cehhh.. Kata depa lagi, penganjur telah ber'niat jahat' menggantung banner diseluruh pelusuk negeri ini dengan tertera nama depa yang tak setuju pun nak mai...kah kah kah...abeh tu? nama boh nama sapa? bini hangpa? puteri ameNO? tu la pasai, orang ajak mai debat tak mau...si Jais Si Presiden al-gPmS lak, penipu kuat lagi 'kaki ranjau' atau anak antu penang kata 'kaki kencing'...hari jumaat setiausaha gpms penang ada call salah sorang ajk penganjur kata, "jais @ gpms setuju nak mai...last2 AHAD malam di tapak ekspo seberang jaya, sapa sekoq pun tak mai...cittt...penakot pait betoi la hangpa pondan-pondan semalaya...kah kah kah...
Dalam repot depa jugak kata, penganjur iaitu Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat, adalah gabungan yang TAK BERDAFTAR...salah disisi undang2 depa kata...cehhh...weii, ni aku nak tanya hangpa...yang hangpa aritu ni buat demo kat Komtar atas nama Gabungan apa nama? SEDAQ? TAK SEDAQ? yang tu ada DAFTAR kaa??? jawab la weeiiii....
Khakkk Tuihhhhhh....
sumber gambaq : Sinar Harian
--
Ahakksss......
http://bloghijat.blogspot.com/
Presiden GPMS Di UdaRa...
Jalan yang sesak teruk di Kerinchi Link dan Lebuhraya Persekutuan petang ini tidak menyebabkan aku tension sebagaimana biasanya. Aku memang tension 'giler' kalau jalan jam tak bergerak. Tapi petang ini aku dilekakan oleh hujah-hujah 'perkauman Melayu' oleh Jais Abd Karim, Presiden yang baru Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dalam Segmen Kerusi Panas di Radio24 (Radio Bernama).
Ternyata sifat perkauman melayu serta sikap anti DAP yang menebal dalam GPMS seakan-akan diakui sendiri oleh Presiden GPMS yang baru genap 100 hari itu, melalui ucapan-ucapan beliau yang berikut :-
1. Kerajaan Pulau Pinang hendak menghapuskan orang Melayu.
2. Lim Guan Eng seorang diktator.
3. Lim Guan Eng mahu menjadikan Pulau Pinang seperti Singapura
4. GPMS akan me'nyah'kan Lim Guan Eng (dengan nada suara yang sangat marah)
- perakExpress
* p/s - dalam radio dia ni berani la, pasai bleh dengaq sora saja, muka tak nampak 'live'...try kalau buat apa2 segmen kat tivi ka..boleh ada orang call masuk nak lontar soalan kaa..kompom orang nanti bagi kaw2 baekk punya kutukan pedas lagi hot n spicy laa..serupa la rancangan mantan2 adun serta ahli parlimen pkr yg tiba2 bleh muncui dalam tivi3suku, rtm..kalau ada bleh orang call masuk...tengok laaa...berapa ramai peminat nanti call bertalu-talu...kah kah kah...ada berani ka??? ada teloq..???
--
Ahakksss......
http://bloghijat.blogspot.com/
TriO Akhirnya Dah Jawab...
1. kami mana takut. kereta mewah kami pancit la. tu yang kami batalkan debat tu.
2. kami debat-debat ni mana ada class, low class. kami main media perdana. hangpa tak nampak ke kami cakap sampai melelh air liur yang kami memperjuangkan melayu P.Pinang..
3. Kalau kami pi program tu, kami mana boleh claim kat 'bik mama'. Sapa nak tanggung kos perjalanan, makan minum kami...??
4. kami bukan takut nak hujah. kami tau hujah kami memang nanti kena booo je. kami tau dah tu.
5. kalau kami pi program tu, setakat ribu je dengar. tapi kami tak mau ribu , kami mau juta yang dengar. kami pilih media perdana la. tak glamour la program macam tu.
sapa nak tambah? mari mari mariii...
nasik tambah SATUUU...!!!
kah kah kah... Hangpa Gelak APA..??? Sungggooohhhhhhh....
