Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

25.10.09

Jom Kita Pakat Join DAP... ~ malaysiakini

Salam

PAK KARAMU TIDAK SETUJU MUKTAMAR KHAS PAS KERANA IA KERJA ORANG GILA DAN IA JUGA MENUNJUKKAN KELEMAHAN PAS DALAM MENTADBIR PARTI

Jika MUKTAMAR PAS di adakan untuk mengemaskan parti maka ia tidak perlu, jika ia di adakan untuk menyingkirkan anggota tertentu juga ia tidak perlu, apa yang jelas jika muktamar itu di adakan juga maka ia menunjukkan kelemahan pucuk pimpinan parti itu mentadbir parti dan anggotanya


Selepas Muktamar yang lepas di Ipoh dan selepas ada kenyataan di keluarkan di dada akhbar Harakah maka kita dapat baca tentang nak tarbiyahkan anggota parti, beria-ia nampaknya tapi apa yang PAS buat ? tak ada apa-apapun malah di di katakan kebanyakan ahlinya sudah macam perangai UMNO dan PKR

Orang PAS yang kebanyakannya terdiri dari orang Melayu masih
berperangai UMNO yang bersemangat nak pijak tengkok bangsanya sendiri dan membiakkan perangai rasuah baik dari bidang apapun, ini kerana mereka telah di ajar berperangai sebegitu sejak dari dalam buayan lagi

Apabila Pas di ujudkan untuk memperbetulkan keadaan orang melayu dan membawa mereka ke arah islam maka Pas juga gagal berbuat demikian sehinggalah pada hari ini, apa yang PAS berjaya ialah mengujudkan ahli yang bersikap sombong dan bongkak dan suka mencipta musuh sesama sendiri macam UMNO juga

Teringat pula Pak Karamu pandangan Nik Aziz tentang melayu yang akan menyertai DAP baik untuk buat masa akan datang maka Pak Karamu mungkin akan menyertai parti itu selepas kembali dari Makkah nanti dan Pak Karamu mungkin akan membawa sebanyak mungkin kawan-kawan untuk menyertai DAP

* p/s - ok wat bila parti yang diharapkan berpuluh2 tahun berjuang untuk umat sejagat, berpaling tadah nak pi kot situ jugak, apa salahnya menge'join'kan diri la pulak ke dalam parti 'roket' yang sememangnya untuk pelbagai kaum ini...kat Selangor ka Key El dah naik 2 Cawangan DAP Melayu...ni kan pulak OTAI Blogger dari Perak...Rogi la hangpa Parti yang OTAI akan tinggalkan...

" Hentam Ajer Lah Labuuu...."


--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

20.10.09

Mengapa Pakatan Rakyat Perak Tumbang...??? ~ malaysiakini

Kita semua tahu apa yang berlaku di Perak. Tetapi ramai yang tidak tahu, mengapa ia berlaku.

Sekiranya anda masih ingat, ianya mengambil masa seminggu untuk kerajaan baru di Perak dan Selangor mengangkat sumpah selepas pilihanraya umum Mach 2008. Kedua-dua Sultan dinegeri ini mahu 'membincangkan' terlebih dahulu dengan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat.Sultan kemudiannya meletakkan beberapa syarat sebelum bersetuju untuk melantik Pakatan Rakyat sebagai kerajaan negeri yang baru.

Jurang masa selama seminggu itu telah memberika masa kepada kerajaan negeri yang lama iaitu Barisan Nasional untuk memindah dan memusnahkan banyak bukti-bukti penyelewengan yang dilakukan sebelum ini.

Kelewatan selama seminggu ini juga membolehkan Barisan Nasional menawarkan kemungkinan untuk Umno bergabung dengan Pas untuk membentuk kerajaan baru di Selangor dan Perak. Malah, Umno bersetuju memberikan kerusi Menteri Besar kepada Pas dikedua-dua negeri ini. dan kemuncaknya, Umno malah bersetuju untuk membenarkan Pas melaksanakan undang-undang Islam dikedua-dua negeri ini.

