Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...
Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...
Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid
Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid
23.12.09
Ada Lagi Alasan Ahli Parlimen Yang Ponteng...
22.12.09
Kaki Ponteng : Ni Dia Ahli Parlimen Yang Boikot Bajet 2010...
21.12.09
Jom Penuhkan Ruangan KOSONG...

PENGUNDIAN BAJET 2010
| NAMA MP | ALASAN TAK HADIR |
| MAHFUZ OMAR | URUSAN PERIBADI |
| CHE ROSLI CHE MAT | GANTI NIZAR |
| MUJAHID YUSOF RAWA | M/C (SAKIT) |
| TAIB AZAMUDDEN | ? |
| IBRAHIM ALI | LOMPAT SUKAN SEA LAOS |
| ZAHRAIN M. HASHIM | ? |
| MOHSIN FADZIL | ? |
| ZAINAL ABIDIN AHMAD | ? |
| MOHD AZMIN ALI | BERADA DI MEKAH, TUNAIKAN HAJI |
| S. MANIKAVASAGAM | ? |
| NURUL IZZAH | ? |
| ABDUL KHALID IBRAHIM | ? |
| LIM GUAN ENG | ? |
| P. RAMASAMY | ? |
| CHOW KON YEOW | ? |
| OOI CHUAN AUN | ? |
| KARPAL SINGH | ? |
| GOBIND SINGH DEO | * DIGANTUNG HADIRI SIDANG |
| TERESA KOK | ? |
| ENCHIN MAJIMBUN | ? |
| CHUA SOON BUI | ? |
20.12.09
Gelakan Dah Jawab Maa...
Kuang Jaq : Tuntut Pengerusi Be-enD & YDP MAIPP...
3 Muharram 1431oleh Cina Islam.
Semasa Pakatan Rakyat semakin menguat dan menawarkan alternatif terbaik untuk rakyat Malaysia, pada hari yang sama kita menyaksikan pergolakan dalaman Barisan Nasinal yang semakin parah dan semacam menambah luka yang memungkinkan tidak terubat lagi.
Media melaporkan Umno (baca : Ameno) mahukan jawatan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang yang kini dipegang oleh Gerakan diserahkan kepada parti itu dalam usaha mengukuhkan kedudukan perikatan itu di peringkat negeri.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno (baca : Ameno) negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dipetik sebagai berkata permintaan itu adalah munasabah kerana hanya wakil Umno telah memenangi semua kerusi yang dikuasai BN di Pulau Pinang dalam pilihan raya umum lepas.
Dakwanya "Parti komponen lain tidak ada satu kerusi pun di Pulau Pinang," selepas mempengerusikan menyuarat Badan Perhubungan Ameno negeri semalam.
Jawatan pengerusi BN Pulau Pinang tidak pernah dipegang wakil Umno (baca : Ameno) jawatan itu kini dipegang Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan selama itulah tidak pernah ada pemimpin UMNO (baca : AMENO) memegang jawatan Ketua Menteri sampailah Pulau Pinang di kuasai oleh Pakatan sejak 8 Mac 2008 lepas.
Walaupun Zahid mengatakan hasrat UMNO (baca : AMENO) adalah untuk menguatkan BN namun yang saya nampak ianya makin melemahkan dan mengkucar-kacirkan BN di Pulau Pinang. Nampaknya UMNO (baca : AMENO) menampakkan belangnya yang sebenarnya di Pulau Mutiara, bak kata pepatah "habis manis sepah dibuang". itulah perangai AMENO yang sebenar iaitu sangat mudah melupakan jasa orang lain.
Dalam masalah sekarang jasa Parti Gerakan yang selama ini menempatkan Pulau Pinang dalam cengkaman BN sekian lama atas jasanya menang besar di situ seakan dilupakan langsung olen pemimpin AMENO.
Sepatutnya AMENO dan BN mesti terus diajar kerana dia cukup kurang ajar kepada jasa orang yang mendahuluinya. Tanpa menafikan memang semua calon Gerakan kalah dalam Pilihan Raya yang lepas namun adakah itu ukuran segera untuk menafikan kejayaan sebelum ini?