--
Ahakksss......
http://bloghijat.blogspot.com/
9.3.10
Camna Nak SoKong..Duit Dapat Tak Habih...
Satu SMS yang mendakwa bahawa ahli parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzli Samsuri - yang keluar PKR dan menjadi wakil rakyat bebas - memberi jaminan tidak akan menyokong BN, kini disebar di kalangan pemimpin akar umbi Pakatan Rakyat di Perak.
~ selebihnya baca le kat SINI
So…Fauzi Muda dah buat laporan polis terhadap aku. Setakat ini, belum ada lagi polis datang cari aku. Tetapi..untuk memudahkan polis membuat siasatan…aku tambah semangkuk lagi.
Posting ini juga untuk menjawab komen OsmanIbrahim dalam posting "Kau Pergi Jua."
Sebelum Pilihanraya 2008, Fauzi Muda kepingin untuk bertanding…tetapi tak layak disebabkan dia bankrup. Apabila PR menang di Perak, Fauzi Muda mahu memegang jawatan dalam GLC, tetapi oleh kerana dia muflis, mana mungkin PKR boleh melantiknya untuk memegang sebarang jawatan dalam kerajaan.
Apabila dia gagal mendapat sebarang jawatan, dia bertindak menjadi broker kepada Umno untuk membeli wakil-wakil rakyat PKR untuk menyeberang kedalam Umno. Dia pernah berjumpa Najib untuk menguruskan projek ini tetapi oleh kerana dia bermulut capui, Najib sendiri tidak mempercayaainya.
Fauzi pernah berjumpa Najib..dan ini disahkan sendiri oleh Datuk Zainal Abidin Zin, bekas Timbalan Menteri Pertahanan. (Baca disini) Mengapakah pada masa itu Fauzi tidak memaklumkan kepada kepimpinan PKR tentang usaha untuk membeli ADUN PKR oleh Najib? Mengapakah hanya selepas Jamal dan Osman melompat, baru dia membuat Akuan Bersumpah mengatakan Najib menawarkan 50 juta kepadanya?
Hakikatnya, Fauzi Muda merupakan sebahagian daripada mereka yang terlibat dalam projek lompat katak itu. Tetapi apabila Jamal dan Osman melompat, yang kenyang hanyalah Hamdan Taha, manakala Fauzi Muda menggigit jari.
Runtuhnya Pakatan Rakyat di Perak juga mencerminkan kegagalan Hj. Osman menerajui PKR Perak. Hj. Osman dilantik menjadi Pengerusi PKR Perak menggantikan Hj. Ismail untuk memenuhi kehendak Jamal dan Osman. Semasa Hj. Osman menerajui PKR Perak, Fauzi Muda merupakan orang kuatnya.
Dalam kes Mohsen, Fauzi Muda juga merupakan perancangnya. Seperti yang aku tuliskan sebelum ini, satu sidang media telah dirancang pada 23 Feb untuk mengkritik kepimpinan Mustafa Kamil Ayub. Sidang media tersebut sepatutnya dihadiri oleh Mohsen tetapi perancangan tersebut telah dipintas oleh Mejar X. Bagi mereka yang pernah membaca Krisis Perak di Perakexpress, mungkin sudah banyak kali mendengar tentang Mejar X, terutamanya yang berkaitan dengan Dato Nasha.
Mejar X mendedahkan perancangan yang dibuat oleh Fauzi Muda. Dan apabila perancangan tersebut didedahkan, Mohsen ketakutan dan menghilangkan diri. Fauzi Muda bergegas ke Bagan Serai untuk berjumpa Mohsen tetapi hanya dapat berjumpa dengan Mi Sayor diBagan Serai. Sapa Mi Sayor? ..tanya kat orang Bagan Serai.
Akhirnya Fauzi dapat berjumpa dengan Mohsen, sedangkan kepimpinan PKR yang lain gagal menemuinya. Ini disahkan sendiri oleh Fauzi dalam sms yang dihantarnya kepada Mejar X. Begitu juga dalam posting Perakkume.
