Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

5.2.10

Kenyataan Media Isu Tindakan Penguatkuasa MPPP & MPSP


Kenyataan Media

Oleh Chow Kon Yeow, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Tempatan

Dan Pengurusan Lalu Lintas Negeri Pulau Pinang

Pada Rabu, 3 Februari 2010 Di Komtar, Pulau Pinang

KERAJAAN NEGERI PAKATAN RAKYAT MENOLAK DASAR PERKAUMAN

DALAM ISU TINDAKAN PENGUATKUASAAN

Baru baru ini Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Cawangan Pulau Pinang dan pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) Islam telah membuat kenyataan bahawa Pihak Berkuasa Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan telah menjadikan orang Melayu sebagai sasaran penguatkuasaan dan ditindas khususnya merobohkan gerai yang melibatkan orang Melayu.

Pihak Kerajaan Negeri memandang serius dakwaan ini dan telah mengarahkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Pejabat Daerah Timur Laut dan Pejabat Daerah Barat Daya untuk menyemak statistik supaya memastikan apakah dasar perkauman diamalkan dalam tindakan penguatkuasaan.

(I) PEJABAT DAERAH DAN TANAH TIMUR LAUT

Tindakan penguatkuasaan yang telah dijalankan sepanjang Tahun 2008 hingga 2010 adalah seperti berikut:

Tahun

Melayu

Cina

India

Tidak Diketahui

2008

3

2

1

2

2009

4

3

2

4

2010

2

0

0

0

Kes kes ini diambil tindakan di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara 1965 yang berhubung dengan pencerobohan tanah seperti rizab pantai, rizab parit dan rizab jalan.

Bagi Tahun 2008, tiga kes yang melibatkan orang Melayu adalah gerai dan struktur haram di atas simpanan jalan di hadapan Sekolah Kebangsaan Tanjong Tokong. Mereka sudahpun diperuntukkan gerai di Medan Selera berdekatan tetapi enggan memindah. Akhirnya operasi ditangguhkan.

Bagi Tahun 2009, dua kes orang Melayu yang terlibat adalah pembinaan struktur tanpa permit di Batu Ferringhi, satu di atas tanah Kerajaan Bandar Jelutong dan satu di George Town.

Bagi Tahun 2010, kes pertama adalah rumah atas pokok Do Re Mi. Pengusaha ditawarkan gerai alternatif oleh Pejabat Daerah di Bayu Senja, Batu Ferringhi tetapi enggan menerimanya.

Satu kes lagi adalah gerai dan struktur haram 3N Ikan Bakar di atas tanah Kerajaan. Pengusaha telah ditempatkan di Medan Selera, Gelugor sebelum tindakan perobohan dimulakan.

(II) PEJABAT DAERAH DAN TANAH BARAT DAYA

Tahun

Melayu

Cina

India

Tidak Diketahui

2007

1

0

0

0

2008

0

0

0

0

2009

0

5

2

0

Dalam dua tahun ini, tiada tindakan penguatkuasaan diambil terhadap orang Melayu. Lima kes yang melibatkan orang Cina adalah berhubung dengan pembinaan bangsal dan kontena di mana pemilik bangunan telah merobohkan sendiri binaan selepas menerima notis.

(III) MAJLIS PERBANDARAN PULAU PINANG

MPPP telah mengambil tindakan penguatkuasaan berdasarkan beberapa Akta dan Undang Undang Kecil.

(a) Penjaja Tanpa Lesen (Bahagian Pelesenan) Rampasan Barang

Tahun

Melayu

Cina

India

2006

84

58

16

2007

65

35

11

2008

132

110

17

2009

152

84

17

Tindakan yang diambil melibatkan rampasan barang barang jualan sahaja dan tidak melibatkan perobohan gerai.