"Tidak semestinya saya selaku Pengerusi Badan Perhubungan Ameno negeri dilantik sebagai Pengerusi BN negeri, jawatan itu mungkin boleh dipegang oleh Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno negeri atau Ketua Pembangkang," katanya.
Semakin kurang ajarnya Zahid dan AMENO Pulau Pinang bila mereka menuntut kerusi Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) .Adakah mereka masih tidur dan tidak menyedari bahawa Pulau Pinang sekarang di bawah Pakatan Rakyat..??? Siapakah yang berhak menentukan kerusi tersebut. Siapakah Zahid yang memandai untuk "berkokok" dalam masalah ini..???
Tuntuan ini bagi saya tidak lebih dari membuka pekung didada dan melahirkan hasrat jahat AMENO Pulau Pinang (macam la ada hasrat baik sebelum ni...) yang semestinya ditolak secara total di Pulau Pinang dan di masa akan datang.
Yang Dipertua MAIPP ketika ini, Shabudin Yahaya yang juga ADUN BN Permatang Berangan akan tamat tempoh perkhidmatan pada 31 Disember ini.
Selamat Bersara Shabudin dari jawatan itu dan saya yakin Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin akan memperkenankan cadangan yang di kemukakan oleh Kerajaan Negeri yang sah dari Pakatan, bukannya mendengar nasihat dari pembangkang di Pulau Pinang yang cukup kurang ajar !
19.12.09
Oit..!!! Sapa Pi Juai Enjin Jet Hah..???
| oleh Angkasanuri |
| Saya seringkali melahirkan kebimbangan tentang keselamatan negara dari ancaman luar terutama pintu keluar masuk sempadan negara. Masih ingat lagi kehilangan dua kontena cip komputer dari terminal kargo di Bayan Lepas tidak lama dulu? Begitu juga dengan rampasan dadah yang beratnya hampir 1 tan di Rompin Pahang. Ini belum termasuk dengan betapa mudahnya pendatang haram membolosi sempadan negara dan begitu bergaya ' mengeksport' motorsikal milik rakyat negara ini untuk digunakan di negara jiran. Tetapi apa yang saya ingin utarakan bagaimana enjin jet yang sebegitu besar boleh 'dieksport'' ke Eropah? Adakah pihak berkuasa di lapangan terbang, pelabuhan dan pintu sempadan tak dapat mengesan enjin yang begitu besar merentasi sempadan negara? Sejak bila pula Malaysia jadi pengeksport enjin pesawat pejuang? - dari harakahdaily Apa punya mangkok la sapa yang terdesak sangat sampai pi juai enjit jet TUDM? India besi buruk ka? Blah lerah rumah aku ni kat Bayan Lepaih, dalam seminggu musti 3-4 kali lori kompeni India besi buruk dok 'round' mai tanya, " aney, ada ka besi burok mau juai..barang2 lama ka?"...naik heran aku kerap sangat depa mai, macam la area umah aku tu area kilang besi...lagi jauh la sungai besi..isk, tensen aku.. Dah la enjin jet TUDM pi 'ghaib' dan dengaq cerita di Bernama,(cerita kat SINI) la ni dok ada di Amerika Selatan dah enjin jet tu...baru nak sedaq kott??? Apa raaaa.... Sampaikan atlit Mesia yang dah susah-payahkan diri kat Sukan SEA Laos dengan pingat Emas pun sangkut tak dapat balik Mesia, kapai terbang TUDM tak bleh sampai sana...isk isk isk...kasiannnn... [nah baca kat bawah ni]
Skuad Bola Sepak Negara Terpaksa Tangguh Perjalanan Pulang KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Skuad bola sepak bawah 23 tahun negara yang dijadualkan pulang ke tanah air Jumaat petang terpaksa menangguh kepulangan mereka apabila pesawat Hercules C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengalami masalah teknikal. |
--
Ahakksss......
http://bloghijat.blogspot.com/
Swiss Cash Atau Switch Catch...???