Apabila Fauzi mendapat tahu Mejar X merupakan orang yang menghancurkan perancangannya, Fauzi telah memaki hamun Mejar X menerusi SMS yang dihantarnya.
Ada berbelas SMS yang dihantar oleh Fauzi kepada Mejar X. Aku perturunkan tiga daripadanya.
SMS 1:
Apa masalah kamu bertanyakan YB Mohsen datang jumpa aku hari ini? Sapa kamu? Aku Ketua Cabang PKR jumpa Ahli Parlimen PKR kamu jadi susah hati apa hal? Dah ada undang-undang PKR Perak ahli2 tak boleh jumpa ke? Atau PKR Perak ni dah jadi hak Sdn Bhd kamu? Tlg cermin diri kita sendiri ok. Jgn lebih sudu dari mangkok.
SMS 2:
Pu**mak kamu. kamu jgn nak jadi hero dlm parti ha. apa maksud kamu hantar sms kat aku dgn ayat kamu tu? kamu nak berperang dengan aku sgt ke? aku tak pernah kacau kamu org semuatapi tolong jgn mangkok2 kan aku ha!
SMS 3:
OK kita jumpa dlm negeri akan dtg. Kerian tengok kamu. Kita jumpa OK.
Ada banyak lagi sms ni…penuh dengan maki hamun dan mencarut.
Mejar X telah mencabar Fauzi untuk datang ke Mesyuarat MPN pada 6hb March…tetapi Fauzi tak datang dengan memberi alasan sakit pingang. Tapi dia tak sakit pinggang untuk membuat sidang media menyatakan kesetiaannya kepada parti.
Nak menyatakan kesetiaan kepada parti panggil reporter Utusan? Pi la jumpa Anwar ka…Kak Wan ka. Atau pun buat Akuan Bersumpah menyatakan kesetiaan kepada PKR!!
Masa dia mendapat tawaran dari Najib sebanyak 50 juta, dia tak bising. Tapi bila Jamal dan Osman dah melompat…dan Hamdan Taha mendapat imbuhan yang lumayan, Fauzi Muda berputih mata. Tu pasai dia buat akuan bersumpah.
Dalam kes Mohsen juga macam tu. Mohsen dijanjikan wang sebanyak satu juta ringgit. Yang menjadi broker adalah Ibrahim Saad dan Fauzi Muda. Bila Mohsen melompat dan mendapat imbuhan yang dijanjikan, Fauzi Muda tak dapat apa-apa. Bila nama dia dikaitkan, dia buat PC menyatakan kesetiaanya kepada parti dan membuat laporan polis terhadap Matsamankati kerana memfitnahnya.
Sebenarnya, Mohsen ditipu hidup-hidup. Mampuih pi la. Memang patut kena tipu.
Mohsen dijanjikan wang sebanyak sejuta ringgit. Wang pendahuluan sebanyak RM100,000 telah diberikan manakala bakinya akan diberikan di Jakarta.
Tetapi pada 4 hb March, Mohsen menelefon seorang pemimpin AMK Pusat bahawa dia menyesal dengan perbuatannya. Dia mengaku dia ditipu dan wang baki sebanyak RM900,000 masih belum diterima. Ha..ha..ha.. Sudah lesap disapu broker. Dan aku berani kata, bahawa Mohsen menangis ketika menelefon Pemimpin AMK Pusat itu.
Tapi apa nak buat? Tahi kambing bulat-bulat.
Nak letak jawatan, dia dah ambil RM100K. Silap-silap jadi macam Bala.
Nak balik Bagan Serai…tak berani. Nak jumpa pengundi Bagan Serai…takut. Itulah nasib pejuang Hang Tuah. Tak kan Melayu Hilang di Dunia…tapi dia sendiri hilang.