(b) Tunggakan Sewa Premis/Perumahan Rakyat

Tahun

Melayu

Cina

India

2009

23

3

2

(c) Halangan Di Tempat Awam (Bahagian Penguatkuasaan)

Tahun

Melayu

Cina

India

2006

106

46

16

2007

106

51

21

2008

50

13

12

2009

38

21

15

Tindakan penguatkuasaan ini melibatkan tindakan mengalihkan kerusi, meja dan lain lain barang yang di tempat awam seperti tepi jalan, ruang awam, kaki lima dan lain lain.

Statistik menunjukkan bilangan kes yang melibatkan orang Melayu adalah lebih tinggi pada zaman pemerintahan Barisan Nasional.

(d) Kacau Ganggu - Lembu Berkeliaran Di Tempat Awam

Tahun

Melayu

Cina

India

2006

3

1

26

2007

3

1

13

2008

4

0

14

2009

6

0

8

(e) Jabatan Bangunan Di Bawah Akta Jalan, Parit Dan Bangunan, 1974

Tahun

Melayu

Cina

India

2008

1

16

1

2009

9

40

5

(f) Notis Keluar - Kegagalan Membayar Tunggakan Sewa/Premis MPPP

Tahun

Melayu

Cina

India

2008

219

103

46

2009

78

52

26

(g) Tindakan Penguatkuasaan (PTK) Penjaja Tanpa Lesen Mengikut Pecahan Kaum (MPPP)

Tahun

Melayu

Cina

India

Jumlah

2008

785

1,082

196

2,063

2009

815

1,727

247

2,789

Dakwaan PBT tidak memberi peluang menjaja tidak sama sekali, setakat ini MPPP telah mengeluarkan lesen untuk semua kaum mengikut permohonan.

Jenis Lesen

Tahun 2008

-

Melayu

Cina

India

Jumlah

Pasar

369

1,724

118

2,211

Kompleks

627

741

78

1,446

TPS

422

1,826

104

2,352

Jenis Lesen

Tahun 2009

-

Melayu

Cina

India

Jumlah

Pasar

391

1,660

119

2,170

Kompleks

464

538

62

1,046

TPS

449

1,843

105

2,397

Di samping itu, MPPP juga mengeluarkan notis notis kepada premis yang tidak mematuhi mana mana Undang Undang dan Undang Undang Kecil.

Tahun 2008

Tahun 2009

Establishment Makanan

1,661

1,325

Tred Perniagaan/Industri

488

566

* Kebanyakan Pengusahaan memohon atas nama syarikat.

Rumusan

(1) Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang tidak pernah mengeluarkan dasar untuk mensasarkan mana mana kaum dalam tindakan penguatkuasaan.

(2) Statistik menunjukkan tindakan penguatkuasaan diambil atas pertimbangan tidak pematuhan Undang Undang dan Undang Undang Kecil dan BUKAN atas pertimbangan kaum.

(3) Tidak ada kaum yang menikmati immuniti daripada tindakan penguatkuasaan. Isu sebenar adalah tidak pematuhan bukan perkauman ( non compliance ). Di seluruh Negeri Pulau Pinang, ada banyak kes tidak pematuhan yang masih belum ditangani.

(4) Dakwaan Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang bahawa Melayu dipinggirkan tidak benar.

Bilangan kontraktor Bumiputera/Bukan Bumiputera bagi Tahun 2008 dan 2009 adalah seperti berikut:

Bilangan Kontraktor Perolehan Bekalan/Perkhidmatan/Kerja Bertaraf Bumiputera/Bukan Bumiputera Bagi Tahun 2008

Bil.

Kontraktor

Sebut Harga

Tender

Bumiputera

Bukan Bumiputera

Bumiputera

Bukan Bumiputera

1.

Bekalan

29

5

-

-

2.

Perkhidmatan

26

26

-

1

3.