18.12.09
Nyaris Nak Ada PRK Di Pahang...
Mahathir Penipu Besaq...!!! ~ malaysiakini

KASTAM TAHAN BUKU TENTANG MAHATHIR - Asia Sentinel
Malaysian customs authorities have been holding up delivery of 800 copies of an authoritative new biography of former Prime Minister Mahathir Mohamad for the past three weeks at the Port Klang customs office.
The book, "Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times," written by former Asian Wall Street Journal Managing Editor Barry Wain, is a warts-and-all, critical but fair account of Mahathir's 22 years in power. It is certain to become an essential study for scholars seeking to understand the onetime premier's reign and its consequences. But maybe not in Malaysia itself unless the locals buy through Barns & Noble (available Jan. 10) or Amazon (Jan. 5) for US$60.75.
KAH KAH KAH…
KAH KAH KAH…
woit…. TAHU PULAK NAK SURUH RAHSIA… kah kah kah..
woit… CAKAP WIRA DUNIA KE TIGA…kah kah kah..
woit... CAKAP HEBAT ANTI AMERIKA... kah kah kah..
kah kah kah…. SENYAP SENYAP BUAT DEAL DENGAN AMERIKA… kah kah kah..
kah kah kah... DALAM BUKU INI ADA DOKUMEN... PATUTLAH BUKU INI DITAHAN...kah kah kah...
kah kah kah… AKHIRNYA FIRAUN JADI BUDAK SURUHAN AMERIKA… kah kah kah..
kah kah kah... SEKARANG NAK TUTUP BUNTUT... kah kah kah..
woit…INI SEMUA PROJEK EEE NAK TIPU ORANG MELAYU… kah kah kah…
nota:
sesiapa ada kawan kawan di singapura
atau luar negara sila beli dan scan masukkan
dalam net - supaya semua boleh baca kah kah kah
17.12.09
Salam Ma'al Hijrah 1431H...
" Ya Allah…Sempena Ma'al Hijrah 1431H, Aku momohon kepada-MU agar insan yang membaca artikel ini agar umurnya, amal ibadatnya, rezekinya, hidupnya dan matinya sentiasa dalam peliharaan-MU dan jadikan dia insan yang bertaqwa dan soleh. Amin."
PADA 1 Muharam setiap tahun, umat Islam merayakan sambutan Maal Hijrah, bergembira atas kehadiran tahun baru dalam kalendar Islam.Sambutan itu tidak disebut dalam al-Quran atau nas Sunah Nabi secara terus terang tetapi ia tetap dianggap perayaan umat Islam.
Ironinya umat Islam masih lebih cenderung meraikan secara berlebihan-lebihan tahun baru Masihi (1 Januari) baru-baru ini termasuk dicemari perbuatan songsang lantas mencemarkan kemuliaan Muharam.
Kemuliaan Muharam yang pada hari itu kita berselawat memuji-muji Rasulullah - satu amalan yang diperintah Allah.Kita alunkan nasyid-nasyid seperti Talaal Badru Alaina bagi mengingati kembali betapa gembira kaum Ansar menyambut kehadiran Rasulullah bersama Muhajirin di Madinah.Maal Hijrah atau Awal Muharram adalah merupakan permulaan tahun baru bagi takwin Islam. Ianya bermula sempena memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Mekah ke Madinah dalam tahun 622 masihi. Di samping itu ianya juga merujuk kepada peralihan daripada sesuatu yang buruk atau kurang kepada yang baik atau sempurna.
Perpindahan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat r.a dari Kota Mekah ke Madinah merupakan pembinaan langkah baru sebagai persiapan menghadapi cabaran yang bakal tiba secara terus menerus. Hijrah bukanlah asing dalam Islam dan ia adalah sebahagian daripada Islam. Hijrah kerana menuntut ilmu, mencari kebenaran, berjihad, berdakwah, mencari nafkah, kerana perniagaan dan bermacam-macam hijrah lagi adalah tuntutan dan asas ajaran Islam itu sendiri.
