Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

9.12.08

TV3 suku: MB Perlis Bertanding di Parlimen Kuala Terengganu..

Oleh Ibrahim Baba

Memang terkejut bila kita baca atau tonton berita seperti itu. Mana mungkin. Lebih menghairankan lagi beliau bertanding atas tiket PAS. Lagilah mustahil..

Namun begitu, mungkin ramai yang tidak perasan apabila Buletin Utama TV3 29 Nov 2008, menyiarkan laporan berhubung kematian Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang juga Timbalan Menteri Pelajaran, Razali Ismail, disusuli dengan ulasan PRU2008 yang dimenangi Razali, TV3 menyiarkan gambar Razali, Md Isa Sabu dan Maimun Ali.



Suatu kesilapan yang tidak professional dengan menyiarkan gambar Md Isa Sabu untuk Md Sabu.



isk isk isk… kan lain tu.

- sumber artikel dari tranungkite


[itu namanya tak cerdik dan dalam erti kata lain...kurang cerdiklah pemikiran politik tv3 suku nih....ataupun memang tektik lama depa ni untuk tidak tonjolkan tokoh parti pembangkang dalam media depa.... hampeehhhh....]

7.12.08

Salam Aidil Adha 1429 Hijriah..




Salam...


Kepada semua pelayar-pelayar di lautan mahupun pengunjung weblog-weblog sekalian... Di ucapkan Salam Aidil Adha 1429 Hijriah.... Semoga kita semua mengerti apa itu erti KORBAN yang sebenarnya.........



Allah Huakhbar, Allah Huakhbar, Allah Huakhbar... Walillah Hilham...



Empat Terkorban, Seorang Masih Hilang Dalam Kejadian Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa - malaysiakini


Kejadian tanah runtuh di kawasan Bukit Antarabangsa, Hulu Klang dekat sini awal Sabtu pagi mengorbankan empat orang apabila 14 buah banglo di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama tertimbus.


Mangsa yang terkorban dikenali sebagai Shaiful Khas Datuk Shahrudin, 20; Dr N. Yogeswari, 40; dan Eng Yee Peng, 30; dan warga Indonesia Surinah, 30-an.Yang masih hilang ialah seorang lelaki dewasa yang identitinya belum dikenal pasti.

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar mengesahkan nama-nama mereka yang terkorban dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 4 pagi itu.Hasil bedah siasat ke atas ketiga-tiga mangsa terawal mendapati mereka meninggal dunia akibat lemas manakala mayat keempat akan dibedah siasat hari ini, katanya.

Sehingga berita ini ditulis, usaha mengeluarkan mangsa kelima masih diteruskan.Bercakap kepada pemberita di tempat kejadian, Khalid berkata kejadian tanah runtuh itu telah mengakibatkan sebahagian daripada rumah terbabit roboh sepenuhnya manakala yang lain pula hanya sebahagian.

Sabtu petang, pasukan mencari dan menyelamat menggunakan jengkaut untuk mengesan mangsa yang tertimbus itu memandangkan kejadian telah berlaku lebih 12 jam.Khalid berkata pasukan mencari dan menyelamat menggunakan kepakaran untuk memastikan mangsa tertimbus tidak tercedera apabila jengkaut digunakan.

Operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan selama 24 jam tanpa henti walaupun hujan."Tetapi jika hujan terlalu lebat hingga membahayakan pasukan mencari dan menyelamat, operasi akan dihentikan sementara waktu," katanya.

Beliau berkata terdapat 14 pasukan penyelamat di lokasi dan mereka akan turut membuat dua laluan alternatif supaya penghuni yang tinggal di kawasan berhampiran boleh keluar."Mereka yang diarahkan pindah dari kawasan kejadian ditempatkan di pusat sementara di Sekolah Kebangsaan Hulu Klang. Mereka dibenarkan pulang ke rumah masing-masing setelah mendapat pengesahan Ikram (Institut Kerja Raya Malaysia) jika kawasan itu selamat," katanya.

Sehingga pukul 9.30 malam, 48 keluarga telah mendaftar di pusat pemindahan itu namun hanya 10 keluarga yang tinggal di pusat itu.Khalid berkata masalah yang dihadapi sekarang adalah keadaan tanah yang masih bergerak dan tidak stabil apabila usaha mengorek tanah dijalankan.