Kerja

23

4

1

-

Jumlah

78

(69.03%)

35

(30.97%)

1

(50%)

1

(50%)

Bilangan Kontraktor Perolehan Bekalan/Perkhidmatan/Kerja Bertaraf Bumiputera/Bukan Bumiputera Bagi Tahun 2009

Bil.

Kontraktor

Sebut Harga

Tender

Bumiputera

Bukan Bumiputera

Bumiputera

Bukan Bumiputera

1.

Bekalan

33

5

8

4

2.

Perkhidmatan

29

2

34

-

3.

Kerja

27

12

3

2

Jumlah

89

(82.4%)

19

(17.6%)

45

(88.23%)

6

(11.76%)

* p/s - kepada komentar, blogger ameno-beer end, jangan dok serbu tak tentu hala, tengok dan paham statistik yang disediakan...GPMS dan Dewan Perniagaan Melayu jangan dok provokasi lebih lebih sangat...

Awat masa wakil hangpa ada dalam ahli Majlis MPPP tak mau pertahan habis habisan peniaga Melayu? Akai ada kaaa...???

--



Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

4.2.10

Lelaki Popular Selepas Aduka Taruna...


Salam Sejahtera...

Selepas 2 minggu Aduka Taruna menjadi popular se Malaysia, semalam nampaknya tempat tersebut telah diambil oleh lelaki gambar sebelah ini.
Pasai apa dia boleh popular?.. Ialah kalau setakat level kokak macam aku ni lainlah, ini Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, boleh dikenakan perintah bayar denda sebanyak RM5,000.00 oleh Mahkamah Tinggi Alor Star kerana menghina mahkamah...
Oii apahal lu ni, orang tertinggi akedemik boleh kena tindakan mahkamah sebegitu rupa..., malu la sikit kat pensyarah, kat tutor, kat siswa dan siswi, kat pengawal pintu masuk, kat warden, kat pencuci tandas dan kat tukang kebun...
Itulah lu,, dulu waktu kat BTN bukan main lagi bodek, zaman Pak Lah lu senanglah, dapat jadi NC UUM, kemudian lu saman Raja Petra,, he he,,, RPK tong sampahkan saja lu punya saman,,, baru lu tau,,,...
Betullah Tukar Tiub gelar lu Prof Kangkung, memang kangkung,,, kalau tak tak lu boelh kena bayar saman,,, lu punya kes boleh masuk Guieness Of Record kerana NC Universiti Pertama di Malaysia kena saman hina mahkamah... Tahniah satu Malaysia,,,.
Lepas ni lu boleh packing lu punya barang, balik kampong tanam kangkung..eeeee buat malu 1Malaysia....
Berita Berkaitan : utusan & juga kat sini

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

3.2.10

Pulak Daaahhh...Mana 1 Betoi...???

Selepas aja aku publish pasai YB Zul ni nak letak jawatan... Dalam blog dia lain pulak ceritanya....(atau kat SINI) Isk isk isk... Apo Kono Eh Jangg...


Salam 2 all.

Sekali lagi Firaun-Firaun Kecil menjalankan agenda jahat mereka membawa dakyah kononnya saya akan keluar daripada PKR hari ini. Berita tersebar luas di Malaysiakini hari ini dengan tajuk besar saya akan keluar PKR hari ini.

Dalam keadaan mereka menutup mulut saya dan tidak dibenarkan bercakap sepatahpun, tetapi mereka terus menerus melanyak saya tanpa henti; walaupun saya mengambil pendirian menghormati arahan parti dengan tidak membuat sebarang kenyataan yang berkaitan. Ternyata Firaun-Firaun Kecil ini jenis manusia yang hipokrit dan putar alam.

Mereka menjerit-jerit minta hak bersuara, hak mempertahankan diri apabila terkena batang hidung mereka. Tetapi bila kena pada orang lain, segala hak asasi manusia, segala hak bersuara, segala hak membela diri dicampak dengan mudah kedalam longkang.