Jika pada kebiasaannya kita berazam pada setiap tahun baru masihi, apa kata kali ini kita juga berazam semasa ketibaan tahun baru hijrah. Malah jika kita tidak pernah langsung berazam selama ini bolehlah dimulakan sekarang. Azam ini bolehlah lebih ke arah pengisian rohani dan keagamaan. Mungkin kepada mereka yang tidak pernah solat berazam untuk mula bersolat, mereka yang bersolat tetapi tidak cukup lima waktu berazam untuk melengkapkan solat lima waktu dan mereka yang bersolat lima waktu berazam untuk meningkat kualiti solat mereka.
Di samping itu perkuatkan juga fahaman aqidah, syariat dan akhlak kita. Apabila fahaman kita jelas maka iman dan takwa kita juga akan kukuh. Percayalah lebih rapat kita dengan Allah s.w.t. akan lebih tenang jiwa kita menghadapi kehidupan yang penuh cabaran dan dugaan ini.Doa Akhir Tahun
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu 'Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan akan berkata, "Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun".
Doa Awal TahunDoa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata, "Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".
Selamat Menyambut Maal Hijrah1431H
16.12.09
Huwaaaa...!!! Blog Aku Nak TerKeluaq Dah...
Oleh: MSK 10/12/2009
Blog-blog pro-Pakatan Rakyat semakin lama semakin lesu secara keseluruhan. Kali ini …tak ada alasan mengapa kebanyakan blog terus menurun. Hari Raya Haji dah habis.
Hari ini, empat lagi blog terkeluar dari senarai 100,000 Alexa. Blog Xenan, Ummu Asiah, Proreform, dan Bumiperak. Manakala blog SesamaIslam telah di delete oleh tuanpunya blog. Sebab utama mengapa blog ini terkeluar adalah kerana tidak dikemaskini setiap hari. Blog Ummuasiah mempunyai cerita yang bagus, tetapi apabila tidak dikemaskini secara konsisten, pengunjung malas nak mencari.
Terdapat beberapa lagi blog yang tidak dikemaskini dan menunggu masa untuk terkeluar. Blog Hijat Panjang mungkin akan terkeluar dalam masa sehari dua ini.
Blog Albanjari terkeluar dari senarai 10 teratas kerana dipintas oleh Greenboc. Dan Pinkturtle terus memanjat anak tangga dengan berita-berita terkini dari Kelantan dengan menguis Malaysiawaves yang terus dengan isu-isunya sendiri.
Penarik Beca turun kerana bercuti selama 4 hari. Pasai apa Pak Bakaq? Duit Streamyx tak bayaq ka? Kesian Pak Bakaq. Hari tu kereta nak kena tarik…letrik kena potong pasai tak bayaq. Tu pun ada orang dok kata dia terima duit dari Umno.
Kedahlanie kembali bertenaga manakala Perakexpress terus turun akibat dari experiment sendiri. Perakex akan kembali selepas membuat penilaian semula. Beberapa blog lagi terus turun dengan konsisten. Pahangdaily mungkin akan dipintas oleh Aduka Taruna minggu depan.Manakala Ajijoi terus terun menjunam.
Bandar Tasik Mutiara perlu mengubah layout yang terlalu lambat untuk diupload. Kalau setakat broadband GPRS..perlukan masa hampir 5 munit untuk diupload. Banyak sangat widget.
Tun Telanai…dulu musuh aku sekarang dah jadi sahabat…juga semakin kurang menulis. Tun Telanai mampu menulis dengan penuh hujah, tapi sekarang semakin lemah. Pasai apa?
Laman Marhaen juga terus merosot. Bulan lepas dia berada disenarai Top Ten, tapi lepas Raya Haji terus menjunam. Jangan sampai terkorban sudah la. Satu-satunya blog yang terus segar sejak era reformasi.
Ada bebrapa blog yang menunjukkan peningkatan yang mendadak. Blog Amin Iskandar naik secara slow and steady. Ibnu Hasyim naik mendadak manakala M3M juga melompat 20 anak tangga Perakex.