Tetapi, Pas terus bersama dengan dua rakan mereka, PKR dan DAP didalam Pakatan Rakyat dan menolak tawaran Umno. Akhirnya, kedua-dua Sultan tidak mempunyai pilihan melainkan menerima Pakatan Rakyat sebagai kerajaan baru di Perak dan Selangor. Tetapi ini tidak menghentikan mereka dari terus merancang dibelakang tabir tentang bagaimana untuk menjatuhkan kedua-dua kerajaan ini.

Sultan Selangor agak bersedia untuk menerima keadaan yang berlaku. Tambahan pula, Pakatan Rakyat Selangor mempunyai majoriti yang cukup banyak dan agak susah untuk membeli ramai Ahli Dewan Undangn Negeri. Tetapi, Perak agak berlainan sama sekali. Majoriti yang diperolehi oleh Pakatan Rakyat Perak amat sedikit berbanding Selangor.

Sebaik saja kerajaan baru dibentuk di Perak, Sultan Perak mula meminta macm-macam. Kerajaan Pakatan Rakyat Perak bersedia bertolak ansur, demi menjaga hubungan baik dengan istana. Tetapi apa yang diminta oleh Sultan dan kerabat diraja agak berlebihan dan kerajaan Pakatan Rakyat Perak tidak mempunyai pilihan melainkan menolak permintaan Sultan.

Dan ini menyebabkan Sultan murka. Dan apabila Pakatan Rakyat Perak kehilangan majoriti di Dewan Undangan Negeri, Barisan Nasional mempunyai jalan yang amat mudah untuk mendapatkan perkenan untuk Barisan Nasional membentuk kerajaan baru.

Pada mulanya, Sultan Perak tidak begitu pasti sama ada hendak menyingkir kerajaan Pakatan Rakyat dan memilih Barisan Nasional. Apabila Menteri Besar, Nizar Jamaludin berjumpa dengan Sultan dan memohon Dewan Undangan Negeri dibubarkan untuk membolehkan pilihanraya baru diadakan, Sultan meminta masa untuk membuat pertimbangan. Tetapi sebaik saja selepas itu, Najib Tun Razak berjumpa Sultan dan mempengaruhi Sultan untuk menolak permohonan Pakatan Rakyat untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri, sebaliknya melantik Barisan Nasional untuk membentuk kerajaan yang baru.

Taktik Najib amat mudah. Nazrin, anak kepada Sultan Azlan Shah, tidak sepatutnya menjadi Raja Muda. Dan ini bermakna, dia tidak sepatutnya menjadi Sultan kelak. sekiranya Sultan Azlan mangkat. Kerajaan Pusat tidak akan menyokong Nazrin sebagai Sultan Perak seterusnya. Lihatlah apa yang berlaku di Negeri Sembilan. walaupun Yamtuan melantik anaknya sebagai Raja Muda, tidak bererti dia akan menjadi Yamtuan.

Oleh itu, sama ada Nazrin boleh menjadi Sultan atau tidak bergantung kepada hubungan baik dengan kerajaan Pusat. Tetapi hubungan baik itu hanya boleh diperolehi sekiranya Barisan Nasional menjadi kerajaan negeri. Kalau Pakatan Rakyat masih lagi menjadi kerajaan negeri, maka Nazrin terpaksa membayar harganya apabila tiba masa untuk menggantikan bapanya.

Tambahan pula, Sultan dan keluarganya telah meminta banyak perkara dari kerajaan Pakatan Rakyat, semuanya telah ditolak. Umno pula akan memastikan bahawa semua permintaan Sultan dan keluarganya akan dipenuhi sekiranya Barisan Nasional dipilih sebagai kerajaan negeri.

Dan dengan itu, Pakatan Rakyat menemui ajalnya di Perak. Sultan memilih Barisan Nasional sebagai kerajaan negeri yang baru dan Pakatan Rakyat menjadi pembangkang.

Apakah permintaan Sultan dan keluarganya yang ditolak oleh Pakatan Rakyat dan sebaliknya diterima oleh Barisan Nasional? Mari kita tengok, dalam masa beberapa bulan saja, Sultan dan keluarganya tiba-tiba menjadi salah satu keluarga diraja yang terkaya di Malaysia, sebaik saja Pakatan Rakyat tumbang.