Kawasan runtuhan itu meliputi empat hektar dengan kawasan sekitarnya terletak dalam lingkungan satu kilometer.Sebelum itu, beliau melaporkan 93 orang mangsa kejadian tanah runtuh itu berjaya menyelamatkan diri.

Khalid berkata polis telah menasihati antara 3,000 dan 5,000 penduduk di situ agar meninggalkan rumah mereka, yang kebanyakannya berupa apartmen.Pegawai Perhubungan Awam Hospital Kuala Lumpur (HKL) Zaiton Abu Bakar berkata 14 mangsa mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di hospital itu.Mangsa yang mengalami kecederaan menerima rawatan awal di surau Addinniah di Bukit Antarabangsa sebelum dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan susulan dengan menggunakan tidak kurang daripada 12 ambulans.

Jurucakap bomba dan penyelamat yang berada di tempat kejadian berkata banglo yang tertimbus itu melibatkan lapan unit banglo di Taman Bukit Utama dan enam unit di Taman Bukit Mewah.Salah sebuah banglo terlibat ialah milik Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab.Mohamed Thajudeen sekeluarga bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri.

Menurut bomba dan penyelamat, tanah runtuh itu dipercayai berpunca daripada pergerakan air bawah tanah.Pihak tentera, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Bomba dan Penyelamat dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) giat menjalankan kerja menyelamat.Kejadian tanah runtuh itu mengakibatkan jalan utama ke kawasan perumahan terbabit terputus dan beratus-ratus orang terperangkap di Bukit Antarabangsa.Mereka yang terperangkap dan juga pasukan penyelamat terpaksa menggunakan Jalan Wangsa 9 sebagai laluan alternatif memandangkan jalan utama ke kawasan itu tidak dapat dilalui.

Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Bukit Antarabangsa Mohamed Azmin Ali yang melawat tempat kejadian berkata pergerakan tanah masih berlaku dan bekalan elektrik di beberapa kawasan perumahan di Bukit Antarabangsa terputus.Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut melawat tempat kejadian.

Tanah runtuh itu berlaku kira-kira 1.5km dari tempat berlaku runtuhan satu dari tiga blok 12 tingkat kondominium Highland Towers pada 11 Dis 1993, mengorbankan 48 orang.Tanah runtuh di Bukit Antarabangsa juga yang ketiga berlaku di Lembah Klang dalam masa seminggu.

Pada 30 Nov, dua beradik Noratirah Roslan, 16, dan Nurul Intan Sarina, 9, terbunuh dalam kejadian runtuhan tanah yang menimpa banglo kediaman mereka di Ulu Yam Perdana, Gombak.Khamis lepas, tanah runtuh di Jalan Semantan meranapkan dinding konkrit kawasan meletak kenderaan yang terletak antara dua bangunan, mengakibatkan enam kereta tertimbus selain merosakkan lima lagi kenderaan.Kesemua kejadian tanah runtuh ini dipercayai berpunca daripada pergerakan air bawah tanah, dan keadaan itu diburukkan lagi oleh hujan lebat sejak beberapa minggu lepas.


Posted by Topengperak_Xinwugi / weblog Perisik-Rakyat.com

3.12.08

Misi Pengujian MINDA...


Mahu mesti BERTINDAK, mahu mesti BERUSAHA, mahu mesti BERTEKAD, mahu mesti BERAZAM, mahu mesti BERILTIZAM, mahu mesti BERIMPIAN BESAR, mahu mesti TABAH, mahu mesti SABAR, mesti, mesti, mesti.... Jangan BerALASAN.. Perjalanan Beribu batu bermula dari langkah pertama... Jangan toleh kebelakang... TERUSKAN Perjuangan... YAKIN BOLEH... PASTI dan MESTI BOLEH... Ohh Yesss.... TAKBIIRRR....


- sesapo yang cekap lagi berdaya luar biasa MENEKA, apakah MOTIF / untuk tujuan apa ucapan seperti diatas, bolehlah tinggalkan KOMEN di bawah INI...!!!! Mari, mari, mari... Misi Pengujian MINDA anda...!!!!

2.12.08

Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran...

Khas untuk aloha2... Selamat Bertambah Tua...



Selamat Hari Lahir Yang ke-29 Kepada Blogger Aloha2 a.k.a Malaysiabiz-aloha.blogspot.com ...!!! Seperti kengkawan blogger yang lain jugak.. Selamat Bertambah Tua..!!!