Zulmamak kembali kesenarai top 100 apabila mula membuat posting. Tu la…kalau tak update lebih dari seminggu…sudah pasti akan terkeluar.
Minggu lepas aku menulis tentang blog Zainulfaqar. Aku katakan blog ini akan meningkat dengan baik..tapi secara tiba-tiba dia menukar cara penulisan. Sekarang dah macam baca Harakah. Akibatnya menjunam begitu jauh.
Blog pemimpin juga semakin lama semakin jatuh. Blog Anwaribrahim juga merosot..Dari tangga ke 562 Alexa, sekarang jatuh ke tangga 646.
Dua minggu lepas, aku tulis tentang blog Idhamlim. "Dengan trend penurunan sebanyak 10% sebulan, tidak mustahil…diakhir tahun ini, blog Cina Islam akan terus turun dan dipintas oleh Penarik Beca, kecuali sesuatu pembaharuan dibuat..ataupun Perak bergolak kembali."
Belum cukup tahun, blog Idhamlim menjunam dengan begitu teruk. Bukan setakat dipintas oleh Penarik Beca malah sudah dipintas oleh beberapa blog lain. Dari tangga ke 745, Idhamlim kini berada di tangga ke 1,302 Alexa , dibelakang Perakex.
Begitu juga dengan blog Tok Guru yang jatuh dari tangga ke 1922 ke tangga 5578 Alexa. Blog Nasrudin Tantawi juga jatuh dari tangga ke 8246 ketangga 13,075.
12.12.09
Demam Tak Kebahhh...
3.11.09
Mari Mengenali Siapa ADUN Bebas Pelabuhan Kelang... ~ malaysiakini
Buat pertama kali saya berjumpa dengan Badrul Hisham Abdullah adalah pada Februari 2008. Saya berjumpa dengannya kerana jemputan daripada Ronnie Liu. Ronnie Liu akan bertanding di DUN Pandamaran yang berada dibawah Kawasan Parlimen Port Kelang, manakala Badrul Hisham Abdullah juga bertanding di DUN Port Kelang yang bersebelahan dengan Pandamaran yang juga berada dibawah Kawasan Parlimen Port Kelang. Maka untuk memastikan Charles Santiago memenangi Kawasan Parlimen Port Kelang, kemenangan Ronnie Lie dan Badrul Hisham Abdullah adalah sangat penting.
Saya tidak risau dengan DUN Pandamaran kerana Ronnie telah berkerja kuat dan menghabiskan banyak masa untuk membina kubunya disana. Kami percaya Ronnie boleh memenangi kawasan itu tanpa sebarang masalah. Tapi Port Kelang merupakan perkara lain, adalah menjadi satu tugas yang susah untuk memenangi kawasan itu.
Pertama, siapa yang kenal Badrul Hisham Abdullah. Kedua, kawasan tersebut merupakan kubu kuat Barisan Nasional kerana penduduk Melayu dari Kampung Raja Uda telah mengundi UMNO sejak dari Merdeka lagi. Penduduk Kampung Raja Uda tidak pernah mengundi pembangkang dan Badrul Hisham Abdullah tidak mungkin akan memenangi kawasan itu melainkan penduduk kampung itu mengundinya.
Untuk memastikan kememangan Badrul Hisham Abdullah, Ronnie telah berkempen untuknya dan meminta saya supaya berjumpa dengan penduduk Kampung Raja Uda. Untuk memastikan kememangan Badrul Hisham Abdullah, kita harus mendapat undi Melayu dari Kampung Raja Uda kata Ronnie. Undi orang Cina dan India bukan masalah besar. Sekiranya kita tidak mendapat undi dari kalangan orang Melayu kerana orang Melayu merupakan majoriti disana, walaupun kita mendapat 100% sokongan daripada orang Cina dan India, itu tidak menolong. Bahkan kita tidak mungkin memenangi 100% undi daripada orang Cina dan India.