Ini adalah berita palsu yang dimainkan oleh Firaun-Firaun Kecil yang makin desperado apabila melihat konspirasi jahat mereka tidak menjadi baru-baru ini. Kini mereka mula mengejar bayangan mereka sendiri. Malah mereka makin gerun apabila beberapa orang wakil rakyat dan pimpinan lantang bersuara. YB Datuk Seri Zahrain, YB Tan Tee Beng, Yang Berhormat Goh Burne, YB Azan Ismail dan beberapa orang lagi sudah mula menyatakan pendirian yang jelas tidak disenangi oleh Firaun-Firaun Kecil ini. Mereka ingatkan saya bersendirian, rupanya ramai lagi. Dan saya ingin memberi amaran kepada mereka, jumlah ini akan menjadi ramai. Dan tidak lama lagi Firaun-Firaun Kecil ini tahu tinggi rendah langit ini.

Kepada sahabat dan rakan yang setia bersama saya, termia kasih dan jazakallah. Ingatlah pesan ALLAH, "wamakaruu wamakarallah..wallah hu khoirul maakiriin-mereka membuat tipudaya, dan ALLAH juga mengadakan tipu dayaNya, dan tipudaya ALLAH mengatasi segalanya". Insyallah dengan keimanan yang amntap dan istiqomah, kita akan dapat mengharungi segala fitnah dan mehnah ini dengan petunjuk dan hidayah ALLAH.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
18 Safar 1431
03 Februari 2010



--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

Warga Kulim...Bersedia, Nak Ada PRK Pulakk...

Walaupun biro politik PKR belum memutuskan tindakan yang sewajarnya yang sepatutnya dikenakan ke atas Zulkifli Noordin berhubung beberapa kenyataan kontroversi berhubung isu kalimah Allah, namun ahli parlimen yang lantang itu menyatakan kesediaannya meletakkan jawatan pada bila-bila masa.

NONESambil mendedahkan beliau tidak mempunyai kedudukan di PKR, kecuali memegang kerusi parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulklifi berkata kerjaya politik bermula apabila ditawarkan kerusi berkenaan pada pilihan raya umum lalu.

Zulklifi mengakui ketika itu, dia masih merupakan ahli PAS dan diberi notis singkat bagi menggantikan pemimpin PKR Sheih Azmi yang menghidap kencing manis. Malah dia langsung tidak menaruh harapan akan memenangi kerusi di kubu kuat Barisan Nasional itu.

Zulklifi menjadi terkenal apabila dia mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat bekas timbalan perdana menteri itu pada tahun 1998.

Dia dikatakan mengambil pendekatan konservatif khususnya dalam menangani isu-isu agama dan pendiriannya itu lazimnya pula bercanggah dengan dasar pelbagai kaum PKR.

NONEBagi Zulklifi, politik bukan keutamaannya dan dia sanggup meninggalkan PKR jika dilihat sebagai membawa masalah kepada gabungan pembangkang itu.

"Umum tahu, saya amat sayang dan hormati Anwar dan ini tidak pernah luntur..tetapi cinta saya kepada agama saya jauh melebihi segalanya dan ini saya tidak akan bertolark ansur.

"Jika ia mencapai peringkat saya menimbulkan masalah dalam membantutkan usaha Anwar dalam perjalanannya ke Putrajaya, saya akan menarik diri. Saya sanggup meninggalkan parti walaupun pada hari ini," katanya.

Zulklifi diarahakan tutup mulut sebelum kesnya dirujuk kepada jawatankuasa disiplin PKR baru-baru ini kerana membuat laporan polis ke atas Khalid Samad berhubung cadangan ahli parlimen PAS itu untuk meminda enakmen agama Selangor yang didakwanya ketinggalan zaman.

- Malaysiakini



--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

Semoga Rohnya Dicucuri Rahmat ~ Al-Fatihah..