Terima lah Hadiah yang tak seberapa dari aku dan matcomot yang kami pakat2 'beli' kat hang masa di Karnival Rakyat, sekitar Stadium Malawati sempena Kongres KeADILan 2008 tempohari.... Semoga Di Panjangkan Umur, Serta Di Murahkan Rezeki.... Yi Haaa... Hehehehehehe.... Salammm......


Siapa Orang Kita...

Salam..tatkala aku sedang me'ngopy' gambaq kopi kurus dari rentapevolusi untuk ucapan selamat kepada aloha, aku tertarik pulak dengan lagu " Siapa Orang Kita " nyanyian M.Nasir / Kembara. Berikut adalah link lagu tersebut dan Lirik Lagunya.. Terima Kasih kepada matcomot di rentapevolusi...

http://sg.geocities.com/mn_kembara04/ab_filem.html#siapa_orang_kita


siapa orang kita


manakah teman temanku

yang sama berjuang dahulu

hilang sudah..

kebendaan menggelapkan

lupa dengan perjuangan

lupa sudah..lupa sudah..

manakah semangat dulu

atau hanya helahmu..

hanya palsu..hanya palsu

siapa !!!!

siapa orang kita..

mana !!!!

mana orang kita

hela !! hela !! hela !! hela !!

nafasku hela..

kita harus bertemu,

buat rencana baru..

kita satu !!!!

hela !! hela !! hela !! hela !!

1.12.08

Forum Rakyat : No To ISA..!!!


Forum yang akan diadakan MALAM INI (1/12/08)...Kepada yang berkesempatan..Silalah Hadir Beramai-ramai...


28.11.08

TV Antara launches at 2008 PKR National Convention




Majlis Minum Petang Bloggers Pro Reformasi Di Shah Alam...


Majlis Minum Petang Bloggers Di Shah Alam


Perkara - Jemputan ke Majlis minum petang bloggers (sempena kongres PKR)


Tempat - Restoran Kasih, Shah Alam (Belakang TESCO Melawati)


Hari dan waktu - Sabtu (29hb.November,2009) jam 6 petang.


Berminat sila hubungi matcomot di nombor - +6016 231 9911


Semua bloggers dijemput menyertai majlis.

Liputan Dari Stadium Malawati, Shah Alam.





Salam Reformasi....!!!! Salam Perjuangan...!!!!



Suasana malam setibanya aku dan perwakilan serta pemerhati dari Penang telah di sambut oleh 'hujan rahmat' di seluruh Shah Alam,Selangor pada perkiraan aku yang hampir basah kuyup dan 'low-cost' untuk pendaftaran awal di Stadium Malawati ini.


Jutaan Terima Kasih kepada rakan-rakan seangkatan dan seperjuangan yang tidak putus-putus mengutuskan ucapan 'Selamat Berkongres dan Bersidang' dan juga kepada yang sudi 'menyeponser' bilik penginapan pada malam ini. Budi dan jasa korang akan dikenang dalam frame hati aku serta mendapat balasan setimpal dari yang Maha Esa. Aminn...


InsyaAllah jika ada kelapangan, pada esok hari akan menyalurkan berita serta mutakhir terkini lagi sensasi mengalahkan berita tivi tiga suku perjalanan Kongres Angkatan Muda KeADILan 2008 dari Stadium Malawati Shah Alam.




pentas utama Kongres Nasional 2008 di dalam Stadium Malawati Shah Alam.


26.11.08

Harga minyak RM2, rakyat bayar cukai 38 sen seliter..!!!


Harga minyak RM2, rakyat bayar cukai 38 sen seliter

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Hrkh) - Kerajaan disifatkan seperti 'Along' yang memungut hutang apabila hanya menurunkan harga minyak pada kadar RM2 walaupun harga pasaran di pam ialah RM1.62 sen.

Menurut Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar kerajaan berbuat demikian hanya untuk mengutip kembali rebat tunai minyak yang pernah diberikan ketika harga minyak melambung beberapa bulan lalu.

"Kini kerajaan umpama Along, turunkan harga minyak jadi RM2, sedangkan Menteri KPDNHEP, Dato' Shahrir Samad mengakui harga sepatutnya di pam ialah RM1.62 sen tanpa subsidi kerajaan," kata Mahfuz kepada Harakahdaily.

Menurut Mahfuz, dengan harga minyak RM2 juga, rakyat terpaksa membayar cukai kepada kerajaan sejumlah 38 sen seliter, dan inilah cara kerajaan mengutip kembali rebet yang pernah diberikan.