Ronnie telah mengadakan ceramah untuk saya di Kampung Raja Uda. Mesej saya kepada pengundi Melayu di Kampung Raka Uda adalah ringkas dan tepat pada mesej. Hujan lebat pada hari itu dan kesemua pengundi Melayu basah kuyup kerana hujan. Jadi adalah lebih baik saya berceramah tepat kepada mesej supaya mereka tidak perlu bermandikan hujan.
Pembangkang tidak pernah menang undi dari Melayu di Kampung Raja Uda sejak Merdeka lagi, saya kata. Melayu selalu mengundi parti pemerintah. Ini adalah kali pertama saya meminta pengundi Melayu untuk mengundi pembangkang, saya kata. Kampung ini, Kampung Raja Uda dinamakan sempena dengan nama Datuk saya iaitu Raja Tun Uda. Saya selalu bersinggah disini semasa Hari Raya pada waktu saya masih kecil lagi kerana saudara mara saya tinggal disini walaupun banyak yang telah berhijrah keluar dari sini.
Sekiranya pengundi Melayu disini masih memilih parti pemerintah dan bukannya pembangkang, saya mahu mereka supaya menukar nama Datuk saya dari nama kampung ini. Sebut saja apa nama janji bukan Kampung Raja Uda. Sekiranya parti pemerintah menang lagi di kawasan Kampung Raja Uda maka saya bersumpah saya tidak akan pijak lagi ke tanah kampung ini.
Ketika pada hari mengundi, Badrul Hisham Abdullah telah memenangi kerusi Port Kelang, buat pertama kali dalam sejarah, Kampung Raja Uda telah memilih pembangkang. Tetapi semasa pengumuman kememangan calon, Badrul Hisham Abdullah tidak kelihatan. Mereka bergegas ke rumahnya untuk memastikan sama ada dia berada di rumahnya atau tidak. Mereka mengetuk pintunya tapi nampaknya tidak sebarang balasan dari dalam. Mereka mengetuk lagi pintu lalu Badrul Hisham Abdullah yang kelihatan baru bangun dari tidur datang ke mereka. Dia tidur. Semasa pengiraan undi dibuat dia tidur di rumahnya pula.
Badrul nampaknya masih tidak sedar diri. Kamu menang, mereka memberitahunya. Cepat menukar pakaian dan pergi ke pusat kira undi sekarang. Mereka memerlukan anda untuk diisytiharkan anda sebagai pemenang.
Badrul diam. Cepat, tukar pakaian. Kamu menang. Kamu perlu pergi ke tempat kira undi sekarang.
Saya memang? Badrul tak percaya dengan apa yang dia dengar.
Ya, kamu menang, cepat, ikut kami. Anda perlu berada di sana.
Tanda-tanda yang aneh dengan orang ini jelas terbukti pada hari pencalonan lagi dan Ronnie telah memberitahu saya dia agak risau dengan orang ini. Dia pergi ke pusat penamaan calon tanpa membawa wang jadi tidak mungkin untuknya membayar deposit. Maka mereka telah bergegas untuk mengumpulkan wang untuknya supaya dia dapat dicalonkan.
Setelah Badrul telah dilantik sebagai ADUN, dia menghilangkan diri. Daripada menghabiskan masa bersama dengan ADUN dan MP Pakatan Rakyat, dia lebih suka untuk menghabiskan masa makan malamnya dengan oranh-orang UMNO dan menjauhkan diri dari kawannya di Pakatan Rakyat.
Saya pernah memberitahu Nik Nazmi, iaitu setiausaha politik kepada Menteri Besar, tentang masalah Badrul pada pertengahan 2008 lagi. Saya kata mungkin kita akan 'kehilangannya'. Dan sebenarnya kami memang kehilangannya beberapa hari selepas pilihan raya umum 8 Mac 2008.
Nik Nazmi mengatakan kepada saya bahawa mereka menyedari masalah ini. Tapi tiada apapun usaha dilakukan dan sekarang masalah telah datang kembali ke PKR dan Pakatan Rakyat.