1. Umno menghadiahkan kepada Sultan sekeping tanah yang dikenali sebagai lot 183578. Tanah seluas kira-kira 600 ekar ini terletak di Tanjung Tualang, dalam daerah Kinta. Tanah ini telah di berikan kepada salah seorang proksi Sultan yang bernama Mohamed Khaair Johari Hj. Osman.

2. Umno menghadiahkan kepada Sultan konsesi balak seluas 1,000 ekar yang terletak di Ulu Kenderong, Gerik, Hulu Perak, disepanjang lebuhraya Gerik-Kupang. Konsesi ini pada mulanya diberikan kepada Universiti Utara Malaysia. Walaubagaimanapun, pemberian ini ditarik balik dan diberikan kepada Pusat Kreatif Kanak-Kanak dimana Pengerusinya ialah Raja Datuk Seri Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Shah.

3. Umno menghadiahkan kepada Sultan tujuh konsesi balak di kompartmen 39, 41, 42, 43, 44, 45 dan 49 di Hutan Simpan Kenderong di Hulu Perak. Ketujuh-tujuh lot ini, yang berjumlah kira-kira 600 ekar, diberikan kepada dua syarikat proksi Sultan - Syarikat Zotonjaya Sdn Bhd dan Kibaran Wang Sdn. Bhd.

4. Umno akan meluluskan satu cadangan penghutanan semula (reforestation) yang melibatkan 10,781 hektar. 5,781 hektar terletak di Hutan Simpan Gunung Besout, di selatan Perak wementara 5,000 hektar lagi di Pondok Tanjung dalam daerah Larut Matang. Syarikat yang akan mendapat projek ini ialah Permatang Utama Sdn. Bhd (nombor syarikat 513583-D) dimana Pengerusi Eksekutifnya ialah Datuk Seri Ismail Farouk Abdullah, menantu kepada Sultan Azlan Shah).

5. Berikutan dengan itu, Datuk Seri ismail Farouk Abdullah dibenarkan untuk mengambil alih Hotel Casuarina milik kerajaan negeri dengan harga yang paling murah iaitu RM43 juta dimana harga sebenar jauh lebih tinggi dipasaran terbuka. Hotel tersebut terletak dikawasan paling strategik di Ipoh malah harga tanah lapang saja mempunyai nilai yang amat tinggi.

Keluarga Diraja Perak bukan orang susah. Tetapi nampaknya mereka tamak. Raja datuk seri Eleena Azlan Shah merupakan Pengarah kepada Gamuda Berhad dan juga merupakan orang ke 25 kaya di Malaysia dengan harta bernilai RM773 juta. Ini menjadikan beliau wanita kedua terkaya di malaysia selepas Puan Sri Chong Chook Yew, yang menduduki tangga ke 18 dengan harta bernilai RM1 billion.

Gamuda Berhad juga telah diberikan kontrak bernilai lebih RM10 billion. Ia juga mengurus dan menyelenggara lebuhraya sepanjang 230 kilometer dan juga merupakan pemaju hartanah di empat projek bandar baru yang melibatkan lebih dari 30,000 rumah.

Itulah kisahnya. Rakyat Perak, khususnya orang Melayu, merasakan bahawa pembangkang tidak menunjukkan hormat kepada Sultan. Apa yang tidak diketahui oleh mereka ialah Sultan tidak seharusnya diberikan penghormatan. Dan ramai juga yang tidak tahu mengapa Sultan mahukan Pakatan Rakyat disingkir di Perak.

Sekarang, kita berharap, rakyat Perak tahu apa yang berlaku.

(Artikel diatas adalah terjemahan daripada artikel asal Raja Petra "Why the Pakatan Rakyat government was brought down in Perak" yang disiarkan di Malaysia Today)


--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

19.10.09

Ameno For ALL...??? ~ malaysiakini

Biaq betoi ni...??? Kah kah kah... Nak ikut cam PAS ka??? PAS For ALL... Lepaih ni bleh ada Kelab Penyokong Ameno ka..??? Kah kah kah... lawak lawak hangpa ni... Keramp perot aku gelak kat hangpa nii... Kah kah kah kui kui kuiiii.....

" Hentam Ajer Lah Labuuu...."

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

17.10.09

Secebis Kisah Untuk PR Perak : Udah la tu Yoep.. Boring dah aihhh.... ~ malaysiakini

Assalamualaikum & Salam Sejahtera hendaknya...