(sisipan gambar di upacara pengkebumian Allahyarham ayah Sharpshooter di Tanah Perkuburan Islam Permatang Damar Laut)

Salam...

Menerima perkhabaran, rakan bloggers Sharpshooter @ Din Binjai, telah kehilangan ayahanda tercinta, kembalinya ke Rahmatullah pada awal pagi Isnin, 1hb Februari 2010. Allahyarham Tuan Haji Ahmat berusia 59 tahun telah terlantar sakit hampir 13 tahun.


Penderitaan yang dialami Allahyarham adalah akibat insiden ditimpa 'cold-room' [pautan cerita ada DI SINI & juga DI SINI] di Kampung Binjai, Pulau Pinang serta penyakit kronik bersangkutan yang gagal diubati sehinggalah Allahyarham menghembuskan nafas yang terakhir.


Salam Takziah dari saya kepada seluruh kaum kerabat serta keluarga Sdr.Din Binjai a.k.a Sharpshooter. Semoga banyak bersabar dengan dugaan didunia atas kehilangan insan tersayang, ayahanda beliau.


Peristiwa dalam bulan Februari, secara tidak sengaja terlintas diingatan saya dan mungkin InsyaAllah akan kekal dalam ingatan hingga bila-bila selagi hayat iaitu pada tanggal 19hb Februari 2008, saya telah kehilangan insan tercinta dalam keluarga, iaitu ketua keluarga, abah saya, Allahyarham Tuan Haji Jamaludin yang telah menghembuskan nafas terakhir di wad kenser Hospital Besar Pulau Pinang.


Bulan Februari mengungkit kenangan, yang amat menyentuh hati dan jiwa kerana pada malam akhir sebelum arwah abah meninggal, sekitar jam 2.30petang 19hb Februari '08 iaitu pada 18hb malam, saya mengambil cuti dari bekerja untuk menemani arwah di wad kenser tingkat 2 Hospital Besar Pulau Pinang.


Sepanjang malam arwah tidak melelapkan mata dalam keadaan pada kata orang 'nazak', nafas tersangkut-sangkut, saya juga sepanjang malam tidak melelapkan mata sambil memicit-micit seluruh tubuh badan arwah yang pada ketika itu sudah bentan-bentan dan bengkak dengan air yang dimasukkan ke tubuh badannya sedang berlegar hanya disekitar bawah kulit sahaja, (jika dicucuk untuk ambil darah untuk sampel, akan keluar air glukos selepas itu meleleh-leleh..) tidak dapat diproses oleh buah pinggang akibat kegagalan organ itu yang dijangkiti kuman. Tidak lekang juga dibacakan surah Yassin tatkala memicit-micit tubuh arwah.


Rakan bloggers ketika di tengah malam itu, Usop Sontoroyo @ Diktator Kangkung ada datang mengunjungi dan beliau ada mengatakan yang abah saya dah 'tenat'... saya seperti mengaku tak mengaku saja...pasrah... Sedih yang amat kerana sejak dari sebelum waktu Subuh hinggalah selepas Subuh, arwah seakan sedang bertempur dengan sakaratul mautnya... Hinggalah ke saat selepas Zohor, jam 2.30petang 19hb Februari, mak saya sudah berada disamping beliau, tiba-tiba nafas yang tercungap-cungap, telah terhenti.


Doktor wad yang bertugas serta jururawat mengambil masa sekitar 15minit untuk mengesahkan yang arwah sudah pun meninggal dunia dan tidak dapat diselamatkan. Saya, abang dan mak hanya mampu menangis ketika itu, kami pasrah dengan ketentuan Ilahi... Allahuakbar... Inna Lillah Hiwainna Ilai Hirojiun... Dari Allah kita datang, dan kepadaNya jualah kita dikembalikan.


Semoga Allah ampunkan dosa semua orang yang kita sayangi... Amin Ya Rabbal Alamin...


Al-Fatihah...




--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/
Related Posts with Thumbnails