Tidak dinafikan kerajaan masih terus memberikan rebet tersebut hari ini apabila rakyat memperbaharui cukai jalan, namun sedikit demi sedikit kerajaan mengutipnya dengan cara cukai 38 sen seliter, dakwa Mahfuz.

Beliau melahirkan rasa kecewanya terhadap sikap kerajaan yang tidak bertindak menurunkan kadar harga minyak kepada harga yang sepatutnya tatkala ekonomi rakyat semakin parah. - mns_


-sumber dari Harakahdaily

[Hampeh betoii..bila masa pun depa ni nak untung dan masok poket depa saja..rakyat kat bawah ni melantak pun susah..turon pi la sampai 9kupang seliter..rega barang, tarif elektrik k'jaan x turonkan pun...apa punya turr daa..akai ada ka depa ni hah..???]

24.11.08

Jalur Gemilang Versi Terbaru...!!!


Perhatikan gambar pertama... apa yang tak kena?

Tak dapat kesan?


Perhatikan pulak gambar dekat bawah ni yang dah di zoom sebanyak 400x...


Tak dapat jugak???

Selow betul la hangpa ni...

Aku zoom lagi 400x...


Dapat?


Cuba hangpa kira balik berapa bucu bintang dekat Jalur Gemilang di belakang Pak Lah tu...
Aku kira dapat 21 bucu...!!!

Malaysia ada berapa negeri? dalam 3 orang pemimpin Malaysia yang ada dekat situ, tak sorang pun tak perasan? PRIHATINNYA hangpa...!!!


Bodoh-bodoh je kerajaan Uzbek "bodoh"kan 3 orang "bodoh" dari Malaysia...


Tak kan dalam 3 orang tu, sorang pun tak leh nak bukak mulut tegur kesilapan tu? tak kan la sebab Malaysia dapat kontrak dengan Uzbek, benda macam tu pun kita dah tak leh nak tegur?

Sah...!!! belum apa-apa dah kena BANGANG dekat negara luar... macam ni ke orang yang hangpa dok harap untuk jadi "pembela negara"???



Khak Ptuih...!!!


-dari sumber email rakan dan terdapat juga dari weblog Perisik-Rakyat

21.11.08

MUSIM BANJIR SUDAH SAMPAI ... DI MANA ADUN-ADUN PAKATAN RAKYAT?

assalamualaikum..ambo nak berceritera pasal 1 hikayat rakyat dari jaman tok janggut sampai la ni...

Sudah 2 hari hujan turun tanpa henti-henti di negeri ambo , serambi mekah - kelantan darul naim.

aktiviti kehidupan agak terjejas.

petani, nelayan, penoreh getah, (rakyat miskin) hidup dalam susah kerana sumber pendapatan berkurangan.mereka yang niaga juga tak ketinggalan turun terjejas.

Kisah benar :

ada seorang tukang rumah..dia baik dengan kawe dan family kawe,maka pada musim hujan ni, income dia tadak..dia ni penyokong kuat PAS.level income dia kira tak tentu..boleh dikategorikan sebagai di bawah paras kemiskinan.tapi, dia tak pernah mintak bantuan dari ADUN2.

La ni dah 2 hari dia mai amik ikan di kedai ayah kawe, kawe kesian kat dia jugok. Sambil2 tu dia tolong jugok jual ikan.

Tapi nak wat lagu mana...

Tadak ko adun2 hok nak buat program bantu rakyat lagu ni?

Masih adakah Khalifah Umar Abdul Aziz dan Khalifah Umar Bin Khatab?

Masa nak ngundi, sampai ke jamban rakyat gi tengok, masa rakyat susah..batang idung x nampak.

kawe nak bagi idea laaaa sikit,

Diharap adun2 atau wakil mereka pegi rumah2 rakyat dan beri bantuan beras segantang - dua dan stok ikan kering.kalau takleh jugak beri biskut tawar atau kopi/milo atau gandum buat cekodok tu pun jadi laaaaaaaaaaa

Kalu tadak dana, kita pakat2 cari dana.apa hok payoh!!!


DIHARAP MESEJ AMBO INI DIBERI PERHATIAN OLEH ADUN-ADUN DI NEGERI KELATE!!!


TIME IS CRITICAL!!!!!!


Related Posts with Thumbnails