Aku bila terbaca pasal Pakatan Rakyat PERAK nie..semakin hari macam naik meluat pulak kelaku puak-puak nie... sory la bro.. aku bukan anti Pakatan Rakyat tetapi aku tengok kelaku hangpa sejak dua menjak nie dah jadi lain macam pulak... macam buat sesuatu tu syok sendiri dan memalukan penyokong kat negeri lain la pulak....

Bukan apa selepas Zamry MB Haram tu habaq kata nak buat persidangan dewan... dan hangpa dah sebulat suara buat pakatan tak mau hadir.. pada aku itu tindakan yang terbaik... kerana hangpa tak iktiraf si Speaker Haram Ganesan tuu... dan terutama Kerajaan Negeri Haram... lantak depa la nak buat apa pon... nak sidang ka nak lulus bajet ka mampos pie tok sah dok pie... pada aku RAKYAT akan tengok apa yg hangpa buat nie akan merupakan satu tindakan yg bijak...hangpa booo layan arahan Zambry & The Gang.... Insya'Allah rakyat faham akan yg ini....

TETAPI bila hangpa pulak cakap berbelit sat tak mau pie sat nak pie... ini akan menjadikan peluru kepada pihak LAWAN dimana mereka akan manipulasikan perkara ini utk di tanam kedalam otak penyokong2 mereka dengan kelakuan hangpa.... penjelasan pasal dok gaduh dalam dewan tempohari pon tak clear lagi... sbb ada lagi rakyat yg dah percaya Ganesan speaker yg sebenar padahal cerita sebenarnya lain... Lanie biaq dewan tu KOSONG dengan tanpa wakil kita.. biaq la depa nak sidang apa benda pon... pada kita persidangan depa tu adalah HARAM... jadi pie bagitau rakyat akan hal nie...

Pada aku tak payah la dok ikut rentak depa... bagi depa perintah secara haram nie, tak lama mana lagi dah aihhh 2thn saja lagi.... hangpa pie turun buat penjelasan kat akaq umbi bagi rakyat faham... itu yang utama....

Pasal notis dari sapa tu.. tak payah laa aku takut nanti rakyat naik meluat dan melugai plak dengan sinopsis2 hangpa nie... Ingat sekarang nie kita boleh dikatakan 1 step kebelakang dah sebab KITA DOK RASA SELESA YG RAKYAT MASIH LAGI SOKONG KITA.....


* p/s - pado semuo & sesapo, nak marah marahlahhhh....hhmmmmm

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

16.10.09

DUN Perak Nak Bubar Ka...??? ~ malaysiakini

Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perak akan mempamerkan nama-nama mereka yang telah mendaftar sebagai pemilih baru dan pertukaran alamat tempat mengundi bermula dari 1 Julai 2009 hingga 30 September 2009.

Timbalan Pengarah Pilihan Raya Negeri Perak, Che Wan Muhammed Salleh Wan Adnan dalam satu kenyataan hari ini berkata, mereka yang telah mendaftar pada tarikh tersebut diminta untuk menyemak nama di tempat-tempat berikut iaitu pejabat SPR Perak, pejabat Pos, pejabat penghulu dan pejabat-pejabat daerah. Tempoh pameran selama seminggu bermula 20 hingga 26 Oktober, katanya.

Katanya sebarang pertanyaan boleh menghubungi pejabat-pejabat pilihan raya negeri Perak di nombor telefon 05-24 94 113, 05-24 94 120 dan 05-24 94 121. BERNAMA (naseb baek bernama..kalu tidak payahh...kekekeke)

* p/s - dok tak dudok SPR bersuara, bagitau akan pamer nama pemilih baru...??? hairan binti ajaib betoii...apa cerita ni??? kasi bubar aaarrrr......jeng jeng jeng...


13.10.09

Anti ISA Di Pulau Pinang... ~ malaysiakini



Billboard, Papantanda yang telah dinaikkan diperkarangan tempat letak kereta Port Cornwallis (padang kota) dan berhadapan dengan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang...

Kah kah kah... ISA Menang Di Bagan Pinang, Anti ISA Di Pulau Pinang... Kah kah kah...


Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/


Related Posts with Thumbnails