Itu adalah kisah Abdullah Badrul Hisham, calon PKR untuk kerusi DUN Port Kelang dimana pada hari penamaan calon, dia tidak membawa wang untuk membayar depositnya, dan pulang ke rumahnya dan tidur sementara pengiraan undian sedang berjalan lancar, dan yang nyaris 'menyertai' UMNO beberapa hari selepas beliau memenangi pilihanraya.
Ketika pertama kali kami bertemu dengan Badrul, isteri saya kata, oh Tuhan, PKR tidak mempunyai calon lain untuk dipilih? Secara jujur, isteri saya kata, bahkan aku tidak akan memilih dia. Bagaimana pula kita mengharapkan masyarakat setempat untuk memilih dia?
Saya rasa anda mungkin calon yang jauh lebih baik jika dibandingkan dengan Badrul, aku memberitahu isteri saya.
Itu sangat menghina, jawab isteri saya. Kenapa anda membandingkan saya dengannya? Bahkan saya tidak percaya padanya walaupun untuk memotong rumput, apatah lagi meminta dia menjadi Wakil Rakyat saya.
Ya, itu adalah pendapat isteri saya. Dan Ronnie mengatakan kepada saya pada bulan March 2008 yang kita akan menghadapi sedikit masalah dengan Badrul. Kami percaya dia sudah melompat lebih daripada setahun yang lalu. Apa yang kami terkejut ialah hal ini telah mengambil masa yang begitu lama untuk terjadi. Dan apa yang paling mengejut ialah kenapa PKR tidak mengambil sebarang tindakan walaupun mengetahui semua ini?
Itu adalah kisah PKR. Dan ada banyak lagi orang-orang seperti Badrul Hisham Abdullah yang bersembunyi di PKR. Aku hanya bertanya-tanya bila akan terjadinya lagi perkara seperti kes Badrul.
PKR mula dilihat sebagai parti gurauan. Tetapi gurauan ini tidak melucukan. Kami telah berkempen dan meminta para pengundi supaya mempercayai kami untuk mengundi pembangkang. Saya juga turun ke padang secara peribadi untuk merayu para pengundi untuk mempercayai saya dan mengundi pembangkang. Adakah kita telah merosakkan kepercayaan itu? Adakah pengundi masih akan percaya pada saya lagi?
Itu yang saya hendak menyampaikan, itu adalah tragedi terbesar buat kita semua.
Original Post: http://mt.m2day.org/2008/content/view/28192/84/
dan juga pautan [disini] untuk siri pengenalan siapa dia ADUN Bebas ini...
--
Ahakksss......
http://bloghijat.blogspot.com/









2 ulasan:
ya..umno pulau pinang auta ja lebih especially ketua pembangkang pulau pinang..kawasan haram x mai melawat pon..dok sembang dalam sidang dun ja lebih..
Yang nak jawatan pengerusi tu ...ok lah pasai itu musibah dalaman UMNo/BN. Yang nak jawatan Ketua MAIPP tu yang tak tahan lawak nie.
Aduhhh !!! depa ingat Pulau Mutiara nie Putrajaya kaa ?? Dah lah kena hambat keluar gara2 tunjuk punggung di dewan yang mulia, ada hati plak nak kukuhkan perikatan haprak nie.
Koyak laaa gambar dan suruh menyembah melutut mintak maaf baru erat perikatan tu. Makin hari makin SARKIS puak2 ini.
Senang aje nak lenyapkan anasir2 haprak yang songlap khazanah negeri ini pada PRU13 nanti.
Letak calon PAS atau PKR ( satu lawan satu ) di setiap kerusi yang depa tanding.
Kawasan cina Umno boleh telan air liur aje , calon Gerakan akan kena lebih teruk dari yang lepas. Timbalan Presiden pun dah bye2 masuk tong taik cop Umno ( Tong Baru..Taik Lama ) iaitu PCM. Nanti sebulan dua pecah laa macam Parti Makkal Sakti ciplak.
Kesimpulan...UMno dah busuk sampai Usus dan kena bakar atau tanam dari dibiar kan lagi merayau sana sini macam.... ( Zombie Kg Pisang )