Zahrain juga sudah hilang…tapi masih boleh seronok main golf di London. Duduk kat hotel Leonard di London dengan anak menantu. Nak balik Bayan Baru…malu. Tee Beng sedang diburu Along.
Itulah nasib katak-katak yang melompat. Ada sapa lagi yang nak melompat? Sila kan.
Umno memperuntukkan RM300 juta untuk membeli wakil-wakil rakyat PKR…untuk membolehkan mereka mendapat kembali majoriti 2/3 di Parlimen. Bila jumlah tersebut dicapai, SPR akan mengemukan Persempadanan Semula kawasan Parlimen untuk memudahkan Umno kembali berkuasa.
Dan jangan lupa!! Sebahagian besar dari wang tersebut akan masuk kedalam poket broker-broker. Ahli Parlimen PKR yang melompat akhirnya makan kuah.
Baru ada akai.
Dan kepda Osmanibrahim yang menulis panjang lebar siapa aku…aku nak komen sikit.
Siapa msk ini? dulu dia penah jd su pkr bhg lenggong (p rengas). semasa pegang jaw tu, banyak kerja jahat yg beliau buat untuk jahanamkan ajk-ajk pkr dilenggong.
Tanya Hj. Hamzah Zain, Ketua Cabang PKR Lenggong. Pernahkah aku jadi ahli Lenggong?
"dia ni memang group ABIM dan jd pencacai kpd ust zul, , mustaffa kamil ayub dan kabilah-kabilah abim
Perrrgh!! Aku dari group ABIM? Aku pernah masuk gereja, masuk kuil, masuk ashram…tapi aku tak pernah masuk ABIM. Rockers macam aku mana boleh duduk dalam ABIM. Panas!!
"tlg msk senaraikan bukti2 tentang apa yg didakwa. msk jg diminta senaraikan kejahatan dan dosa fauzi ni dgn bukti dan fakta yg jelas.
"
Aku tuduh Fauzi terlibat dalam isu Mohsen. Aku tak kata dia songlap duit ceramah. Aku tak kata dia tipu Wan Azizah, Kit Siang dan Hadi untuk mengadakan ceramah Bersama Tiga Presiden tahun 2005 dulu. Aku juga tak kata dia dengan Nordin Salleh tipu orang. Aku tak kata semua tu.
"kenapa mamat ni tak hebuh pasal kroni ust zul dpt habuan dan ada yg jd jutawan segera semasa pr perintah kejap dulu hasil sokongan parti yg dipimpin oleh mereka kpd kerajaan pr. suzana ibrahim dpt balak ayas sokongan parti,skrg dah kaya dan berlagak sakan, hj mail dpt balak dah hidup senang, ust zul dan ramai lg kroni mereka dpt habuan, kenapa mamat ni tak nak dedah?Yang tuduhan hang. Sepatutnya, hang kena buktikan. Hang yang tuduh, aku kena buktikan? Huh!! Yang ni aku kena tanya Gani Patail.
"saman 50 juta pada msk dan blognya. baru dia tahu langit tinggi rendah."
Pasai apa RM50 juta? Dulu kata Najib offer Fauzi RM50 juta jugak!! lucky number kot?
"inikah yg dikatakan mohsin khianat pkr. "
Mohsin Wakil Rakyat…bukan Wakil PKR.Dia nak khianat kepada parti…mampuih pi la. Tapi dia khianat kepada rakyat. Dan ingat!!! Selagi dia makan elaun Wakil Rakyat tanpa berbuat sesuatu kepada rakyat…hasil pendapatannya itu lebih hina dari orang Islam yang menjual babi. Sekurang-kurangnya…orang Islam yang jual babi mendapat pulangan dengan menjual babi. Itu dosa dia kepada Tuhan. Tapi bila dia menipu rakyat, dia bukan sahaja berdosa kepada Tuhan, tapi dia juga berdosa kepada sesama manusia.
Suruh dia buang title Haji…dan balik jual babi.- dicilok dari PerakExpress
--
Ahakksss......
http://bloghijat.blogspot.com/















